Friday, November 14, 2008

' TAK KENAL MAKA TAK CINTA'


‘TAK KENAL MAKA TAK CINTA’

Pasti kita biasa mendengar.. bila ada yang mengatakan..” Tak kenal maka tak cinta”..Persoalannya..apakah perlu untuk mengenal dulu baru hadir rasa cinta???
Bagi ana..ia..ada benarnya..tak kenal maka tak cinta..bila kenal maka dengan sendirinya rasa cinta itu hadir..

Hari ini bukanlah tujuan ana untuk membicarakan soal cinta antara manusia tapi untuk kita mencari cinta yang sebenar-benar cinta..cinta yang haqiqi dan abadi..iaitu cinta Allah..

Sebagai seorang hamba kita seharusnya rasa bersyukur..bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita..ya!cinta Allah cinta yang haqiqi..tapi,manusia hari ni seringkali lalai..kita terlalu mengejar-ngejar dunia..sibuk berkenal-kenal dengan manusia demi menagih rasa cinta sedang kita sendiri belum benar-benar mengenali Pencipta kita sendiri..

Tak kenal maka tak cinta..Semakin kenal semakin mendalam rasa cinta..Cinta manusia menyebabkan kita lalai dengan keindahan dunia..dan tidak mustahil untuk kita terjerumus kelembah dosa dan kemaksiatan tapi dengan mencintai Allah..percayalah kita tidak akan rugi apa-apa untuk kita mengenali-Nya sebaliknya makin mendalam rasa cinta kita kepada-Nya..

Mengenal Allah disebut juga makrifatullah. ertinya mengenal Allah dengan cara mempelajari dan mengkaji bukti atau dalil-dalil kewujudan Allah Taala dan sifat-sifatnya dan dari sumber yang diakui oleh syarak iaitu Al-Quran, Hadith dan akal.

Mengenal Allah merupakan perkara utama dan amat penting. Kenapa ia penting??kerana dengan mengenal Allah kita dapat menanamkan kepercayaan yang benar terhadap Allah, kita dapat mengukuhkan keimanan kepada Allah dan membentuk aqidah yang benar, denagn mengenal Allah, kita dapat menyelamatkan ummat Islam daripada kepercayaan dan aqidah yang salah dan sesat, kita dapat membendung pengaruh ajaran sesat dan menyeleweng dari aqidah yang benar(Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah), dan kita dapat melakukan ibadah khusus dan ibadah umum dengan betul dan yang terkhir ialah untuk membina masyarakat yang maju berteraskan aqidah yang benar iaitu berdasarkan paradigma tauhid.

Sahabat-sahabat ana yang dikasihi,

Dalam meniti kehidupan kita seharian, yang semakin tenggelam di dalam arus keduniaan..sedarkah kita.. betapa banyaknya kes-kes murtad yang berlaku kini. Malahan kes-kes ini bukan sahaja melibatkan orang Islam yang ingin keluar dari Islam tetapi juga orang bukan Islam yang memeluk Islam tetapi akhirnya kembali ke agama asalnya. Pernah kita terfikir kenapa semua ini berlaku??ya!inilah yang akan terjadi andai aqidah kita belum benar-benar kukuh dan teguh..inilah yang akan terjadi sekiranya kita tidak benar-benar mengenali siapa PENCIPTA diri kita..Betapa ramainya manusia hari ini yang hanya Islam pada nama, Islam kerana keturunan..Islam kerana ibu dan ayahnya Islam sedang hakikatnya kita belum benar-benar memahami apa yang dikatakan dengan saya seorang ’ISLAM’ ..dan betapa ramainya antara kita yang tahu ’Allah’ Tuhan bagi semua ummat manusia..tapi kita tidak mengenali-Nya..

Hukum mengenal Allah adalah fardhu ain..ya sahabat-sahabatku..hukum mengenal Allah itu fardhu ain iaitu setiap orang yang mukallaf wajib mengenal Allah dari punca dan cara yang betul. Jika tidak maka tersesatlah ia..

Di dalam hadith Qudsi ada menyebut:

” Aku( ALLAH) ialah pembendaharaan yang tersembunyi, lalu aku mahu dikenali, maka aku jadikan makhluk supaya aku dikenali..

