Tuesday, March 17, 2009

CINTA SUCI TIDAK PERLUKAN SEBAB


Cinta suci sudah semestinya tidak memerlukan sebab.Jika ada sebab, kesucian cinta itu boleh dipertikai.Boleh mengambil cantik sebagai sebab..mahupun suara yang merdu sebagai sebab dan bentuk tubuh yang mengiurkan sebagai sebab..Tetapi sebenarnya, cinta suci tidak memerlukan itu semua..

Alkisah Cinta Suci Seorang Suami

Sepasang suami isteri berjalan ditepi sebuah tasik yang indah.Tidak lama selepas itu mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian, si isteri bertanya kepada si suami..

Isteri : Abang..mengapa abang menyukai saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya tetapi abang memang menyayangi dan menyintai ayang..

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya??Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya..(si isteri sudah agak meninggikan suara kerana tidak berpuas hati..)

Suami : Betul!Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan ayang!!

Isteri : Tidak!!Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya..kawan-kawan saya yang lain mempunyai suami dan teman lelaki..semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mecintai..Dalam bentuk syair dan puisi lagi..tapi abang tak boleh terangkan sebabnya??

Suami : Baiklah!Abang mencintai ayang sebab ayang cantik..mempunyai suara yang merdu..penyayang dan mengingati abang selalu..abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak ayang melangkah..disitulah cinta abang pada ayang..

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi..

Selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya di hospital..Suratnya berbunyi:

“ Ayang..jika disebabkan suara..aku menyintaimu..sekarang bolehkah engkau bersuara??Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu..sekrang,bolehkah engkau menunjukkannya?? Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika disebabkan senyuman aku menyintaimu..sekrang,bolehkah engkau tersenyum??Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika disebabkan setiap langkah aku menyintaimu..sekarang,bolehkah engkau melangkah??Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika cinta memerlukan sebabnya aku tidak mempunyai sebab lagi untuk menyintaimu..tetapi,apakah cinta memerlukan sebab??Tidak!!kerana aku masih menyintaimu dari dulu..kini..selamanya dan tidak perlu ada sebab untuk itu..
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat..dipegang..Namun begitu..ia boleh dirasai dalam hati..”

Memang cinta harus dilandaskan pada kesamaan dan kesesuaian antara yang menyintai dan dicintai.Tetapi mahabbah al-isyq tidak akan sirna setelah berpadunya roh atau jiwa atau bertemunya ikatan batin..inilah apa yang digambarkan oleh kisah diatas..

Oleh itu..berhati-hatilah apabila ada lelaki yang memuja –muja anda.Dia mungkin mengatakan betapa terpesonanya dia melihat wajah anda yang jelita..ataupun mendengar suara anda yang merdu serta bentuk tubuh yang mengiurkan..Ingat!!ketika kesemua ciri ini telah tiada..dia mungkin akan melupakan kata-katanya itu..

Sebaiknya pilihlah lelaki yang tidak terlalu memuji-muji anda dan memilih diri anda seadanya sebab itu tanda bersedianya dia untuk terus menyintai anda biar apapun keadaanya nanti..Orang yang mudah memuji juga mudah mengeji..Sesungguhnya cinta suci tidak perlukan sebab..

Dr.HM Tuah IskANDAR Al-Haj
Sumber : majalah Mingguan Wanita siri : 1321 ( 13Mac-19Mac 2009)
peringatan: blog yang ana masukkan kali ini juga berkenaan cinta..bukan bermaksud untuk mengajar kalian tentang cinta atau membiarkan kalian terbuai degn cinta..ana percaya dari blog-blog yang lalu..kalian sudah semakin matang dlm menilai dan membezakan antara cinta nafsu atau cinta dan sayang krn Allah..antra cinta yang halal dan cinta yang tidak halal..cuma pengisian kali ini lebih ana tumpukan untuk pasangan suami isteri dlm membina cinta suci..juga kepada kaum Hawa agar kalian lebih berhati-hati dalam menilai lelaki..jgn mudah gembira tika kalian dipuji krn hakikatnya..sebagai hamba..kita sebenarnya tidak layak untuk dipuji..puji-pujian untuk hanya Allah krn apa yang kita miliki adalah milik-Nya..
wallahualam...

Tuesday, March 10, 2009

ALAHHHHHHH...RINGAN-RINGAN JE..




Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya” Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata zina memandang,dua telinga, zina mendengar,lidah zinanya berkata,tangan zinanya memukul,kaki zinanya melangkah, hati zinanya ingin dan rindu sedangkan faraj(kemaluan)hanya mengikuti atau tidak mengikuti..

kisah 1

Hari itu..sewaktu di dalam bas..aku duduk dikerusi yang kosong tika itu..disebelahku ialah seorang gadis yang tidak kukenali..aku menoleh ketepi..kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan ditempat duduk sebelahku..aku sekadar memandang..dan kemudian menoleh ke depan..tidak timbul keraguan dihatiku..fikirku lelaki dan perempuan itu tidak saling mengenali..

namun,ternyata sangkaanku meleset..
sedang mataku masih tertumpu kedepan..aku terperasan suatu gerakan..mataku menjeling ke tepi sedangkan kepalaku tika itu tegak memandang ke depan..aku terperasan tangan lelaki yang duduk disebelah perempuan itu merayap menyentuh tangan perempuan itu dan perempuan itu sekadar membiarkan..

ya Allah, barulah aku tahu rupa-rupanya pasangan yang duduk disebelahku ialah pasangan kekasih..melihat tangan si teruna yang sudah merayap..aku pun berdehem dengan kuat..
“lelaki tadi cepat-cepat mengalih tangannya..

ya Allah ya Tuhanku..aku istighfar sendirian..

aku menoleh tepat ke pasangan itu..sengaja aku berbuat begitu..sebagai satu cegahan agar mereka tidak mengulang perkara yang sama..tapi,mereka tidak menoleh..mungkin kerana malu atau takut setelah menyedari perlakuan mereka dilihat olehku..

sewaktu turun dari bas..aku sengaja memandang tepat ke arah mereka..sebagai tanda cegahan agar mereka menyedari kesilapan mereka itu..

ya Allah,kurniakan hidayah dan petunjuk untuk mereka..

andaikata mereka meneruskan apa yang mereka lakukan tadi sekalipun sedar aku melihatnya..percayalah..aku akan menegur mereka disitu juga..kerana itu doaku..agar Allah mengurniakan keberanian untukku melakukan amar ma'ruf nahi mungkar..aku sudah tidak mahu sekdar membenci di dalam hati..aku mahu menggunakan anugerah dan nikmat yang Allah anugerahkan padaku untuk aku menegakkan Islam..untuk kujalankan kewajipan dalam ‘amar ma'ruf nahi mungkar’..insyaallah,moga Allah memberikan keberanian itu untukku..

Dari apa yang aku lihat tadi..aku tahu..lelaki tadi baru dalam proses hendak cuba-cuba menyentuh tangan kekasihnya..kerana aku dapat lihat dirinya yang masih takut-takut tika itu..

bak kata orang bercinta..pegang-pegang..peluk-peluk..ia sekadar ringan-ringan..perkara biase je..(itulah jawapan yang keluar dari mulut manusia yang tidak faham agama atau faham tapi sengaja buat-buat tak faham..)

duhai saudara-saudaraku,

tahukah kalian..dari ringan-ringanlah ia menjadi berat..dari dosa kecillah bila dikumpul-kumpul..dibiarkan..ia menjadi dosa besar..

“alah..bukan berzina pun..pegang-pegang je..

“lebih baik kamu menyentuh babi dari kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagimu”

ramai diantara kita yang merasakan zina itu ialah dengan melakukan persetubuhan semata-mata..tahukah kalian…banyak lagi zina yang mungkin kita lakukan?? malahan bukan zina sahaja tapi juga bunga-bunga zina yang tanpa kita sedar kita melakukannya..ini jelas diterangkan sepertimana hadith di atas..zina mata memandang,zina telinga mendengar,zina lidah menyebut,zina hati merindu,zina tangan memukul atau mungkin jua memgang dan zina kaki melangkah..sedangkan kemaluan hanya menurut sama ada nak atau tidak..nauzubillahiminzalik..jauhkan kami ya Allah..


Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’ayat 32 yang bermaksud:
Dan janganlah kamu dekati penzinaan sesungguhnya perzinaan itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang salah.

Di dalam firman Allah diatas jelas menunjukkan kepada kita akan larangan Allah dari kita mendekati zina..tidakkah pernah terfikir dihati kalian kenapa Allah menegah kita dari berzina??ya!kerana terlalu banyak kerosakan dan masalah yang akan timbul jika berlakunya zina..segala yang Allah perintah maka ia adalah untuk kebaikan kita sebagai hamba..

ISLAM IS THE WAY OF LIFE’..

Islam merupakan cara hidup yang seharusnya kita ikut..segala perintah dan suruhan Allah mahupun larangan-NYA pasti adalah untuk kebaikan kita semua..Namun,kita yang kadangkala tidak mahu tunduk dan akur dengan segala yang ditetapkan..dan akhirnya tika sesuatu yang buruk menimpa diri barulah terduduk hamba meraih simpati dari pencipta..

Itulah sifat seorang manusia..

Duhai sekalian saudaraku..

Andai kalian rasa kalian tidak cukup kuat untuk melawan hasutan syaitan mahupun nafsu yang bermaharajalela, maka aku punya kata-kata yang aku harap kalian bisa memegangnya..

