Wednesday, August 27, 2008

Duhai wanita yang dikasihi


Duhai Wanita Yang Dikasihi

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupan wanita kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulallah SAW telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi ,sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan..kelembutannya menyejukkan hati yang memandang..

Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dgn penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan.Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat,melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaanya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhoi Allah..

Hayatilah kata-kata ini sahabat-sahabatku kaum Hawa..sedari hakikat diri kita sebagai seorang wanita..setelah Rasulallah SAW mengangkat darjat kita..apakah wajar untuk kita merendahkan darjat kita dgn menjadi wanita yang menjadi fitnah dunia dan agama??sedarkah kita?lupakah kita?sewaktu peristiwa Isra’dan Mikraj berlaku..Baginda Rasulallah SAW telah diperlihatkan gambran syurga dan neraka..dan ramai wanita di dalam neraka??kenapa??kenapa wanita ramai masuk ke neraka?sedangkan hakikat sebenarnya wanita tidak sukar untuk masuk ke syurga..hanya dengan mentaati Allah, Rasul dan taat pada suami..maka pintu syurga terbuka untuknya..berbanding lelaki yang memegang tanggungjwab terhdp 4wanita..tapi,kenapa kita?kenapa si bunga ini yang ramai masuk ke neraka??

renungkan seketika dlm menyedari hakikat diri..hargai dan pelihara segala keindahan yang Allah pinjamkan pada kita..wanita itu indah..tapi keindahan sebenar terletak pada hati..bukan dari luaran..semoga ini menjadi pedoman buat semua wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang,isteri solehah, mahupun ibu yang penyayang ..kini atau mungkin satu hari nanti..insyaallah..

Monday, August 25, 2008

PELIHARA LIDAHMU..

Jaga Lidah,Manusia Selamat

Sewaktu pulang ke kampung..sempat ana membuka dan meniliti hadis shahih muslim..ada sesuatu yang ingin ana kongsikan..untuk kita sama-sama melihat dan meninjau akan kelemahan dan kekurangan diri..dan seterusnya membaiki kesilapan diri..terutamnaya diri ana sendiri krn ana yang menulis ini..

ayuh sahabat2ku kita hayati hadis-hadis ini..

" dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulallah SAW bersabda: " seseorang hamba(manusia)yang berbicara dengan perbicaraan yang belum jelas baginya(hakikat dan akibatnya),maka dia akan terlempar ke neraka sejauh antara timur dan barat.

Dari Abu Hurairah .a katanya: Rasulallah SAW bersabda:" Aabila seseorang berkata,"celakalah mereka!" maka orang yang berkata itulah yang paling celaka"

Sahabat-sahabat ana yang dikasihi..
Daripada dua hadis di atas,bisakah kalian meniliti pengajaran yang terselit disebaliknya..apakah yang Rasulallah SAW ingin sampaikan pada kita??betapa pentingnya untuk kita menjaga lidah kita dalam berbicara..

Nak atau tidak..kita harus akui..kadang kala..lidah kita terlalu lancang berbicara..tambahan pula bila kita marah..keluarlah bahasa-bahasa kesat yang tidak seharunya kita tuturkan..perkataan:bengong',bangang',bodoh;gila; celaka atau perkataan-perkataan yang tidak elok pantas betul lidah kita menyebutnya..

sahabat2ku..semarah manapun kita pada seseorang..sejahat manapun orang itu..sekejam manapun orang lakukan pada kita..janganlah sesekali kita amalkan lidah kita untuk menyebut perkataan2 seumpama ini..sabarlah..krn sabar itu indah dan selalulah bersangka baik..kita adlah manusia yang tidak sempurna sahabat2ku..setiap orang punya kelamahan dan kelebihan tersendiri..dan apa yan perlu kita ajar dan didik diri kita ialah untuk belajar menerima kekurangan dan kelemahan orang lain..usahlah kita terlalu bermegah-megah atau mersakan seolah-olah kitalah yang paling baik..krn Allah menilai dan melihat kita dari hati kita..dan soal hati..keikhlasan dan ketulusan..hanya DIA yang maha mengetahui..

Sebagai seorang rakyat malaysia..dan seorang mahasiswa..sebenarnya bukanlah ana tidak mahu untuk berbicara soal politik negara kita..ana suka berbual dgn ayah dan bapa saudara ana soal politik..tapi,melihat politik di Malaysia yang semakin parah..seakan hilang keupayaan untuk berbicara krn khuatir lidah ini berbicara dan mengulas dlm keadaan emosi..sekadar memandang dan mengikuti perkembangan dari jauh..fitnah..umpatan..hinaan..kata-mengata dalam politik seolah-olah sudah menjadi rencah utama..inilah penyebab kenapa ana tidak mahu berbicara soal politik..

Baru-baru ini ana melihat satu video klip di dalam handphone adik ana..gambar seorang ustaz sedang menyanyi lagu yang menunjukkan dia merendah-rendahkan seorang pemimpin Negara sewaktu ustaz ini menyampaikan ceramah..bila ana melihatnya..hati ana rasa sedih..dan ana tak setuju dgn tindakan ustaz itu..bukanlah bermakna ana penyokong pari-parti tertentu..cuma ana tak suka melihat sifat manusia yang saling rendah-memperendahkan,saling kata-mengata..saling umpat-mengumpat..jika kita merendah2kan orang lain..tanpa kita sedar..kitalah sebenrnya y telah merendahkan martabat kita sbgi seorang Muslim krn tidak menjaga tutur kata..jika kita mengatakan orang lain dgn kata-kata kasar..kitalah yang sebenrnya spt apa yang kita tuturkan..janganlah terlalu taksub terhadap sesuatu..bersederhanalah dlm apa yang kita lakukan..jgn krn terlalu taksub hingga kita menggunakan lidah kuniaan Allah ini untuk kita mencela manusia lain..

Duhai saudara-saudara seislamku..sebaik-baik muslim itu adalah yang baik tutur katanya..jika kita benar-benar berpegang pada Al-Quran dan Al-Hadis..beriman pada Allah dan kita benar-benar mencintai Rasulallah..mengapa tidak kita mengikuti akhlak baginda?kelembutan baginda dalam bertutur kata..baginda Rasulallah SAW sendiri tidak suka kita berbicara kasar walau dgn sesiapapun..baginda tak suka kita menyumpah-nyumpah walau dgn sesiapun..jagalah lidah kita n insyaallah..Allah melindungi kita..jauhi mengumpat.memfitnah mahupun menyumpah-nyumpah..sabar dan belajarlah menahan kemarahan..

semoga segala yang ana tulis menjadi peringatan untuk diri ana sendiri dan untuk semua..
sempena bulan Ramdhan yang hampir tiba..ana memohon maaf pada semua atas segala kata-kata ana atau salah silap ana sama ada yang ana sengaja mahupun tidak sengaja..mungkin ana pernah termarah,terumpat,terkasar bahasa,pernah prasangka buruk atau apapun..maafkan ana ye..

BATASAN PERGAULAN SEMASA BERTUNANG



BATASAN PERGAULAN SEMASA BERTUNANG
Syariat Islam membenarkan lelaki melihat perempuan yang menjadi pilihan hatinya untuk dijadikan isteri dengan:
1)mengenalinya dengan lebih jelas
2)mengetahui tahap keteguhan agamanya
3)mengetahui tahap pemikiran dan emosinya
4)mengetahui hal-hal peribadi yang lain

Kelonggaran ini dibenarkan oleh Islam dengan syarat bahawa kedua-dua pihak memang sudah membuat azam untuk merapatkan hubungan bagi memastikan perkahwinan mereka kelak dapat dibina di atas persefahaman dan keserasian yang teguh.

Perbuatan ini pula tidak dengan tujuan untuk memenuhi dorongan nafsu jahat sehingga berlaku maksiat.Oleh itu batasan pergaulan yang diizinkan oleh Islam hendaklah dipatuhi. Batas utama ialah bahawa Islam hanya membolehkan:
a) lelaki melihat perempuan pada muka dan dua tapak tangan dan tidak boleh bersentuhan
b) pertemuan yang sopan dan ditempat yang terpelihara daripada gejala sosial dan maksiat.
c) Pertemuan antara lelaki dan perempuan bertunang hendaklah ditemani mahramnya.
d) Pertemuan itu tidak terlalu kerap sehingga menimbulkan fitnah

Islam melarang perlakuan berdua-duaan,berkhalwat dan bergaul bebas, pergi kesana kemari seperti yang berlaku dalam masyarakat hari ini kerana perbuatan itu haram dan boleh mendatangkan banyak keburukan kepada diri, keluaraga, dan masyarakat.Dengan kata2 lain kelonggaran yang diberikan oleh Islam itu untuk memastikan bahawa bakal suami isteri itu akan dapat meletakkan asas kebahgiaan rumahtangga berdasarkan nilai agama dan kemanusiaan yang tulen bukan sahaja berdasarkan penilaian nafsu, tetapi dengan penilaian hati yang luhur dan ikhlas, rela menerima kehadiran antara kedua belah pihak.