Sahabat-sahbat ana yang dikasihi,

Di dalam hadith diatas sudah dinyatakan dengan jelas bahawa Allah mencipta makhluk supaya ia dikenali..kerana apa?kerana dengan adanya makhluk..maka pasti adanya PENCIPTA dan PENCIPTA makhluk itu ialah ALLAH..

Persoalannya..bagaimana kita dapat mengenal Allah?? Pertama, kita dapat mengenal Allah Taala dengan mengenal nama-nama dan sifat Allah Taala. Ada 99nama ALLAH yang disebut juga ’Asmaul Husna; dan nama ALLAH adlah yang termasyur yang disebut lafaz Al-Jalalah( Lafaz yang Maha Besar). Kesemua nama-nama Allah ini menujukkan keagungan , kekuasaan dan kehebatan Allah yang tiada tolak bandingannya.

Selain mengenal Allah dengan nama-nama-Nya kita juga wajib mengenal Allah dengan mengetahui sifat-sifat-Nya iaitu sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat yang mustahil dan sifat Harus bagi Allah iaitu dengan tiga syarat iaitu dengan i'tiqad yang putus, muafakat yang sebenar dan dengan dalil:

1.I’tiqad yang putus atau pasti(i’tiqad jazim)
- I;tiqad yang putus bererti percaya dengan pegangan yang pasti dan mantap tiada zon, syak mahupun waham.

Apa itu zhon? Syak?waham??

Insyaallah, ana terangkan dibawah ini..

Apa yang dikatakan dengan zhon itu ialah lebih percaya daripada tidak percaya,

syak bererti seimbang antara percaya dengan tidak percaya ( ragu-ragu)

manakala waham pula membwa maksud lebih percaya daripada tidak percaya.

Maka apa yang dikatakanpa dengan tiada zhon, syak, dan waham ini ialah kita perlu mempercayai sifat-sifat Allah 100% dan tidak boleh tidak percaya sekalipun sedikit.

2.Muafakat dengan yang sebenar ( Muthoobiqul waqi’)

-Muafakat dgn yang sebenar bererti kepercayaan yang bertepatan dengan i’tiqad ahli sunnah waljamaah.


3. Dengan dalil ( ’An dalil)

Dengan dalil bererti kepercayaan berdasarkan dalil iaitu dalil Al-Quran dan hadith(dalil naqli) dan dalil logik akal fikiran( dalil ’aqli)

Selain drpd 3syarat yang ana terangkan di atas,terdapat dua kaedah untuk kita mengenal Allah dan mengetahui sifat-sifat wajib, mustahil dan harus Allah iaitu sama ada secara ajmali mahupun tafsili.

Ajmali bermaksud mengenal Allah Taala dengan dalil yang ringkas tanpa hujah dan analisis iaitu ber’iktiqad dengan pasti dan mantap bahawa wajib bagi ALLAH bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak baginya dan mustahil bagi Allah bersifat dengan sifat-sifat kekurangan.

Tafsili pula bermaksud mengenal Allah dengan dalil yang terperinci, dengan hujah dan analisis iaitu ber’iktiqad dengan pasti dan mantap bahawa Allah Taala bersifat dengan 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan satu sifat garus yang diyakini berdsarkan dalil naqli mahupun aqli.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,
Apa yang ana huraikan adalah huraian dari apa y ana pelajari wktu ana bersekolah agama.. perkara asas yang sewjarnya kita tahu dalam kita 'Mengenal Allah'..Insyaallah, akan ana postkan sambungannya..iaini mengenal Allah melalui Al-Quran'..semoga kita mendapat sesuatu darinya..agar kita lebih mengenali siapa PENCIPTA kita.. moga dengan mengenali-Nya..makin mendalam rasa cinta kita pada-Nya..aaaminnnn...
ALLAH..ALLLAHURABBI..ALLAH TUHANKU..

Wednesday, November 5, 2008

KELEBIHAN ILMU


Pelajarilah ilmu!

