Wednesday, October 29, 2008

ADUHAI SI BUAH HATI


ADUHAI SI BUAH HATI
Lama rasanya aku tidak berkongsi cerita..pulangnya aku ke rumah minggu lalu benar-benar mengubat rasa rindu..rindu aku untuk menatap si buah hati..sekalipun belum bersua muka..namun,kasih itu sudah terasa..rindu itu sudah menggamit jiwa sekian lama..aku sekadar mendengar cerita dari ibu.. tentang telatahnya yang sudah pandai tersenyum dan sesekali mulutnya terngaga-nganga seolah-olah ingin berkata sesuatu ..

Cuti 5hari di rumah bagaikan tidak terasa..buku-buku yang kubekalkan dengan harapan dapat’ study’ di rumah hanya tinggal impian..hanya sesekali sahaja aku membaca nota y kubawa..ada sesuatu yang lebih menggamit hati dari menatap buku-buku ini..

Bila siang dia tidur..bila malam dia berjaga..Along bercerita padaku yang hazim sudah begitu sejak lahir lagi..entah kenapa tidurnya seakan tidak lena..aduhai si buah hati..kenapa ikut perangai mak ngah ni..tak tidur malam…

hari pertama aku pulang..aku menjaganya..seperti biasa tidurnya seakan tidak lena..timbul pula rasa sayu dihatiku..masakan tidak..sedangkan kita yang dewasa letih bila tak dapat tido..inikan pula si kecil ini..

Hazim..kenapa tak dapat tido ni sayang??Hazim lapar??aku meletakkan jariku dimulutnya..dia pantas menghisap jariku..” Hazim lapar ye..aku memandang alongku yang sedang nyenyak tidur..hari-hari sebelum ni, along dan mak yang berganti-ganti menjaga hazim..along benar-benar letih..aku tak sampai hati untuk mengejutnya..Lagipun, sebelum along tidur dia sudah menyusukan hazim..tapi,aku tak hairan kalau hazim masih lapar..kerana anak lelaki memang kuat menyusu..

aku memangkunya diribaku..aku mula berzikir mendodoinya dengan alunan rentak yang kureka sendiri..atau sesekali aku menyanyikan lagu dgn irama yang mendayu..sambil menepuk-nepuk badannya perlahan..

Tidur hazim tidurlah sayang..
Tidur..tidur..tidurlah lena
Janganlah sayang jangan menangis..
Tidur..tidur..tidurlah tidur..

Matanya kian layu..akhirnya dia tertidur atas pangkuanku..aku rasa bahagia..kebahagian yang tak dapat diungkap dengan kata-kata..

Emm..comelnya anak sedara mak ngah ni..aku menatapnya sepuas hati..aku rasa tenang..ada kedamaian tika aku menatap wajahnya..hati wanitaku benar-benar terusik..ya Allah, andai aku punya anak sendiri..alangkah bahagianya..insyaallah,satu hari nanti..

sedar tak sedar rupa-rupanya jam sudah menunjukkan pukul 5.00pagi..aku meletaknya di ats tilam sambil menepuk-nepuknya untuk seketika..” Hazim tidur ye..

Melihat si buah hatiku yang telah lena..aku terus tertidur..aku benar-benar letih..mungkin kerana terlalu letih sbb belum sempat berehat sebaik aku sampai dirumah petang tadi..

Keesokan pagi..

ibu memandikan hazim..menggeliat dia bila air terkena tubuhnya..mungkin air itu masih sejuk sekalipun ibuku sudah mencampurkan dengan sedikit air panas..

Selesai mandi..ini adegan yang paling aku suka..mencantikkan anak buahku..Segala keperluan si buah hatiku ini telah aku sediakan..

Ibu memberikan hazim padaku..aku meltakknnya di atas tilam sambil mengelap-ngelap badannya yang masih basah..sejuk yek sayang??Mulutnya ternganga-ngangan seakan-akan dia faham akan kata-kataku.. Aku meletak losyen dibadannya sambil mengurutnya perlahan..sesekali dia menguap..ngantok ye..jap lagi,,mak ngah dodoikan ye..inilah si buah hatiku..tido yang tidak lena di malam hari..menyebabkan dia keletihan dan mengantok diwaktu siang..aku memakaikan losyen di leher dan punggungnya..lehernya sudah kelihatan merah..punggungnya juga merah..hazim..pedih hazim??dia menguap..setelah aku meletak losyen..aku letakkan bedak dibadannya..aku ambil barut baby..dan memakaikannya..tiba-tiba...cuuuur..dia kencing padaku..habis kain batikku basah..aku ketawa..