Suatu perisiwa telah berlaku di zaman Rasulallah SAW, iaitu Al-Mughirah B. Syu’bah telah meminang seorang perempuan untuk dikawininya, lalu Rasulallah SAW bertanya kepadanya, adakah engkau melihatnya??jawabnya: tidak!kemudian baginda bersabda yang bermaksud:

Erti: Lihatlah ia kerana perbuatan itu lebih wajar untuk mengukuhkan pertalian antara kamu berdua

Dalam peristiwa lain Rasulallah SAW bersabda:

Apabila ada diantara kamu meminang perempuan, maka jika ia dapat melihat kepadanya akan perkara yang mendorong untuk mengahwininya hendaklah dilakukan.

PERINGATAN PERGAULAN BEBAS
1) Islam mengaharamkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempauan bukan mahram seperti yang berlaku pada masa sekarang kerana perbuatan itu termasuk dalam maksiat.
2) Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan menjadi salah satu punca gejala sosial dikalangan remaja dan maksiat yang berleluasa.
3) Jauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dimana2 sahaja kamu berada, kamu akan terselamat daripada jebak gejala sosial dan maksiat.
4) Patuhi adab pergaulan yang diizinkan oleh Islam dan jaga maruah kamu sebagai seorang Islam.

Sunday, August 24, 2008

TAJUK 4:MERISIK DAN MEMINANG

MERISIK DAN MEMINANG

Merisik : Merisik merupakan langkah pertama untuk mendirikan rumahtangga. Amalan ini menjadi kebiasan bagi pihak lelaki yang berkenan kepada seseoang perempuan untuk dijadikan teman hidupnya. Walaupun begitu tidak salah sekiranya pihak perempuan merisik lelaki yang menjadi pilhannya. Amalan ini biasanya dilakukan sendiri oleh ayah atau ibu pihak lelaki atau menghantar wakil berkunjung ke rumah keluarga perempuan yang menjadi pilihan pihak lelaki.Tujuannya ialah hendak bertanya-tanya perihal anak perempuan keluaraga tersebut sama ada sudah dipinang orang atau belum,serta menyatakan hajat pihak lelaki untuk melamarnya. Sekiranya risikan itu mendapat jawapan yan positif,maka pihak lelaki boleh membuat keputusan sama ada hendak meneruskan hasratnya atau membatalkannya.

Meminang: Jika ia memilih untuk meneruskan hasratnya, maka mulalah langkah kedua untuk mendirikan rumahtangga. Meminang dengan maksud menyatakan hasrat untuk menjadikan anak perempuan pihak yang dirisik sebagai bakal isteri dan hasrat ini sama ada diterima atau ditolak oleh keluarga pihak perempuan,walaupun pada kebiasaannya kemungkinan diterima lebih banyak daripada ditolak. Dalam adat meminang biasanya pihak lelaki akan membawa sesuatu hadiah dan barang yang boleh dijadikan tanda pertunangan,seperti cincin pertunangan. Dengan kata2 lain cincin itu menjadi tanda bahawa anak perempuan keluaraga tertentu telah pun diikat janji untuk dinikahkan dengan lelaki tersebut pada tempoh yang dipersetujui bersama antara pihak lelaki dan perempuan.

Perkara yang dibincangkan dalm merisik:

1)pengenalan keluaraga lelaki dan perempuan
2)pengenalan anak lelaki dan perempuan
3)menyatakan hasrat merisik
4)Persefahaman antara kedua-dua belah pihak
5)Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki

Perkara yang dibicangkan dalam meminang

1)memperjelaskan hasrat dlm risikan dan persetujuan pihak perempuan menerima pihak lelaki
2)membaca khutbah meminang
3)melakukan pinangan iaitu menyatakn hasrat oleh pihak lelaki dan penerimaan oleh pihak perempuan
4)memberi hadiah atau tanda pertunangan
5)membincangkan perkara2 yang berkaitan dengan akd nikah dan majlis walimatul urus seperti:

a) tempoh bertunang
b) batas perhubungan anak lelaki dan perempuan
c) mas kahwin dan hantaran
d) akad nikah
e) walimatul urus
f) perkara2 adat istiadat yang tidak bertentangan dengan syarak

Hukum meminang

Harus iaitu meminang gadis atau janda yang sudah habis edahnya atau yang telah ditalak tiga edah bain,edah wafat atau wathi syubhah
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:235
Erti: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam edah)
Haram iaitu meminang janda yang dalam edah raj’iyah,dan haram juga meminang perempuan yang masih dalam pinangan orang lain kecuali telah nyata pinangan itu ditolak atau telah diputuskan.

Riwayat Ahmad dan Muslim:
Orang mukmin saudara orang mukmin maka tiada halal bagi seorang mukmin meminang seorang yang sudah dipinang oleh saudaranya sehingga nyata permintaannya itu tidak diterima.

Thursday, August 14, 2008

kehiDupanKu..KeRi NdUANku


KEHIDUPANKU..KERINDUANKU..

Entah kenapa hati ini terasa rindu..rindu pada emak..pada ayah..along..adik2..kurindukan kehidupanku dirumah..kurindu dgn usikan dan ajukan mak yang selalu meniru gaya aku bercakap bile sesekali suara manjaku terkeluar tika aku berbicara..kurindu untuk ‘main chef-chef’ dgn makku atau mungkin menyikat rambut dan mengurutnya..kurindu untuk berdebat dgn ayah..atau sesekali aku menangis bila ayah mengusik aku krn ayah tahu aku selalu serius sedangkn ayah sekadar bergurau..aku rindu untuk bernasyid,menyanyi dan bergendang bersma adik2 di ruang tamu..aku rindu utk mencium adik2ku yang kecil..aku rindu untuk mengusap kepala mereka..menepuk bahu mrk..manasihati mrk..memberi semangt pada mrk..aku rindu untuk mdgr mrk berkongsi masalah dgnku..aku rindu dgn loyar buruk yang adikku hakim selalu buat..aku rindu untuk duduk bersila di atas tikar makan bersama ahli keluargaku..aku juga rindu untuk berleter pada adik2ku…ya Allah..rindunya aku pada kehidupanku..kerinduan seorang anak..mahupun kerinduan seorang kakak….

Bila sesekali orang bertanya padaku..umi anak ke berapa?agak-agak..umi anak ke berapa?tanya aku..anak sulung..jawab mereka..taklah..umi anak ke-2 dari 10orang..jawabku..ramainya..mereka separuh menjerit..haah!ramai..mesti bestkan!!kata meraka..haah!best..umi suke sangat ada ramai adik..seronok..meriah...jawabku sambil tersenyum..ye!sume tu jelas terpancar diwajahku..wajah yang berbunga dan sentiasa tersenyum..bila aku bercerita tantang gelagat dan kerenah adik2ku yang 8orang itu..

Jika dibilang-bilang..dari kami 10beradik..Cuma tinggal 2orang yang masih kecil dan bersekolah rendah sahaja di rumah..yang lain sumenye dok asrama..tak hairanlah ibu dan ayah selalu cakp mereka sunyi di rumah..alongku munira,22tahun.. sudah berkawin dan tinggal di bidor..aku, 21tahun..kini beljar di UPSI.. adikku Iqram,19tahun..bljr di Politeknik Teluk Kemang, Port Dickson dlm diploma mechanical engineering..adikku Irimzan,18tahun di Maahad Johor..adikku Asraf,17tahun..tingktn 5 di sek.men agama al-khairiyah al-islamiyah,mersing..adikku hishamiakim..16tahun..tingktn 4.. di sek men keb.agama,pahang,muadzam shah..adikku sabirin,15tahun.. sama dgn abangnya asraf..beljar di sek.men agama al-khairiyah al-islamiyah dlm tgktn 3..adikku rosfarizan, 13ttahun.. atau kami panggil kakak dirumah..sama dgn abngnya hakim beljar di sek.men keb,agama pahang dlm tingktn 1, adikku musmualim, 10tahun.. dlm tahun 4 dan adik bongsu yang kurindu norsoleha..9tahun.. bersekolh rendah dikampung..sek.keb sarang tiong..inilah 8orang adik-adikku..yang kurindu yang kusayang..

