Wednesday, December 15, 2010

MENGUNGKAP SAYANG




Usah malu melafaz kasih..
Usah segan mengungkap sayang..
Usah simpan bicara rindu..

Kerna sampai tikanya..tika kita sudah tidak sempat melafazkannya krn kelewatan kita yang hanya seminit cuma..ia pergi..tanpa tahu bahawa kita menyayanginya..


Ungkapkan kasih..lafazkan sayang..bicarakan rindu..agar dia tahu..kita menyayanginya..kita merinduinya..

...............................................................................................................................................

Aslamkm hai cikgu ape kabar?cgu chat ke?cgu ngah wat pe tu,cgu indu kita tak bab kita kat sini indu kat cgu..cgu dah mkn,mkn apa sdap tak cgu mkn,nnti ting 2 cgu dtg kat asrama k jo lgi..

Dah hbs bsuh baju ke?Bla nak kawin.Dah lma kta tak dgr suara cgu?cgu still kecil ke bsr.hehehe.saja jer gurau ngan cgu.hrp cgu tak terasa apa yg saya ckp.i lov u 4 eve n eve muah.

................................................................................................................................................

Sewaktu ana menerima mesej ini..ana tersenyum..tersenyum buat kali pertama..melihat nama yang tertera pada inbox handphone..Syarifah NurFatin..si kecil yang tak asing bagi ana..senyuman kedua terukir apabila membaca mesej dari si kecil ini..dengan p’gunaan bahasanya yang pastinya buat kita tersenyum sendirian..

Mesti kalian tertanye-tanya..sapelah agaknya si kecil ni..si kecil yang mesej dgn ana ini namanya syarifah nur fatin..salah seorang pelajar tempat ana praktikal dulu..di smk khir johari,bagan datuh..baru tingktn1..ana tak mengajar dia..tapi,oleh kerana dia tinggal di asrama dan ana pun duduk di rumah warden menyebabkan ana jadi rapat dengan pelajar2 asrama termasuk si kecil ini..menerima mesej darinya membuatkan ana terfikir untuk membicarakan tentang tajuk yang ana tuliskan di atas..” MENGUNGKAP SAYANG”

MENGUNGKAP SAYANG SESAMA MANUSIA

Bila kita cakap tentang mengungkap sayang,rindu,cinta atau yang seumpama dengannya..ia lebih sinonim dengan kaum Hawa..masakan tidak..bukankah Allah jadikan kaum Hawa itu punya 9nafsu..kaum yang begitu gemar bermain dengan hati dan persaan berbanding lelaki yang mungkin agar sukar untuk kita dengar mereka mengungkap kata-kata sayang tersebut..tapi,tak bermakna mereka tidak tahu mengungkap sayang..cuma cara mereka mengungkapnya yang berbeza..

Berbicara tentang mengungkap sayang ana berminat untuk berkongsi dengan kalian..kisah yang berlaku di zaman Rasulallah SAW..

Tersebut alkisah dimana pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu kepada Rasulallah SAW akan rasa sayangnya kepada sahabatnya yang lain..Rasulallah SAW pun bertanya semula apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya..sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian..Lantas Rasulallah pun berkata..”Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya”

Saudara-saudaraku,

Kisah di atas ana kira sudah cukup untuk kalian memahami akan perlunya untuk kita mengungkap sayang pada orang yang kita sayangi..Tapi ingat saudara-saudaraku..kata-kata sayang yang dimaksudkan ini bukanlah kata-kata sayang antara pria dan gadis yang hangat bercinta..tetapi kata-kata sayang yang halal untuk diungkapkan..antara sahbat dengan sahbat...iaitu lelaki dengan lelaki..atau perempuan dengan perempuan..kata-kata2 sayang kepada mak atau ayah mahupun ahli keluarga..atau kata-kata sayang dan cinta antara suami isteri..

Setiap orang punya caranya yang tersendiri dalam mengungkap sayang...ada yang mengungkapkannya menggunakan lidah..dengan kata-kata yang indah..ada yang menzahirkanya dengan tindak tanduk atau tingkah laku..dan ada juga yang mengungkapkan sayang melalui doa yang tidak putus..tanpa pengetahuan orang yang dia doakan..cukup hanya Allah yang tahu..demikianlah antara cara manusia mengungkap sayang..

.....................................................................................................................

1)Kasih sayang antara ibu bapa atau anak-anak

Berbicara soal mengungkap sayang..dalam kondisi kita sebagai anak..ana percaya.. masih ada anak-anak yang segan atau malu untuk mengungkap sayang pada mak dan ayah..Bagi ana sendiri sebagai anak..ana bisa menzahirkan rasa sayang ana pada mak ana..dengan menciumnya sebelum tidur..mengurutnya..membantunya membuat kerja-kerja rumah..tetapi,ana tak reti untuk menzahirkan rasa sayang ana pada ayah..nak urut ayah..ana takut ana menangis..kerana ana tak sanggup untuk melihat lutut ayah yang terbelah tempurung lututnya krn terlibat dalam kemalangan satu masa dulu..sayangnya ana pada ayah..lebih kepada mendoakan ayah agar Allah murahkan rezeki ayah..Allah sihatkan ayah..atau sesekali hati ini terasa seakan hendak menangis bila melihat ayah yang kelihatan penat apabila pulang dari kerja..atau hati yang terasa sayu melihat kedai ayah yang dibanjiri air..memikirkan ada atau tidak pelanggan yang datang dalam keadaan kedai yang begitu..hanya kata hati yang terlintas..”Kalau angah ada duit..angah nak buat kedai baru untuk ayah..”

Terinagt sewaktu membuat program motivasi di asrama..satu soalan yang ana tanya..siapa yang selalu cium mak n ayah dia?siapa yang salam dengan mak n ayah dia sebelum pegi sekolah?ada yang mengangkat tangan..ada juga yang tidak..

Satu luahan hati seorang pelajar yang masih ana simpan..seorang peljar yang ibu dan bapanya bercerai dan dalam tahun ini juga ayahnya telah kembali kerahmatullah..fahami gelodak jiwanya..

........................................................................................................

“saya syg kat ma dan abah tpi sy xpnh yakin yang diorang syg kat saya.saya benci dgn ma dan abah..lau diaorang syg sy diorang xkn bagi sya kat orang lain..dri kecik sya xpnah dpt kasih syg ma n abah sy..klau sy tgok member sy diorang happy je dgn family tpi sy..sy sllu biase keseorngan xtahu siapa yg leh sy luahkan prasaan ni..saya rindu kat abah dan mama tapi sy yakin diaorang xpnah pun rindu kat sya..klau ar ma sy xde sy lgi suke..biar semua orang tinggalkan sy..sy rase nak bunuh diri je..sy jdi camni pun mungkin ma sy suke..yg paling pting sy xnak jadi anak yang baik.. lau ar dri dulu ma n pa sya baik je xmungkin sy jd cam ni..lau abah msih hidup sy xkan jadi cam ni!!!

..............................................................................................................