"setiap saat rasailah kehadiran Allah..untuk kalian merasa malu..terlalu malu untuk melakukan sesuatu yang mengundang murka-NYA..sentiasalah ingat bahawa Allah Maha Melihat setiap apa yang kita lakukan sama da ia kita lakukan terang-terangan mahupun sembunyi..ingatlah bahawa Dia Maha Mendegar segala apa yang kita katakan sama ada kuat mahupun sekadar dihati..Dia juga Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati dan pemikiran kita..tak banyak yang dapat aku sampaikan..cuma apa yang ingin kuingatkan ialah carilah ilmu Mengenal Allah..Bukan sekadar mencari..bukan sekadar mendengar..tapi,bila mana kamu belajar mengenal Allah biarkan ia benar-benar menyerap2 dalam hatimu..hanya tika itu, kamu akan bisa membentuk diri menjadi hamba sebenar-benar hamba..

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA DARI SEGALA BENTUK ZINA MAHUPUN BUNGA-BUNGA ZINA..

Monday, March 2, 2009

SULAMAN CINTA : BERTAUBATLAH SELAGI ADA MASA..


Kami pasangan paling romantik???

Pada suatu malam yang dingin, umi dan beberapa orang sahabat dalam perjalanan pulang ke kolej. Kami jalan beriringan sambil berbual-bual..tiba-tiba sesuatu mengganggu pemandangan umi..umi terpandang satu pasangan..pasangan itu berjalan dihadapan kami..cukup romatik seolah-olah pasangan suami isteri..macam-macam perasaan berbaur dalam hati umi..umi rasa nak marah..umi rasa nak termuntah..sebab umi memang tak boleh tengok..akhirnya nak tak nak..umi terpaksa berhenti..sahabat-sahabat umi sibuk bertanya..kenapa??umi sekadar mendiamkan diri..

Tahukah kalian apa yang umi nampak??

Malam tu, umi dapat melihat allkisah percintaan yang romatik dipandang mata tapi sayang..percintaan itu diulit maksiat dan dosa serta nafsu yang beraja dijiwa..dengan syaitan mengeliligi mereka dan bersorak-sorak kegembiraan..

Romantik…memang romantic..apa tidaknya, pasangan itu berkongsi-kongsi aiskrim ..pada mulanya, si lelaki menjilat aiskrim..kemudian, disua aiskrim kepada buah hatinya..dan buah hatinya, terus menjilat aiskrim itu..kemudian, si gadis pula memberi aiskrimnya kepada si teruna..

ya Allah.. istighfar umi dibuatnya..mahu saje umi bertanya..”kamu berdua ni suami isteri ke?tambahan pulak dah selalu benar umi nampak pasangan ini..ya Allah..kurniakan hidayah kepada hamba-hambamu yang lalai ini..
andai pasangan suami isteri yang berkongsi aiskrim atau makanan..umi tak marah..tapi,yang berkongsi ini bukan suami isteri tapi manusia manusia yang sedang kemaruk cinta..umi rasa nak termuntah sangat waktu tu..
umi terfikir..nanti kalau dah kawin..orang2 yang kemaruk cinta ini, akan terus berkongsi makanan?jike ye..baguslah..cume umi khuatir..waktu bercinta je dok tunjuk kat orang kita pasangan paling romantik..kita main kongsi-kongsi aiskrim..bila dah kawin..sume hilang..adegan suap-menyuap suami isteri dah hilang..bak kata orang..bila bercinta..kentut pasangan pun boleh jadi wangi..emm..macam2..
ada juga orang waktu bercinta..punyalah bersayang sayang..bucuk2..hubby hubby..manja2..tapi,bila dah kawin..bucuk kemana?hubby kemana?sayang dah tinggal ayang..pastu tinggal 'yang' je..sebab dulu..sebelum kawin..dah selalu sangat sebut..
dulu,waktu bercinta,punyalah prihatin..lepas kawin..terus hilang..salah sikit..terus dapat penampar dengan penerajang pula..
bercinta sebelum berkawin dengan berkawin..tak sama..umi sendiri pernah bertanya dengan sepupu umi.."berkawin dengan bercinta lain umi..waktu dah kawinlah baru keluar belang masing2.."
bagi umi ia ada benarnya..waktu bercinta ni sumenye indah..semuanya baik..bila dah kawin..barulah tahu semuanya..tambahan plak bila cinta berlandaskan nafsu semata-mata..khuatir ia bersifat sementara..sama-sama kita fikirkan..


Kadang2..bila umi ada masa..umi akan bukak friendster..melihat friendster kawan2 sekolah..kawan2 matrik..kawan2 UPSI..umi melihat perkembangan kawan2 umi..bertanya khabar..dan jika ada ape2 yang umi rasa umi perlu tegur maka umi menegur.. itu tanggungajwab umi sebagai kawan..