Setiap kali aku pulang kerumah..perkara yang sama pasti akan berlaku..tika aku dan sume adik2ku yang beljr di asrama balik..rumah yang sepi..menjadi riuh rendah..dan bersepah..hihi..tapi,itulah kehidupan kami..sehinggalah masing2 sudah besar atu mungkin sudah berkerja dan berumahtangga satu hari nanti..yang teruknya..umi dan emaklah..hihi..tapi..aku rasa bahagia sangt..bahagia menjadi seorang kakak..

Bila aku pulang kerumah..kesalahan adikku akan ibu laporkan padaku..dan aku yang bertangungjwb menasihati adik2ku..adik2 lebih manja dan rapat dgnku berbanding along..tambhan pulak along jarang balik dan sudah berkawin..maka tanggungjwb terpikul dibahuku kini..

Oleh krn aku punya ramai adik2 lelaki..agak pening juga dibuatnya..tapi,alhamdulillah..mrk dah makin besar..dah makin berakal..cume kadangkala sikap mrk yang kurang matang mybbkn aku perlu menasihati mrk dlm hal-hal tertentu..mengingatkan mrk supaya solat..atau mungkin meminta mrk membuat kerja..waktu aku cuti panjang dulu..aku berpeluang untuk bersama adik2ku di rumah..inilah peluang untukku menyelami hati adik2ku..wktu cuti..tika kecoh ayah ingin mengahwinkan aku..aku pula bertanya pada adik lelaki yang sulung..abang nak kawin bila?tanyaku..abang nak kawin lambat..jawabnye..baguslah kalau mcm tu..abang anak lelaki sulung..besar tanggungjawabnye..angah nak adik angah benar2 faham akan apa itu tanggungjwb..jawabku..adikku mengangguk..adik lelaki yang ini sudah nampak sikap matangnye..dialah driver kami dirumah..

Tiba-tiba..adik lelakiku yang bljr di maahad menyampuk..irim nak kawin awal..jawab dia..kenapa??aku bertanya..kawan—kawan irim kat maahad sume nak kawin awal..jawab die..aku tersenyum..emm..adikku ini belum matang lagi..(jawabku di dlm hati)..irim.kawin bukan ikut-ikutan..jika irim hndk berkawin krn kawan-kawan irim nak kawin awal..maknaya adik angah ni sbnrnye belum layak utk berkawin..adik angah belum cukup faham dgn apa yang dikatakan dgn tanggungjwab..adikku ternganga..baiklah!angah terangkan..bila irim kata irim nak kawin awal..maksud irim..nak kawin wktu bljr kan!angah persoalkan..dlm keadaan adik angah masih bljr..bagaimna adik angah nak beri nafkah zahir pd isteri??dari mana adik angah nak dapat duit untuk sara isteri??duit ayah?atau duit pinjaman PTPTN???angah tak suka adik2 angah bercakap soal kawin tanpa berfikir sedalam2nya..ye!angah akui rezeki adlh pemberian Allah..Allah yang memberi kita rezeki dan sewajrnya jangan kita jadikan alasan ini dalm kita menjalankn satu tuntutan agama iaitu’pernikahan’..Cuma dlm hal ini..angah nak adik angah benar-benar tahu dan faham tanggungjawb seorang suami baru adik angah boleh berkawin..aku memberi penerangan pada adikku..

bukankah irim kata nak bljr di mesir??tanyaku..haah!tapi..mak tak beri..dia menjawab..takpe..yang penting..adik angah beljr betul2 dulu..kalu adik angah mmg betul2 dpt ke mesir..mesti mak suka kan!yang penting..adik angah bljr dulu..cepat beljar..cepat kerja..cepat kawin..sengaja aku mengujinya..baik!!jawab dia dgn semangat..adikku yang ini mmg jenis bersemngt..dia bersemngt nak belajar..irim akan bljr betul2..kerja setahun..lps tu irim nak kawin..aku tersenyum m’dgr jawapn dari adikku..hmm..adik angah sibuk nak kawin awal..dah ada calon ke?belum..dia menjawab..baguslah kalau mcm tu..belum smpi masanya lagi..nanti..bila adik angah dah benar2 bersedia..dah benar2 faham tanggungjwb seorang lelaki..seorang suami..dan dah jumpa seseorang yang berkenan dihati..maka mintalah izin pada keluaraga dia..boleh??emm..adikku mengangguk..dlm aku membicarakan soal kawin dgn adik2ku..sesekali aku pasti tersenyum..aku tak sangka..adikku dah besar pun..dah boleh bincang pasal kawin pun dgn akak mrk..

itu kisah aku bersama adik lelaki yang pertama dan kedua..kedua adik lelakiku ini dah nampak sikit matang mrk..berbanding adik lelaki yang bawah..yang masih suka bermain..

sewaktu cuti hari tu..aku mengikut ayahku menanda rekod adik2ku yang belajar di sek.men agama al-khairiyah al-islamiyah..iaitu adikku asraf t.5 dan sabirin t.3..aduhai..melihat result exam pertengahan mrk membuatkan aku terasa ingin marah..tapi,aku cuba menasihati mrk dgn baik..aku bertanya adikku asraf..asraf beljar tak??tanya aku..tak bljr sngt..adikku menjawab..kenapa??dia senyum..asraf..walaupun adik angah dpt jayyid Dan nanti dpt smbung bljr di maahad..dan baik dlm PRA STAM..tapi takkanlah adik angah nak dapat keputusn teruk dlm SPM??aku menegurnya..asraf kena buat betul2..faham??faham..jawab dia..aku menasihati pula adikku sabirin..sabirin macam mane??kptsn teruk sgt ni..tanya aku..sabirin tak faham..sume bahasa inggeris..sains bahasa inggeris..matematik bahasa inggeris..dia menjawab..emm..kesian aku pada adikku..takpe..adik angah kena usaha lebih..aku akui kedua-dua adikku ini lemah sikit dlm akademik..sjk sek rendah lagi..tapi,alhamdulillah..ayah m’htr mrk ke sek agama dan aku dapat lihat adik2ku lebih berminat kpd agama berbanding subjek akademik biasa..tapi,sbgi kakak.aku terpaksa menegur mrk supaya seimbang keduanya..kalu tak seimbang pun..sekurang2nya lulus..itu sudah cukup bagiku..

lain pula cerita dgn adikku hakim yang bljr di sek men keb agama pahang..adikku yang ini sepertiku..dikurniakan Allah kelebihan tertentu..dia pandai berzanji..taranum..nasyid..pidato..forum..bahas..waktu kami htr dia ambil result PMR dulu..aku dan ibu menagis..dia dapat 9A..adikku yang ini suke buat loyar buruk..kadang2 tengah makan pun..kami sekeluaraga boleh tergelak dgn lawaknya..cume tulah..dia manja dgn aku hal lain..hmm..tahu hal ape??angah..tolong picit jerawat hakim..tolonglah..dia menyuruhku..aduhai..kesian juga aku..masakn tidak..adikku yang ini bolehlah dikatakn ada rupa..cume tulah..dikala die hndk membesar..jerawat hinggap dipipinya hingga timbul rasa rendah diri dlm dirinya..sbgi kakak aku tahu prsn die..tmbhn pulak dia aktif dan selalu bertemu dgn orang..aku menyarankan produk2 tertentu..dan menyruh dia berdoa pada Allah..krn jerawat juga adlah dari Allah..jawabku..tapi..bila dia menyuruh aku memicit jerawatnya..aku menurut..dia baring ats pangkuku..ak mencucuk jerawatnye dgn jarum..membrsih dgn tisu..dan setelah selsai aku menyuruhnya membersihkan muka..

tika ini..kadang kala aku risau..memandangkan adik2 lelakiku kini sedang menuju ke alam remaja..setiiap kali balik..aku pasti menasihati mrk supaya jgn terjebak dgn cinta monyet..alhamdulillah..adik2ku sume bersekolah agama dan mrk jenis malu dgn perempuan..aku lebih suka adik2ku malu dgn perempuan darii mrk terlalu dekat dgn perempuan..adlh menjadi tanggungjwb aku untuk menasihati mrk agar tidak terjebak dgn sesuatu yang sia-sia..dan menjadi tanggungjwb aku juga untuk membuat adik2lelakiku faham besarnya tanggungjwb mrk sbgi lelaki..tambhan pula adik lelakiku sumenye ada rupa..aku tak mahu mrk jatuh kelembah yang tdk baik..atu dibuai perasaan bila ramai y meminati mrk..bila balik..aku pasti check handphone mrk dlm diam..bila ada yang aku tak sedap hati..maka aku menegur..menegur dg lembut krn aku tahu..adik aku masih belum cukup matang..masih suka main-main..apapun, harapanku semoga ilmu agama yang mrk pelajari bisa melindungi mrk..aaaaminnnn..