”aduhai hazim..hazim sayang mak ngah ye..

ibu kata kalau dia kencing pada kita..dia sayangkan kita..hihi..alhamdulillah lah aku belum pakaikan dia baju lagi..kalau tak habis semua basah..

Aku menyuruh adik bongsuku mengambil lampin,pemancut air baby n barut yang baru..

Aku membersihkan hazim ..kemudian,memakai barut n pampers..emm..wktu adik-adikku kecil dulu..tak pakai’pampers’ pun..pakai cawat yang dibuat sendiri atau lampin yang dilipat..aku tahu krn aku yang menjaga mereka waku mrk kecil dulu..tapi, sekrang dah advance..dah pakai pampers..emm..bukan apa..mereka kecil lagi dan masih dalam proses nak membesar. tambahan pula anak lelaki..pemakaian pampers wktu anak masih kecil tak digalakkan sangat krn khuatir menjejaskan tumbesaran mrk..apapun,aku tetap pakaikan hazim pampers tapi aku melonggarkan sedikir agar udara bisa masuk..


Sebelum memakai barut, aku merasa perutnya dulu..khuatir kalau perutnya kembong..baby baru lahir..kalau kita tak jaga betul mereka mudah kembung..sbb tu..kepalanya perlu ditutup dan dipakaikan sarung tangan dan kaki bayi..

Hmm..sekarang..baju dan suar pulak..aku memilih sepasang baju berwarna biru..dan yang terakhir..aku meletakkn bedak diwajahnya..ok..buah hati mak ngah dah comel..aku menciumnya..aku suka menciumnya kerana dia wangi..bukan wangi kerana bau bedak yang kupakaikan padanya..tapi bau dirinya yang sedia wangi..kewangian seorang bayi...

Ya Allah,rindunya aku pada dia..


Aku memangku si buah hatiku.. aku melihat dia seakan resah..sudah seakan bersilat pun ada..mulutnya sudah menyerong ketepi..aku tahu itu tandanya dia lapar..dia sedang mencari susunya..sabar ye sayang..aku pun membari hazim pada alongku untuk disusukan..suka aku lihat dia menyusu..anak lelaki memang lebih kuat menyusu berbanding anak perempuan..tapi, kata orang kalau nak anak-anak kite cerdik..susukan sendiri anak-anak kita..jangan beri mereka minum susu lembu..kalau si anak minum susu ibunya sendiri..hubungan si anak dan si ibu juga akan menjadi rapat..lagipun,susu ibu banyak khasiatnya..

Inilah alkisah si buah hatiku..Buah hatiku ini adalah anak sedara yang paling bertuah sekali..kerana apa?kerana dia anak buah aku dan adik-adikku yang pertama,,Hazim pasti disayangi semua krn dia punya ramai bapa n mak saudara..kami 9 beradik sudah menetapkan panggilan masing-masing..bermula dari aku,,mak ngah,adiik-adikku..pak lang, pak cik, pak teh,pak jang, pak itam, mak andak, pak uda dan adik bongsuku dengan panggilan mak su..oleh kerana kami sememangnya lahir dari keluaraga yang besar..semua adik-beradikku tak kira sama ada lelaki mahupun perempuan memang suka dengan budak-budak kecik..wktu cuti hari tu..sibuk semua nak menimang si hazim..hihi

Yang paling bertuah disini..siapa lagi??kalau bukan hazim..kan sayang??

Inilah kegembiraanku yang ingin dikongsi bersama..kerinduan yang kini sudah terubat..

untuk anak saudaraku, Muhammad Hazim Izzafran..semoga dirimu menjadi anak yang soleh yang satu hari nanti..


Gambar: inilah buah hati umi..Muhammad Hazim Izzafran

Tuesday, October 14, 2008

'HARGA SETITIS AIR MATA'



Ketawa dan air mata
Itu sebenarnya cinta
Bila kau sedih kupun merasa
Begitu juga sebaliknya

Usah terpana dengan kata-kata diatas.. ia hanyalah ‘set induksi’ untuk ana berbicara tentang ’air mata’..satu rangkap dari lagu yang ana minati..