Apakah perasaan kalian sewaktu membaca warkah ini..anak ini baru tingkatan2..seorang perempuan..di dalam kelas..dia seorang pelajar yang agak kasar..tapi,ana pernah menyelami hatinya..ana tahu betapa dia memang seorang anak yang begitu dahagakan kasih dan sayang..sebab itu..waktu ana mengajarnya..ana memberi perhatian lebih padanya..

Dalam sesebuah keluarga..adalah amat penting bagi seorang ibu atau bapa itu menzahirkan rasa sayangnya pada anak-anak agar anak-anak tahu bahawa ibu bapa mereka menyayangi mereka...anak-anak yang mendapat kasih sayang dari ibu dan ayahnya..insyaallah,mereka akan tahu mengungkap sayang itu semula kepada mak n ayah mereka..berbeza dengan mereka yang kekurangan kasih sayang cenderung untuk terlibat kepada sesuatu yang negatif..dan mereka juga tidak tahu mempamer rasa kasih mereka..krn bagi mereka mak dan ayah mereka tidak mengasihi mereka..inikan pula bagi mereka yang ibu bapanya telah bercerai..dan sudah bercerai..masing2 tidak endah pada perasaan anak2..disitulah kadang kala menjadi punca anak2 skrg banyak y rosak..

Itu bagi hubungan sesama keluarga..bagaimana pula sesama sahabat??di dalam al-quran dan hadith terlalu banyak ayat2 Allah yang menganjurkan kita untuk saling kasih mengasihi antara satu sama lain..ukhwah yang terjalin krn Allah..takkan pernah pudar dan luntur sekalipun berjauhan.bak kata orang..jauh dimata..dekat dihati..

Banyak cara untuk mengungkap rasa sayang sesama sahabat..ada yang sanggup berjalan jauh semata-mata untuk bertemu sahabat yang dikasihi..ada yang menunjukkan rasa kasih dengan memberi hadiah..ada yang menelefon untuk bertanya khabar atau paling kurang menghantar mesej2 tanda ingatan..

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya:”Seorang laki2 pergi mengunjungi saudaranya yang bermukim di negeri asing(jauh dari tempatnya bermukim)Maka Allah Ta’ala mengirim seorang malaikat untuk menemaninya dalam perjalnan.Setelah malaikat bertemu dengan orang itu maka bertanyalah malaikat”Hendak kemana anda?”Jawab orang itu,”Aku hendak mengunjungi saudaraku di negara anu.”Tanya malaikat,”Apakah anda berkunjung ini kerana anda berhutang budi kepadanya?”Jwab orang itu,”Tidak!!” Aku mencintanya hanya semata-mata kerana Allah Ta’ala.Kata malaikat,”Sesungguhnya aku(malaikat)diutus Allah Ta’ala menemani anda sebab anda mencintai saudaramu kerana Allah semata-mata..”

Dari Abu Hurairah r.a lagi katanya Rasulallah SAW bersabda:”Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak,”Mana orang-orang yang saling mencinta kerana keagungan-Ku?Hari ini Kunaungi mereka dimana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku"

Demikian kisah-kisah yang kita boleh jadikan teladan dalam membicarakan soal kasih sayang sesama insan..sama ada dengan melafazkan kata-kata..dengan perbuatan atau tingkah laku..atau dalam doa yang tidak putus..

........................................................................................

MENGUNGKAP SAYANG KEPADA KEKASIH ALLAH

Bagaimanakah cara untuk mengungkapkan rasa cinta pada Rasuallah??Bukankah baginda sudah wafat??

Ya!Baginda telah lama wafat..tapi,belum wafat dalam hati orang-orang yang beriman..perjuangan baginda dan para sahabat masih dirasai hingga ke hari ini..ya!nikmat Islam yang dirasai hampir kebanyakan penduduk dunia..krn ketabahan baginda dan para sahabat dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam inilah kita bisa merasai nikmatnya kini..nikmat menjadi seorang muslim..

Tanpa melihat wajah..mungkinkah sayang atau cinta itu ada??Mungkinkah ada rindu??

Ya!rindu itu ada bagi mereka yang punya iman dalam hatinya..sekalipun baginda telah wafat..tetapi banyak cara yang boleh kita lakukan dalam mengungkapkan rasa sayang dan cinta kepada baginda iaitu dengan memperbanyakkan selawat kepada baginda mahupun dengan mengikuti sunnahnya..

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:”Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku,melebihi cintanya kepada anaknya,kepada bapanya dan kepada manusia semuanya

.................................................................................................................................

Di dalam syarah An-Nawawi,I :219 ada menerangkan bahawa cinta atau kasih sayang(mahabbah) itu boleh dikategorikan kepada 3macam iaitu

1- Cinta kerana hormat dan mengagungkan seperti cinta anak kepada ibu bapanya

2- Cinta kerana kasih sayang seperti cinta ibu bapa kepada anak-anaknya

3- Cinta kerana kesedaran bahawa cinta itu sesuatu yang baik(istihsan)

Maka cinta kepada Nabi SAW meliputi ketiga-tiganya bahkan lebih mendalam darinya....

........................................................................................................

Demikianlah yang dapat ana kongsi dalam membicarakan soal’MENGUNGKAP SAYANG’..

Sebagai penutupnya,janganlah kita menjadi seseorang yang terlalu kedekut dalam mengungkap sayang..dan janganlah pula kita mentafsir ungkapan sayang itu hanya sekadar dengan kata-kata..kerna sayang itu juga bisa diungkap dengan tingkah laku..dan sayang itu tetap sayang sekalipun tidak diungkapkan..

Tuesday, November 16, 2010

AKHLAK ITU BUNGA DIRI


Ina : Salam umi

Umira : Wa’alaikumussalam..nape ni ina?

Ina : Ina sedih.

Umira : Sedih nape plak ni?

Ina : Ina ada kawan belajar kt mesir,tapi tak macam orang blaja agama

Umira : Manusia ni macam2 perangainya ina..doakan saja Allah bagi hidayah pada dia..

Ina : Dia kawan ina dari sek rendah..Ina kenal sangat dengan dia.Tak sangka umi.Dia bawak imej Islam.Kalau orang yang belajar agama dan faham agama lalai,yang macam ina ni dan orang yang kat luar sane lagi teruk.

Umira : Ina..orang yang belajar agamalah lagi berat ujian Allah beri untuk dia..sebab tu bila kita dengar ada ajaran sesat contohnya..Orang yang mengasaskan ajaran sesatkebanyakkannya tahu agama tapi..kenapa mereka selewengkan??sebab Allah menguji mereka dan syaitan sentiasa berusaha untuk menjatuhkan mereka..Cuma mereka yang benar2 menghayati dan memahami ilmu agama serta mempraktikkan dalam kehidupan mampu melaluinya..jadi,tak perlulah kita pelik dengan apa yang berlaku pada sahabat ina itu..

Ina : Oh..betul-betul..macam ustaz kat UPSI cakap..lagi tinggi ilmu lagi tinggi pangkat syaitan. Habis,macam mane nak nasihat?

