Kehidupan sebagai guru..berjalan seperti biase..ramai betul guru-guru SMKSA2 yang memakai baju berwarna ungu hari ini termasuklah aku..seorang kakak tiba-tiba menghampiri aku dari belakang..memegang bahuku..dia juga berbaju ungu pada hari itu..
"Kenapa Umira dan Syahida taknak masuk program ustazah pilihan??"tiba-tiba akak terfikir kenapa tak korang berdua masuk program tu.."akak itu meneruskan bicaranya..
Aku sekadar tersenyum..tiada apa yang hendak kukatakan..
Menyertai program"Ustazah Pilihan"??
Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menyertainya..aku tahu tentang program itu..tetapi sewaktu melihat iklannya di dalam tv..tidaklah pula terlintas di dalam hati untuk menyertai program tersebut..malahan, waktu itu aku terfikir..apakah ada yang ingin menyertai program ini??apakah ada ustazah-ustazah di luar sana yang mahu menyertainya??dari satu aspek..jika kita lihat secara positif..ya!program ini mungkin mampu untuk mengalih pemikiran remaja di luar sana untuk menjadikan ustazah-ustazah ini sebagai ikon..secara tidak langsung mungkin melalui program ini kita dapat memupuk dan mendidik anak-anak remaja dengan unsur-unsur agama yang diterapkan di dalam program ini..sepertimana berjayanya program'Imam Muda' yang kini telah berlalu dengan siri ke2..
Aku menyokong andai ada yang berani untuk ke hadapan..tapi,pandangan peribadiku..aku tidak akan menyertai pertandingan ini..selain merasakan diri tidak layak..aku punya pandangan lain berkaitan hal ini..bagi seorang lelaki..untuk menonjolkan diri ke hadapan itu mungkin tiada masalah..tapi,berbeza bagi seorang perempuan yang dianugerahkan dengan rasa malu..Bagiku..ustazah pilihan mahupun seorang muslimah itu takkan ke hadapan menonjolkan diri..takkan suka untuk diperhati..takkan teringin untuk dikenali..sikap malunya pasti mengatasi segala-galanya..rasa malu pada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri..pada masyarakat mahupun pada diri sendiri..selain khuatir menjadi fitnah kepada lelaki..Bukankah di dalam hadis ada menyebut tentang ini..
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita” (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah) Teringat tazkirah ustaz pagi tadi..sedangkan dengan memandang sudah dikira fitnah..inikah pula jika wajah kita ditatapi..gerak kita diperhati..suara kita didengari..benar..wanita itu aurat..padanya ada sesuatu..syaitan sentiasa siap sedia mengaburi mata lelaki yang memandang raut wajah seorang wanita..moga Allah melindungi diriku dari menjadi panah-panah syaitan.. Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah, Bicaraku hari ini..hanya sekadar pandangan peribadiku..andai aku diberi pilihan untuk menyertai program ini..maka aku memilih untuk tidak menyertai kerana rasa maluku sendiri..berkaitan program ini..aku tidak punya hak untuk menilainya..kerana bagiku..Allah tidak lihat kita dari luaran kita...tapi dari hati kita..apa yang kita niatkan..andai niat penganjur itu baik..niat para peserta juga baik..maka Allah sendiri yang akan menjaga program ini dari fitnah yang mungkin hadir..dan kebaikanlah yang akan kita peroleh..tapi,andai niatnya tidak benar..maka yang tidak benar..dan tidak baik itu juga yang akan dirasai..waallahualam.. -Hanya kepada Allah aku memohon keampunan atas kata-kataku yang salah..- |