Tuesday, March 31, 2009

MENDOA HARUS YAKIN!!




Dari Abu Darda’ katanya Rasulallah SAW bersabda: “ Tiada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya ( sesama muslim) yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula.” Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula”.

(Hadith sahih muslim)


Pengertian Doa

Dari segi istilah doa bererti seruan, permohonan atau permintaan yang ditujukan semata-mata kepada ALLAH Taala bagi memohon segala hajat atau keperluan.Ia adalah salah satu cara yang penting untuk mendekatkan diri kepada Allah disamping dengan berzikir.

Doa merupakan senjata bagi orang Islam. Dengan berdoa maka akan timbullah rasa taqarrub dalam diri hamba terhadap pencipta-Nya..

kita ini hamba Allah yang lemah sahabat-sahabatku..namun, kita punya banyak kemahuan dan keperluan yang tidak dapat kita capai sendiri tanpa kurniaan dan pertolongan Allah Taala.Sedang kita pula tidak bisa tahu perkara-perkara ghaib dan apa yang akan datang dan berlaku padanya pada masa akan datang. Oleh itu, satu-satunya jalan untuk melindungi diri,keluarga dan harta-benda untuk mendapat keslematan dan kejayaan mahupun memenuhi keinginan dan keperluan ialah dengan berdoa kepada Allah..hanya padaNya..Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa..

Subhanallah..Walhamdulillah..Walaailahaillallah..Allahuakhbar..

Sahabat-sahabatku,

Allah Taala itu Maha Kaya.. Dia Maha Perkasa...Dia Maha Berkuasa, Maha Bijaksana dan Maha Pemurah.. Hanya Dia yang mempunyai perbendaharaan rahmat dan nikmat yang tidak terhingga. Dengan sifat pemurahNya,maka DIA mencucurkan rahmatnya kepada sesiapa yang memohon kepadaNya dengan rasa rendah diri dan mengakui keagungan dan kekuasaan Allah Taala serta mengikut cara-cara yang ditentukan oleh Al-Quran dan Hadith Rasulallah SAW. Bila mana kalian rasa sedih maka mengadulah pada DIA..bilamana kalian merasa lemah dan tidak berdaya maka berdoalah padanya sahabat-sahabtku..yakinlah akan kata-kataku..dia pasti akan memakbulkan doa kalian..

Firman Allah di dalam Surah Al-Mukmin: 60

Dan berkata Tuhan kamu: berdoalah kepadaKu,nescaya aku perkenankan untukmu..


Di dalam firman Allah di atas jelas menunjukkan kepada kita, Allah Taala sendiri dengan sifatnya yang Maha Pemurah dan Penyayang menyeru hambaNya untuk berdoa padaNya..kerana kita yang memerlukan DIA dalam meneruskan kehidupan sebagai khalifah dibumi ini.

Hadith Riwayat Tarmizi:

Tiada sesuatu yang lebih mulia menurut pandangan Allah Taala selain doa..

Sahabat-sahabatku,

Dalam kita berdoa maka adalah tersangat penting untuk kita menjaga adab-adab dalam berdoa dan mengetahui syarat-syarat berdoa..Insyaalah, akan ana kongsikan disini..

Adab-adab dalam berdoa:

1. Suci daripada sebarang hadas dan menutup aurat.
2. Mengadap kiblat
3. Menghadap kumpulan jika dalam kumpulan (bulatan)
4. Mengangkat kedua belah tangan dan menundukkan kepala.

Hadith Sahih Muslim:

Dari Anas b.Malik r.a katanya aku melihat Rasulallah SAW mengangkat tangannya (tinggi-tinggi) ketika mendoa meminta hujan) sehingga kelihatan putih ketiaknya.

Hadith Sahih Muslim

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulallah SAW bersabda: Hendaklah orang-orang itu berhenti melihat kelangit ketika mendoa dalam solat atau mereka akan dibutakan.

5. Dimulakan dengan bismillah
6. Merendahkan suara
7. Ikhlas,khusyuk dan tawadhu’
8. Memahami kandungan doa
9. Penuh harapan kepada Allah sehingga dapat menitis air mata
10. Tidak jemu-jemu untuk berdoa

Syarat-syarat berdoa

1.Beriman kepada Allah dan Rasul
2.Melakukan kewajipan terhadap Allah
3.Menyesal serta bertaubat atas segala dosa yang lampau dan berazam tidak akan melakukan sebarang dosa lagi.
4. Menjauhi perkara2 yang haram semasa berdoa.
5. Memulakan doa dengan tahmid dan selawat dan mengakhirinya dgn selawat dan tahmid.
6.Menyebut setiap kalimah dengan betul
7.Melakukan amal kebajikan sebelum berdoa.
8.Berdoa bukan dengan tujuan maksiat atau perkara yang mustahil.
9. Yakin bahawa Allah menerima setiap doa.

Berdoa juga punya waktu-waktu yang tertentu agar doa kita mustaajab dan dimakbulkan Allah. Diantara masa-masa yang mustajab untuk berdoa ialah:.

1. Selepas azan.
2. diantara iqamat dan solat.
3. Ketika sujud di dalam solat dan setelah membaca tasyhud dan sebelum memberi salam.
4. selapas solat
5. diantara dua khutbah jumaat.
6. satu pertiga malam yang akhir.
7. waktu sahur
8. waktu hujan turun
9. ditengah medan perang
10. semasa melihat kaabah
11. ketika tawaf dan sa’ie
12. ketika berpuasa
13. ketika ditimpa kesusahan atau penderitaan.
14. selepas membaca Al-Quran
15. waktu hamper berbuka puasa.
16. semasa minum air zam-zam
17. ketika berkumpul di majlis ilmu atau zikir.