Bila kita membaca novel-novel atau mungkin sajak-sajak yang dikarang sasterawan-sasterawan mahupun mereka-mereka yang punya kelebihan dalam melakar bicara dengan keindahan bahasa yang tersendiri.. seringkali kita melihat mereka mengumpamakan air mata bagaikan mutiara. Kenapa agaknya air mata diumpamakan atau diibaratkan seperti mutiara.??Apakah yang ada dengan air yang punya sedikit rasa masin ini hingga diibaratkan seumpama mutiara?Apakah air mata itu terlalu bernilai sepertimana bernilaianya mutiara??

Bila kita berbicara soal mutiara. Pasti terbayang dimata kita,.keindahan dan kecantikan..serta kejernihan warnanya..tambahan pula ia terlalu sukar untuk didapati kerana kita terpaksa menyelam ke dasar lautan untuk mencarinya..tidak hairanlah ia begitu mahal dan menjadi perhiasan dan sering digandingkan bersama emas-emas dan permata.

Begitu jugalah dengan air mata..Sepertimana bernilainya mutiara maka begitulah juga bernilainya air mata..air mata itu sering hadir bersama rasa kasih dan juga sayang..dengan rasa cinta yang mendalam..dan kadang-kadang ia hadir dengan rindu..namun,yang pasti..mutiara-mutiara ini gugur kerana ia terbit dari rasa hati yang mendalam..yang kadang terusik tiba-tiba..kerana bila hati tersentuh maka mutiara itu gugur tanpa dipinta..

Teringat ana pesanan dari seorang teman..katanya..”jangan menangis kerana benda-benda yang remah..setitis air mata kita akan dikira satu hari nanti..menangislah kerana Allah dan bila kita membaca Al-Quran atau berdoa..ya!benar katanya..air mata umpama mutiara..terlalu bernilai..maka adalah tidak wajar untuk ia mengalir kerana sesuatu yang remeh..namun hakikatnya tiada siapa yang suka untuk menangis melainkan kerana mutiara-mutiara itu gugur dengan sendirinya..

Ada banyak sebab kenapa seseorang itu menangis..ada yang menangis kerana rindu..ada yang menangis kerana dikecewakan..ada yang menangis kerana rasa kehilangan..ada yang menangis kerana menahan rasa marah..ada yang menangis kerana malu..ada yang menangis kerana takut..tak kurang pula kerana menahan kesakitan..dan kebanyakkannya..air mata ini gugur kerana rasa cinta,sayang dan kasihan atau simpati.

Air mata dan wanita tak bisa dipisahkan..mungkin,kerana sudah fitrah kejadian wanita itu sendiri yang telah dianugerahkan dengan 9 nafsu dan 1 akal menjadikan wanita mudah tersentuh hatinya dan agak emosional berbanding lelaki yang agak keras..namun,itu tidaklah bermakna lelaki tidak menangis..lelaki juga bisa menangis sepertimana wanita..bila dikecewakan hati lelaki turut merintih menahan sakit..bila kehilangan mereka juga turut merasai peritnya..Cuma bezanya, mereka menangis di dalam hati..tidak ditonjolkan..dan kerana adanya sedikit keegoan untuk mereka menunjukkan kesedihan itu dan kerana akal mereka mengatasi hati mereka..sesuailah pula dengan fitrah kejadian lelaki yang telah Allah jadikan sebagai pemimpin dan pelindung seorang wanita..punya 9akal an 1nafsu..

Bila seseorang itu menangis tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan bukanlah bermakna dia seorang yang lemah..soal hati tersentuh..menangis bila terluka..menangis krn kehilangan..cinta atau sayang..atau mungkin kerana kasihan atau simpati melihat penderitaan orang lain adalah perkara biasa yang dialami bagi setiap insan yang punya hati..Baginda Rasulallah SAW sendiri rasa sedih dan tersentuh bila melihat kesakitan yang dialami oleh anak seorang lelaki yang dibawa berjumpa baginda..Malahan baginda Rasulallah SAW turut bersedih diwaktu kehilangan isteri baginda yang tercinta Khadijah dan bapa saudara baginda Abu Talib..Tidak salah untuk mengalirkan air mata kerana kadang-kadang dengan menangis itu bisa terubat hati yang lara.