Pernah satu hari, umi membuka friendster seorang hamba Allah..seorang perempuan..umi kenal orangnya tapi tidaklah terlalu baik dgn umi..sekadar kenal rupa..di dalam friendsternya penuh comment dari seorang lelaki..comment ungkapan cinta dan rindu yang tak tertahan-tahan..umi buka pula friendster lelaki itu..penuh dengan ungkapan cinta dan rindu dari gadis tadi..ya Allah ya Tuhanku..umi beristighfar sendirian..umi rasa kesian..kesian sangat dengan mereka..betapa mereka benar-benar di dalam kelalaian..betapa mereka benar2 didorong oleh nafsu yang jahat..

Hati umi melonjak-lonjak untuk menegur..akhirnya, umi menulis pada ruangan blog di friendster..hanya itu yang umi mampu untuk menyedarkan mereka..
Duhai pasangan-pasangan yang berkasih,

Untuk apa kalian menulis berbanyak2 kali ungkapan sayang dan cinta?kemudian ditonton pula kepada public?? tidakkah kalian berasa malu??tidakkah rasa jelik pada perbuatan kalian??

sayang...tak perlu diucap berulang kali.. rindu..tak perlu dihebah hebah..ditayang2 pada umum..cukup dengan ungkapan rindu kalian untuk bakal suami atau isteri tika doa ditadah kelangit..ia sudah cukup indah untuk kalian mentafsir anugerah rasa yang Allah beri krn rasa malu dan takut untuk meluah rasa kepada wanita atau lelaki yang belum halal krn belum dinikahi..
kadang2..umi selalu berfikir..entah apalah agaknya yang difikirkan oleh orang yang bercouple ini..langsung tiada rasa malu..benarlah..bilamana cinta itu bersulamkan nafsu..maka lahirlah manusia yang sudah tidak tahu rasa malu..dan akhirnya.,jika cinta bersulam nafsu itu diteruskan maka timbullah pula peristiwa sekian sekian mengandung anak luar nikah..pengguguran..buang anak...tangkap basah..

lebih teruk bila ada jua yang tak segan-segan menayang gambar dengan kekasih sambil berpeluk-pelukan dan melentok-lentokkan kepala..astagfirullahalazim ya Allah..sedih..aku sedih melihat sume ini..inilah realiti dunia sekarang ini..betapa ramainya yang sudah buta dengan cinta hingga tak bisa mengenal dosa pahala..hingga sudah tiada rasa malu..kurniakan hidayah dan petunjuk untuk mereka ya Allah dan lindungi aku dari semua itu..

Duhai pasangan-pasnagan kekasih,

kembalilah ke jalan Allah,

kepada siapa mahu kamu pertotonkan??tidakkah hadir rasa malu pada mata yang memandang?? andai tiada rasa malu pada ALLAH yang melihat setiap perlakuanmu..setidak-tidaknya lahirlah rasa malu pada manusia yang jelik melihat perlakuanmu..percayalah, apa yang kamu lakukan hanya dengan nafsu semata-mata..dia bukan yang halal bagimu..

umi mengerti perasaan kalian yang sedang kemaruk cinta..tapi,umi juga bisa membaca betapa kalian sebenarnya sudah buta kerana cinta..hingga kalian tak bisa membezakan antara yag halal dan yang haram..antara dosa dan pahala..bertaubatlah wahai saudaraku..ingatlah Allah melihat apa yang kamu lakukan..

Duhai pasangan-pasangan kekasih

Berkasihlah kerana Allah..sayanglah seseorang kerana Allah..jika benar kamu menyayanginya..jangan bawa ia bergelumung dengan dosa dan kemaksiatan..
tidakkah kalian ingin merasai keindahan sebenar cinta?keindahan tika kali pertama kalian melafaz panggilan’ abang’ kepada suamimu..atau bagi si suami melafaz ‘sayang’ sebagai panggilan manja buat si isteri.. keindahan tika kali pertama suami mengucup dahi kalian dan ia adalah sentuhan pertama..yang halal dan suci..dan andai ia dilakukan kerana Allah, ia menjadi satu ibadah dan mendapat ganjaran pahala..keindahan tika kali pertama kau melafaz rasa cintamu untuk isteri atau suamimu..tidakkah kalian mahu merasainya??

Kenape?
Kenapa kalian mahu menuturnya tika kalian belum bergelar suami isteri??kenapa kalian mahu menyentuh lelaki dan wanita yang bukan muhrim kalian??

Kenapa duhai kaum Hawa?kenapa kau izinkan lelaki menyentuh tanganmu…memeluk tubuhmu??apakah kalian merasakan cinta itu dengan peluk-peluk??sayang itu dengan ciuman??
Kenapa duhai kaum Adam?kenapa kau perlakukan begitu kepada wanita yang ingin kau nikahi??tidakkah engkau belajar untuk menghormati diri seorang perempuan?? atau kau sekadar mempermainkan hatinya??

Tahukah kalian..andai cinta itu dibina dengan nafsu..sampai masanya kalian akan merasa jemu..jemu kerana sudah terlalu banyak kata cinta, sayang dan rindu yang kalian ungkapkan..jemu kerana sudah tidak terasa indah dan kebahagiaan..