Mempelajarinya kerana Allah itu TAQWA

Menuntut ilmu itu IBADAH

Mnegulang-ngulang itu TASBIH

Membahaskannya itu JIHAD

Mengajar orang yang tidak tahu itu SEDEKAH

Memberikan kepada ahlinya itu MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

Ilmu itu TEMAN pada waktu sendirian dan KAWAN pada waktu kesepian

PETUNJUK jalan kepada agama

Pemberi nasihat, sabar pada waktu suka dan duka

Ilmu bagaikan mentari ditengah-tengah teman sejawatan

Bagaikan seorang ahli keluarga ditengah-tengah orang asinh

Ilmu sebenar jalan ke SYURGA

Dengan ilmu diangkap maratabat BANGSA

Lalu dijadikan mereka PEMIMPIN,PENGHULU dan PENUNJUK jalan kebajikan

Jejak mereka diikuti, perbuatan mereka diperhatikan

Malaikat suka dengan tingkah laku mereka

Dipayungi mereka dengan sayapnya

WATER CYCLE??


SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH..


In 1580, Bernard Palissy was the first man to describe the present day concept of ‘water cycle’. He described how water evaporates from the oceans and cools to form clouds. The clouds move inland where they rise, condense and fall as rain. This water gathers as lakes and streams and flows back to theocean in a continuous cycle.


In the 7th century B.C., Thales of Miletus believed that surface spray of the oceans was picked up by the wind andcarried inland to fall as rain. In earlier times people did not know the source of underground water. They thought the water of the oceans, under the effect of winds, was thrust towards the interior of the continents.They also believed that the water returned by a secret passage, or the Great Abyss. This passage is connected to the oceans and has been called the ‘Tartarus’, since Plato’s time.


Even Descartes, a great thinker of the eighteenth century, subscribed to this view. Till the nineteenth century, Aristotle’s theory was prevalent.According to this theory, water was condensed in cool mountain caverns and formed underground lakes that fed springs. Today, we know that the rainwater that seeps into the cracks of the ground is responsible for this.


The water cycle is described by the Qur’aan in the following verses: “Seest thou not that Allah Sends down rain from The sky, and leads it Through springs in the earth? Then He causes to grow, Therewith, produce of various Colours.” [Al-Qur’aan 39:21]- Surah Az-Zumar

“He sends down rain From the sky And with it gives life to The earthafter it is dead: Verily in that are Signs For those who are wise.” [Al-Qur’aan 30:24]-Surah Ar-Rum


“And We send down water From the sky according to (Due) measure,and We cause it To soak in the soil; And We certainly are able To drainit off (with ease).” [Al-Qur’aan 23:18] - Surah Al-Mu'minun

No other text dating back 1400 years ago gives such an accurate description of the water cycle.


Hanya selepas beberapa ribu tahun dahulu, ahli-ahli sains barat menemui bagaimana terjadinya 'kitaran air' iaitu' water cycle' sedangkan hakikatnya di dalam Al-Quran sudah diterangkan dengan jelas...Maha suci Allah Yang Maha Mengetahui segala yang dilangit dan dibumi..
ayuh sahabat-sahabatku..ayuh kita mengkaji Al-Quran..di dalamnya terselit segala rahsia..bisa dijumpai bagi yang mencari dan mengkaji..

Sunday, November 2, 2008

KENDURI ARWAH ???


Hari ini, seakan sudah menjadi satu kewajipan dan satu adat pula untuk diadakan kenduri arwah??Penduduk kampung dijemput dan disajikan dengan makanan..kenduri ini bukan sahaja berlanjutan selama 3hari malahan ada sesetengah tempat yang membuat kenduri arwah pada malam yang ke -40 dan ke-100..

persoalannya, apakah 'kenduri arwah' ini disyariatkan di dalam Islam atau ia sebenarnya adalah bid'ah??

Satu penyakit yang melanda masyarakat Islam hari ini ialah kita sering menganggap sesuatu amalan itu sebagai ibadah hanya dengan berpandukan kepada andaian mengikut perkiraan akal fikiran, perasaan, keinginan hawa nafsu atau ramainya orang yang melakukan tanpa dirujuk terlebih dahulu kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar yang sahih untuk dinilai sama ada haram atau halal, sunnah atau bid'ah. Sedangkan sebenarnya, perbuatan tersebut adalah suatu kesalahan (bid’ah) menurut syara'.
Insya-Allah, mudah-mudahan artikel dibawah bisa merungkai tanda tanya kita selama ini..