Teringat ana sewaktu mendengar satu ceramah dari Dato’ Fadzilah Khamsah di televisyen..Katanya adalah lebih baik kita menjadi seorang yang bisa mengalirkan air mata dari kita menjadi manusia yang terlalu keras hatinya hingga langsung tidak terusik tika melihat penderitaan orang lain..atau mungkin menitiskan air mata tika kematian contohnya..mahupun hati yang tersentuh tika mendengar alunan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang mengusik jiwa..kerna air mata juga bisa melembutkan hati..andai hati terlalu keras maka sukarlah pula untuk ia dibentuk kerana hati itu kian hitam..dan hitam hati itu tanda banyaknya dosa..

Banyak peristiwa atau keadaan yang menyebabkan seseorang itu menangis..ada yang menangis krn merindui ibu dan ayah..tidak kurang yang mengalirkan air mata tika orang yang kita sayang sakit atau meninggal dunia..atau tika berlakunya perpisahan bersama teman atau sahabat..

ana pernah melihat seorang ayah menangis hingga bengkak-bengkak mata kerana rasa sedih melihat anak yang masih kecil dipenuhi tubuhnya dengan wayar-wayar..ana pernah melihat air mata seorang ibu yang menangis kegembiraan kerana selamat melahirkan anak..ana pernah melihat seorang isteri yang tabah namun akhirnya mengalirkan air mata tika kehilangan suami tercinta..ana pernah melihat air mata teman-teman yang gugur saat berpelukan tika berpisah..apalah galang gantinya untuk air mata ini gugur..apakah ia begitu murah untuk dibiarkan mengalir begitu sahaja..

Tidak sahabat-sahabatku..kerana ia berhargalah ia gugur tanpa diminta..tiada siapa yang sengaja ingin menangis atau buat-buat menangis sedang air mata iu hadir tanpa kita sendiri menyedarinya..kerana ia gugur kerana satu rasa dari hati yang kadang kala sukar untuk ditafsir..atau kita sendiri tidak tahu kenapa kita menangis atau kenapa air mata itu mengalir..

Sahabat-sahabat yang dikasihi, bila diriku membicarakan tentang air mata, tidaklah bermakna hamba Allah ini menggalakkan untuk kalian menangis..biarlah mata yang dikurniakan kepada kita ini menangis hanya kerana Allah..rasa kasih,sayang,cinta, mahupun simpati sesame manusia juga biarlah didasarkan krn Allah..

apapun, janganlah biarkan air mata atau kesedihan itu membunuh dan membinasakan diri kita sendiri..ya benar!!air mata itu hadir kerana rasa dalam hati..dan kita sendiri tak tahu kenapa kita menangis..ia datang sendiri..tapi Allah sudah menganugerahkan kita akal untuk berfikir agar kita tidak terus berendam dengan air mata..redholah atas segala yang Allah taqdirkan..dan sabarlah menempuh segala ujian dan penderitaan..bersamalah kita mendidik diri menjadi hamba Allah yang sabar dan kuat..insyaallah,segala ujian yang Allah beri pada kita maka itulah tandanya Dia menyayangi kita..yakinlah dan berdoalah hanya pada-Nya..

Sampai masanya tika satu hari nanti kita tersa begitu sedih dan ingin menangis..kerana kehilangan..kematian..perpisahan atau sebagainya maka biarlah ‘mutiara’ itu gugur untuk seketika..mengalir seadanya saja..setidak-tidaknya ia bisa menghilangkan rasa duka dihati kita.. namun jangan biarkan kesedihan itu tidak berpenghujung..bangkitlah dengan semangat dan azam baru..yakinlah kepada Allah yang Maha Mengetahui segala yang berlaku hari ini..masa lalu mahupun apa yang berlaku akan datang..

Betapa sucinya air mata andai ia gugur tika hamba sujud kepada Tuhannya..memohon taubat dan keampunan..alangkah indahnya andai air mata itu gugur dengan penuh rasa cinta dan kerinduan kepada Allah Yang Mencipta sekalian makhluk..Alangkah syahdunya andai air mata itu hadir tika bibir membaca Al-Quran dan kerana khusyuk menghayati makna setiap baris ayat yang dibaca..alangkah indah dan ternilainya andai air mata itu jatuh kerana ketakutan dan rasa malu pada Rabb yang Maha Esa..takut atas dosa yang dilakukan..dan betapa indahnya air mata itu tika ia hadir dalam setiap doa yang dibaca dengan penuh pengharapan kepada Tuhan Yang Maha Mendengar..keyakinan bahwa doa itu adlah senjata bagi orang Islam..