hmm..sekrg ku ingin bercerita tntg adikku yang perempuan..rosfarizan..sekalipun dia baru 13tahun..tapi ketinggian dia hampir menyamaiku..dan badan dia juga besar dariku..huhu..adikku yang ini..sebelum dihantr ke sek agama..dia agak lasak dan ganas..mungkin sbb ats dia sume lelaki..jadi perwtkn dia begitu..tapi,alhamdulillah..dah nampk perubahan dlm diri dia bila dihtr ke sekolah agama..sekalipun dia agak kasar tapi aku tahu adikku lembut cume dia menyembunyikkannya..aku pernah terbaca sedikit coretan yang dia tulis..dia kata..dia hendak menangis bile tgk cerita tentang ayah dan ibu di TV..krn dia tahu..dia selalu berckp kasar..dia tak mahu tengking2 dlm berckp..tapi.aku tak mahu oranG tahu aku menangis..aku juga tak mahu dibelggu nafsu dan dosa..itulah antra coretan yang dia tulis..sewaktu umi membaca coretan itu..umi terasa sayu..umi tahu..dia dlm proses hdk membesar..dalm proses utk mematangkn dirinya..insyaallah..angah akan bantu adik angah..bisikku di dlm hati..bila sesekali dia bercakp kasar..dan agak menengking..maka aku menegurnya..akak..jangan tengking bila bercakap..akak kan perempuan..alhamdulillah..dia sedar kesilapn dia..wktu cuti hari tu..aku berpeluang m’htrnya ke asrama..aku mencium pipi dia yang tembam..sbnrnye..dia tak suke orang cium dia..tapi,aku nak cium juga..smge dgn kasih sayang..hatinya menjadi lembut..fikirku..

adikku yang ke-7..kami panggil ’ALIM’ dirumah..semoga dia menjadi seorang yang alim..aaaminnn..adikku yang ini cerdik budaknya..dia khatam Al-Quran lebih awal dariku..iaitu 9thn..aku 10tahun..wktu dia 7tahun dia sudah taat solat..tapi,skrg..entah knpe die dah mula berubah..skjap solat..skjp tak..wktu cuti..aku menegurnya..hmm..angah tgk adik angah sekjap solat..skjp tak skrg ni..kenapa??tanyaku..dia senyap..aku senyap sebentar dan kemudian menyambung..dulu kan adik angah taat solat..7tahun dah taat solat..dia senyap lagi..Allah dah beri adik angah jadi cerdik..selalu dpt no.1..kelas pagi..fardhu ain..pun dpt no.1..jadi..adik angah kena bersyukur..bersyukur Allah beri adik angah kepandaian..dia senyap..kemudian..akhirnya..dia menagis..aku serba salah..buat adik aku menangis..aku mencium dia..angah bukan nak marah..adik angah solat penuh ye..adik angah kan alim..dia mengangguk..adik umi yang ni..agak jurus..bila ayah suruh apa2..dia terus buat..tak membantah..semoga dia terus begitu..

k,skrg adik umi yang bongsu pulak..hihi..adik umi yang ni..kecik je..mcm akak dia..dia suke melukis mcm umi..mak pun selalu ckp..wktu umi kecik2 mcm adik bongsu umi..umi suke puji dia..adik angah ni comellah..kata umi..pastu..umi pandang je die..dia malu-malu..tertunduk-tunduk dia bile umi puji..hihi..rindunya umi pada adik bongsu umi ni..tapi..tulah..susah sikit kalau nak suruh mengaji..bile umi balik..mak suruh umi ajar dia..adikk..ambil Al-Quran..ngaji..jerit umi..dia senyap je..akhirnya..umi besarkan mata umi dan pandng kat die..sampai dia ambil AL-Quran..hihi..takut jugak die kat umi yek!ehe..

hmm..tulah adik2 umi yang 8orang..macam2 kerenah..macam2 perangai..kadang-kadang..penat juga..bila umi kemas ruang tamu..tak dan seminit mesti berselerak semula..hihi..umi berleterlah..suruh mrk kemas..hmm..mrk buat senyap je..hihi...last.last..umi yang kemas..sejujurnya..umi ni jenis keanak-anakan..kadang2..satu kepala je dgn adik2..umi sengaja begitu..umi mahu adik2 umi sumenye senang berkongsi ape2 dgn umi..tapi..bila umi beri nasihat..berckp hal agama..atau peljarn..mrk m’hormati umi..wktu tu baru terpancar sifat seorang kakak..huhu..mrk juga tak kisah berkongsi mslh dan cite dgn umi..biasenye..kalau balik..kami msti tido lewat..adik2 g bilik umi..n mrk citelah ape2 kat umi..

hmm..adik2 lelaki ni kadang2..suka berlawan..tapi,dah besar ni..alhamdulillah..tak dah..pernah dulu..adik lelaki umi yang sulung bergaduh dgn yang ke-2..aduhai..takut juga umi..akak mrk ni dahlah kecik..umi dok tgh2..tolong sabarkan..adik lelaki umi yang sulung tumbuk pintu..hmm..umi tak suke adik umi buat perangai mcm tu..bile mrk dah reda..umi ckp baik2..dgn adik lelaki umi yang sulung..oleh krn dia lelaki sulung jadi die agak ego..pantang bila adik2 melawan ckp dia..umi ckplah..angah tak suka adik angah mengamok2..tumbuk2..itu prgi orang y tak sabar..nanti jgn buat lagi..umi terpaksa tegur..tapi,tegur dgn lembut..alhamdulillah..dia boleh terima..

nilah kisah hidup umi dirumah..bersama adik2..sabtu ni umi balik rumah..dan seperti selalu..perkara yang sama berulang dirumah..kemeriahan..kegembiraan..gurau senda..mahupun tangisan..
Bagi diri umi sendiri..sebagai seorang kakak..umi perlu jadi contoh yang baik pada adik2..memiliki adik-beradik yang ramai adlh satu anugerah bagi umi..umi mengnl perangai mrk..hati mrk..perubhan diri mrk..ego mrk..manja mrk..merajuk mrk..degil mrk..baik mrk..nakal mrk..marah mrk..tangis mrk..umi mengetahuinya..cume tulah..umi perlu tahu bgaimana nak lembutkan hati mrk..dan cara umi..hanya satu..kasih sayang dan kelembutan ..dan ada masnaya umi kene bersifat tegas..kehidupan umi sbgi seorang kakak..yang memiliki ramai adik2 yang masing2 dlm proses nak m’besar..byk mengajar umi..ttg hidup..ttg manusia..kehidupan umi ini juga menjadikan umi..adlh diri umi..Cuma doa umi..agar Allah..menjadikan adik2 umi insan yang berguna..pada agama,bangsa dan negara..hmm..umi balik sorang sabtu ni..semoga Allah melindungiku dan memeprmudahkn perjalananku..aaaminnnn...

Wednesday, August 13, 2008

MEMILIH JODOH??


TAJUK 3: MEMILIH JODOH

Panduan1: Memilih calon suami atau isteri

Sudah menjadi tabiat hidup manusia lelaki lawannya perempuan. Sampai waktunya seorang lelaki akan tertarik hati dengan seorang perempuan. Lelaki yang baik tidak akan melanggar peraturan agama dan adab sopan dalam memenuhi keinginananya.Dia akan mendapatkan nasihat dan panduan daripada orang yang lebih tahu cara2 untuk memenuhi keinginannya terhadap seorang perempuan.Begitu juga perempuan yang baik dia tidak akan mengikut nafsu atau perasaan sahaja. Dia akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada keluarganya untuk mencari pasangan hidup.

Pemilihan suami isteri yang paling utama hendaklah berdasarkan:

Berpendidikan agama dan mengamalkan suruhan agama.
Berakhlak mulia dan sentiasa menjaga maruah.
Berfikiran terbuka dan menghormati pendapat orang lain.
Pandai berkomunikasi dan mesra dalam perhubungan.
Tabah dan sabar.
Jujur,betanggungjawab dan penyayang
Setaraf atau sekupu dari segi keturunan, kedudukan, usia, penampilan diri, paras rupa dan seimbang dari segi pendidikan.
Sihat atau berpotensi untuk melahirkan anak.
Memahami prinsip kekeluargaaan dan tujuan berkeluarga.
Daripada keluaraga yang baik(soleh)

SETIAP ORANG MAHU MEMILIH TEMAN HIDUP DAN SETIAP ORANG JUGA MAHU DIPILIH MENJADI TEMAN HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI.ORANG AKAN MEMILIH YANG TERBAIK MAKA SETIAP ORANG YANG MAHU DIPILIH HENDAKLAH MENJADI ORANG YANG TERBAIK.KAMU HENDAKLAH MENJADI ORANG YANG TERBAIK(SOLEH)

Daripada suami dan isteri yang soleh akan lahir bapa yang soleh,ibu yang solehah dan anak2 yang solihin dan solihat.Mereka semua akan membentuk keluaraga yang soleh yang akan melakukan amal soleh. Maka daripada amal soleh akan lahirlah rumahtangga yang bahagia.