Umira : Pertama,mulakan dengan mendoakan sahabat ina itu..umi tahu ina ikhlaskan nak tolongdia??ingat ina..doa seorang muslim kepada saudara muslimnya yang lain diluarpengetahuan orang itu..tiada hijab..sewaktu doa..sebut nama penuhnya..doa padaAllah..agar Allah beri hidayah pada sahabat ina itu dan lembut hati dia untuk menerimanasihat ina..kemudian,mulakan dengan bertanya khabar dia seperti biasa..jangan terus bercakap soal kesalahan dia..nanti dia lari..manusia ni ada egonya sendiri dan tak ramaiorang yang cukup kuat untuk menerima kritikan..cuba selam sedikt demi sedikit hati dia..cuba tanya apa masalah dia..faham apa yang dia sampaikan dan waktu tu kita boleh beri nasihat sedikit demi sedikit…pada pandangan umi..dia ada masalah..tapi,tak tahulah kalau umi yang silap..

Ina : Insyaallah umi..ina cuba..umi doakan ina ye..

Umira : Ye..umi doakan..

……………………………………………………………………………………………………

Sidang pembaca yang dikasihi,

hari ini bukanlah cara-cara menasihat yang ingin dibincangkan tetapi soal akhlak.. Akhlak ialah perilaku..yang mana ia adalah sifat semulajadi seseorang..Akhlak yang baik melambangkan kualiti iman dan taqwa seseorang..keruntuhan akhlak dalam diri seseorang muslim terutamnya menyebabkan kita menjadi fitnah kepada agama kita sendiri..tambahan andai orang itu orang yang faham atau belajar agama..tetapi hakikat sebenarnya..bukanlah hanya orang yang belajar agama sahaja perlu elok akhlaknya..tetapi,andai kita mengaku kita adalah seorang muslim..maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menonjolkan akhlak yang baik..dan andai sebelum ini akhlak kita kurang elok sekalipun kita harus mencuba dan berusaha untuk membaiki dan memperelokkan akhlak kita..fahami nafsu yang mendiam dalam diri dan fahami jua perihal syaitan yang sentiasa menghasut manusia kearah kejahatan..

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud

”Tiada suatu amalan seorang hamba yang paling berat timbangannya pada hari kiamat melebihi akhlak yang baik”(Hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Tegas baginda lagi

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”

(Hadith riwayat Abu Daud,At-Tirmidzi dan Imam Ahmad)

Ana berminat untuk berkongsi dengan kalian..al kisah Umar Abdul Aziz..

Umar Abdul Aziz merupakan cicit kepada Saidina Umar Al-Khattab..

Dikatakan pada suatu malam seperti biasanya Umar keluar untuk mengetahui keadaan rakyatnya dengan ditemani oleh seorang pengawal .Ini adalah atur cara harian Umar sejak dilantik menjadi khalifah.Ketika memasuki masjid, beliau melewati seorang yang sedang tidur sehingga Umar tersadung olehnya.Suasana pada waktu itu gelap.Lelaki itupun mengangkat kepalanya sambil berkata..”Gilakah engkau??””Tidak” jawab Umar…Kemudian melihat keadaan itu pengawal Umar cuba hendak memukul lelaki itu,namun Umar berkata ,”Jangan,ia hanya bertanya kepadaku apakah aku gila?Akupun jawab saja,tidak”..

Subhanaallah..lihatlah saudara-saudaraku betapa indahnya akhlak yang dipaparkan oleh Umar bin Abdul Aziz.Betapa tenangnya Umar walaupun seorang khalifah dan mampu untuk menghukum lelaki yang bercakap kasar terhadapnya namun masih mampu bersabar malah melarang pengawalnya daripada mengambil tindakan.Kalaulah keadaan sebegini berlaku kepada kita..entah bagaimana agaknya tindakan kita??mungkin lelaki itu kita maki-maki sepuas hati..atau terus dimasuk penjara kerana bercakap kasar ..Tapi,orang yang ada iman dalam hatinya..orang yang menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah pegangannya..maka Allah akan menjaga akhlak dan peribadinya..indah bukan??

MUHASABAH DIRI

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah..

Kadang-kadang, tanpa kita sedar.. kita melakukan dosa..mata yang memandang..telinga yang mendengar..lidah yang berkata..kaki yang melangkah..tangan yang memegang..sukar betul untuk menjaga nikmat –nikmat Allah ini..kerana itu..kita perlu sentiasa bermuhasabah diri akan dosa dan kesilapan kita..ambillah sedikit waktu..sebelum mata terlelap..untuk kita muhasabah diri kita semula..apakah dosa yang kita lakukan hari itu..dan berazamlah agar kita tidak mengulangi dosa itu lagi..setidak2nya andai malaikat maut mengambil nyawa kita tika itu..kita pergi dlm keadaan diri yang sempat menyesali dosa yang kita lakukan..bukankah kita biasa mendengar… mereka yang menangis kerana takutkan Allah..diharamkan dirinya masuk ke dalam neraka..

tapi,apa yang menyedihkan..air mata kita kadang kala lebih banyak menangisi hal dunia dari hal akhirat…apakah pernah kita meluang waktu menghitung dosa?banyak dari kita...lebih sibuk melihat dan mencari kesalahan orang lain dari memandang kesilapan diri..banyak dari kita hari ini begitu sibuk menghitung harta dan kekayaan dunia..dari menghitung dosa yang kita lakukan dalam sehari..dan lebih buruk dari itu.. bilamana kita tidak pernah ada rasa kesal terhadap dosa yang dilakukan..maka termasuklah kita dalam golongan yang rugi..

AKHLAK YANG BAIK BERMULA DARI HATI YANG BERSIH

Di dalam Hadith Sahih Muslim ada menyebut yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras kamu…Allah juga tidak melihat tubuh badan kamu..tetapi sesungguhnya Allah melihat pada hati kamu dan amalan kamu..”

Saudara-saudaraku,

Pernahkah kita terfikir kenapa di dalam hadis ini Allah menyebut tentang hati kemudian baru amalan..Hal ini kerana dari hati yang suci bersih maka akan terpancarlah akhlak yang baik..

KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Islam begitu mementingkan soal akhlak..malahan sewaktu awal penyebaran Islam..banyak antara mereka memeluk Islam kerana terpesona dengan akhlak yang ditonjolkan oleh baginda Rasulallah SAW..Di dalam al-quran dan hadis terlalu banyak akhlak-akhlak baik yang dipaparkan yang seharusnya dicontohi oleh kita semua antaranya ialah..sifat sabar..menahan marah..menepati janji..berprsangka baik..kasih mengasihi..tolong menolong..memberi salam..adab pergaulan sesama manusia ..dan banyak lagi perihal akhlak yang diterangkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith..ana ada membuat sedikit kajian tentang akhlak ini..insyaallah,ana akan huraikan tentangnya di lain waktu..untuk mukadimahnya..cukup sampai sini dulu..insyaallah,semoga dari perkongsian sedikit ini…kita semua mendapat sesuatu..

Sebelum ana menutup tirai..ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di dunia ini..jadikan sirah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai satu ibrah untuk kita melakukan pengorbanan..pengorbanan yang dilakukan bukan kerana manusia,nama,pangkat atau kuasa..melainkan demi mencari keredhoan Allah semata-mata..Insyaallah,ada ganjarannya di sana..