Doa Yang Mudah Dimakbulkan Oleh Allah Taala

1.Orang yang dizalimi.
2. Orang tua dan kanak-kanak
3.Kedua ibu bapa untuk anknya.
4.Orang yangs oleh dan bertaqwa.
5.Orang yang musafir yang diharuskan.
6.Orang yang berpauasa.
7. Orang yang sakit.
8. Para malaikat dan Rasul
9. Raja atau pemerintah yang adil.

Doa Yang Tidak Dimakbulkan Oleh Allah

1. Banyak melakukan dosa.
2. Berada dalam lingkungan maksiat.
3. Berdoa ditempat maksiat.
4. Tidak melakukan kewajipan terhadap Allah.
5. Tidak mengamalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah Rasulallah.
6. Suka mengikut kehendak hawa nafsu dan pengaruh syaitan
7. Tidak menjauhi larangan Allah
8. Suka mengumpat dan maki hamun.
9. Tidak bersyukur kepada pemerintah yang adil.
10. Derhaka terhadap ibu bapa.
11. Ingkar kepada permerintah yanga dil.
12. Mempunyai sifat tercela seperti takbur dan riya’

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,

Sabarlah sewaktu berdoa dan berdoalah dengan penuh yakin pada-Nya..Insyaallah sahabat-sahabatku..andai kita benar-benar tulus dalam mendoa..Dia pasti memakbulkannya..Amalkan diri kita untuk sentiasa berdoa dalam apa jua yang kita lakukan sama ada hal-hal kecil mahupun hal-hal besar..hal-hal dunia mahupun akhirat..Sesungguhnya tiada tempat untuk kita menggantung harap melainkan hanya pada Dia..yang Maha Mengetahui segala yang dilangit dan dibumi..segala yang sudah,sedang atau akan berlaku..yang Maha tahu segala yang nyata mahupun ghaib..yang maha mengetahui segla yang terang mahupun sembunyi..

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi dosa atau memutuskan silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan.” Lalu beliau ditanya orang,” apakah maksudnya minta cepat-cepat?”jawab baginda umpamanya seorang berkata dalam doanya” Aku telah mendoa, tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan..Lalu dia putusa asa dan berhenti berdoa..

Waallahualam..

Thursday, March 26, 2009

AKU JADI MALU SENDIRI YA ALLAH..

Tak tahu apa yang harus aku tulis..tak tahu apa yang kurasa..kadang-kadang terlalu banyak yang ingin kutulis..namun..ianya bagai tersekat untuk kuluah..kadangkala aku merasakan seolah aku berkata-kata denganMu ya ALLAH...hingga kadang-kadang kala jua aku rasa seolah-olah aku sudah tidak sabar untuk menanti ajalku…kerana aku ingin menemuiMu..

Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut:57
Tiap-tiap diri mesti merasai mati kemudian kepada Kami kamu dikembalikan

Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut : 5
Siapa yang mengharap menemui Allah di akhirat sesungguhnya janji Allah itu pasti datang dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui..

Tapi,apakah amalan diri ini sudah cukup..untuk kumenemuiMu?

Bila mana aku mengingatiMu..aku rasa aku mahu terus mengingatiMu..aku tak mahu melihat dunia lagi..aku mahu hatiku terus berzikir mengingatiMu..kadang-kadang pernah terdetik dalam hati..alngkah baiknya andai aku bisa menemuiMu kini..tika hatiku berzikir mengingatiMu..billamana kumerasakan betapa Engkau begitu dekat denganku ya Allah..

Firman Allah di dalam Surah Qaf: 16

Dan sesungguhnya Kami menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dicbisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dengannya dari urat lehernya sendiri..

Firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah: 186

Dan bilamana hambaku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..Aku memeprkenankan perminmtaan orang yang meminta..apabila dia meminta kepadaKu.Sebab itu perkenankanlah seruanku dan berimanlah kepadaku supaya mereka berjalan lurus.

ya Allah..aku ini hambaMu yang lemah dan hina..kadang kadang aku rasa takut sendiri..takut bila kadang kadang lidahku terlalu petah berkata..

aku takut bila kdang-kadang aku terlalu gembira mengusik rakan2ku ..

kadang kala aku takut dengan sikap ramahku..keanak-anakkanku dan riangku..

aku takut dengan langkahku yang kian laju mengejar keduniaan..

aku jadii malu sendiri..tika memikirkan apa yang kulakukan..tidak mempamerkan diriku benar-benar hambaMu..

Aku jadi malu sendiri ya Allah..bila mana aku memikirkan kadangkala aku lewat ke kuliah..sedangkan,jika aku benar hambaMu..aku perlu jadi Muslim yang menepati waktu..

Aku jadi malu sendiri ya Allah..bila kadangkala aku sibuk bercerita itu dan ini sedangkan jika aku benar hambaMu aku sewajarnya menjaga lidahku dari berkata-kata yang sia-sia..

Aku jadi malu sendiri ya Allah..bilamana aku berjanji kadangkala ku tak tepati sedang aku tahu antara cirri-ciri orang yang munafik itu ialah mereka tidak menepati janji..

Aku jadi malu sendri ya Allah bilamana aku teringat niatku untuk menuntut ilmu adlh keranaMu namun dlm sehari tidak pernah pula aku benar-benar mengulangkaji pelajaranku..

aku jadi malu sendiri ya Allah..bilamana kadang kala tido lewatku menyebabkan aku tidak bisa tahajjud menyembahMu..

Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’:79
Dan pada malam hari hendaklah engkau bertahajud sebgai tambahan untuk engkau.Muda-mudahan Tuhan mengengkat engkau ke tempat yang terpuji.

aku jadi malu sendiri ya Allah..bila mana aku tak sempat membaca Matuhrat sebagai amalan tambhanku...

Aku jadi malu sendiri ya Allah bila kdangkala dalam sehari aku tidak membaca Al-Furqan..

Aku jadi malu sendiri ya Allah..bila memikirkan aku pernah berjanji pada diriku..aku akan mengahafal 3ojuzuk Al-Quran..namun kini aku tidak berkesempatan untuk mengahafal..