Ya Allah, ya Tuhanku..aku bermohon padaMu ya Allah, andai aku menangis..maka biarlah air mata ini gugur hanya keranaMu ya Allah..kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan hati hamba-hambaMu..sedang aku hanyalah hamba yang kerdil lagi hina..

Kurniakanlah kami mata yang menangis hanya keranaMu..

Tuesday, October 7, 2008

alkisah'SI ANAK SINGA'


Kisah Seekor Anak Singa

Di dalam sebuah hutan belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anak singa yang masih lemah itu hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Beberapa waktu kemudian, sekumpulan kambing melintas tempat itu.Anak singa itu menggerak-gerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati. Ia berasa sangat hiba melihat anak singa yang lemah dan hidup sebatang kara itu. Terbitlah nalurinya untuk merawat dan melindungi anak singa itu.

Si ibu kambing itu pun menghampiri anak singa itu,lalu membelai dengan penuh kehangatan dan kasih sayang . Kerana dapat menikmati kehangatan kasih sayang begitu, si anak singa itu pun tidak mahu berpisah dengan ibu kambing.Ia pun terus mengikut ke mana saja ibu kambing itu pergi.Jadilah ia sebahagian daripada keluarga besar kumpulan kambing itu.

Hari berganti hari, dan anak singa itu terus membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Ia hidup dalam kumpulan kambing.Ia menyusu, makan,minum dan bermain dengan anak kambing. Tiada sebarang perbezaan dengan kambing-kambing lain. Ia sama sekali tidak pernah berasa dirinya adalah seekor anak singa.

Suatu hari, berlaku tragedi besar. Seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan.

” Kau singa! Cepat lawan serigala itu.Cukup dengan mengaum saja,pasti serigala itu akn ketakutan!” kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah itu.

Tapi, anak singa yang sejak kecil hidup ditengah-tengah kumpulan kambing itu turut takut malah berlindung di belakang ibu kambing. Ia berteriak sekeras-kerasnya dan yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembek. Suara itu sama seperti kambing yang lain. Bukan mengaum.

Anak singa itu tidak boleh berbuat apa-apa ketika salah seekor anak kambing yang tak lain adalah saudara susuannya diterkam dan dibawa lari oleh serigala.

Ibu kambing sangat sedih kerana salah seekor anaknya maut dimakan serigala.Ia pun memandang anak singa itu dengan perasaan marah.

”Sepatutnya kau boleh membela kami!!Seharusnya kau boleh menyelamatkan saudara kau itu!Seharusnya kau boleh menghalau serigala yang jahat itu!!marah ibu kambing..

Anak singa itu menunduk. Ia benar-benar tidak faham dengan maksud perkataan ibu kambing.Ia sendiri berasa takut pada serigala itu sebagaimana kambing-kambing yang lain.Anak singa itu turut berasa sedih kerana tidak dapat berbuat apa-apa.

Hari berikutnya, serigala ganas itu datang lagi. Ia memburu kambing-kambing untuk dimakan. Kali ini,ibu kambing pula yang tertangkap dan sedang dicengkam oleh serigala. Semua kambing tidak ada yang berani menolong. Anak singa itu tidak sanggup melihat ibu kambing yang sudah dianggap ibunya itu dicengkam oleh serigala lalu ia cuba membantu dengan perlakuannya yang tak ubah seperti seekor anak kambing.

Melihatkan tingkah laku anak singa itu, serigala yang ganas dan licik itupun maklum bahawa yang ada dihadapannya adalah singa bermentaliti kambing. Jadi tidak ada bezanya dengan kambing.

Ketika itu juga ketakutannya hilang. Ia menggeram marah dan sekali lagi bersiap menyerang singa bermentaliti kambing itu.

Ketika anak singa itu menerjang dan menyerudukkan kepalanya sebgaimana kambing,sang serigala pula sudah bersedia dengan tendangannya yang kuat. Dengan sedikit masa,serigala itu pun berjaya mencakar muka anak singa itu dengan cakarannya.

Anak singa itu pun rebah dan mengaduh kesakitan. Sementara kambing-kambing yan menyaksikan kejadian itu pun cemas. Ibu kambing juga hairan,kenapa singa yang gagah begitu boleh kalah dengan serigala. Bukankah singa raja hutan??