Sekian dari meja penulis,

Semoga kalian sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..

Wednesday, October 27, 2010

SELOKA 'UMPAMA SEMALU'


Tersipu dia malu
Saat disentuh ia menguncup
Pemalu sungguh semalu itu..
Umpama malu sigadis melayu dulu-dulu..
Dilamar orang..dia membatu..suara membisu..
Hanya diam tanda setuju..

Tapi sayang seribu kali sayang..
Keindahan itu kian hilang..
Pepatah semalu bagai tidak disebut..
Kerna rasa malu yang kian luntur..
Dalam jiwa manusia ia terkubur..

Bila malu sudah tiada..
Banyaklah orang tak segan berbuat dosa..
Maksiat melata dimana-mana..
Disunyi sepi..sendiri-sendiri..di depan mata..
Lupa benar mereka pada yang kuasa..

Malu itu jangan dibiar hilang..
Malulah pad mata yang memandang..
Malulah kepada Tuhan Sama' dan Basar..
Larangan Dia jangan diengkar..
Hidup ini bukan sekadar di dunia..
Akhirat sana dihitung segala..

Malu itu sebahagian dari iman..
Kapada wanita umpama hiasan..
Buat manusia..menjadi benteng pertahanan..
Melindung diri berbuat maksiat sesuka hati..
Kerna rasa malu cukup tebal di dalam diri..

Tiada malu kerna tiada iman..
Kurang malu kerna kurang iman..
Hancur umat..tiada malu..
Akhlak punah..bangsa tidak maju..

Wahai Bani Adam Ummat Muhammad..
Jadilah hamba punya rasa malu..
Malu dia umpama semalu..
Malu insan sesama insan..
Malu hamba kepada Tuhan..

'MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN DAN MALU JUGA ADALAH PERHIASAN BAGI SEORANG WANITA'


Tuesday, October 19, 2010

Terima Kasih Ya Allah..



Alhamdulillah..segala pujian hanya bagiMu ya Tuhanku..kerana dengan izinMu jua tamatlah sudah selama 4tahun aku menimba ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris..dan alhamdulillah..pada 16hb yang lalu juga aku telah selesai konvo dan kini bergelar graduan UPSI ..Sarjana Muda Pendidikan Sains Major Biologi..semua ini berlaku atas izinMu ya Allah..sesuatu yang telah Engkau taqdirkan untukku..terima kasih ya Allah..terima kasih ya Tuhanku..

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat mak dan ayah..terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan mak dan ayah..dan didikan yang telah diberikan pada anamu ini..juga dalam membesarkan anak2 10 orang..

Buat along sekeluarga..dan adik2..yang sentiasa menyokong dari belakang..terima kasih semua..

Seterusnya..buat teman2 seperjuangan..teman2 sekuliah..sekelas..selab..kalianlah sahabat umi dunia akhirat..terima kasih atas segala tunjuk ajar kalian..

Penghargaan teristimewa buat para pendidik yang mendidik diriku dari tadika sehingga di alam kampus..buat guru-guru dan para pensyarah yang menyampaikan ilmu..terima kasih cikgu..terima kasih dr..terima kasih puan..terima kasih prof..hanya Allah yang bisa membalas segalanya..

Tidak dilupakan kepada semua yang mengenali hamba Allah ini..terima kasih.. kerana bertemu dengan kalian mematangkan diriku..menjadi diriku..adalah diriku..umira mohamad..kerana aku tak bisa menjadi orang lain..kerana inilah diriku..dan aku bersyukur menjadi diriku sendiri..punya kelemahan dan juga punya kelebihan tertentu..tapi,itulah kurniaan Allah padaku..maka hanya kepada Dialah kusandarkan hidup dan matiku..

Tuesday, October 12, 2010

Makanan Rohani


Perut sudah mula terasa lapar..masakan tidak..makanan yang dimakan tengah hari tadi semestinye sudah tercerna..sudah pasti pemiliknya merasa lapar kembali setelah beberapa jam tidak menjamah makanan.."takpelah..aku melawat adik2 dulu..mane tahu..ada yang sudi menemaniku membeli makanan.."hati kecilku berbisik..

Langkah diayun menuju ke rumah adik2 yang cukup ke kenal..lafaz salam diberi..pintu dibuka..kelihatan adik2 sumenye sudah lengkap bertudung.."Eh..kak umi..mungkin adik2 pelik dengan kehadiranku.."Ye..akak datang nak melawat korang..akak sampai dari pahang semalam..nak kemana ni??".."kami nak g KAB kak umi..ada ceramah Ustaz Hasrizal..".."oh ye ke?"akak nak ikut boleh??"boleh..jomlah.."muat ke akak nak tumpang??takpe kak...muat..kebetulan sorang kawan kami tak jadi pegi.."ok..akak ikut ye.."

terus hilang rasa lapar..mungkin Allah mahu memberikanku makanan rohani hari ini..hatiku kecilku berbisik..

Sampai saje di Surau Al-Falah..kedengaran jelas suara ustaz Hasrizal..ceramah sudah bermula..takpelah..insyaallah..ada isinya nanti.."apa tajuk ceramahnya dik..akak tak perasan tajuk yang ditulis pada memo tadi."."Dimana Harus Kucari Cinta Haqiqi kak.."jawab adik itu ringkas..

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal cukup memberi kesan pada hati..kelihatan ramai pelajar2 yang hadir..surau Al-Falah penuh...topik tentang cinta..pasti ramai tertarik hati untuk mendengar..antara beberapa isi penting yang dapat kufahami ialah pentingnya untuk seseorang itu mengenal dirinya sendiri..ya!kita perlu kenal diri kita dahulu..apa yang kita miliki..kelebihan yang ada dalam diri kita..dan apa pula kekurangan dan kelemahan diri...orang yang tidak memiliki sesuatu..tidak boleh memberi sesuatu..andai kita tidak memiliki cinta dalam diri kita..cinta pada diri pertamanya yang secara hakikatnya adalah dari Allah..maka mana mungkin kita bisa memberi cinta pada orang lain..pada suami/isteri bagi mahu atau sudah nikah..atau pada anak-anak bagi yang sudah punya anak..

"Siapa yang kenal diri..dia akan kenal Allah.."kita bukan sahaja perlu tahu dan kenal diri kita tetapi juga mengenal nafsu yang mendiam dalam diri kita..kalau orang yang belajar ilmu tasawuf..pasti dia bisa kenal tingkat nafsu mana yang ada pada dirinya..