KENDURI ARWAH
Majlis kenduri arwah lebih dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dengan hidangan jamuan (makanan) di rumah si Mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, dihari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus, setahun dan lebih dari itu bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau kepada si Mati. Malangnya mereka yang mengerjakan perbuatan ini tidak menyedari bahawa terdapat banyak fatwa-fatwa dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama besar dari kalangan yang bermazhab Syafie telah mengharamkan dan membid’ahkan perbuatan atau amalan yang menjadi tajuk perbincangan dalam tulisan ini.


Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 146, tercatit pengharaman Imam Syafie rahimahullah tentang perkara yang disebutkan di atas sebagaimana ketegasan beliau dalam fatwanya:


وَيَكْرَهُ اتِّخَاذُ الطَّعَامِ فِى الْيَوْمِ اْلاَوَّلِ وَالثَّالِث وَبَعْدَ اْلاُسْبُوْعِ وَنَقْلُ الطَّعَامِ اِلَى الْقُبُوْرِ
“Dan dilarang (ditegah/makruh) menyediakan makanan pada hari pertama kematian, hari ketiga dan seterusnnya sesudah seminggu. Dilarang juga membawa makanan ke kuburan”.


Imam Syafie dan jumhur ulama-ulama besar (ائمة العلماء الشافعية) yang berpegang kepada mazhab Syafie, dengan berlandaskan kepada hadis-hadis sahih, mereka memfatwakan bahawa yang sewajarnya menyediakan makanan untuk keluarga si Mati adalah jiran, kerabat si Mati atau orang yang datang menziarahi mayat, bukan keluarga (ahli si Mati) sebagaimana fatwa Imam Syafie:


وَاُحِبُّ لِجِيْرَانِ الْمَيِّتِ اَوْذِيْ قَرَابَتِهِ اَنْ يَعْمَلُوْا لاَهْلِ الْمَيِّتِ فِىْ يَوْمِ يَمُوْتُ وَلَيْلَتِهِ طَعَامًا مَا يُشْبِعُهُمْ وَاِنَّ ذَلِكَ سُنَّةٌ.
“Aku suka kalau jiran si Mati atau saudara mara si Mati menyediakan makanan untuk keluarga si Mati pada hari kematian dan malamnya sehingga mengenyangkan mereka. Sesungguhnya itulah amalan yang sunnah”.


Fatwa Imam Syafie di atas ini adalah berdasarkan hadis sahih:
قَالَ عَبْدُ اللهِ بْنِ جَعْفَرَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرِ حِيْنَ قُتِلَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِصْنَعُوْا لآلِ جَعْفَرِ طَعَامًا فَقَدْ اَتَاهُمْ مَايُشْغِلُهُمْ . (حسنه الترمزى وصححه الحاكم)
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”.


Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim.


Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang, meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Mati mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya haram. Telah dinyatakan juga di dalam kitab (اعانة الطالبين) jld. 2. hlm. 146:


وَقَالَ اَيْضًأ : وَيَكْرَهُ الضِّيَافَةُ مِنَ الطَّعَامِ مِنْ اَهْلِ الْمَيِّتِ لاَنَّهُ شَرَعَ فِى السُّرُوْرِ وَهِيَ بِدْعَةٌ
“Imam Syafie berkata lagi: Dibenci bertetamu dengan persiapan makanan yang disediakan oleh ahli si Mati kerana ia adalah sesuatu yang keji dan ia adalah bid’ah”.


Seterusnya di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2. hlm. 146 – 147, Imam Syafie rahimahullah berfatwa lagi:
وِمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فَعْلُهُ مَا يَفْعَلُ النَّاسُ مِنَ الْوَحْشَةِ وَالْجَمْعِ وَاْلاَرْبِعِيْنَ بَلْ كَلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ
“Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah haram”.


Ini bermakna mengadakan kenduri arwah (termasuk tahlilan dan yasinan beramai-ramai) dihari pertama kematian, dihari ketiga, dihari ketujuh, dihari keempat puluh, dihari keseratus, setelah setahun kematian dan dihari-hari seterusnya sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang adalah perbuatan haram dan bid’ah menurut fatwa Imam Syafie. Oleh itu, mereka yang mendakwa bermazhab Syafie sewajarnya menghentikan perbuatan yang haram dan bid’ah ini sebagai mematuhi wasiat imam yang agung ini.