Serigala pun terus menyerang anak singa yang mengaduh sakit. Serigala itu juga bersedia untuk menawan nyawa anak singa itu. Pada masa krisis begitu, ibu kambing tidak sampai hati, lalu dengan sekuat hati menerajang serigala. Serigala pun terpelanting. Anak singa pun dapat bangun.

Ketika itu seekor singa dewasa muncul dengan ngauman yang dahsyat.

Semua kambing pun ketakutan.Anak singa itu juga turut takut. Sementara serigala pula sudah cabut lari.

Anak singa itu ketakutan sekali..
” Jangan bunuh aku..jangan bunuh aku.ampun!!kata anak singa itu

” Kau anak singa,bukannya anak kambing. Aku tidak akan membunuh anak singa”.kata singa dewasa itu..

Dengan meronta-ronta anak singa itu berkata,” tidak, aku adalah anak kambing. Tolong lepaskan aku”.

Singa dewasa itu berasa hairan bukan kepalang.Mana mungkin ada anak singa bersuara kambing dan bermentaliti seperti seekor kambing. Dengan geram ia menyeret anak singa itu ke danau. Ia mahu menunjukkan siapakah sebenarnya anak singa itu.

Sebaik sampai di danau yang jernih airnya, ia meminta anak singa melihat bayang dirinya sendiri.Lalu dibandingkan dengan singa dewasa.

Sebaik melihat bayang dirinya,anak singa itu pun terkejut.” Oh,rupa dan bentukku sama dengan kau. Sama dengan singa”.

” ya!kerana kau sebenarnya anak singa bukannya kambing!!tegas singa dewasa itu..

” Jadi,aku bukan kambing?? Aku adalah seekor singa??tanya anak singa itu lagi..

” ya!kau adalah singa. Raja hutan yang berwibawa dan digeruni semua penghuni hutan. Mari aku ajarkan kamu bagaimana menjadi seekor raja hutan!!kata singa dewasa..

Singa dewasa itu pun mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa. Ia pun mengaum dengan kuatnya. Ngauman yang mengetarkan seluruh penghuni hutan. Anak singa itu pun cuba meniru. Ia juga dapat mengaum dengan kuat. Tidak jauh dari situ, serigala yang ganas itu pun lari bahkan kian kencang kerana takut dengan ngauman anak singa itu.

Anak singa itu berteriak kemenangan..

” Aku adalah seekor anak singa!!raja hutan yang gagah perkasa!!jerit anak singa itu keriangan..

Singa dewasa tersenyum gembira mendengarnya.

Demikianlah alkisah ’sianak singa’..
Persoalannya...

MUNGKINKAH ADA ANTARA KITA HARI INI YANG SEBAHAGIANNYA MIRIP SEPERTI ANAK SINGA INI???

Sekian lama hidup tanpa mengetahui jati dirinya yang sebenar dan potensi terbaik yang ada pada dirinya???

BETAPA RUGINYA KITA ANDAI ITU YANG TERJADI..

Betapa banyaknya manusia pada hari ini yang menjalani hidup seadanya saja,dengan ala kadar atau ’cukup-cukup makan’ kata orang..kita hidup dalam keadaan yang masih terbelenggu dan terkurung oleh sesiapa diri kita..hidup dalam tawanan rasa selesa..langkah yang penuh keraguan dan kesangsian..tanpa semangat hidup yang sepatutnya..dan kadang-kadang sekadar menjadi’pak turut’..menuruti perlakuan orang lain hingga tak mengenal diri sendiri..

Inilah yang banyak berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini..kerana hakikatnya, ramai yang tidak tahu siapa diri mereka yang sebenar dan potensi terbaik apa yang telah Allah anugerahkan kepada mereka..

BOLEH JADI MEREKA ITU SEBENARNYA ’SEEKOR KAMBING’ TETAPI MEREKA TIDAK TAHU SEBENARNYA MEREKA ADALAH’SEEKOR SINGA’. MEREKA MENGANGGAP DIRI MEREKA ’SEEKOR KAMBING’ SEBAB SELAMA INI HIDUP DALAM KAWANAN KAMBING SEDANG HAKIKATNYA JIKA MEREKA BERKEINGINAN,MEREKA MAMPU MENJADI SEEKOR SINGA..

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri berusaha mengubahnya..

Kata-kata di atas sering kita dengar umpama menjadi satu falsafah hidup untuk membaiki diri menjadi lebih baik..tapi hakikatnya, masih ramai yang tidak berubah.

