Dari Abdullah b.Umar r.a katanya Rasulallah SAW bersabda : " Dunia adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan di dunia adalah wanita solehah ( Riwayat Muslim)
Saturday, July 31, 2010
MARI PERBAIKI SOLAT
Menunaikan sembahyang atau di dalam Bahasa Arab disebut’Solat’ merupakan rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Solat merupakan tiang agama.Mereka yang mengerjakan solat ialah mereka-mereka yang menegakkan agama manakala mereka yang tidak mengerjakan solat diibaratkan seperti mereka-mereka yang meruntuhkan agama. Terdapat banyak firman-firman Allah yang memerintahkan kita supaya mengerjakan solat.
Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud:
Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat.Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya(pahala) di sisi Allah.Sungguh Allah Melihat apa yang kamu kerjakan.
Saudara-saudaraku,Allah tidak terkesan sama ada kita solat ataupun tidak...tetapi kitalah sebagai hamba yang akan terkesan bilamana kita tidak menunaikan solat..seseorang yang tidak menunaikan solat bukan sahaja mendapat dosa malahan dia mungkin cenderung untuk melakukan dosa dan maksiat lain..hilang panduan hidup dan tidak tenang jiwanya..bukankah Allah Taala telah berfirman bahawa sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar??
Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:
“ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
Solat Yang Tidak Dapat Mencegah Kemungkaran
Sekalipun,Allah Taala telah berfirman bahawa solat itu mencegah kita dari melakukan perkara yang keji dan mungkar...Tapi..jangan pelik bilamana kita melihat ramai masyarakat Islam hari ini yang mengerjakan solat tetapi dalam masa yang sama masih melakukan maksiat dan dosa??contohnya,betapa ramainya perempuan-perempuan di negara kita yang menunaikan solat tetapi tidak bertudung dan tidak menutup aurat dengan sempurna??atau mungkin ada yang taat dalam menunaikan solat tetapi tidak segan silu menyentuh lelaki atau perempuan yang bukan mahram?lalu,bagaimana yang dikatakan solat itu mencegah dari melakukan perkara keji dan mungkar??
Sidang pembaca yang dikasihi..
Solat merupakan sesuatu yang sangat berat..ia perlu dilakukan dalam keadaan sedar..dengan sabar..dengan hati yang khusyuk dan mengingati Allah..bukan sekadar sambil lewa dan bukan juga seperti ‘ayam mematuk jagung’..
Firman Allah di dalam Surah Taaha ayat 132 ada menyebut:
Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu,Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan akibat yang baik di akhirat adalah bagi orang yang bertaqwa.
Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Baqarah:238
Peliharalah semua solat dan solat wusta.Dan laksanakanlah solat kerana Allah dengan khusyuk.
(Solat wusta menurut hadis sahih ialah solat Asar.)
Saudara-saudaraku,dua firman Allah ini sudah terang menganjurkan kita untuk sentiasa menjaga solat..kerana solat itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan..solat orang yang berilmu dan tidak berilmu itu begitu banyak bezanya,,
Neraka Wail Untuk Orang Yang Lalai Dalam Solat
Di dalam Al-Quran ada diterangkan dimana terdapat satu neraka yang disediakan khas untuk orang-orang yang menunaikan solat tetapi lalai dalam solatnya..iaitu yang dinamakan neraka wail..sebagaimana yang disebut di dalam firman Allah Surah Al-Maun ayat 4-5
"Maka neraka wil bagi orang-orang yang solat..iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya..
Sahabat-sahabatku,di dalam solat tidak lain tidak bukan hati dan fikiran kita haruslah hanya mengingati Allah..bilamana kita tidak ingat Allah..maka tika itulah syaitan akan mengganggu kita dengan pelbagai bayangan sehingga menyebabkan fikiran kita melayang ke lain dan tergolonglah kita dalam golongan yang lalai dalam solat..
Firman Allah di dalam Surah Taha:14 yang bermaksud:
Sungguh Aku ini Allah,tidak ada tuhan selain Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku..