Seterusnya terdapat dalam kitab yang sama (اعانة الطالبين) juz 2. hlm. 145-146, Mufti yang bermazhab Syafie al-Allamah Ahmad Zaini bin Dahlan rahimahullah menukil fatwa Imam Syafie yang menghukum bid’ah dan mengharamkan kenduri arwah:


وَلاَ شَكَّ اَنَّ مَنْعَ النَّاسِ مِنْ هَذِهِ الْبِدْعَةِ الْمُنْكَرَةِ فِيْهِ اِحْيَاءٌ لِلسُّنَّةِ وَاِمَاتَةٌ لِلْبِدْعَةِ وَفَتْحٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الْخَيْرِ وَغَلْقٌ لِكَثِيْرٍ مِنْ اَبْوَابِ الشَّرِّ ، فَاِنَّ النَّاسَ يَتَكَلَّفُوْنَ تَكَلُّفًا كَثِيْرًا يُؤَدِّيْ اِلَى اَنْ يَكُوْنَ ذَلِكَ الصُّنْعُ مُحَرَّمًا .
“Dan tidak boleh diragukan lagi bahawa melarang (mencegah) manusia dari perbuatan bid’ah yang mungkar demi untuk menghidupkan sunnah dan mematikan (menghapuskan) bid’ah, membuka banyak pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu keburukan dan (kalau dibiarkan bid’ah berterusan) orang-orang (awam) akan terdedah (kepada kejahatan) sehingga memaksa diri mereka melakukan perkara yang haram”.


Kenduri arwah atau lebih dikenali dewasa ini sebagai majlis tahlilan, selamatan atau yasinan, ia dilakukan juga di perkuburan terutama dihari khaul .(خول) Amalan ini termasuk perbuatan yang amat dibenci, ditegah, diharamkan dan dibid’ahkan oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana yang telah ditegaskan oleh beliau:


مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِنَ اْلاِجْتَمَاعِ عِنْدَ اَهْلِ الْمَيِّتِ وَصُنْعِ الطَّعَامِ مِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ
“Apa yang diamalkan oleh manusia dengan berkumpul dirumah keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk perbuatan bid’ah yang mungkar”. Lihat: اعانة الطالبين juz 2 hlm. 145.
Di dalam kitab fikh (حاشية القليوبي) juz. 1 hlm. 353 atau di kitab قليوبى - عميرة) -(حاشيتان juz. 1 hlm. 414 dapat dinukil ketegasan Imam ar-Ramli rahimahullah yang mana beliau berkata:


قَالَ شَيْخُنَا الرَّمْلِى : وَمِنَ الْبِدَعِ الْمُنْكَرَةِ الْمَكْرُوْهِ فِعْلُهَا كَمَا فِى الرَّوْضَةِ مَا يَفْعَلُهُ النَّاسُ مِمَّا يُسَمَّى الْكِفَارَةَ وَمِنْ صُنْعِ طَعَامِ للاِجْتَمَاعِ عَلَيْهِ قَبْلَ الْمَوْتِ اَوْبَعِدَهُ وَمِنَ الذَّبْحِ عَلَى الْقُبُوْرِ ، بَلْ كُلُّ ذَلِكَ حَرَامٌ اِنْ كَانَ مِنْ مَالٍ مَحْجُوْرٍ وَلَوْ مِنَ التَّركَةِ ، اَوْ مِنْ مَالِ مَيِّتٍ عَلَيْهِ دَيْنٌ وَتَرَتَّبَ عَلَيْهِ ضَرَرٌ اَوْ نَحْوُ ذَلِكَ.
“Telah berkata Syeikh kita ar-Ramli: Antara perbuatan bid’ah yang mungkar jika dikerjakan ialah sebagaimana yang dijelaskan di dalam kitab “Ar-Raudah” iaitu mengerjakan amalan yang disebut “kaffarah” secara menghidangkan makanan agar dapat berkumpul di rumah si Mati sama sebelum atau sesudah kematian, termasuklah (bid’ah yang mungkar) penyembelihan untuk si Mati, malah yang demikian itu semuanya haram terutama jika sekiranya dari harta yang masih dipersengketakan walau sudah ditinggalkan oleh si Mati atau harta yang masih dalam hutang (belum dilunas) atau seumpamanya”.