KENAPA MASIH RAMAI YANG TIDAK BERUBAH??

PERTAMA: Kerana Kita tidak mahu berubah.

KEDUA: Kerana KITA tidak tahu bahawa KITA harus berubah

KETIGA: kerna KITA tidak tahu bagaimana cara untuk berubah.

Sebabnya???

Kerana kita sudah biasa hidup pasrah..sudah biasa dengan redho atas segalanya..menerima segala yang dimiliki seadanya..hidup tanpa ada rasa untuk bangkit dari segala kelu kesah..derita.sengsara atau kesusahan..Tidak tahu berusaha untuk membaiki diri..Dan akhirnya,cara hidup ini seterusnya diwariskan turun-temurun..

TAHUKAH KITA??

Allah telah menganugerahkan kepada kita kelebihan dan keunikan yang tersendiri..setiap orang punya kalebihan tertentu..Namun,amat menyedihkan bila ramai yang tidak menyedari kelebihan dan potensi yang dimiliki dan tidak tahu bagaimana seharusnya digunakan potensi yang ada..

TIDAK TERKIRA RAMAINYA ORANG YANG HIDUP BERMENTALITI KAMBING MESKIPUN MEREKA SEBENARNYA ADALAH SINGA!!

Sedar atau tidak..ramai antara kita yang menjadi seorang manusia yang begitu gerun atau begitu mengagumi orang lain sama seperti gerunnya si anak singa yang bermentaliti kambing dalam menghadapi serigala dlam kisah tadi. Padahal sebenarnya,kita juga mampu menandingi mereka jika kita berkeinginan..dan mungkin lebih dari itu..

Namun sayangnya,ramai antara kita yang mirip anak singa tadi..anak singa..tapi bermentaliti kambing dan berkelakuan seperti kambing..bukan seperti singa!!kian lama terbeleggu hingga tak bisa menyedari siapa dirinya yang sebenar..

lebih menyedihkan lagi apabila ada yang sudah menyedari dirinya adalah singa tetapi tetap juga memilih untuk menjadi kambing kerana sudah terbiasa menjadi kambing dan kerana malu pula untuk menjadi singa..malu untuk maju dan berprestasi..Mereka tetap mahu menjadi kambing kerana merasa tidak mampu menjadi singa dan berasa sudah selesa menjadi kambing. Yang menyedihkan bila ada yang tidak mahu orang lain menjadi singa kerana hasad,dengki dan iri hati berada dalam diri..Bahkan meReka mahu orang lain menjadi kambing yang lebih bodoh pula!!

Renung-renungkan..fikir-fikirkan..

Sedarkah kita,bahawa hakikatnya kita adalah’SEEKOR SINGA’??

Allah Taala sendiri telah berfirman di dalam surah Al-Imran ayat -10 yang bermaksud..

” Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi ummat manusia kerana kamu menyuruh segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar(buruk dan keji),serta kamu pula beriman kepada Allah(dengan sebenar-benar
iman)”

Dalam konsep kita sebagai ummat Islam ,sedarkah kita bahawa kita adalah ummat terbesar. Ya!!!kitalah UMMAT ISLAM..Ummat Islam ini adalah sebenarnya singa dewasa yang mempunyai kekuatan yang hebat bukannya sekawan kambing.

Andai setiap daripada ’SINGA-SINGA’ ini benar-benar menyedari keupayaan sebenar diri, maka ia akan menunjukkan kepada dunia bahawa ia adalah singa yang tidak boleh diperlekahkan sedikit pun.

Betapa ramainya ummat Islam di dunia ini maka betapa banyak nya juga singa-singa. Itulah yang sebenarnya.

Sahabat-sahabatku..kitalah ummat itu..

ya!!kita sebaik-baik ummat.. kitalah SINGA..singa yang bermentaliti ’SINGA’ dan berperwatakan sebagai seekor’SINGA’..

kita mampu mengembalikan kegemilangan Islam

kita mampu berjihad menegakkan Islam

kita mampu berdakwah menyebarkan Islam

kita mampu gemilang dalam segala bidang mengatasi bangsa lain

kerna kitalah Ummat sebaik-baik ummat..


fikir..fikir..dan teruskan berfikir merenung diri

’APAKAH AKU ’SEEKOR KAMBING’??

Atau

SEEKOR SINGA??

Atau mungkin..

KAMBING BERMENTALITI SINGA??

Atau..