Kalian belum bergelar suami isteri yang sah saudaraku..

Tidakkah terfikir dibenak fikiran kalian..bagaimana kalian mahu melahirkan anak-anak yang punya akhlak yang mulia..soleh dan solehah..sedang kalian sebagai bakal ibu atau bapa juga turut hancur??berpelukan..berpegangan tangan..dating..

Duhai saudara-saudaraku,

Cinta itu suci..cinta itu fitrah..cinta itu anugerah dari Allah.. perasaan yang Allah hadirkan dalam hati kita..mengapa kau kotori rasa cinta itu dengan maksiat dan dosa??
umi khuatir, perasaan cinta yang kalian bina dengan cara yang tidak halal..dengan diiring dosa dan kemaksiatan akan bersifat sementara cuma..kerana cinta itu sentiasa perlu dipupuk dengan baja luahan kasih sayang kepada yang tidak halal..dibaja dengan bergayutan di telefon sekian lamanya..dibaja dengan keluar berdating..dibaja dengan zina..zina hati,mata, telinga dan tangan..lebih dahsyat hingga ada yang sanggup melakukan zina kemaluan…astaghfirullahalazim…

cukuplah..

bertaubatlah duhai sauadaraku..

pintu taubat masih terbuka..

malu..malulah pada Allah..malulah atas dosa yang terlalu banyak kalian lakukan..


KENDALIKAN NAFSU DENGAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN..SERTA AKAL YANG WARAS..

JANGAN..JANGAN BIARKAN NAFSU MENERAJUI AKAL..

JANGAN BENARKAN SYAITAN MEMERANGKAP KALIAN..

Jika benar, kamu dah tak bisa menahan nafsu dan kamu rasa kamu sudah berkemampuan..nikahlah..andai kamu belum mampu..berpuasalah..berjihadlah melawan hawa nafsu..berdoalah pada Allah agar Allah melindungi hati kalian dan bakal suami/isteri...jangan kamu dibutakan oleh cinta..jangan terlalu mudah terperangkap kepada jerat syaitan..

Allah sudah menganugerahkan kita akal untuk berfikir..kita bukan budak-budak lagi..kita dah besar..kita dah matang..apakah cinta yang kalian bina benar-benar diiringi dengan kematangan kalian dalam berfikir??apakah kalian fikir kalian sudah cukup matang untuk bercinta andai kalian sendiri terlalu mudah terperangkap dengan cinta nafsu..hingga tak bias membezakan anatra dosa dan pahala?halal dan haram??

Umi tahu..jodoh perlu dicari..jodoh takkan datang bergolek..ia perlu hadir dengan usaha dan doa..umi tahu perasaan orang yang bercinta..Cuma umi mahu kalian menjadi pasangan yang lebih matang dalam mengendalikan cinta..cinta harus dikendali dengan keimanan dan ketaqwaan kita kpd Allah..cinta harus hadir dengan rasa malu pada Allah..selagi tidak ada ikatan yang sah..jagalah dirimu..jagalah bakal isteri atau suamimu..jangan biarkan perasaan yang Allah anugerahkn itu diselubungi dengan dosa,maksiat dan nafsu syahwat..salinglah ingat-mengingati tentang dosa dan pahala..agar nanti, tika kalian sudah menjadi suami isteri..kalian bisa melahirkan zuriat yang soleh dan solehah..

Berpaut di dahan cinta
Ingatkah lagi kalian dengan ceramah di KHAR yang lalu yang bertajuk 'BERPAUT DI DAHAN CINTA' ?? apakah kalian masih ingat kata-kata ustaz Hasrizal atau Abu Saif??
cinta seperti kita berusaha mencapai cita-cita..
untuk mencapai cita-cita sebagai contoh cita-cita umi dulu untuk menjadi seorang pensyarah..maka untuk capai cita-cita umi..umi perlu berusaha..umi perlu cemerlang dalm UPSR,PMR, SPM, umi masuk matrik..umi dapat ijazah di UPSI dan seterusnya umi perlu ambil master..umi perlu berusaha..umi perlu belajar betul2..buat assignment..cemerlang dlm final..
begitu juga dengan cinta..cinta perlu ada matlamat yang jelas iaini perkahwinan..dan umi percaya..insyaallah, di dalam usia 20-an dan ke atas..kalian sudah matang dalam meletakkan matlamt yang jelas dalam percintaan iaitu untuk berkawin cuma bagaimanakah pula cara untuk kalian menuju matlamat itu??
contohnya, kalian perlu belajar betul2 di universiti agar kalian dapat ijazah..dan kemudian..dapat keje..nanti dah ada duit..kalian akan pinang dia..dan ambil dia sebagai isteri contohnya..selain dari itu, bakal suami juga perlulah melengkapkan diri dengan ilmu agama agar nanti bila dah kawin..boleh bimbing isteri dan anak2..untuk bakal isteri pula...belajar memasak..untuk tawan hati suami..bakal suami/isteri berusaha melengkapkan diri dengan ilmu dalam berumahtangga dan bagaimana menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah..bagaimana membina keluaraga yang mendapat keredhoan Allah..selain itu,kenal keluarga..doa pada Allah agar Allah permudahkan segalanya dan kalian dapat bersatu sebagai suami isteri..
Tapi,bagaimana pula kalau cinta itu disulam oleh nafsu??
kalian lalai dengan dunia yang kalian bina..tiap-tiap malam kalian berdating?tambahan pulak bila sedang-sedang berduaan..kalian ditangkap khalwat..lagi teruk bila ada yang sudah terlanjur..nauzubillahiminzalik..alamat tak tercapailah matlamat di atas..maruah tercemar..pelajaran terabai..lalai..dapat dosa..dan akhirnya..cinta terputus ditengah jalan..renung-renungkanlah..