Dalil Pemilihan Suami Isteri

1) Iman menjadi dasar pilihan

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah(SAPI BETINA):221

Erti: Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan musyrikin sehingga mereka beriman

Firman Allah dalam Surah Al-Mumtahanah(PEREMPUAN YAN DIUJI) :10

Erti: Dan janganlah berpegang pertalian dengan perempuan-perempuan yang tidak beriman

2) Teguh pegangan agama

Riwayah Bukhari dan Muslim

Erti: seseorang perempuan itu dikahwini disebabkan empat pekara: kerana hartanya, keturunanya, kecantikannya dan agamanya. Maka dapatkanlah yang beragama nescaya berkatlah tanamanmu(hidupmu)

3) Lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah

Riwayat Ibnu Haban

Erti: Empat perkara asas kebahagiaan iaitu perempuan yang solehah, rumah yangluas, jiran yang soleh dan kenderaan yang selesa.

4) Berakhlak mulia dan bermaruah

Erti: Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrikah dan perempuan yang berzina itu pula lazimnya tidak ingin berkahwin dengannya melainkan orang lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang2 yang beriman.

5) Setaraf atau sekupu

Al-Hadis

Erti: Pilihlah untuk keturunan kamu dan kahwinlah orang yang kupu.

6)Keturunan yang soleh

Al-Hadis

Erti: pilihlah untuk keturunan kamu daripada keturunan yang terdidik dikalangan keluarga yang soleh kerana sesungguhnya akhlak ibu bapa itu mengalir kepada anak cucunya.

1) Penyayang,sihat dan berpotensi melahirkan anak

Riwayat Abu Daud dan Nasaie

Erti: Berkahwinlah dengan perempuan yang pengasih dan kerap beranak.

Panduan 2: Cara Membuat pilihan

Pihak yang terlibat membuat pilihan:

1. lelaki
2. perempuan
3. keluaraga lelaki
4.keluaraga perempuan

Semua yang terlibat mestilah:

1.memahami dasar pemilihan(panduan1) dan menjadikannya sebagai asas untuk membuat pemilihan.
2.Berpegang pada dalil Al-Quran dan hadis Rasulallah.
3. Menghormati hak, kebebasan pendirian dan pendapat semua pihak.
4. Bermesyuarat atau berbincang dengan semangat kekeluargaan dan bersikap terbuka.
5. Tidak terburu-buru membuat keputusan.
6.Melakukan solat istikharah
7.Menerima keputusanyang terbaik dan bertaqwa kepada Allah Taala.


Beberapa peringatan daripada maksud hadis Rasulallah

1. Berhati-hati daripada terpengaruh kepada perempuan yang cantik dalam kumpulan yang jahat(berakhlak hina). Kamu tidak akan bahagia.
2. Jangan terpesona dengan kecantikan perempuan kerana kecantikan itu boleh merosakkan akhlaknya. Kamu akan terhina.
3. Jangan terpesona dengan hartanya karana boleh merosakkan kehidupannya. Kamu akn menderita.
4. Sesiapa yang berkahwin dengan perempuan kerana keturunannya, Allah akn merendahkan martabatnya. Kamu akan terhina.
5. Keuntungan yang terbaik sesudah bertaqwa ialah isteri yang solehah, taat kepada suami, menyenangkan hati, memberi layanan yang terbaik, menjaga maruah dan harta suami ketika suami tiada bersama-sama.


Terdapat pihak perempuan

1.Sekiranya yang datang itu orang yang kamu tahu baik agama dan akhlaknya maka terimalah ia dan kahwinilah dia suapaya tidak timbul fitnah dan keburukan.
2. Pilihan anak perempuan terhadap lelaki yang memenuhi ciri2 bakal suami yang soleh hendaklah dihormati dan jika tidak memenuhi ciri2 itu, bapa atau wali berhak menghalangnya.
3. Jangan paksa anak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya.
4.Memastikan anak perempuan dikahwinkan dengan lelaki yang kupu.
5. Janda2 lebih berhak membuat keputusan untuk diri sendiri dan anak gadis diminta keizinannya dan keizinannya itu cukup cukup dengan ia berdiam diri.

Pemilihan itu tidak semestinya bermula dari pihak lelaki, malahan boleh sahaja daripada pihak perempuan. Cuma yang menjadi asas ialah adab dan tata susila pemilihan itu dipatuhi dan dihormati.

Panduan3: Daripada Sirah Rasulallah

Diriwayatkan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a bahawa beliau menemui Saidina Usman b. Affan r.a dan mempelawa kepada Saidina Usman supaya mengahwini anak perempuannya, Hafsah. Saidina Usman serba salah dan tidak menjawab. Ini menjadi petanda bahawa Saidina Usman tidak bersedia untuk menerima pelawaan itu. Maka Saidina Umar menemui Rasulallah SAW menyatakan perihal yang terjadi antara beliau dengan Saidina Usman, Rasulaallah bersabda:ertinya,biarlah anak perempuanmu dikahwini oleh orang yang lebih layak(sesuai) baginya daripada Usman, dan Usman berkahwin dengan orang yang lebih layak baginya daripada anak perempuanmu. Dengan itu Nabi SAW melamar Hafsah untuk dirinya dan melamar Usman untuk puterinya.

Berdasarkan peristiwa ini Saidina Umar berpendapat bahawa keturunan yang baik dan kupu hendaklah menjadi salah satu panduan utama membuat pilihan. Beliau pernah berkata:akan aku halang orang2 yang mempunyai keturunan yang baik melainkan dijodohkan dengan orang yang setara dengannya dan pada masa yang lain beliau berkata: jangan kamu paksa anak gadis kamu berkahwin dengan orang lelaki yang hodoh, sesungguhnya mereka suka akan apa yang kamu suka.


Panduan 4: Langkah Membuat Pilihan

1. Lahir keinginan yang kuat untuk berumahtangga.
2. Sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab rumahtangga.
3. Meninjau-ninjau bakal calon mengikut cara-cara yang beradab dan mengikut tata susila.
4. Mengenal pasti calon daripada pilhan sendiri atau dipilihkan oleh ibu bapa.
5. Mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ibu bapa.
6. Mendapatkan maklumat peribadi calon iaitu tentang agama, akhlak dan keadaan hidup.
7. Positif(puas hati) bahawa calon itu sesuai untuk dijadikan teman hidup.
8. Berunding dengan ibu bapa atau ahli keluarga.
9. Berusaha melengkapkan diri bagi menyesuaikan diri dengan calon yang akn dipilih terutamanya dari segi kekupuan, pendidiikan,pengalaman dan penampilan.
10. Membuat risikan melaui adat merisik.
11. Maklumat risikan dijadikan asas untuk membuat keputusan dan langkah selanjutnya.
12. Memohon petunjuk Allah Taala bagi membuat keputusan yang sebaik-baiknya melalui solat istikharah dan bertawakal kepada Allah Taala.

Melihat dan meninjau calon pilihan dibolehkan hanya pada batas tujuan untuk merisik dan meminang sahaja dan tidak boleh lebih daripada itu kerana perbuatan berlebih-lebihan itu boleh menyebabkan terjadi maksiat.

Sahabat-sahabat ana yang dikasihi..pertamanya,ana harap kalian tidak tersalah faham atau tersalah tafsir kenapa ana menghantar atau sanggup menyalin kembali apa yang ana belajar satu masa dulu dan dipostkan disini..iaini berkenaan tajuk ’munakahat’ atau’nikah kawin’..niat ana pertamanya kerana Allah, kedua..ana ingin berkongsi ilmu dgn kalian..insyaallah,ana percaya daripada penerangan ini kalian pasti mendapat sesuatu sebagai panduan..mungkin ada dikalangan pembaca yang hendak berkawin, bakal berkawin atau sebgainya..maka penerangan disini..insyaallah..sedikit sebanyak ana harap dapat membantu..

Tika ana meniliti keadaan dunia sekarang ini..dengan anak mudi..yang banyak jatuh kerana terperangkap dalam lembah cinta palsu dan berlandaskan nafsu semata-mata hingga kadang kala ana terasa sedih..sedih melihat kerosakan anak bangsa ana sendiri..inilah tujuan ana sahabatku..hayati dan fahamilah akan segala ilmu ini..untuk memiliki ilmu sebenarnya kita harus berguru dgn sbenar-benar guru..dgn ustaz atau ustazah..dgn guru-guru ugama bukan dgn hanya mencari ilmu melalui internet..krn ilmu ini sebenrnya terlalu bernilai sahabat2ku..maka carilah ilmu..ilmu yang bermanfaat..segala apa yang ana sampaikan hanya setitis bicara ilmu..semoga menjadi peringatan untuk diri ana sendiri..yang lemah..lagi hina..dan panduan kita bersama..saling ingat memperingati antara satu sama lain..dan terus berpegang pada syariat Islam..akhirnya, Semoga Allah melindungi kalian..untuk tajuk seterusnya akan ana sampaikan pada masa-masa akan datang..insyaallah..