Aku jadi malu sendiri ya Allah,bila kadangkala aku hilang kekhusyukan dalam ibadahku..

Aku jadi malu sendiri ya Allah bila memikirkan aku exco kelab surau kolejku namun aku sendiri tidak ke surau.. hanya kadangkala berpeluang berjemaah bersama roomateku..

Aku jadi malu sendiri ya Allah..bila mengenang prinsipku..”hidupku..matiku..hanya untuk ALLAH dan ISLAM”..tapi,apakah aku benar-benar berpegang dengannya atau ia cukup sekadar kata-kata..

Aku jadi malu sendiri ya ALLAH..bilamana aku melihat dosa..aku tak punya kekuatan untuk mencegah..aku hanya mampu berdoa..

Aku jadi malu sendiri ya Allah bilamana aku teringat akan doaku agar Engkau mengurniakan keberanian untukku menjalankan ‘amar ma’ruf nahi mungkar tapi hakikatnya aku masih lemah untuk melaksanaknnnya..sekdar mmebenci dari hati..

Firman Allah di dalam Surah Ali-Imran: 110
Adalah kamu sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi manusia supaya kamu menyuruh dengan yang ma’aruf dan mencegah dari kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah.

Aku jadi malu sendiri ya Allah bila aku teringat aku pernah mengikuti satu program untuk menjadi pendakwah..berdakwah kepada nonmuslim namun aku sendiri belum benar-benar berdakwah..

Firman Allah di dalam Surah An-Nahl:125
Ajaklah mereka kepada jalan Tuhan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik dan bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara yang sebaik-baiknya.

Aku jadi malu sendiri ya Allah bila mengenang hatiku yang mudah tersentuh tika aku berbicara bab agama mahupun menyampaikan ilmu atau nasihat..aku khuatir aku sendiri belum benar-benar mengamalkan ilmu yang kusampaikan..

Firman Allah di dalam Surah As-Shoff:2-3
Hai orang-orang yang beriman!Mengapa kamu mengucapkan apa yang tiada kamu perbuat??sangat dibenci Allah bahawa kamu ucapkan apa yang tidak kamu perbuat.


Aku jadi malu sendiri ya Allah..bila terkenang kasih Rasulallah SAW terhadap ummatnya sedang aku juga ummatnya masih belum bisa mengamalkan selawat 100X sehari untuknya..

Aku jadii malu sendiri ya Allah..aku ingin masuk kesyurgaMu..namun amalanku tak seberapa..kadangkala aku leka dgn dunia..

Aku jadi malu sendiri ya Allah..bila ada yang memujiku kerana kutahu aku tak layak menerima pujian kerana segala pujian hanya untukMu..

Aku jadi malu sendiri ya Allah,bila kuteringat impianku..aku mahu menjadi yang terbaik dlm apa yang kulakukan....

jika aku menjadi hamba..aku mahu jadi hambaMu yang taat..

andai aku menjadi ummat..maka aku perlu menjadi ummat yang terbaik..

andai aku menjadi anak..aku perlu jadi seorang anak yang solehah..yang taat pada ibu dan ayahnya..

Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut : 8
Dan Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.Tetapi kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku dengan apa yang tiada engkau ketahui dan janganlah keduanya engkau turut!Kepada Aku kamu akan kembali dan akan kuceritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan..

bilamana aku menjadi seorang sahbat..aku mahu jadi sahbat yang terbaik..

bilamana aku menjadi seorang pelajar aku mahu jadi pelajar beriman yang cemerlang..

bilamana aku menjadi seorang guru..aku mahu menjadi guru yang terbaik..pengasih dan penyayang..

bilamana aku menjadi seorang isteri..aku mahu jadi isteri solehah yang menjadi pemaisuri dihati suami..

bilamana aku menjadi seorang ibu..aku mahu jadi ibu yang terbaik untuk anak-anakku..

tapi,apakah aku sudah atau bisa melaksakan impianku??apakah aku bisa membentuk diriku menjadi wanita impianku??sedang aku punya kelemahan yang tertentu..sedang aku sbnrnye belum tahu apa yang berlaku nanti..apkah aku bisa menjadi guru yang terbaik dan penyayang?apakah aku bisa bersabar dgn kerenah peljar-peljarku nanti..

aku tak tahu ya Allah..sama ada aku bisa menjalankan kewajipanku sebagi isteri terbaik contohnya…atau aku hanya akan jadi isteri yang menyusahkan suami kerana diriku yang terlalu mudah tersentuh hati..atau apakah aku akan menjadi isteri yang tidak bersyukur dgn apa yang suami berikan padaku?

hanya satu ya ALLAH..keyakinan..dan doaku agar Engkau menetapkan iman dihati ini..membentuk akhlak dan peribadiku..maka itu kuharap bisa membentuk diriku menjadi wanita diimpi..

Firman Allah di dalam Surah Ali-Imran: 8

Ya Tuhan kami janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau tunjuk dan berikan rahmat kepada kami dari sisiMu..Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi..

Aku malu sendiri ya Allah..bila kuterinngat betapa hinanya diriku yang tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan..

Aku malu sendiri bila mengenang semua janji..

Aku malu sendiri bila mengenang akan lemah dan hinanya diriku disisiMu..

Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa’ : 28
Allah ingin memberikan keringanan kepada kamu dan manusia itu dijadikan bersifat lemah

Aku malu ya Allah..aku benar-benar malu..

oh Tuhanku..ampuni aku..ampuni hambaMu yang lemah dan hina ini..

Dunia melalaikan aku ya Allah..aku takut aku lalai..lindungi aku..