Banyak masyarakat hari ini yang paranoid terhadap sesuatu..perbezaan pandangan antara manusia bukanlah sesuatu yang pelik..ia bergantung kepada bagaimana cara ia melihat sesuatu..sama ada melalui fizikal..akal..nafsu..atau dengan menggunakan hati..analogi menggunakan'bahulu' oleh ustaz Hasrizal cukup mudah utk difahami..orang yang memandang bahulu dari segi fizikal contohnya..dia akan kata.."Ini bahulu.."orang yang melihat dengan menggunakan akal..dia akan menyelidik bahulu itu dengan melihat strukturnya atau merasanya dan..kemudian dia akan berfikir dan membuat penilaian sendiri..contohnya.."rasa bahulu ni macam ada yang tak kenalah..ada yang tak cukup ni.." Bagi orang yang melihat dengan menggunakan nafsu pula..habislah satu balang bahulu dihentamnya..manakala orang yang melihat dengan hati dan perasaan tidak mustahil akan terasa sayu sewaktu baru menjamah bahulu..masakan tidak..ia terkenang kepada pembuat bahulu(ibu)yang sanggup membuatnya bahulu sebagai bekalan utk anak yang disayang..perasaan itu seterusnya menimbul keinsafan untuk lebih menghargai ibu contohnya...kerana apa?kerana dorongan hati yang suci akan menjurus pada sesuatu yang baik...demikianlah juga dalam kita melihat hal-hal berkaitan kehidupan kita yang lain...

Berbalik kepada topik yang dibincangkan..sedar atau tidak sedar..kadang-kadang kita leka dan tidak mengambil berat dalam memberi makanan kepada rohani kita..kita lupa bukan sahaja jasad yang memerlukan makanan..tetapi juga roh..andai roh tidak diberi makanan yang sewajarnya atau mungkin dibaja..sudah semestinya roh menjadi tidak bermaya,layu atau mungkin mati krn pemiliknya tidak memikirkan perihal makanan untuk rohnya sendiri..maka jadilah ia hamba Allah yang semakin lalai dari mengingati Tuhannya..


Bercakap soal makanan rohani..ia bukanlah seperti makanan jasadi yang ditawarkan dengan 'Nasi Ayam 'yang menyelerakan atau mungkin air kelapa yang menyegarkan tekak..tetapi..makanan rohani yang utama dan begitu dekat dengan kita ialah dengan mengerjakan solat..kerana itu Allah memerintahkan kita supaya mengerjakan solat lima waktu sehari semalam..kerana Allah Maha Mengetahui betapa kita adalah makhluk yang lemah,selalu lalai dan perlu diperingatkan sentiasa..dengan mengerjakan solat inilah antara cara untuk kita memberi makan kepada roh kita yang kelaparan atau kehausan...semoga dengan mengerjakan solat lima waktu sehari semalam ini roh kita akan tetap hidup..


Tidak cukup dengan itu..kita juga hendaklah rajin-rajinkan diri untuk mendengar ceramah-ceramah agama..dekat dengan orang-orang yang soleh..membaca Al-Quran dan memahami maknanya..mengerjakan solat-solat sunat..membaca buku-buku dan kitab-kitab yang boleh menambahkan ilmu dan menimbulkan keinsafan pada diri..mahupun dengan memperbanyakkan zikir..demikianlah antara cara bagaimana kita bisa memberi makanan kepada rohani kita..

Alhamdulillah..kenyang hari ini..sekalipun tidak dapat mendengar ceramah sehingga habis memandangkan adik-adik ada mesyuarat..alhamdulillah..ada makanan utk rohku hari ini..

sesampai saje di rumah adik yang kutumpang..kelihatan adik2 sedang makan..mereka mengajakku makan sekali..

alhamdulillah..rezeki Allah ada dimana-mana..malam ini DIA memberiku makanan untuk roh dan jasadku..terima kasih ya Allah..

Sebagai akhirnya..ayuh saudara-saudaraku..Insyaallah..mulai hari ini...dalam kita bersarapan pagi..dalam kita menikmati makanan tengah hari atau malam..maka bertanyalah kembali pada diri..sama ada kita sudah memberi makanan kepada roh kita..jangan sesekali memandang remeh akan hal ini..kerana khuatir..semakin lama roh ini tidak diisi..semakin ia haus..maka semakin jauhlah ia dari pencipta-Nya..semakin pula ia tidak terasa tika ia berbuat dosa dan maksiat..carilah dan rebutlah peluang untuk memberi makanan kepada rohani..insyaallah..Allah tahu apa yang ada dalam hati kita..bersama-samalah kita membaiki diri...

wassalamu..

Sunday, October 3, 2010

Bile exam...


Masih terasa debar sewaktu adik penulis menduduki peperiksaan UPSR..ape tidaknya..adik2 yang exam..kakak yang sakit perut(risau) kat rumah..inikan pulak guru-guru..perasaannya pasti sama..teringat sewaktu menjadi guru ganti di SMKPJ..sebelum menamatkan perkhidmatan di sana selama lebih kurang 2bulan lebih,penulis sempat menjaga pelajar2 exam dan menanda kertas mereka..dapat je kertas dari guru yang menjaga kelas yang diajar..terus rasa excited nak tanda..tak sabar nak tahu..ya Allah dapat ke tidak anak murid aku jawab soalan..

ya!benar..seharusnya para pelajar menanamkan di dalam hati niat menuntut ilmu..niat nak belajar pertamanya adalah kerana Allah..bukan untuk peperiksaan..apapun,peperiksaan yang dijalankan inilah yang menjadi satu sistem untuk kita menilai tahap kefahaman pelajar..jadi,nak tak nak..pelajar tetap perlu buat yang terbaik bila exam..kalau pelajar2 dapat result cemerlang..cikgu mesti senyum lebar..yelah,kalau pelajar dapat result tak ok..guru jugak yang kena soal..apapun,itulah cabarannya kalau dah jadi guru..

Alhamdulillah,syukur kepada Allah..kerana penulis lulus dalam temuduga yang lalu..cuma sedang menanti keputusan dimana tempat posting..semoga Allah tempatkan yang terbaik..Tahniah juga buat semua rakan-rakan seperjuangan yang lulus..dan bagi yang kurang bernasib baik..diucapkan semoga berjaya untuk temuduga sekali lagi pada Oktober ini..

Semalam,penulis dan keluarga ke Sek.Men.Keb Agama Pahang..kerana ada majlis'Hari Restu' untuk pelajar2 yang bakal menduduki peperiksaan termasuklah adik penulis Rosfarizan yang berada di dalam Tingkatan 3..Untuk adik angah dan semua pelajar2 yang menduduki peperiksaan PMR..terutamanya anak-anak murid di SMKPJ..cikgu ucapkan semoga berjaya untuk kalian..tenangkan hati sewaktu menjawab..banyak berselawat..buat soalan yang kita pandai dulu..kalau ada soalan yang kita tak reti buat..doa banyak2..ingat Allah..dan mohon petunjuk agar Allah memberi ilham untuk kita..insyaallah..cikgu doakan kamu semua berjaya..aminnn..

k,sampai sini dulu untuk kali ini..semoga semua pembaca sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..


Tuesday, September 21, 2010

Bacaan Yaasin buat adikku..


Biasanya..kalau anak-anak ada peperiksaan penting..mak yang akan bacakan Yaasin di rumah..tapi,oleh kerana mak tak boleh baca..dan kebetulan aku ada..maka aku membacanya..buat adikku Musmualim..dan semua yang menduduki peperiksaan UPSR bermula hari ini..semoga berjaya di ucapkan..