Duhai bakal-bakal suami..

Duhai bakal-bakal isteri..
Rasailah keindahan segala rasa cinta setelah kalian sudah berkawin..

JANGAN MENGHARAP KASIH PADA MANUSIA..MENGHARAPLAH HANYA PADA ALLAH..

Percayalah, andai kamu menjadi manusia yang terlalu mengharap kasih manusia..sampai masanya tika kamu ditinggalkan..kamu akan kecewa..sandarkanlah harapanmu kepada Allah..Allah yang memegang hati-hati manusia..yakinlah akan setiapa doa yang kamu lafazkan..insyaallah,andai dia benar untumu Allah akan mempermudahkannya untukmu..yang panting kamu perlu saling mendoakan antara satu sama lain..

Duhai saudaraku-saudaraku..

Dengarlah nasihat umi ini..umi takda apa-apa untuk bantu kalian..umi tak tahu bagaimna untuk umi bawa kalian kembali kepada fitrah diri kalian sendiri..umi hanya tahu memberi nasihat..umi hanya tahu mendegar luahan hati dan mendoakan kalian..umi hanya bisa memberi semanagt untuk kalian berubah..tapi kalian yang perlu berusaha untuk mengubah diri kalian sendiri..

Duhai saudara-saudraku..

AJAL TIDAK MENUNGGU KITA..DAN KITA TAKKAN TAHU BILA AJAL MENJEMPUT KITA..

Sampai masanya ia datang, maka keluarlah roh dari jasad..

andai ditaqdirkan Allah..umi meninggal dunia hari ini..tika umi menulis blog ini..

maka umi jua akan pergi..

begitu juga dgn kalian..andai ditaqdirkan Allah, esok sampai ajal kalian maka kalian akan pergi..

MAHUKAH KALIAN PERGI DENGAN DIRI YANG SEDANG KOTOR?BERGELUMUNG DENGAN DOSA DAN NAFSU? TIKA HATI LALAI MENGINGATI SANG KEKASIH??

APAKAH KALIAN MAHU MENINGGALKAN DUNIA INI TIKA KALIAN BELUM SEMPAT BERTAUBAT ??

Andaikan, tika kalian sedang memegang tangan pasangan kalian atau sedang melakukan zina..tika itu, malaikat Izrail datang mencabut nyawa kalian..apakah masih sempat untuk kalian bertaubat???

Duhai saudara-saudraku..

BERTAUBATLAH SELAGI ADA MASA..

INGATLAH ALLAH MAHA MELIHAT..

DIA MAHA MENDENGAR..

DIA JUA MAHA TAHU APA YANG ADA DALAM HATIMU..


Aku menyeru untuk diriku yang lemah dan hina jua untuk saudara-saudra seislamku..

umi menulis ini dengan rasa kasih umi pada kalian..kalian saudara seislam umi..

umi menulis ini kerana rasa cinta umi pada Islam..

Ya Allah, ya Tuhanku..Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa..aku mohon padaMu ya Allah, kurniakanlah hidayat serta petunjuk kepada sekalian saudara-saudara seislamku..bantu mereka agar mereka bisa menahan nafsu dan keinginan mereka..kembalikan mereka ke jalanMu ya Allah..kasihani mereka..kasihani jua hambaMU yang lemah dan hina ini..dan kuatkanlah jua aku dalam menghadapi setiap ujianMu..terima taubat kami ya Allah..lindungi kesucian agamaku ya Allah..lindungi kesucian Islam..

Friday, February 27, 2009

MEH!UMI SUAPKAN..



Balik dari lab petang tadi, umi pergi kedai abe we membeli nasi kerabu..sudah lama rasanya tidak makan nasi kerabu..teringat waktu kali pertama makan nasi kerabu..hati umi sudah terpaut..bila bercakap soal nasi kerabu pasti tersenyum2 rakyat Kelantan..masakan tidak..nasi kerabu memang famous di negeri Serambi Mekah ini.. waktu umi ROS 1 dulu..umi sempat bersama-sama guru2 perempuan yang lain membuat nasi kerabu..waktu tu kami buat jamuan ringkas untuk guru-guru..tidaklah sesusah mana tapi masih boleh belajar..perlu benar2 belajar dari yang pakar..