Ya Allah..setiap saat Engkau melihatku..Engkau Maha Mendengar apa yang aku katakan..dan eNGKau Maha Mengetahui segala yang ada dalam hatiku...ampuni aku..ampuni dosa hamba yang lemah dan hina ini..Jangan biarkan aku jauh dariMu ya ALLAH..Anugerahkan aku hati yang sentiasa berzikir mengingatiMu..lindungi mataku dari melihat perkara yang maksiat dan dosa..lindungi telingaku dari mendengar perkara maksiat dan dosa..lindungi lidahku dari berkata yang dosa, maksiat dan sia-sia..Lindungi aku ya Tuhanku..aku mahu merasai setiap saat yang kulakukan..maka Engkau memerhatikanku..hanya dengan itu ya Allah..maluku padaMu..takutku padaMu..maka itu melindungiku..kerana aku hambaMu..

Firman Allah di dalam surah AL-a’RAF:26
Hai anak-anak Adam!Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutupi kemaluanmu dan pakaian untuk perhiasan tetapi pakaian taqwa itulah yang paling baik.Ini adalah sebahagian dari keterangan-keterangan Allah supaya kamu mengerti


Aku ingin menemuiMu ya Allah..menemuiMu dalam keadaan hatiku berzikir mengingatiMu..tetapkan iman dihati ini ya Allah..agar setiap denyut nadiku..setiap nafas yang kuhela hanya untukMu..dan bilamana sampai ajalku..aku bisa menemuiMu dalam keadaan diriku benar-benar hambaMu..

Firman Allah di dalam Surah Ali-Imran: 102
Hai orang-orang yang beriman,takutlah kamu kepada Allah sebenar-benar takut dan janganlah kamu mati melainkan kamu orang Muslim.

Firman Allah di dalam Surah Al-Ahzab: 41-42
Hai orang-orang yang beriman!Ingatlah Allah sebanyak-banyakknya.Dan tasbihlah(memuji) Allah pagi dan senja.

ALLAH..ALLAH..ALLAHURABBI..ALLAH TUHANKU..

Wednesday, March 25, 2009

HAKIKAT DIRIMU DUHAI WANITA..


LEMBUT WANITA KERANA SENYUMANNYA
CEKAL WANITA KERANA BERANINYA
PATUH WANITA KERANA KESETIAANYA
KASIH WANITA KERANA BELAIANNYA
LEMAH WANITA KERANA AIR MATANYA
IKHLAS WANITA KERANA SIMPATINYA
PENDAM WANITA KERANA CEMBURUNYA
SAYANG WANITA KERANA SIKAP KEIBUANNYA
TANPA WANITA LELAKI MENJADI LEMAH
KERANA WANITA JUGALAH LELAKI MENJADI KALAH

Wanita cemerlang akan menghiasai fikiran dan hatinya dengan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Fitrah kewanitaannya mengandungi berbagai tanggungjawab sehingga meletakkanya sbegai insan yang memperoleh penghargaan besar disisi Islam.Wanita solehah akan melengkapkan dirinya dengan keimanan yang murni, budi pekerti yang luhur dan amalan terpuji.

Tiada perbezaan antara lelaki dan wanita dari segi asal kejadian mahupun darjat kerana keduanya dicipta dari benda yang sama.

Firman Allah didalam Surah An-Nisa': 32

Lelaki mendapat ganjaran dari apa yang telah mereka kerjakan dan wanita mendapat ganjaran dari apa yang mereka kerjakan.

Firman Allah di dalam Surah An-Nahl : 97

Sesiapa yang mengerjakan amalan soleh baik lelaki atau wanita dalam keadaan beriman maka akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Firman Allah di dalam Surah An-Nisaa' : 124

Sesiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki atau wanita sedangkan dia orang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiayai walau sedikitpun.

Firman ALLAH di dalam Surah Al-Mai'dah : 38

Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri potonglah tangan mereka sebgai pembalasan dari apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah.

Firman Allah di dalam Surah An-Nuur: 2

Wanita yang berzina dan lelaki yang berzina maka deralah tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali dera.

Saudara-saudaraku,

Firman-firman Allah diatas menunjukkan kepada kita tanggungjawab yang dibebankan ke atas lelaki dan wanita adalah sama rata. Lelaki akan ditanya tentang amalan yang dikerjakannya begitu juga wanita.Tanggungjwab ini menyebabkan lelaki dan wanita sama-sama menerima ganjaran sama ada dari segi pahala atau siksa.

Bagitu juga dalam siksa dan hukuman yang lain dimana Islam menyamakan hukuman lelaki dan wanita dengan sama rata.

Syariat ALLAH itu tidak memberati seseorang untuk mengerjakan tugas orang lain akn tetapi setiap individu diwajibkan mempertanggungjawabkan amalannya masing-masing.

Islam menetapkan darjat wanita dan lelaki bukan diukur dengan jenisnya tetapi berdasarkan tanggungjawab dan amalannya.Walaupun fungsi antara lelaki dan wanita memiliki perbezaan namun mereka saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

Melalui perbezaan ini akan mendorong kaum wanita untuk lebih memahami hakikat dirinya..

Dari Abdullah B.Umar r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:" Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah..

wANITA yang baik dan solehah itu akan menjadi sayap kiri buat suami..

apakah kita tergolong didalamnya??

Semoga ALLAH menjadikan kita seindah2 perhiasan ini..

KEMUSYKILAN WANITA : KECANTIKAN


1. WANITA MENCUKUR RAMBUT

Bolehkah wanita mencukur rambut kepalanya??

Kaedah umum menentukan bahawa lelaki tidak boleh menyerupai wanita dan wanita tidak boleh menyerupai lelaki. Oleh itu, Rasulallah SAW melarang kaum wanita mencukur rambutnya.Rambut merupakan anaugerah ALLAH SWT terhadap wanita dan mereka mesti memelihara dan mengurusnya.Rasulallah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang mempunyai rambut hendaklah dia memuliakannya(Hadith Riwayat Abu Daud)

(MEMULIAKAN RAMBUT DI DALAM HADITH DIATAS MEMBAWA MAKSUD MENGURUSKANNYA DAN TIDAK MENCUKURNYA)

2. MEMAKAI CELAK

Bolehkah wanita memakai celak??