SINGA BERMENTALITI KAMBING???

tepuk dada tanya selera???
TEPUK DADA TANYALAH DIRI SENDIRI

ayuh bangkit ’SINGA-SINGA ALLAH’!!!
ayuh bangkit ’WAHAI SEKALIAN SINGA’

Sunday, October 5, 2008

HAMBA YANG MENCARI



Kumemandang jauh dilubuk hati..
Kemerentas ombak duka..
Kumelayari bahtera bahagia..
Sesekali..
Aku tegar menguntum senyuman..
Ibarat mekar wardah yang indah di pagi hening..
Atau sesekali jua..
butir-butir mutiara hati gugur tanpa dipinta..
Aku mencari..mencari dan terus mencari..
Tuhan..dimana ia??

Kumendaki gunung..
kumenuruni lurah..
Kumerentas lautan..
Kumencari-cari disebalik rimbunan awan..
Juga disebalik sinaran mentari ..
Tampak gemilang cahayanya..
Tiba hati terdetik..
Tiba jiwa merasa..
Tika mata memandang
Tika telinga mendengar..
Ya Rabbi..inikah ia?

Sayu kumemandang..
Hiba ku menatap..
Sujud..aku sujud..
Sujud syukur memuji kebesaranMu..
Tak bisa kumenahan rasa hati..
Deraian hiba seakan memain lagu..
Indah..cukup indah alunannya..
Inilah kasihMu..inilah rahmatMu..
Maha suci Allah..Maha suci Allah..
Aku sudah menemui..
Tika aku sedang mencari..

Inilah yang kucari..dan kini kumenemui..
Sinaran hidayahMu..
Cahaya petunjukMu..

Kini..
Takkan aku berpusing kebelakang..
Tak ingin aku menoleh tepi..
Kerana ia ada dihadapanku..
Tak bisa dilihat..tak bisa didengar..tak bisa disentuh..
Tapi hadirnya bisa dirasa..
Kerana hidayah itu dari-Nya..
Hamba yang mencari..
Insyaallah akan menemui..

Hidayah itu milik Allah..Dia memberinya untuk hamba-hamba yang Dia menginginkannya..tapi,kita sebagai hamba harus mencari..kita sebagai hamba harus berdoa agar kita beroleh hidayah..agar kita beroleh petunjuk..

seringkali kita mendengar..bila ada manusia menutur bicara..” aku belum dapat hidayah lagilah..hidayah itu kan milik Allah..” nanti..dah dapat hidayah..aku bertaubatlah..

ya!memang hidayah milik Allah..tapi,andai kita tak mencari sendiri..kita tak bisa menemuinya..andai kita sekadar menuggu hidayah datang pada kita..maka pergilah kita nanti mengadap-NYA sebagai seorang hamba yang rugi..

ajal tidak menunggu kita sekalipun sesaat..bila Allah sudah mentakdirkan kita meninggal pada malam ini..pukul 11.05malam..maka pergilah kita mengadapnya pada waktu yang tepat..

Sebenarnya, tanpa kita sedar.. Allah sudah memberi petunjuk itu kpd kita..atau mungkin Dia mengirimkan seseorang utk kita..supaya kite merenung kembali kesilapan diri..tapi,kita yang ego atau kadang kala berusaha untuk menafikannya..kerana kita bahagia berbuat dosa..nauzubiilahiminzalik..

Renungkanlah sahabatku..bertaubatlah selagi ada masa..kembalilah ke jalan TuhanMu..kerana tika hidayah itu hadir..tapi kamu tak mengendahkannya..ku khuatir..tiada lagi hidayah untuk-Mu..krn kamu langsung tidak mensyukuri petunjuk yang Allah berikan untukmu..

Diriku insan lemah lagi hina menutur bicara..segala apa yang kutulis ini maka ia adalah peringatan untuk diriku sendiri..andai satu hari diriku membuat silap..maka aku mengharap untuk kalian mengingatkanku..menasihatiku..

-Salam aidilfitri buat kalian sahabat-sahabtku..maaf atas kelambatan mengucapkannya..
Kupohon jutaan kemaafan atas segala salah dan silap mahupun keterlanjuran kata..

KERANA KAU MANUSIA..AKU SAYANG PADAMU..(Laksamana sunan)

KERANA KALIAN SAUDARA SEISLAMKU..AKU SAYANG PADAMU

Izinkanku menjadi sahabat kalian dunia akhirat..