Di dalam kitab (الفقه على المذاهب الاربعة) jld.1 hlm. 539, ada dijelaskan bahawa:


وَمِنَ الْبِدَعِ الْمَكْرُوْهَةِ مَا يَفْعَلُ الآن مِنْ ذَبْحِ الذَّبَائِحَ عِنْدَ خُرُوْجِ الْمَيِّتِ اَوْ عِنْدَ الْقَبْرِ وَاِعْدَادِ الطَّعَامِ مِمَّنْ يَجْتَمِعُ لِتَّعْزِيَةِ .
“Termasuk bid’ah yang dibenci ialah apa yang menjadi amalan orang sekarang, iaitu menyembelih beberapa sembelihan ketika si Mati telah keluar dari rumah (telah dikebumikan). Ada yang melakukan sehingga kekuburan atau menyediakan makanan kepada sesiapa yang datang berkumpul untuk takziyah”.


Kenduri arwah pada hakikatnya lebih merupakan tradisi dan kepercayaan untuk mengirim pahala bacaan fatihah atau menghadiahkan pahala melalui pembacaan al-Quran terutamanya surah yasin, zikir dan berdoa beramai-ramai yang ditujukan kepada arwah si Mati. Mungkin persoalan ini dianggap isu yang remeh, perkara furu', masalah cabang atau ranting oleh sebahagian masyarakat awam dan dilebih-lebihkan oleh kalangan mubtadi' (مبتدع) "pembuat atau aktivis bid'ah" sehingga amalan ini tidak mahu dipersoalkam oleh pengamalnya tentang haram dan tegahannya dari Imam Syafie rahimahullah dan para ulama yang bermazhab Syafie.


Pada hakikatnya, amalan mengirim atau menghadiahkan pahala bacaan seperti yang dinyatakan di atas adalah persoalan besar yang melibatkan akidah dan ibadah. Wajib diketahui oleh setiap orang yang beriman bahawa masalah akidah dan ibadah tidak boleh dilakukan secara suka-suka (tanpa ada hujjah atau dalil dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya), tidak boleh berpandukan pada anggapan yang disangka baik lantaran ramainya masyarakat yang melakukannya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah memberi amaran yang tegas kepada mereka yang suka bertaqlid (meniru) perbuatan orang ramai yang tidak ada dalil atau suruhannya dari syara sebagaimana firmanNya:


وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى اْلاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ اِنْ يَّتَّبِعُوْنَ اِلاَّ الظَّنَّ وَاِنْ هُمْ اِلاَّ يَخْرُصُوْنَ
"Dan jika kamu menuruti kebanyakan (majoriti) orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan diri kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)".
Al-An'am, 6:116.


Begitu juga sesuatu amalan yang disangkakan ibadah sama ada yang dianggap wajib atau sunnah, maka ia tidak boleh ditentukan oleh akal atau hawa nafsu, antara amalan tersebut ialah amalan kenduri arwah (tahlilan atau yasinan) maka lantaran ramainya orang yang mengamalkan dan adanya unsur-unsur agama dalam amalan tersebut seperti bacaan al-Quran, zikir, doa dan sebagainya, maka kerananya dengan mudah diangkat dan dikategorikan sebagai ibadah. Sedangkan kita hanya dihalalkan mengikut dan mengamalkan apa yang benar-benar telah disyariatkan oleh al-Quran dan as-Sunnah jika ia dianggap sebagai ibadah sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:


ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيْعَةٍ مِنَ اْلاَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ اَهْوَاءَ الَّذِيْنَ لاَ يَعْلَمُوْنَ . اَنَّهُمْ لَنْ يُّغْنُوْا عَنْكَ مِنَ اللهِ شَيْئًا
"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan yang wajib ditaati) dalam urusan (agamamu) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (orang jahil). Sesungguhnya mereka sekali-kali tidak akan dapat menolak diri kamu sedikitpun dari siksaan Allah".
Al-Jasiyah, 45:18-19.


Artikel di atas di petik dari tulisan Ustaz Rasul Dahri http://rasuldahri.tripod.com/articles/kenduri_arwah.htm

Saturday, November 1, 2008

KERANA DIA MANUSIA BIASA


Cerita ini benar-benar mengusik hati..Semoga ia bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga.

Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____ menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb


Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat
cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.


Wallahu 'alam