Friday, August 8, 2008

MANUSIA SEBAGAI MAKHLUK ALLAH

TASAWUF

Tajuk 1: MANUSIA SEBAGAI MAKHLUK ALLAH TAALA

Manusia ialah makhluk Allah Taala

Makhluk ertinya yang dijadikan atau dicipta oleh Allah Taala

Allah Taala ialah ’Khaliq’ ertinya yang menjadikan makhluk atau pencipta makhluk

Manusia merupakan makhluk yang istimewa, yang lebih baik dan lebih mulia daripada makhluk2 yang lain.

Firman Allah dalam Surah Az-Zariyat:21

”Dan pada diri kamu apakah kamu tidak melihatnya???”

Firman Allah dalam Surah At-Tin:4

” Dan sesungguhnya kami( Allah) telah menjadikan manusia dalam sebaik2 kejadian.

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’: 70

Dan sesungguhnya Kami(ALLAH) telah memuliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah memebrikan rezeki kepada mereka daru benda-benda yang baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas bab makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.

Berdasarkan firman-firman Allah diatas,jelas menunjukkan kepada kita betapa Allah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian mahkluk.Terdapa banyak kelebihan manusia berbanding makhluk lain. Antaranya ialah:

- Berakal,berfikir,berilmu dan berkata-kata

- Mempunyai daya imaginasi dan daya kreatiiti

- Mempunyai kemahiran dan keterampilan

- Dapat merekacipta dan menghasilkannya.

Segala kelebihan ini adalah rahmat dan kurniaan Allah yang wajib kita syukuri dan jangan sekali-kali dikufuri.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: 172 yang bermaksud:

Dan bersyukurlah kepada Allah,jika betul kamu hanya beribadat pada-Nya..

Berbanding dengan makhluk Allah yang lain,manusia dicipta untuk memikul tanggungjawab yang tidak dapat ditanggung oleh makhluk lain.Ini jelas diterangkan di dalam Al-QURAN iaitu di dalam Surah Al-Ahzab:72

Erti: Sesungguhnya kami telah menawarkan suatu amanah kepada langit,bumi dan gunung maka mereka enggan memikulnya dan berasa tidak akan mampu,lantas menerima akan dia manusia.

Daripada firman Allah ini menujukkan kepada kita 3perkara iaitu:

1)Manusia makhluk Allah

2)Manusia makhluk yang mempunyai tanggungjawab

3)Manusia dicipta dengan sifat-sifat ketuhanan

Dalil manusia makhluk Allah

Surah An-Nahl:4 yang bermaksud

Erti: Dia (ALLAH) telah menjadikan manusia daripada mani tetapi tiba-tiba dia menjadipembantah yang nyata.

Dalil manusia makhluk Allah yang bertanggungjawab

1)Tanggungjawab terhadap nikmat Allah Taala

Firman Allah dalam Surah At-Takathur

Erti: sesungguhnya kamu pasti akan ditanya pada hari Qiamat itu tentang nikmat yang kamu terima.

2)Tanggungjawab terhadap amalan

Firman Allah dalam Surah An-Nahl: 93

Erti: Dan sesungguhnya kamu pasti akan ditanya tentang apa jua yang kamu kerjakan

3) Tanggungjawab terhadap idea,wawasan, ilmu dan teknologi yang dihasilkan:

Firman ALLAH dalam Surah An-Nahl:56

Erti: Sesungguhnya kamu pasti akan ditanya dari hal yang kamu ada-adakan..

4)Tanggungjawab terhadap ikrar dan janji

Firman Allah dalam Surah Al-Isra’:34

Erti: Dan tunaikanlah janji sesungguhnya janji akan ditanya.

Dalil Manusia yang dicipta dengan sifat ketuhanan

Manusia mempunyai sifatt yang dipunyai oleh Allah Taala seperti berkuasa,berkehendak,berilmu,hidup,mendengar,melihat,berkata-kata,penyayang dan sebagainya.Hanya sifat-sifat ini tidaklah sama denga sifatt-sifat Allah kerana Allah Taala PENCIPTA(KHALIQ) dan manusia yang diicipta(MAKHLUK)

Sifat Allah MAHA SEMPURNA dan sifat manusia banyak kekurangannya. Sifat ALLAH tergolong dalam pengertian ketuhanan dan sifat manusia tergolong dalam pengertian kemanusiaan.

Oleh sebab manusia mempunyai sifat-sifat tersebut maka wajarlah manusia dipertanggungjawabkan terhadap Allah dalam melaksanakan segala perintah dan larangan-NYA di dunia ini.

Ya sahabat-sahabat ana sekalin..demikian tadi serba sedikit penerangan tentang hakikat kejadian diri kita sendiri sebagai mahkluk ciptaan Allah yang merupakan sebaik-baik kejadian. Sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi ini seharusnya kita sedar akan besarnya tanggungjawab dan amanah yang terpikul di bahu kita.

Tajuk 2: NIKAH DAN TUJUANNYA


TAJUK 2: NIKAH DAN TUJUANNYA

Assalamualaikum semua..seperti yang ana janjikan..disini sambungan untuk tajuk’Munakahat’ yang ana postkan sblm ini..

Sesebuah rumahtangga itu bermula secara rasmi apabila berlaku akad nikah antara lelaki dan perempuan mengikut hukum syarak.

Pengertian nikah dapat kita lihat dari segi bahasa dan istilah:

Bahasa - berkumpul dan berhimpun (disebut juga sebagai perkahwinan)

Syarak - Akad ”ikatan” yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dengan kata-kata yang menunjukkan nikah mengikut hukum syarak.

Akad nikah ini pula telah didahului oleh beberapa amalan iaitu memilih, merisik, dan meminang yang melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu pihak lelaki dan perempuan yang dikatakan sebagai mukadimah nikah. Amalan ini dilakukan supaya akad nikah dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan pasangan yang dinikahkan itu dapat membina rumahtangga yang aman dan bahagia.

Terdapat banyak dalil yang menggalakkan nikah antaranya ialah:-

Nikah merupakan satu cara untuk memenuhi tuntutan sifat semulajadi manusia baik kecenderungan hidup bersama antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya berkahwin berdasarkan dalil Al-Quran,Al-Sunnah dan Ijma’ Ulama’.

Firman Allah dalam surah-An-nisa’: 3

Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain: dua,tiga atau empat.Kemudian,jika kamu bimbang kamu tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu)maka berkahwinlah dengan seorang sahaja.

Riwayah Al-Juma’ah

Wahai golongan muda,sesiapa antara kamu ada perbelanjaan(kesanggupan) hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berkahwin dapat mengawal pandangan dan mengawal kemaluan(nafsu).

Seterusnya,kita beralih kepada hukum-hukum nikah. Terdapat lima hukum nikah dan hukum nikah yang asal ialah harus.

1) Harus- hukum yang asal

2) Sunat- Bagi orang yang mahu berkahwin serta mempunyai perbelanjaan yang cukup termasuk menanggung nafkah

3) Wajib- bagi orang yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin dan takut terjebak dengan maksoat iaitu zina.

4) Makruh-bagi orang yang tidak berkemampuan,tidak berhajat untuk berkahwin serta tidak ada nafsu yang disebabkan oleh berbaga-bagai sebab,disamping tidak mempunyai perbelanjaan.

5) Haram- bagi orang yang berniat untuk menyakiti atau menganiayai perempuan yang dikahwininya seperti tidak memberi nafkah zahir atau batin atau menderanya.

Tujuan nikah berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah

1) Mengekalkan dan meneruskan kehidupan manusia sebagai hamba Allah dan khalifah di bumi Allah yang bertanggungjawab dalam menegakkan Islam dan melaksanakan ajarannya.

2) Memastikan nilai2 akhlak mulia yang menjadi asas hidup manusia dalam mendapatkan kekuatan jasmani dan rohani.

3) Mendapat ketenangan(sakinah),menyalurkan rasa cinta(mawaddah), dan kasih sayang(rahmah) antara lelaki dan perempuan secara yang halal.

4) Menyelamatkan manusia daripada jebak maksiat dan azab neraka terutamnya zina dan gejala sosial.