Solat dilakukan untuk mengingati Allah..Namun..apa yang banyak berlaku pada kita hari ini..ialah bilamana kita tidak mengingati Allah di dalam solat..baru sahaja hendak mengangkat takbir..fikiran kita sudah melayang entah kemana..hingga satu dunia kita jelajah..malahan lebih hebat bilamana ada yang menunaikan solat dalam keadaan teringat barang yang hilang..dan selesai solat..bisa mengetahui dimana ia tersalah letak barang tersebut..astaghfirullahalazim..betapa kita berada dalam kelalaian yang amat nyata..lalu,apa makna solat kita??
oleh itu..janganlah kita merasa pelik bilmana kita melihat ramai orang hari ini yang taat mengerjakan solat tetapi solat itu tidak dapat mencegah dirinya dari melakukan dosa dan maksiat..solat itu tidak dapat melahirkan rasa takutnya pada Allah..
Andai benar seseorang itu khusyuk dan ikhlas dalam mengerjakan solat..percayalah sahabat2ku..seseorang itu pasti takut untuk melakukan sesuatu yang melanggar syariat dan perintah Allah..selagi mana solat yang kita lakukan tidak dapat mencegah diri kita dari melakukan maksiat,dosa dan perkara-perkara keji..maka selagi itulah kita harus sentiasa berusaha untuk memperbaiki solat kita..insyaallah..
Hikmah Solat
Terdapat banyak hikmah dan kebaikan yang akan diperolehi bilamana kita ikhlas dalam mengerjakan solat dan bisa mencapai kekhusyukan dalam mengerjakannya..Mereka-mereka yang solat dengan hati yang khusyuk adalah mereka-mereka yang berjaya..
Ana ingin berkongsi satu pengalaman..pengalaman ana sendiri..yang mana..ana merasakan kejayaan yang Allah beri pada ana ketika itu ialah berkat ana mengerjakan solat..sekalipun...mungkin tika itu ana baru berumur 10tahun dan belum baligh..tapi,bilamana ana sudah semakin membesar dan mengingati kembali kejayaan itu..ana percaya..kejayaaan yang Allah beri pada ana ialah hasil solat yang ana lakukan...
Sewaktu di dalam darjah 4..ana sudah taat solat..sehingga sampai satu saat..bilamana
ana tidak sedar subuh..ana menangis kerana sedih tidak solat..sedih kerana tidak sedar subuh..kemudian,ana akan berbaring..menangis dan membaca kalimah-kalimah dalam solat sambil berbaring dan memohon ampun pada Allah..Oleh kerana waktu tu..ana masih kecil..ana tidak tahu..bahwa solat boleh diganti jika kita tertidur atau terlupa..Cuma itu yang ana lakukan bila ana tidak solat..
Pada awal tahun 5..ana menyertai pertandingan bercerita peringkat zon..bercerita bukan perkara baru bagi ana..ana sudah mula bercerita bahasa Inggeris dari Tahun 3..dan menyertai pertandingan bercerita kisah-kisah agama di peringkat sekolah rendah dan agama..tapi,apa yang berbeza pada tahun ini..ia adalah kali pertama ana mewakili sekolah rendah ana ke peringkat zon..dengan berbekalkan kisah Nabi Nuh a.s..ana mendapat johan dalam pertandingan tersebut..seterusnya..ana menyertai pula pertandingan bercerita peringkat Daerah dan berjaya meraih Johan buat kali yang ke-2..seterusnya..ana menyertai pula pertandingan bercerita peringkat negeri dan berkjaya meraih Johan buat kali ke-3..Cuma waktu ini..ana diberitahu oleh cikgu ana bahawa terdapat dua orang peserta yang mempunyai markah yang sama iaitu ana dan seorang lagi peserta dari daerah lain..tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada ana..dan ana mendapat Johan dalam pertandingan tersebut dan seterusnya ke peringkat kebangsaan untuk mewakili negeri Pahang..saudara-saudaraku..ana menceritakan ini bukan untuk membangga diri..tetapi sekadar perkongsian..kerana ana melihat kejayaan yang Allah beri pada ana tika itu kerana ana melaksanakan perintahnya yang satu ini..sekalipun tika itu ana masih kecil..