Mak teringin sangat nak tengok ada anak-anaknya antara 10orang yang dapat 5A upsr..tapi,buat sementara ni.. belum ada lagi..memandangkan penulis sendiri..dan dua orang lagi adik yang diharap dapat 5A cuma mendapat 4AIB dalam UPSR yang lalu..apapun,insyaallah mak..kita sama-sama doa agar alim dapat 5A..aamminn..makbulkan impian ibuku ya Allah..


-Ikhlas-
Insan yang tak bersetuju UPSR dimansuhkan-

Sunday, September 19, 2010

Memahami Jiwa Remaja


Memahami Jiwa Remaja

Kisah 1

Perasaan Untuk ‘Bercouple’???

Pelajar :Assalamualaikum teacher..teacher sihat?Lame tak dengar cite?

Teacher Umira : Teacher sihat..alhamdulillah..biaselah..raye2 ni..sibuk sket..

Pelajar :O..biaselah tu..emmm..teacher..saya nak tanye ni..salah ke kite wat orang2 kecewa dengan kita..tak terima apa yang kita wat sedangkan semua tu untuk kebaikan bersama??Baru2 ni saya ada ajak budak perempuan ni couple..tak sampai sehari pun..saya ajak dia terime..keesokan hari saya teringat janji saya pada teacher ..saya putuskan hubungan couple..dan saya anggap dia bagai kawan je..tapi,dia susah terima..macam mane??

Teacher umira :Bagi cikgu..tindakan kamu tu betul..lagipun,korang masih belajar..banyak kesan buruk dari baiknya terlibat dengan cinta monyet ni..jadi orang yang berjaya dulu..kamu lelaki..harus lebih matang..terangkan betul2 pada kawan kamu tu..dia pasti faham..xperlu couple2..angggap kawan biase aje..

Pelajar : Saya dah terangkan pada die..die susah terima keadaan nie..macam saya ni zalim sgt..kwn saya kpd budak perempuan tu pun dah tak suke kat saya dan xnak kawan saya g..emm..saya ni zalim ke??

Teacher umira :Taklah..kamu ambik keputusan mcam tu kan untuk kebaikan kamu dan kawan kamu tu..xde istilah zalim..kamu nak belajar kan?tahun depan dah nak SPM..seharusnya kamu tumpu pada pelajaran..bljr betul2 sampai masuk U..di U nanti,kamu mkn akan jumpe perempuan yang lebih baik..cinta monyet tak bawak kemana zali(bukan nama sebanar)..perasaan yang smtra..perempuan memang mudah emosi..kamu harus bijak tangani perasan mrk..

Pelajar :Teacher betul..tapi budak tu..pertikaikan tentang maruah diri..itu je..sedangkan tak sampai dua hari kami couple..saya plak yang rasa bersalah..

Teacher Umira :Maruah diri ape yang dia nak pertahankan?dia rasa maruah diri dia murah krn cuma dua hari bercouple sudah putus?perempuan yang baik..yang tahu jaga maruah diri..takkan gembira untuk bercouple..takkan gembira saat dia dipuji atau menjadi pujaan lelaki..tapi dia yang tahu menjaga batas2 perhubungan antara lelaki dan perempuan..yang ada rasa malu..yang bukan senang untuk dimiliki..nasihat die dengan baik supaya die membentuk diri menjadi perempuan yang baik..

Pelajar :K..teacher saya ni ganggu je..saya nie bawak teacher masuk hal saye je..saya mintak maaf..terima kasih sbb beri saya semangat..saya harap teacher doakan saya supaya jadi yang terbaik di dunia dan akhirat dan dpt gembirakan keluarga..takbir3..allahuakhbar..

Teacher umira :Takde ape2..teacher tak kisah kamu nak kongsi dengan teacher..walaupun kawan kamu tu dan kawan dia marah pada kamu tetap berbuat baik pd mereka..hati prmpuan cept sejuk..insyaallah..mrk akan faham nnti..kita harus bersikap professional..klu kamu rasa tindkn kamu tu betul n y terbaik maka yakinlah dgn kptsn y kamu buat..ape yang penting..kamu lakukn tu krn mencari redho Allah..insyaallah..yakinlah kate2 teacher..Allah akn beri kejayaan kpd kamu..Lagi satu..mintak maaf juge pada kwn kamu tu ye..minta maaf sbb kamu terlanjur ajak die couple dan akhirnye kamu pule y putuskan..die pasti malu..jadi kamu terangkn elok2..semoga die faham..

Pelajar : Insyaallah..saya cuba..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Penglaman bergelar sebagai guru praktikal dan guru ganti banyak mengajarku tentang sesuatu..terutama dalam memahami jiwa remaja..sama ada luahan dari pelajar lelaki atau pelajar perempuan..kebiasaan nasihat yang kuberi kepada pelajar perempuan..lebih kepada soal menjaga maruah dan harga diri..dan kepada pelajar lelaki mengajar mereka akan erti tanggungjawab,kematangan dalam berfikir dan dari segi tingkah laku dan kata-kata..

Berbicara soal’couple’ ..aku percaya kebanyakan remaja zaman sekarang tidak lari dari isu ini..hingga sampai satu tahap..adalah menjadi sesuatu yang pelik jika seseorang itu tidak bercouple..daripada temuramah yang pernah kulakukan sendiri ada pelajar yang memberi jawapan..

“kawan2 saya suma ada couple cikgu..saya pun nak ada couple jugak..”

Astaghfirullahalazim..Pernah kita terfikir kenapa gejala seperti begini terjadi??sekolah yang sepatutnya menjadi tempat untuk pelajar2 menimba ilmu menjadi medan untuk mencri pasangan untuk bercouple??Malahan ada ibu bapa yang memberi’green light’ untuk anak-anak bercinta semasa masih di alam persekolahan?

Sidang pembaca yang dikasihi,

Adalah normal bilamana remaja-remaja yang sedang meningkat dewasa terutama yang dalam lingkungan umur 15tahun ke atas mula sudah pandai berjinak-jinak mencari pasangan..sudah mula menunjukkan kegatalan untu bermesej2 dan berbual di telefon dengan jantina lawannya..tetapi kita sebagai ibu atau bapa atau orang yang lebih dewasa harus bijak dalam memberinasihat secara berhikmah tetapi tetap tegas dalam memberi penerangan kepada mereka soal pergaulan antara lelaki dan perempuan..andai kita dapat membantu mereka untuk melepasi tahap’gatal’ mereka ini insyaallah..mereka dapat mengatasinya kemudian hari..apa yang penting ialah didiklah anak dengan dengan didikan agama..bagi anak perempuan terutamanya..ajar anak agar punya rasa malu dan tahu jaga maruah dan harga diri..pantau perilaku anak-anak..kemana mereka pergi?siapa kawan mereka?apa pakaian mereka??dengan siapa mereka bermesej?dengan siapa mereka bercakap di telefon?semua itu harus diambil tahu..jangan biarkan anak-anak hanyut dengan perasaan mereka sendiri..mereka masih muda..lebih menggunakan nafsu dalam perilaku..masih belum cukup matang dalam berfikir..kita sebagai yang lebih tua..perlu membantu mereka kembali kealam nyata..