Sampai di tpt yang dituju..

nasi kerabu aye ado?aku bertanye kpd penjual nasi kerabu itu..
”ado dik..kalu takdo, abe takdoklah kat sini..
aku sekadar tersenyum mendengar celoteh penjual nasi kerabu itu yang aku tahu sdang memancing hati pelanggan..
“nasi kerabu aye so?”lebih lado denge budu deh”aku memesan nasi kerabu ayam..
”ok..buleh..”
sambil tangan pantas mengisi nasi kerabu dan bahan2nya di dalam bungkusan kertas penjual tadi bertanye lagi pd umi..
”klate dok mano dik?”
" saye ore pehe buke ore klate..
“tu pandai kecek klate..banyak make budu yo dik..”
umi tersenyum sendirian..sejak matrik selalu sangat umi dikatakan orang Kelantan..tapi,umi tak kisah sbb umi suke kecek klate..hati terpaut dgn loghat Kelantan dari dulu lagi..waktu pak su umi kawin dgn mak su umi dulu..umi suka m'dgr mak su umi yang asal dari Kelantan kecek klate..lembut je bagi umi..
Selesai melafazkan akad jual beli..umi terus menuju ke bas..alhamdulillah, tak ramai orang..kalau tak..alamat berebut-rebutlah dibuatnya..sebaik sampai dirumah, umi menunaikan solat Asar terlebih dahulu..lepas solat umi terus mengadap meja makan..perut umi sudah menyanyi-nyanyi minta diisi..
”ina,mari makan dgn umi..umi beli nasi kerabu ni.." aku mengajak roomateku ina makan sekali..
”takpe,umi makan dulu..aku pun menyuapkan nasi kerabu itu kumulutku..rasa pedas dan budunya menusuk ke hati..
tak lama kemudian, roomate umi keluar dari bilik..
”mari ina..umi suapkan ye”..
rommateku terus duduk dikerusi sambil menganga mulut..aku pun menyuap roomateku makan nasi kerabu..umi rasa suke sangt dapat suap roommate umi..tambhan melihat roomate umi yang tidak kisah umi menyuapkannya..umi rasa rindu untuk suap budak kecik..suap orng besar pun takpelah..sedikit nasi..campur togey..isi ayam..dan sayur2an..aku menyuap sahabatku..suapan demi suapan..roomateku mengaduh kepedasan..aku akui nasi kerabu itu agak pedas krn aku yang minta ditambahkan lada..pedas ke ina?kesian pula aku tgk roomateku yang mengipas-ngipas mulut..

”mak..nak lagi..”

aku hampir ketawa mendengar roomateku memanggil aku mak..akhirnya sehingga habis aku menyuapkan nasi kerabu kemulutnya..
Teringat aku..waktu aku masih kecil lagi..aku selalu melihat ibu memberi makan pd adik2..budak2 kecik ni kadang2 susah nk disuruh mkn..terpaksalah siibu memujuk terlebih dahulu..aku masih ingt lagi..ibu sellu mengayun2 tangan yang berisi mknn dan diumpamakan seperti helicopter..lalu helicopter yang membawa mknn itu masuk ke mulut adik2..adik terhibur dgn pujukan ibu dan terus mkn ..

" CEPAT..HELIKOPTER NAK LALU NI..(SAMBIL TANGAN BERISI NASI MELAYANG2 DI UDARA) ..AUMMMM..PANDAI ANAK MAK MAKAN..SI IBU MENEPUK TANGAN..SI KECIL TURUT MENEPUK TANGAN..
pandai betul ibu pujuk adik..fikir aku waktu tu..
Peristiwa yang telah lama berlalu..
jika dulu aku melihat ibu menyuap adik makan..sekarang aku menyuap roomateku..dan kalau aku balik kampung..aku pula yang sibuk menyuap anak sepupuku..suka betul rasanya dpt menyuap mrk..
” Mari dina..mak cik suapkan nasi..”
kata aku pada anak sepupuku yang sebaya umur dgnku dan sudah punya dua anak..
si kecil yang berusia 9bulan itu belum pandai berkata-kata..aku terus menyuakan nasi yang sudah dicampur dgn sup dan dia terus memakannya..suapan demi suapan..berselera betul dia makan..aku yang menyuap tidak jadi makan krn seronok melihat anak sepupuku itu makan..
” selera betul dina makan La..(La nama manja sepupuku syamila)..
” dia memang kuat makan umi..kata sepupuku..
tersenyum aku sambil melihat dina yang memandang tanganku mungkin menanti aku menyuapkan makanan ke mulutnya..
SUAPAN PERTAMA UNTUKMU TEMAN..
Pernahkah sahabat-sahabat makan bersama di dalam satu dulang?? umi percaya pasti pernah kan! waktu umi di sekolah agama dulu, makan nasi di dalam dulang sudah menjadi satu kebiasaan.. Banyak hikmah makan satu dulang sebenarnya..Insyaallah, semakin kuat ukhwah antara kita..selain menjimatkan pinggan..huhu..tapi, Sebelum makanan sampai di mulut kita,sampaikanlah makanan itu dimulut teman kita terlebih dahulu..kita tak rugi apa-apa berbuat begitu sebaliknya makin terasa kasih dan sayang..Insyaallah..
“Umi, lepas ni ina suap umi pulak ye..”
"Takpelah ina..umi dah kenyang.."aku membuat helah melarikan diri..
Sebenarnya,Umi suka menyuap orang makan tak kisah kanak-kanak kecil atau mungkin besar tapi umi malu untuk disuap..
"Biarlah umi aje yang suapkan ye..bukankah umi ibu..