Mari Perbaiki Solat
Sidang pembaca yang dirahmati Allah,sebagai akhirnya..marilah kita sama-sama memperbaiki cara kita menunaikan solat..Ingatlah!selagimana solat kita itu tidak dapat mencegah kita dari melakukan sesuatu yang tidak baik..keji dan mungkar..maka ketahuilah..mungkin ada kekurangan dalam kita melaksanakannya..tetapi andai kita merasakan kelazatan dan kemanisan dalam solat..solat itu bisa memandu kita ke arah yang baik..maka ketahuilah..mungkin Tuhan meredhoi apa yang kita lakukan..sekalipun kita tidak mengetahui sama ada solat kita diterima ataupun tidak..tetapi,hakikat yang sebenar..kita sendiri bisa merasa sama ada solat yang kita lakukan itu benar-benar sampai kepada Allah..
Rasailah getaran dari hujung kepala hingga hujung kaki.. saat kamu menyebut kalimah’Allah..hati yang bisa merasai kehadiran Allah dalam solatnya.. sampaikan ia bisa merasa seolah-olah dirinya melihat Allah atau paling tidak.. dia tahu Allah melihatnya..maka capailah ia kehusyukan dalam ibadahnya..
Hayatilah rangkap lagu Mawaddah ini..
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang
Menunjukkan kita ada dosa..
Bermohon ampunlah kepada Tuhan..
-Ya Allah..bantulah kami untuk kami mencapai kekhusyukan dalam melaksanakan ibadah kami kepadaMu..aaminn....
Sunday, July 4, 2010
DOA YANG TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH
Doa adalah senjata umat Islam..Doa juga melambangkan sifat kita sebagai hamba yang sentiasa mengharap pada Allah..teringat sewaktu belajar di ‘Pondok Pasir Tumbuh,Kelantan’ di dalam mempelajari kitab Hikam..hari itu tajuk yang diajar oleh Ustaz ialah berkenaan doa..sekalipun kita berdoa..dan kemudian..doa kita itu dimakbulkan Allah..tapi,kita tidak boleh mengatakan bahawa apa-apa yang berlaku itu adalah disebabkan oleh doa kita..
Contohnya..bilamana ada seorang hamba Allah yang berdoa..”Ya Allah..aku mohon padaMu ya Allah..berilah kejayaan kepadaku agar aku bisa menang di dalam pertandingan ini ya Allah..”Maka dengan izin Allah..hamba Allah ini menang di dalam pertandingan tersebut..namun,adalah tidak benar bilamana kita beriktikad bahawa ‘kita menang kerana doa kita tadi..”sebaliknya kemenangan itu sebenarnya adalah takdir Allah..yang sudah ditetapkan sejak awal lagi..
Pasti ada yang tertanya-tanya..jadi apa perlunya DOA??
Ya!Sepertimana yang ana terangkan di atas..kita berdoa..kerana itulah yang sewajarnya dilakukan sebagai seorang hamba.. doa itu melambangkan kehambaan kita pada Allah..
hanya kepada DIA disandarkan segala harapan..sedang doa itu juga sebenarnya adalah salah satu bentuk usaha/ikhtiar..orang yang tidak berdoa adalah orang yang sombong kepada Allah..nauzubillahiminzalik..semoga kita bukan dari golongan ini..
Saudara-saudaraku..
Tahukah kalian,kebanyakan ahli sufi..bilamana mereka ditimpa musibah sekalipun mungkin perkara itu kita anggap remeh..namun,apa yang pertama dilakukan oleh mereka ialah dengan menunaikan solat sunat dan berdoa kepada Allah..kemudiannya barulah mereka berusaha dengan cara yang lain..
kadang-kadang.. tanpa kita sedar..kita membelakangkan Allah dalam melakukan sesuatu..maka bersama-samalah kita mengamalkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah..dahulukan Allah..dan bukan orang lain..
Di dalam Al-Quran banyak ayat-ayat yang memerintahkan agar kita berdoa..malahan Allah berfirman..”
Akan aku makbulkan doa hamba-hambaku yang berdoa padaku..
Tetapi..bilamana kita berdoa..janganlah pula kita meminta-minta cepat agar Allah memakbulkan doa kita..sebaliknya..kita harus tetap berdoa..dengan penuh kesabaran..dan jangan sesekali timbul prasangka bilmana Allah tidak atau belum memakbulkan doa kita.. kerana sesungguhnya hanya Dia Yang Maha Tahu...apa yang terbaik untuk kita..