Kisah 2

Kekurangan Kasih Sayang

Pelajar :Cikgu..saya rasa saya kekurangan kasih sayang…Ia mengganggu pelajaran saya cikgu..saya rasa tak semanagat nak belajar..

Cikgu Umira :Maksud kamu?

Pelajar :Mak dan ayah saya dah bercerai cikgu..

Cikgu Umira : Jadi kamu tinggal dengan siapa sekarang??

Pelajar :Nenek..

Cikgu Umira :Mak dan ayah kamu ada melawat kamu??

Pelajar :Dah lama mereka tak jenguk saya cikgu..

Cikgu : Macam nilah ayu(bukan nama sebenar)..pertama,cikgu nak kamu perbetulkan niat kamu..kamu mencari ilmu kerana Allah..kalau kamu niat betul pergi sekolah krn Allah..nak jadi orang berjaya kerana Allah..insyaallah..tiada sebab untuk kamu rasa tidak semangat untuk belajar kerana merasakan kekurangan kasih sayang dari ibu bapa kamu..krn apa yang kamu lakukan krn Allah..

Aku lihat mata pelajar itu sudah mulai merah..

Cikgu Umira:kamu tahu tak?kamu sepatutnya rasa bertuah..kerana antara banyak2 kawan kamu..kamu yang diuji..kamu diuji dengan ibu bapa kamu yang bercerai..kamu diuji dengan rasa kekurangan kasih sayang..Allah menguji kamu..kerana Allah tahu kamu mampu untuk lalui semua ni..

Pelajar itu menyeka air matanya..aku pula yang terasa sedih..

Cikgu Umira :kamu sabar ye..kamu kena kuat..kalau kamu rasa rindu pada mak dan ayah kamu..mengadulah kepada Allah apa yang kamu rasa..Hanya Dia yang Maha Mengetahui segalanya..apa yang penting..sebagai anak..sekalipun ibu dan ayah kamu dah bercerai..kamu perlu tetap sayang mereka..doakan mereka..jadi anak yang baik untuk mereka..itu cirri-ciri anak yang baik..anak yang solehah..Allah suka anak yang berbuat baik pada ibu bapanya..

Tangis pelajar tadi sudah mulai reda..

Cikgu Umira :Ingat pesan cikgu..apa yang paling penting..sebagai hamba..usah terlalu mengharap kasih pada makhluk..tapi haraplah kasih pada Allah..dan andai kita memberi kasih kpd makhluk.. harus juga kerana Allah..seperti kasih anak kepada ibu bapanya..kasih itu juga harus krn Allah..jika kita kasih krn Allah..sekalipun kita tidak mendapat balasan kasih trsbut..tetapi hati kita tetap rasa kasih..krn kita mengasihi ibu bapa kita krn Allah..insyaallah…takde ape2 ok..tak nak sedih2 lagi..

……………………………………………………………………………………………………...........

Kekurangan kasih sayangselalu menjadi penyebab permasalahan dikalangan pelajar..Kisah pelajar di atas mungkin antra masalah kecil yang sering dihadapi pelajar..apa yang lebih bahaya ialah bilamana remaja atau pelajar2 yang kekurangan kasih sayang bertindak di luar jangkaan..tidak hairanlah kebanyakan pelajar atau remaja yang mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah sering terlibat dengan masalah-masalah social sama ada di sekolah atau diluar..kerana kekurangan kasih sayang dari ibu bapa..pelajar-pelajar melanggar disiplin sekolah untuk mendapat perhatian dan lebih dahsyat lagi bilamana remaja sudah mula pandai mencari kasih sayang orang lain untuk menghilang rasa kekurangan kasih sayang..tidak hairanlah gejala social di Negara kita semakin meningkat dari setahun demi setahun..

Siapa yang harus dipersalahkan??

Tak perlulah kita menuding sesiapa..tetapi bilamana kita berdepan dengan masalah gejala social seeperti ini semua pihak harus mengambil tahu..sama ada ibu bapa..guru..pemimpin..media..masyarakat..semuanya harus menjaga tepi kain orang lain..semuanya harus memain peranan dan menjalankan tanggungjawab masing-masing…anggaplah anak-anak orang lain seperti anak-anak kita..cuba letakkan apa yang berlaku pada orang lain berlaku pada kita..disitu akan timbul rasa tanggungjawab untuk saling menjaga antara satu sama lain..

Kisah 3

Masalah Dalam Pelajaran

Pelajar : Cikgu..saya benci Matematik..saya tak tahu apa faedahnya belajar Matematik ni..

Cikgu Umira :Hmm..kenapa plak sampai jadi mcam ni..matematik ni best tau!sekali kita dapat jawab..betul..kita rasa nak buat lagi..

Pelajar :Entahlah cikgu..dulu..saya suka matematik..tapi..sejak saya kena tampar dengan cikgu Matematik saya waktu darjah 6..saya terus jadi benci dengan Matematik..entah ape-ape matematik ni..

Cikgu Umira :Iskh..kamu tak boleh cakap macam tu..nak tak nak kamu akan belajar juga Matematik ni..jadi,kamu kene ada rasa minat dengan subjek Matematik ni..

Pelajar :hmmm…

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Benar..seorang guru itu bisa memberi kesan yang cukup mendalam kepada seseorang pelajar..lihatlah apa yang berlaku kepada pelajar di atas..peristiwa ditampar oleh guru Matematik sewaktu bersekolah rendah..memberi kesan kepada pelajar tersebut sehingga pelajar itu terus menjadi benci dengan subjek Matematik..yang akhirnya memberi kesan terhadap pencapaian Matematiknya..mungkin ada yang mengatakan..lantaklah..dia tak suka matematik..dia yang rugi..

Tidak!!adalah menjadi kesalahan guru tersebut bilamana pelajar tidak berminat untuk belajar kerananya…kadang2 kita selalu melihat kesilapan pelajar...tapi kurang melihat kesilapan kita..seorang guru yang bertanggungjawab hendaklah sentiasa berusaha untuk membuat pelajar2nya faham …akan sentiasa memikirkan bagaimana agaknya menarik minat pelajar untuk menyukai subjek yang diajar..Cara seseorang guru mengajar sememangnya cukup mempengaruhi diri pelajar..tanpa pelajar..takkan ada guru..bagaimana nakal pun keadaan anak murid kita..kita harus tetap sabar mendidik mereka..

Teringat pengalaman penulis waktu mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 1..mengajar kelas akhir sekali cukup mencabar..dengan keadaan sesetengah pelajar yang tidak membawa buku dan alat tulis ke sekolah..bagaimana agaknya cara kita nak mengajar mereka??sampai satu tahap..kita perlu pergi meja-ke meja..memujuk mereka untuk menyalin nota dihadapan..tapi,bila difikir2kan semula..bagaimana tidak pelajar2 ini berminat untuk menyalin.. sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka tulis..kerana masih ada pelajar yang tidak tahu membaca dan mengeja dengan betul..hanya setelah aku mengadakan aktiviti berbentuk permainan seperti ‘Pertandingan Menulis’ dan ‘Pertandingan Kuiz’ di situ dapat dilihat kecenderungan dan minat mereka untuk belajar..kadang2..kita tak faham apa masalah mereka yang sebenar…pengalaman..begitu mengajar diriku..terima kasih ya Allah..