Saturday, February 21, 2009

Hadirkan Rasa Malu pada-NYA



Assalamualaikum kepada semua pembaca..alhamdulillah,setelah sekian lama..akhirnya ana punya kesempatan untuk menaip kata-kata..menutur bicara dgn mata pena..sekalipun,sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsikan bersama, namun kekangan masa menggugat hamba Allah ini untuk menulis setiap hari..alhamdulillah, ana baru tamat dua paper untuk ujian mid-semester..animal physiology dan genetik..insyaallah,plant physiology bakal menyusul selasa ini..doaka ana ye..

Meniti kehidupan sebagai mahasiswa mengajar diri erti kesabaran dan mengajar diri bagaimana cara terbaik untuk membahagikan masa..masa seorang pelajar..anak..orang yang ada amanah terpikul dibahunya dan yang paling penting dan perlu didahulukan ialah masa yang diluangkan bersama Al-Khaliq yang menjadikan hamba ini..

ampuni aku ya Tuhanku..andai masaku yang lalu kurang untukku bersama-Mu..walau apapun,moga hati ini tak pernah luput dari mengingatiMu..

melihat keadaan disekeliling kadangkala buat hati terasa sedih..entah kemana pergi rasa malu dalam diri manusia..entah kemana hilangnya rasa malu dalam diri seorang perempuan..gadis atau wanita..mungkin ana bukan seorang ustazah..mahupun orang yang cukup ilmu untuk berbicara hal ini..atau mungkin diri ini tak layak untuk menegur..namun,percayalah duhai temanku..bicaraku bukan kerana marah..bukan jua kerana cemburu atau mungkin kerana iri hati..tapi,kerana aku menyayangi kalian..menyayangi kalian sebagai kaum yang sejnis denganku..yang Allah anugerahkan kecantikan dan perhiasan..namun,alangkah sedihnya tika perhiasan itu kau tonjolkan pada semua tambhan yang bukan halal bagimu..

Duhai kaum sejenisku yang aku cintai kalian kerana Allah..hadirkan rasa malu dalam hatimu..rasa malu tika kau menutupi tubuhmu dengan hanya sehelai baju yang pendek lengannya dan ketat mengikut tubuhmu..hadirkanlah rasa malu tika kau menyarung seluar jeans yang menampakkan bentuk kakimu..hadirkan rasa malu tika kau memakai tudung kurang sempurna mahupun menyilang dan menyempangkan tudungmu hingga menampakkan yang tidak sepatutnya..

tahukah kalian, ada mata yang memandang..mata yang nakal dan galak mencuri pandangan kerana kalian yang menunjukkannya kepada mereka..jangan terlalu murah duhai kaumku..

HADIRKAN RASA MALU..SESUNGGUNYA MALU ITU ADALAH PERISAI SEORANG WANITA DAN IA JUGA MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI IMAN..

Duhai kaum Hawa..wanita itu Allah jadikan cukup indah hingga Adam jua tak dapat menyangkal hati untuk mengakui keindahan ciptaan seorang wanita..namun,anugerah itu bukan untuk semua..mungkin bertuah bagi yang berhak sperti suamimu..aku khuatir..andai kalian terus begini..sesuatu yang buruk akan berlaku pada kalian..

Hadirkanlah rasa malu..

diriku rasa malu..malu tika melihat kalian yang berpakian begitu..krn aku nampak mata-mata melihatmu..rasa bagai mahu dicucuk mata meraka..tapi,apakah daya dirimu merelakannya..

duhai kaum Hawa..

andai tiada rasa malu pada mata yang memandang..tiada rasa malu pada kaum Adam..lahirkan rasa malu kepda-NyA..yang menganugerahkan dirimu kecantikan dan perhiasan itu..rasa malu itu juga tanda kamu bersyukur dan kamu hargai kurniaan-Nya untukmu..