5) Memberi jaminan sosial dan ekonomi untuk kesejahteraan hidup

6) Mengembangkan zuriat dan kaum kerabat bagi membina masyarakat maju dan bertemadun.

7) Menanamkan semangat persaudaraan dan semangat berkorban bagi mencapai matlamat utama dalam hidup iaitu mendapatkan kebahagiaan yang diredhoi Allah Taala.

Renungkan

Firman Allah dalam surah- An-Nisa’: 1

Wahai sekalian manusia!bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu bermula dari diri yang satu(Adam), dan yang menjadikan daripada Adam itu pasangan(isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat dan keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.

Firman Allah dalam Surah-Ar-Rom: 21

Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasannya dan rahmatNya,bahawa ia menciptakan untuk kamu(wahai kaum lelaki),isteri2 dari jenis kamu sendiri,supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan2 yang menimbulkan kesedaran bagi orang2 yang berfikir.

Firman Allah dalam Surah-Al-Furqan:74

Wahai Tuhan kami,berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami,perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang2 yang mahu bertaqwa.

Sahabat2 ana yang dikasihi..perkahwinan itu indah dan satu ibadah..namun..dikala kita belum berkemampuan..atau mungkin masih dalam menuntut ilmu..insyaallah,jihad menahan nafsu dan keinginan adalah yang terbaik utk kita..bersabar dan yakinlah dengan takdir Allah.. kerana perkahwinan bukan hanya didasari atas nama cinta,atau mungkin sekdar keinginan untuk berkahwin..tetapi,dengan amanah,tangungjawab..dan untuk mendapat redho Allah dunia dan akhirat..andai kita tidak bisa menahan nafsu dan keinginan tika ini..bagaimana pula kita bisa menempuh ombak badai dalam perkahwinan??Insyaallah..jihad..pengorbanan dan kesabaran buat seketika ini pasti mengundang bahagia pada masa akan datang..biiznillah..


Segala kandungan dari apa yang ana sampaikan di atas ialah dari kitab ’Munakahat’sewaktu ana bersekolah agama dulu dan buku’Memasuki Gerbang Perkahwinan’ dibawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang ana dapat sewaktu mengikuti kursus kawin pada 24Julai yang lalu..semoga kalian mendapat sesuatu dari apa yang ana sampaikan..


Saturday, August 2, 2008

KECANTIKAN DIRI WANITA YANG SEBENAR


KECANTIKAN DIRI WANITA YANG SEBENAR
Assalamualaikum w.b.t..
Kehadapan sahabat-sahabat ana yang dikasihi..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..hari ini,ana ingin berkongsi sesuatu dgn kalian..untuk kita sama-sama menyingkap ‘KECANTIKAN DIRI WANITA YANG SEBENAR’..sekalipun apa yang ana kupas dituju khas untuk wanita..namun isyaallah..pasti ada sesuatu untuk kalian, pembaca-pembaca kaum Adam..

Kecantikan adalah anugerah..setiap orang punya kecantikan diri yang tersendiri..namun,kecantikan yang sbnr, hanya bisa dinilai dari sekeping hati yang suci..yang melihat kecantikan bukan dengan mata..tapi..dengan hati..

kecantikan diri yang sebenar bukanlah hanya dilihat dari luaran..dari bundarnnya mata,dari bujurnya muka,dari seksinya bibir atau dari cantiknya kening.. tetapi juga kecantikan hati..akhlak dan peribadi kita..andai kita cantik secantik manapun..atau kacak sekacak manapun..tapi..akhlak buruk??apakah kita layak dkatakan cantik?kacak?

semua orang ingin kelihatan cantik.. tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan..andai lelaki..pastinya kuingin kelihatan ‘macho’,’handsome’ atau paling kurang’sedap mata memandang’..takdelah rambut panjang tak terurus..atau mungkin janggut yang berserabai tidak kemas??begitu juga dgn perempuan..hendak kelihatan’cantik’,’ayu’‘jelita’ dan sopan..bile hendak bersiap..pastilah memandang juga cermin..betul tak??


naluri atau keinginan mahupun nafsu diri untuk dilihat cantik pasti ada meskipun sedikit..dan soal cantik ini biasenye nafsu perempuan lebih tinggi..tapi,jangan pelik..kalau ada lelaki yang sememangnya begitu menjaga kecantikan diri..huhu..namun,janganlah melihat kecantikan hanya skdr memandang’cantik’..tapi,bukakan sedikitt skop kite untuk melihat kecantikan juga termasuk pada kita menjaga’kebersihan’ atau ’kekemasan’ diri..


Islam tidak menetapkan bahawa kita tidak boleh cantik?takkanlah kite hendak kemana dengan memakai pakaian yang tidak berseterika??atau mungkin..memakai pakaian yang terlalu lusuh atau koyak rabak..hmm..salah kalau kita tak menjaga penampilan kita sedangkn kita mampu..krn kita bisa menjadi fitnah orang..

menjaga kecantikan diri sbnrnye bergantung kpd individu itu sendiri..namun,apa yang penting sebagai seoang Islam..kekalkanlah cara bagaimna kita ingin ‘cantik’ itu dgn cara yang dibenarkan syarak..menepati landasan yang ditetapkan..bagaimana yang dikatakan dgn menutup aurat bagi seorang perempuan??menutupi dada contohnya..tidak ketat..tidak jarang..jangan memakai wangi-wangian..maka ikutlah dan jagalah semua ini..

adalah tidak dnafikan..naluri kita sbgi perempuan..keinginan untuk melihat diri kelihatan cantik..ana sendiri sbgi perempuan sentiasa ingin kelihatan cantik..namun,kecantikan itu biarlah berpada..bagi ana sendiri m’jaga penampilan diri adlh penting..sbgi seorang perempuan..seorang muslimah atau sbgi bakal guru..tapi,ia cukup sbgi satu kepuasan bagi diri ana..cukup dgn memakai bedak..atu mungkin bergincu nipis..tidak perlu berlebih2an..yang penting..sbgi perempuan..kita kena jaga dan lindungi maruah diri kita sbgi perempuan..jaga pandangan..dan selalulah berdoa agar Allah melindungi kita bila kemana-mana..insyaallah..takkan ada lelaki yang berani mengusik…

dalam soal menjaga penampilan..seharusnya kita tidak melampau-lampau..janganlah terlalu tebal makeup nya..telalu terang gincunya..atau terlalu cantik matanya dgn ‘eye shadow’..sehingga tak berkelip mata si lelaki yang memandang..cukup dgn solekan yang sederhana yang sudah sedap mata memandang..maksud umi..mata kita sendiri memandang..
lagi satu..janganlah pula menjaga kecantikan tadi..dgn niat untuk menunjuk-nunjuk pada orang..cukup sekdr kita melihat diri kita dicermin dan hati terdetik…hmm..come..anak sapalah ni..hihi..maafkan ana,ana skdr bergurau..apa yang ingin ana tegaskan..ialah menjaga kecantikan..kebersihan atau mungkin kekemasan diri adlh penting..namun,jangan sehingga ia melanggar hukum syarak..

dan kemudian..selidiki pula niat kita??apakah kita memakai sekian-sekian pakaian..dengan harapan dpt menggoda lelaki??atau mungkin..supaya orang yang memandang..memuji-muji kita?atau mungkin supaya ramai teruna-teruna memandang kita??andai itulah yang bersarang dihati..maka jauhkanlah dari semua itu..percayalah kita takkan dapat ape2..melainkan kerugian..lahirkan rasa takut..bila lelaki memandang kita..lahirkan rasa takut bila lelaki memuji kita..takut maksud umi disini..ketakutan kita bila diri kita mengusik hati lelaki..kita adalah manusia..yang sbnrnye tak layak untuk menerima pujian krn pujian hanya untuk Allah..maka bersyukurlah atas kuniaan Allah pada kita..lahirkan sedikit rasa kasihan pada lelaki..

Seindah-indah perhiasan di dunia,adalah wanita yang solehah..tahukah kalian..betapa indahnya diri kita?betapa indahnya Allah menjadikan kita sebagai seorang wanita..sehingga bisa terusik tangkai hati lelaki.. percaya atau tidak..dalam hati lelaki..mereka sbrnye cukup mengakui betapa kejadian wanita itu sbnrnye telalu indah bagi mereka..tapi,janganlah pula keindahan yang Allah beri itu kita tonjolkan kpd yang lain..kasihan suami kite??apakah salahnya..memberikan yang pertama pada suami?rambut yang hitam,ikal mayang dan panjang..janganlah ditunjuk pada lelaki lain..tutuplah dengan tudung yang labuh melepasi dada..bentuk tubuh yang seperti ‘super model’ usahlah diberi lihat orang lain..tutuplah dgn pakaian yang longgar..biarlah suami kita orang pertama yang melihat?emmm..pasti bahagia suami kite kan ??dan wangi-wangian pula..takperlulah dipakai bile kemana-mana..untuk ape?nak goda lelaki??kesian pada lelaki..kite kena bantu mereka juga..bantu mereka supaya mereka tidak terusik dgn kita..