Kisah 4

Krisis identity

Pelajar : Cikgu,saya nak jadi lelaki..

Cikgu Umira :Nak jadi lelaki??tapi kenapa?

Pelajar :Saya ada abang..tapi,abang saya teruk cikgu..jadi saya nak jadi lelaki..biar saya yang ganti abang saya..

Cikgu Umira : Siti(bukan nama sebenar)..tak elok cakap macam tu..Allah dah jadikan kita perempuan kan?kita kene bersyukur..tak perlu sampai nak jadi lelaki..walau kamu perempuan..kamu tetap boleh bantu keluarga kamu..jadi anak perempuan yang baik..ye??

Tidak semena-mena pelajar itu menangis..

Cikgu Umira :Hmm..dah menangis dah kamu..tengok!nangis ni sifat orang perempuan tau!Allah dah memang jadikan kamu seorang perempuan..ciri-ciri tu ada dalam diri kamu..jadi..tak nak ubah2 ye..cikgu tak nak dah dengar kamu cakap nak jadi lelaki ye?tak nak merokok ye?boleh?

Pelajar tersebut mengangguk-anggukkan kepala..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Tiada siapa yang faham hati mereka..apa yang mereka rasa sebenarnya..Masalah remaja yang punya krisis identity bukan perkara baru..betapa ramai remaja lelaki sekarang yang mengubah perwatakan menjadi perempuan..tidak kurang juga remaja perempuan yang berperwatakan seperti lelaki..tapi,ada antara kita yang cuba memahami??kadang2 kita hanya memandang..tapi tidak pernah berusaha untuk bertanya..untuk menyelami hati mereka yang sebenar??memberitahu mereka apa yang mereka lakukan itu salah..menyedarkan mereka kembali..memberi semangat untuk mereka melawat kemelut perasaan yang dihadapi..

“Tepuk Dada..Tanya Diri Sendiri..”

Kisah 5

Pengaruh Rakan Sebaya

Cikgu Umira :Kamu merokok?

Pelajar :Tak cikgu..kawan saya ada ajak saya merokok..tapi,saya tak pernah cuba lagi

Cikgu Umira :Kawan kamu tu perempuan jugak?

Pelajar :Haah!perempuan..

Cikgu Umira :Sekolah kat sini ??

Pelajar :Tak cikgu..dia tak sekolah..

Cikgu Umira :Aminah..cikgu tengok kamu ni pandai orangnya..orang yang pandai mesti pandai membezakan antara yang baik dan yang buruk kan??kalau kawan kamu suruh..atau sape2 suruh atau ajak buat benda2 yang tak elok..jangan ikut ye..merokok tak elok kan?membahayakan kesihatan..jadi jangan terpengaruh ye..

Pelajar :Baik cikgu..

……………………………………………………………………………………………………………………………………..

Cikgu Umira : Kamu merokok??

Pelajar : Dulu pernah..tapi sekarang tak dah..

Cikgu Umira :Kenapa kamu merokok??

Pelajar :Dah..sedara saya merokok cikgu..sume merokok..saya pun merokoklah..

Cikgu Umira :Ayah kamu tahu kamu merokok?

Pelajar :Tak tahu..kalau tahu..habis saya cikgu..

Cikgu Umira :Hmm..kamu ni..lepas ni tak nak merokok dah ye..

Pelajar :Saya memang dah berhenti cikgu..

Cikgu Umira :Ok..bagus..jangan merokok dah..dan jangan terpengaruh bila tengok orang merokok..

……………………………………………………………………………………………………………………………………

Pelajar merokok satu lagi masalah disiplin yang sering dilakukan pelajar..bila lalu ditandas contohnya..pasti ada bau rokok..teringat sewaktu aku bertanya tentang rokok dari kelas ke kelas..hampir semua pelajar lelaki pernah merokok dan ada yang sudah merokok sejak dari sekolah rendah..”susah nak berhenti cikgu..”kata mereka..kalau dari sekolah rendah mereka merokok..memanglah susah nak berhenti..apakah selama ini tidak ada yang membantu mereka untuk berhenti merokok??apakah ibu bapa tidak tahu anak mereka merokok?betapa banyak poster2 tentang bahaya rokok yang ditampal di papan kenyataan sekolah..tak kurang poster yang menerangkan tentang bahaya rokok dan kaedah untuk berhenti merokok..apakah mereka tidak membacanya???di kotak rokok sendiri..ada terpampang gambar2 yang memaparkan kesan merokok..tapi kenapa masih ramai yang merokok???teringat kata-kata seorang pelajar..”Kalau dah bahaya..kenapa jual cikgu??”ya!!disitu pointnya..bahaya rokok hanya pada kertas..hanya pada gambar..tetapi tidak pada tindakan..kita risau peningkatan jumlah perokok di Negara kita..kita risau dengan peningktan jumlah perokok dikalangan wanita..tapi,dalam masa yang sama kita tidak menghalang penjualan rokok..jadi,apa gunanya gambar2 yang memaprkan bahaya rokok ditampal pada kotak2 rokok??apa gunanya kempen yang dijalankan sedangkan dalam masa yang samarokok masih dijual dimana2???ibarat kata..semuanya hanya retorik semata-mata..

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Kisah2 yang dipaparkan adalah kisah benar yang berlaku dari pengalaman penulis dalam memahami gelodak hati remaja..andai ada dikalangan pembaca seorang ibu atau bapa atau mereka yang lebih dewasa…mungkin seorang kakak atau abang..pekalah dengan perasaan dan keinginan anak-anak atau adik2 kita..dekatkan diri dengan mereka..fahami hati mereka..kadang2..mereka tak tahu apa yang mereka lakukan itu salah..mereka perlukan kita sebagai tempat bertanya..untuk membantu mereka membeza yang baik dan yang buruk..pahala atau dosa..tapi,apa yang lebih penting ialah menerapkan nilai-nilai agama itu dalam diri remaja..melahirkan rasa cinta pada Islam dalam diri mereka..insyaallah..mereka akan jadi remaja yang baik..yang berguna kepada agama,bangsa dan Negara..

Ditujukan khas buat remaja-remaja di luar sana..berfikir sebelum bertindak..sewaktu di alam persekolahan inilah kamu perlu membentuk diri kamu..supaya nanti..apabila kamu di luar alam persekolahan..kamu dapat menempuh reality kehidupan yang sebenar..dapat membezakan antara yang baik dan buruk..dosa dan pahala..tanpa terjerumus dengan sesuatu yang bersalahan..dari segi agama terutamnya..dan tidak cepat melatah atau terpengaruh dengan kejutan budaya..jagalah maruah diri..keluarga..agama..bangsa dan Negara..insyaallah..berjaya hidup kamu dunia akhirat..

Sekian untuk kali ini..

- andai mahu diri difahami..harus dulu belajar memahami -

Sunday, September 5, 2010