Wanita boleh memakai celak jika tidak ada lelaki ajnabi bahkan mereka disunatkan memakai celak.Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud" Aku marah melihat wanita yang tidak memakai bedak dan celak"

3. MEMAKAI SANGGUL

Bolehkah wanita memakai sanggul??

Kalau sanggul dibuat dari rambut asli(manusia),hukumnya haram kerana perbuatan seperti ini mengandungi unsur penipuan disamping itu juga memakai organ manusia yang sudah terpisah dari orangnya tanpa darurat.

Sedangkan sanggul yang dibuat dari rambut buatan(dari plastik dan sebagainya), maka hukumnya dilihat dari ada atau tidaknya illat yang mengharamkannya.

Seandainya orang yang melihat akan jelas mengetahui bahawa ini rambut buatan hukumnya mubah. Itupun jika tujuannya bersanggul atau berhias itu untuk usmainya.Ini dibolehkan kerana tiadanya unsur penipuab, tidak memakai anngota tubuh manusia dan sebagainya.

Sekalipun sanggul itu dibuat daripada rambut buatan tetapi orang yang melihat jelas akan menyangka bahawa itu rambut manusia, maka hukumnya haram. Ini adalah kerana adanya illat yang menghramaknnya iaitu penipuan.

Riwayat bukhari yang diterima daripada Musaiyyab katanya:
" Mu'awiyyah datang ke Madinah. Beliau berpidato dihadapan kami kemudian beliau mengeluarkan sambungan rambut sambil berkata" Setahu saya tidak ada yang memakai ini kecuali Yahudi. Rasulallah SAW menistilahkan ini sebaagai Az-Zur iaitu penipuan.

Riwayat Muslim yang diterima daripada Musaiyyab katanya"Pada suatu hari Mu'awiyyah telah berkata:" Kamu telah membuat pakaiana yang tidak baik,padahal Rasulallah SAW melarang segala bentuk penipuan." Katanya lagi, Dalam keadaaan demikian,tiba-tiba datang seorang lelaki membawa tongkat sedangkan di kepalanya ada rambut palsu. Melihat yang demikian, Muawiyah berkata:" Ha, ini adalah satu bentuk penipuan"

Rasulallah SAW bersabda:
Allah SWT melaknat orang yang menyambung rambut dan meminta disambungkan, melaknat orang yang bertatoo dan minta ditatokan.(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Riwayat Bukhari yang diterima dari Aisyah" Seorang hamba sahaya kaum Ansar berkawin kemudian dia sakit dan berguguranlah rambutnya.Sebab itu mereka bermaksud menyambungnya dengan rambut lain dan mereka telah bertanya kepada Rasulallah SAW mengenai hukumnya.Maka Rasulallah SAW telah menjawab" Allah SWT melaknat orang yang menyambungnya dan yang meminta disambungkan"

Dari Abu Zubair, beliau mendengar Jabir bin Abdullah berkata"

Rasulallah SAW melarang wanita menyambungkan sesuatu di kepalanya(Hadith Riwayat Muslim)

Demikianlah antara hadith-hadith yang menerangkan masalah menyambungkan rambut itu. Namun begitu terdapat bebrapa cantuman pendapat dari Imam yang empat tentang masalah ini.

Menurut Mazhab Syafie menyambungkan atau membuat sanggul dengan membuat rambut tambahan dari rambut manusia hukumnya haram secara mutlak.Sedangkan sanggul yang ditambah atau disambungkan dengan rambut tiruan hukumnya ada dua.

Pertama,

Jika yang disambungkan itu benda najis hukumnya haram kerana haram memakai najis dalam solat atau diluar solat.

Kedua,

Jika rambut buatan itu terdiri dari benda suci maka ia mempunyai syarat-syarat yang tertentu.Jika rambut itu disambungkan BUKAN UNTUK SUAMI maka hukumnya HARAM. Kalau dia menyambungkannya kerana ingin berhias untuk suaminya maka ada atiga Qul(pendapat) menurur mazhab Syafie:

1. Boleh jika diizinkan suami
2.Haram sekalipun diizinkan suami
3.Boleh secara mutlak ertinya sama ada diizinkan atau tidak.

Pendapat yang paling kuat adaalah Qul yang pertama.

Menurut Mazhab Hanafi

Membuat sanggul yang ditambah dengan rambut manusia haram hukumnya.Sedangkan menggunakan rambut buatan adalah halal kerana tidak ada unsur penipuan dan tidak menggunakan rambut manusia.

Menurut mazhab Hanbali dan Maliki haram hukumnya, sama ada rambut penambah itu rambut manusia atau rambut buatan.


Bagaimana pula bagi pengantin-pengantin perempuan di negara kita contohnya yang kebanyakkannya memakai sanggul atau rambut palsu sewaktu bersanding contohnya??

Satu yang perlu diingatkan..

KITA BERPEGANG PADA MAZHAB SYAFIE..

Seperti yang diterangkan diatas,

JIKA RAMBUT ITU DISAMBUNGKAN BUKAN UNTUK SUAMI MAKA HUKUMNYA HARAM..

Ini bermakna??

Insyaallah..ana percaya kalian sudah temui jawapannya..

SUMBER: Kitab kemusykilan wanita mengenai ibadah dan muamalah karangan M.Usman Al-Khusti

Tuesday, March 17, 2009

CINTA SUCI TIDAK PERLUKAN SEBAB


Cinta suci sudah semestinya tidak memerlukan sebab.Jika ada sebab, kesucian cinta itu boleh dipertikai.Boleh mengambil cantik sebagai sebab..mahupun suara yang merdu sebagai sebab dan bentuk tubuh yang mengiurkan sebagai sebab..Tetapi sebenarnya, cinta suci tidak memerlukan itu semua..

Alkisah Cinta Suci Seorang Suami

Sepasang suami isteri berjalan ditepi sebuah tasik yang indah.Tidak lama selepas itu mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian, si isteri bertanya kepada si suami..