Sesuai dengan hadis nabi..
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulallah SAW bersabda:Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi maksiat atau memutuskan silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan..”Lalu beliau ditanya orang..”Apakah maksud minta cepat-cepat”..Ajawab beliau..umpamanya seorang berkata dalam doanya “Aku telah mendoa ..aku telah mendoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan..lalu dia putu asa dan berhenti berdoa..
Selain itu..kita juga hendaklah menjaga makan dan minum kita agar sumbernya adalah dari yang halal..kerana tidak dimakbul Allah doa dari orang yang makan dan minumnya dari yang haram..
Sabda Rasulallah SAW .. “Seseorang yang makan minumnya daripada sumber yang haram..doanya tidak akan dikabulkan...”
Rasullallah bersabda lagi..Allah ialah zat yang Maha Suci dan hanya menerima sesuatu yang suci sahaja..Dia telah memerintahlan orang-orang Islam dengan perkara yang Dia telah perintahkan rasul-rasul-Nya.
Kemudian Rasulallah menyebut tentang seorang yang bermusafir dalam satu perjalanan yang jauh(doa seorang musafir ialah makbul).Dengan rambut yang kusut-masai,pakaian yang berdebu-debu (kerana kesusahan),lalu mengangkat tangannya ke arah langit dan berkata”Ya Allah,ya Allah,ya Allah..”tetapi makanannya haram,minumannya haram dan pakaiannya haram,sentiasa memakan makanan yang haram..maka,bagaimana mungkin doanya dikabulkan??(JaM’UL al-Fawaid)
Kita sentiasa terfikir-fikir sebab doa orang Islam tidak dimakbulkan Allah..mungkin kita bisa memahami sesuatu dari hadis ini betapa pentingnya untuk kita mencari yang halal..andai benar kita ingin doa kita dimakbulkan Allah maka kita juga hendaklah mengambil berat untuk menjauhkan diri dari mencari harta yang haram..apatah lagi bagi golongan bapa/suami yang mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak..andai rezeki yang haram yang diberi..maka jangan pelik bilamana lahirlah anak-anak yang menjadi penagih dadah..perompak..peragut..bohjan..bohsia atau sebagainya kerana darah yang mengalir dalam tubuh mereka adalah dari sumber yang haram..
Selain itu..kita juga hendaklah yakin dalam berdoa..dan berdoa dengan berusungguh-sungguh bukan sambil lewa..
Dari Anas r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:”Apabila kamu mendoa,hendaklah kamu sungguh-sungguh yakin dalam doa bahawa Allah Taala mendengar dan mengabulkan..Janganlah kamu mendoa dengan kalimat”Wahai Allah..jika engkau mau berilah aku!Kira sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa..”
Saudara-saudaraku..
Berdasarkan perkongsian di atas..insyallah..ana percaya kita sudah dapat merumuskan doa yang bagaimana yang tidak dimakbulkan Allah
1. Doa yang mengandungi perkara-perkara maksiat
2. Berdoa untuk sesuatu yang memutuskan silaturrahim
3. Doa yang diminta-minta cepat untuk dikabulkan
4. Doa dari orang yang makan,minum,pakaian dan hartanya dari yang haram
5. Doa orang yang tidak yakin dan seolah-olah memaksa dalam berdoa..
SIAPAKAH YANG TIDAK INGIN DOA MEREKA DIMAKBULKAN??
Bersama-samalah kita memperbaiki cara kita berdoa..dan jangan sesekali putus asa untuk terus berdoa..percayalah..andai Allah tidak memakbulkan doa kita sekarang..Allah pasti memakbulkan doa kita nanti..andai tidak di dunia..pastinya di syurga..dan andai Allah memakbulkan doa kita..maka ketahuilah.. bahwa hakikatnya itu semuanya sebenarnya telah ditakdirkan Allah..bukan asbab doa kita..kita cukup hanya hamba-Nya yang lemah lagi hina..hanya kepada DIAlah kita sandarkan hidup dan mati kita..

Subscribe to:
Posts (Atom)