Bagi umi sendiri..kita adalah umat Islam yang bersaudara..lelaki mahupun perempuan..kita saudara..saudara seislam..indahkan??jadi,jagalah diri kita baik-baik sebgai seorang wanita..sbgi seorang perempuan..atau mungkin bakal isteri..begitu juga lelaki..jaga diri baik-baik sebagai lelaki..atau mungkin sbgi seorang suami satu hari nanti..lelaki dan juga perempuan..masing-masing kene jaga maruah diri..dan kene jaga batasan kita sebagai seorang Islam dan apa yang paling penting..segala apa yang kita buat..pastikan ianya tidak melanggar landasan syarak yang sebenar..insyaallah..Allah pasti lindungi kita..

Andai ada lelaki yang mengatakan kita cantik kerana melihat rambut kita?atau mungkin keseksian pakaian kita..maka percayalah kata-kata umi..sesungguhnya pujian itu lahir dari mata lelaki yang’buta’..bukan lelaki yang baik..kerna hanya lelaki yang baik bisa menilai kecantikan diri wanita yang sebenar..tak cantik rupa pun tak mengapa..yang penting ialah kecantikan akhlak kita..insyaalah..sama-samalah kita menjaga maruah diri kita sebgai seorang perempuan..
Kesimpulan disini..kecantikan sebenarnya terlalu subjektif untuk dinilai..krn setiap orang punya pandangan yang tersendiri dlm menilai kecantikan..namun percayalah..kecantikan diri wanita itu sebenarnya terletak pada bagaimana dia menjaga kecantikan hatinya..menjaga kecantikan akhlak dan peribadinya..kecantikan bagaimna dia menjaga maruah dirinya sbgi seorang perempuan..sebgai seorang wanita..itulah letaknya ‘KECANTIKAN DIRI WANITA YANG SEBENAR..

Dibawah ini beberapa hadis untuk renungan..
Sekian,wassalam..
Riwayat Ahmad dan Ibnu Majjah Al-Tarmizi
Erti: lihatlah ia kerana perbuatan itu lebih wajar untuk mengukuhkan pertalian antara kamu berdua
Riwayat Ahmad dan Abu Daud:
Erti: apabila ada antara kamu meminang perempuan,maka jika ia dapat melihat kepadanya akan perkara yang mendorong untuk mengahwininya hendaklah dilakukan.
Riwayat Al-Tabrani
Erti: perempuan yang paling baik ialah isteri yang menyenangkan hatimu apabila engkau melihatnya,yang taat kepadamu apabila engkau menyuruhnya dan yang menjaga kehormatan dirinya dan hartamu apabila engkau tiada di rumah.
Riwayah Bukhari dan Muslim
Erti: Seseorang perempuan itu dikahwini disebabkan empat perkara:kerana hartanya,keturunannya,kecantikan dan agamanya. Maka dapatkanlah yang beragama nescaya berkatlah tanganmu(hidupmu)
Riwayat An-Nasaie dan Muslim
Erti: dunia adalah harta yang menyenangkan dan harta yang paling baik ialah perempuan yang solehah.
semoga kalian mendapat sesuatu dari apa yang ana sampaikan..
AYUH SAHABAT-SAHABAT ANA KAUM HAWA..MULAI SAAT INI..TANAMKANLAH AZAM..MEMBENTUK DIRI MENJADI SEINDAH-INDAH PERHIASAN DI DUNIA..WANITA YANG SOLEHAH..LINDUNGILAH MARUAH DAN HARGA DIRI KITA. SEBAGAI PEREMPUAN..INSYAALLAH..AAAAAMINNN..

Friday, August 1, 2008

MUNAKAHAT: HIDUP DALAM BERKELUARGA


MUNAKAHAT

Assalamualaikum w.b.t..kehadapan sahabat2 ana yang dikasihi..hari ini ana berminat untuk berkongsi dgn kalian tentang apa yang dipeljari dlm’Munakahat’ iaitu perihal nikah kahwin..rumusan yang ana bentangkan dibawah adalh sumber dari kitab waktu ana bersekolah agama dulu..perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dibuat main tapi harus disedari akan makna disebalik sebuah perkahwinan dgn cukup jelas oleh pasangan yang hendak berkahwin..Insyaallah,ana akan cuba terangkan pada kalian secara detail.. segala apa yang ana belajar dulu..dari hakikat kenapa seseorang manusia itu perlu berkahwin sebenarnya..

TAJUK 1: HIDUP DALAM BERKELUARGA

cuba kalian fikirkan sebentar..

bolehkah manusia hidup tanpa keluarga??

untuk hidup mungkin boleh tapi hidup itu tidak akan sempurna kerana keluarga merupakan institusi asas bagi manusia hidup bermasyarakat .Ini bermakna perkara utama dalam keluaraga iaitu manusia..sama ada suami,isteri,ibu,ayah, anak, datuk,nenek,cucu dan seterusnya..Pembentukan keluaraga ini pula haruslah mengikut undang2 atau hukum syarak.

Selain manusia, untuk membentuk keluarga juga perlu ada peraturan dan adab dalam keluarga dan setiap ahli dlm keluaraga perlu mengikutnya iaitu perlu ada tempat tinggal sebagai perlindungan,setiap ahli ada tugas dan tanggungjawab,ada sumber ekonomi dan pendapatan dan perlu ada hubungan yang langsung antara ahli keluaraga sebgai saluran bagi mengatasi maslah yang timbul dan untuk mengekalkan hubungan kekeluargaan..

apakah yang mendorong manusia mahu hidup berkeluarga???

Pertama ialah dorongan sifat semula jadi seseorang manusia itu sendiri..Allah telah menjadi kita berpasang-pasangan..ada malam..ada siang..ada langit..ada bumi..begitu juga dengan adanya lelaki..ada juga perempuan..lelaki ada keinginan kepada perempuan dan perempuan ada keinginan kepada lelaki..lelaki menjadi pasangan perempuan dan perempuan menjadi pasangan lelaki..maka bertemulah kedua-duanya dan membentuk keluarga..

Firman Allah didalam surah-Az-Zariyat:49 yang bermaksud..

”Dan daripada tiap2 sesuatu kami(Allah) jadikan berpasang-pasangan, moga-moga kamu dapat berfikir.

Namun begitu,walapun dikatakan lelaki itu pasangannya perempuan dan perempuan itu pasangannya lelaki,tidaklah bererti cukup keduanya sahaja..atau membuat pilihan sesama mereka sesuka hati. Kita manusia, ada hukum, ada peraturan, dan ada adab. Kita hidup di dunia ini menjadi hamba Allah dan hidup bahagia dunia dan akhirat. Jadi kita tidak boleh berbuat sesuka hati untuk memilih pasangan walaupun kita boleh memilih. Hal ini kerana lelaki itu ada emak dan ayah begitu juga dengan si perempuan..ada ibu dan ayah..jelasnya disini ialah masing2 punya keluarga..Maka kenalah ikut cara2 membina keluarga menurut hukum ISLAM seperti dimulai dengan merisik,meminang,akad nikah dan majlis perkahwinan..

Kedua ialah dorongan untuk memiliki zuriat yang baik dan berjaya dalam hidup. Contohnya ialah diri kita sendiri sebagai seorang anak.Sudah semestinya ibu dan ayah kita amat gembira anadai kita menjadi anak yang baik dan mereka juga mengharapkan kejayaan kita.

Ketiga ialah manusia dapat memenuhi keinginan dan keperluan melalui hidup berkeluarga. Manusia akan berapa puas apabila dapat membina keluaraga yang tenang,tenteram,maju dan dihormati.

Apakah cara untuk membina keluarga bahagia dan berjaya??

1) Ahli keluarga hendaklah berilmu dan tahu tanggungjawab masing2 serta mempunyai akhlak yang mulia.

2) Hubungan yang sabar,bertolak anasur,hormat-menghormati, dan tolong-menolong

Keluarga membentuk masyarakat dan masyarakat membentuk ummah atau negara..kalau maju keluaraga..maka majulah masyarakat..


Inilah serba sedikit rumusan yang ana buat untuk tajuk yang pertama ini..tajuk 2 ialah nikah dan tujuannya..akan ana postkan disini nanti..insyaallah..ana juga takkan terangkan hanya munakahat,tapi,insyaallah ana akan berbicra juga dr segi akhlak,muamalah, tasawwuf dan sebgainya..semoga pembaca mendapt sstu dari apa yang ana sampaikan..