Isteri : Abang..mengapa abang menyukai saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya tetapi abang memang menyayangi dan menyintai ayang..

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya??Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya..(si isteri sudah agak meninggikan suara kerana tidak berpuas hati..)

Suami : Betul!Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan ayang!!

Isteri : Tidak!!Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya..kawan-kawan saya yang lain mempunyai suami dan teman lelaki..semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mecintai..Dalam bentuk syair dan puisi lagi..tapi abang tak boleh terangkan sebabnya??

Suami : Baiklah!Abang mencintai ayang sebab ayang cantik..mempunyai suara yang merdu..penyayang dan mengingati abang selalu..abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak ayang melangkah..disitulah cinta abang pada ayang..

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi..

Selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan disebelah katil isterinya di hospital..Suratnya berbunyi:

“ Ayang..jika disebabkan suara..aku menyintaimu..sekarang bolehkah engkau bersuara??Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu..sekrang,bolehkah engkau menunjukkannya?? Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika disebabkan senyuman aku menyintaimu..sekrang,bolehkah engkau tersenyum??Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika disebabkan setiap langkah aku menyintaimu..sekarang,bolehkah engkau melangkah??Tidak!!Oleh itu..aku tidak menyintaimu..Jika cinta memerlukan sebabnya aku tidak mempunyai sebab lagi untuk menyintaimu..tetapi,apakah cinta memerlukan sebab??Tidak!!kerana aku masih menyintaimu dari dulu..kini..selamanya dan tidak perlu ada sebab untuk itu..
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat..dipegang..Namun begitu..ia boleh dirasai dalam hati..”

Memang cinta harus dilandaskan pada kesamaan dan kesesuaian antara yang menyintai dan dicintai.Tetapi mahabbah al-isyq tidak akan sirna setelah berpadunya roh atau jiwa atau bertemunya ikatan batin..inilah apa yang digambarkan oleh kisah diatas..

Oleh itu..berhati-hatilah apabila ada lelaki yang memuja –muja anda.Dia mungkin mengatakan betapa terpesonanya dia melihat wajah anda yang jelita..ataupun mendengar suara anda yang merdu serta bentuk tubuh yang mengiurkan..Ingat!!ketika kesemua ciri ini telah tiada..dia mungkin akan melupakan kata-katanya itu..

Sebaiknya pilihlah lelaki yang tidak terlalu memuji-muji anda dan memilih diri anda seadanya sebab itu tanda bersedianya dia untuk terus menyintai anda biar apapun keadaanya nanti..Orang yang mudah memuji juga mudah mengeji..Sesungguhnya cinta suci tidak perlukan sebab..

Dr.HM Tuah IskANDAR Al-Haj
Sumber : majalah Mingguan Wanita siri : 1321 ( 13Mac-19Mac 2009)
peringatan: blog yang ana masukkan kali ini juga berkenaan cinta..bukan bermaksud untuk mengajar kalian tentang cinta atau membiarkan kalian terbuai degn cinta..ana percaya dari blog-blog yang lalu..kalian sudah semakin matang dlm menilai dan membezakan antara cinta nafsu atau cinta dan sayang krn Allah..antra cinta yang halal dan cinta yang tidak halal..cuma pengisian kali ini lebih ana tumpukan untuk pasangan suami isteri dlm membina cinta suci..juga kepada kaum Hawa agar kalian lebih berhati-hati dalam menilai lelaki..jgn mudah gembira tika kalian dipuji krn hakikatnya..sebagai hamba..kita sebenarnya tidak layak untuk dipuji..puji-pujian untuk hanya Allah krn apa yang kita miliki adalah milik-Nya..
wallahualam...

Tuesday, March 10, 2009

ALAHHHHHHH...RINGAN-RINGAN JE..




Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya” Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata zina memandang,dua telinga, zina mendengar,lidah zinanya berkata,tangan zinanya memukul,kaki zinanya melangkah, hati zinanya ingin dan rindu sedangkan faraj(kemaluan)hanya mengikuti atau tidak mengikuti..

kisah 1

Hari itu..sewaktu di dalam bas..aku duduk dikerusi yang kosong tika itu..disebelahku ialah seorang gadis yang tidak kukenali..aku menoleh ketepi..kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan ditempat duduk sebelahku..aku sekadar memandang..dan kemudian menoleh ke depan..tidak timbul keraguan dihatiku..fikirku lelaki dan perempuan itu tidak saling mengenali..

namun,ternyata sangkaanku meleset..
sedang mataku masih tertumpu kedepan..aku terperasan suatu gerakan..mataku menjeling ke tepi sedangkan kepalaku tika itu tegak memandang ke depan..aku terperasan tangan lelaki yang duduk disebelah perempuan itu merayap menyentuh tangan perempuan itu dan perempuan itu sekadar membiarkan..

ya Allah, barulah aku tahu rupa-rupanya pasangan yang duduk disebelahku ialah pasangan kekasih..melihat tangan si teruna yang sudah merayap..aku pun berdehem dengan kuat..
“lelaki tadi cepat-cepat mengalih tangannya..

ya Allah ya Tuhanku..aku istighfar sendirian..

aku menoleh tepat ke pasangan itu..sengaja aku berbuat begitu..sebagai satu cegahan agar mereka tidak mengulang perkara yang sama..tapi,mereka tidak menoleh..mungkin kerana malu atau takut setelah menyedari perlakuan mereka dilihat olehku..

sewaktu turun dari bas..aku sengaja memandang tepat ke arah mereka..sebagai tanda cegahan agar mereka menyedari kesilapan mereka itu..

ya Allah,kurniakan hidayah dan petunjuk untuk mereka..

andaikata mereka meneruskan apa yang mereka lakukan tadi sekalipun sedar aku melihatnya..percayalah..aku akan menegur mereka disitu juga..kerana itu doaku..agar Allah mengurniakan keberanian untukku melakukan amar ma'ruf nahi mungkar..aku sudah tidak mahu sekdar membenci di dalam hati..aku mahu menggunakan anugerah dan nikmat yang Allah anugerahkan padaku untuk aku menegakkan Islam..untuk kujalankan kewajipan dalam ‘amar ma'ruf nahi mungkar’..insyaallah,moga Allah memberikan keberanian itu untukku..

Dari apa yang aku lihat tadi..aku tahu..lelaki tadi baru dalam proses hendak cuba-cuba menyentuh tangan kekasihnya..kerana aku dapat lihat dirinya yang masih takut-takut tika itu..

bak kata orang bercinta..pegang-pegang..peluk-peluk..ia sekadar ringan-ringan..perkara biase je..(itulah jawapan yang keluar dari mulut manusia yang tidak faham agama atau faham tapi sengaja buat-buat tak faham..)

duhai saudara-saudaraku,

tahukah kalian..dari ringan-ringanlah ia menjadi berat..dari dosa kecillah bila dikumpul-kumpul..dibiarkan..ia menjadi dosa besar..

“alah..bukan berzina pun..pegang-pegang je..

“lebih baik kamu menyentuh babi dari kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagimu”

ramai diantara kita yang merasakan zina itu ialah dengan melakukan persetubuhan semata-mata..tahukah kalian…banyak lagi zina yang mungkin kita lakukan?? malahan bukan zina sahaja tapi juga bunga-bunga zina yang tanpa kita sedar kita melakukannya..ini jelas diterangkan sepertimana hadith di atas..zina mata memandang,zina telinga mendengar,zina lidah menyebut,zina hati merindu,zina tangan memukul atau mungkin jua memgang dan zina kaki melangkah..sedangkan kemaluan hanya menurut sama ada nak atau tidak..nauzubillahiminzalik..jauhkan kami ya Allah..


Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’ayat 32 yang bermaksud:
Dan janganlah kamu dekati penzinaan sesungguhnya perzinaan itu suatu perbuatan yang keji dan jalan yang salah.

Di dalam firman Allah diatas jelas menunjukkan kepada kita akan larangan Allah dari kita mendekati zina..tidakkah pernah terfikir dihati kalian kenapa Allah menegah kita dari berzina??ya!kerana terlalu banyak kerosakan dan masalah yang akan timbul jika berlakunya zina..segala yang Allah perintah maka ia adalah untuk kebaikan kita sebagai hamba..

ISLAM IS THE WAY OF LIFE’..

Islam merupakan cara hidup yang seharusnya kita ikut..segala perintah dan suruhan Allah mahupun larangan-NYA pasti adalah untuk kebaikan kita semua..Namun,kita yang kadangkala tidak mahu tunduk dan akur dengan segala yang ditetapkan..dan akhirnya tika sesuatu yang buruk menimpa diri barulah terduduk hamba meraih simpati dari pencipta..

Itulah sifat seorang manusia..

Duhai sekalian saudaraku..

Andai kalian rasa kalian tidak cukup kuat untuk melawan hasutan syaitan mahupun nafsu yang bermaharajalela, maka aku punya kata-kata yang aku harap kalian bisa memegangnya..

"setiap saat rasailah kehadiran Allah..untuk kalian merasa malu..terlalu malu untuk melakukan sesuatu yang mengundang murka-NYA..sentiasalah ingat bahawa Allah Maha Melihat setiap apa yang kita lakukan sama da ia kita lakukan terang-terangan mahupun sembunyi..ingatlah bahawa Dia Maha Mendegar segala apa yang kita katakan sama ada kuat mahupun sekadar dihati..Dia juga Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati dan pemikiran kita..tak banyak yang dapat aku sampaikan..cuma apa yang ingin kuingatkan ialah carilah ilmu Mengenal Allah..Bukan sekadar mencari..bukan sekadar mendengar..tapi,bila mana kamu belajar mengenal Allah biarkan ia benar-benar menyerap2 dalam hatimu..hanya tika itu, kamu akan bisa membentuk diri menjadi hamba sebenar-benar hamba..

SEMOGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA DARI SEGALA BENTUK ZINA MAHUPUN BUNGA-BUNGA ZINA..

Monday, March 2, 2009

SULAMAN CINTA : BERTAUBATLAH SELAGI ADA MASA..


Kami pasangan paling romantik???

Pada suatu malam yang dingin, umi dan beberapa orang sahabat dalam perjalanan pulang ke kolej. Kami jalan beriringan sambil berbual-bual..tiba-tiba sesuatu mengganggu pemandangan umi..umi terpandang satu pasangan..pasangan itu berjalan dihadapan kami..cukup romatik seolah-olah pasangan suami isteri..macam-macam perasaan berbaur dalam hati umi..umi rasa nak marah..umi rasa nak termuntah..sebab umi memang tak boleh tengok..akhirnya nak tak nak..umi terpaksa berhenti..sahabat-sahabat umi sibuk bertanya..kenapa??umi sekadar mendiamkan diri..

Tahukah kalian apa yang umi nampak??

Malam tu, umi dapat melihat allkisah percintaan yang romatik dipandang mata tapi sayang..percintaan itu diulit maksiat dan dosa serta nafsu yang beraja dijiwa..dengan syaitan mengeliligi mereka dan bersorak-sorak kegembiraan..

Romantik…memang romantic..apa tidaknya, pasangan itu berkongsi-kongsi aiskrim ..pada mulanya, si lelaki menjilat aiskrim..kemudian, disua aiskrim kepada buah hatinya..dan buah hatinya, terus menjilat aiskrim itu..kemudian, si gadis pula memberi aiskrimnya kepada si teruna..

ya Allah.. istighfar umi dibuatnya..mahu saje umi bertanya..”kamu berdua ni suami isteri ke?tambahan pulak dah selalu benar umi nampak pasangan ini..ya Allah..kurniakan hidayah kepada hamba-hambamu yang lalai ini..
andai pasangan suami isteri yang berkongsi aiskrim atau makanan..umi tak marah..tapi,yang berkongsi ini bukan suami isteri tapi manusia manusia yang sedang kemaruk cinta..umi rasa nak termuntah sangat waktu tu..
umi terfikir..nanti kalau dah kawin..orang2 yang kemaruk cinta ini, akan terus berkongsi makanan?jike ye..baguslah..cume umi khuatir..waktu bercinta je dok tunjuk kat orang kita pasangan paling romantik..kita main kongsi-kongsi aiskrim..bila dah kawin..sume hilang..adegan suap-menyuap suami isteri dah hilang..bak kata orang..bila bercinta..kentut pasangan pun boleh jadi wangi..emm..macam2..
ada juga orang waktu bercinta..punyalah bersayang sayang..bucuk2..hubby hubby..manja2..tapi,bila dah kawin..bucuk kemana?hubby kemana?sayang dah tinggal ayang..pastu tinggal 'yang' je..sebab dulu..sebelum kawin..dah selalu sangat sebut..
dulu,waktu bercinta,punyalah prihatin..lepas kawin..terus hilang..salah sikit..terus dapat penampar dengan penerajang pula..
bercinta sebelum berkawin dengan berkawin..tak sama..umi sendiri pernah bertanya dengan sepupu umi.."berkawin dengan bercinta lain umi..waktu dah kawinlah baru keluar belang masing2.."
bagi umi ia ada benarnya..waktu bercinta ni sumenye indah..semuanya baik..bila dah kawin..barulah tahu semuanya..tambahan plak bila cinta berlandaskan nafsu semata-mata..khuatir ia bersifat sementara..sama-sama kita fikirkan..


Kadang2..bila umi ada masa..umi akan bukak friendster..melihat friendster kawan2 sekolah..kawan2 matrik..kawan2 UPSI..umi melihat perkembangan kawan2 umi..bertanya khabar..dan jika ada ape2 yang umi rasa umi perlu tegur maka umi menegur.. itu tanggungajwab umi sebagai kawan..

Pernah satu hari, umi membuka friendster seorang hamba Allah..seorang perempuan..umi kenal orangnya tapi tidaklah terlalu baik dgn umi..sekadar kenal rupa..di dalam friendsternya penuh comment dari seorang lelaki..comment ungkapan cinta dan rindu yang tak tertahan-tahan..umi buka pula friendster lelaki itu..penuh dengan ungkapan cinta dan rindu dari gadis tadi..ya Allah ya Tuhanku..umi beristighfar sendirian..umi rasa kesian..kesian sangat dengan mereka..betapa mereka benar-benar di dalam kelalaian..betapa mereka benar2 didorong oleh nafsu yang jahat..

Hati umi melonjak-lonjak untuk menegur..akhirnya, umi menulis pada ruangan blog di friendster..hanya itu yang umi mampu untuk menyedarkan mereka..
Duhai pasangan-pasangan yang berkasih,

Untuk apa kalian menulis berbanyak2 kali ungkapan sayang dan cinta?kemudian ditonton pula kepada public?? tidakkah kalian berasa malu??tidakkah rasa jelik pada perbuatan kalian??

sayang...tak perlu diucap berulang kali.. rindu..tak perlu dihebah hebah..ditayang2 pada umum..cukup dengan ungkapan rindu kalian untuk bakal suami atau isteri tika doa ditadah kelangit..ia sudah cukup indah untuk kalian mentafsir anugerah rasa yang Allah beri krn rasa malu dan takut untuk meluah rasa kepada wanita atau lelaki yang belum halal krn belum dinikahi..
kadang2..umi selalu berfikir..entah apalah agaknya yang difikirkan oleh orang yang bercouple ini..langsung tiada rasa malu..benarlah..bilamana cinta itu bersulamkan nafsu..maka lahirlah manusia yang sudah tidak tahu rasa malu..dan akhirnya.,jika cinta bersulam nafsu itu diteruskan maka timbullah pula peristiwa sekian sekian mengandung anak luar nikah..pengguguran..buang anak...tangkap basah..

lebih teruk bila ada jua yang tak segan-segan menayang gambar dengan kekasih sambil berpeluk-pelukan dan melentok-lentokkan kepala..astagfirullahalazim ya Allah..sedih..aku sedih melihat sume ini..inilah realiti dunia sekarang ini..betapa ramainya yang sudah buta dengan cinta hingga tak bisa mengenal dosa pahala..hingga sudah tiada rasa malu..kurniakan hidayah dan petunjuk untuk mereka ya Allah dan lindungi aku dari semua itu..

Duhai pasangan-pasnagan kekasih,

kembalilah ke jalan Allah,

kepada siapa mahu kamu pertotonkan??tidakkah hadir rasa malu pada mata yang memandang?? andai tiada rasa malu pada ALLAH yang melihat setiap perlakuanmu..setidak-tidaknya lahirlah rasa malu pada manusia yang jelik melihat perlakuanmu..percayalah, apa yang kamu lakukan hanya dengan nafsu semata-mata..dia bukan yang halal bagimu..

umi mengerti perasaan kalian yang sedang kemaruk cinta..tapi,umi juga bisa membaca betapa kalian sebenarnya sudah buta kerana cinta..hingga kalian tak bisa membezakan antara yag halal dan yang haram..antara dosa dan pahala..bertaubatlah wahai saudaraku..ingatlah Allah melihat apa yang kamu lakukan..

Duhai pasangan-pasangan kekasih

Berkasihlah kerana Allah..sayanglah seseorang kerana Allah..jika benar kamu menyayanginya..jangan bawa ia bergelumung dengan dosa dan kemaksiatan..
tidakkah kalian ingin merasai keindahan sebenar cinta?keindahan tika kali pertama kalian melafaz panggilan’ abang’ kepada suamimu..atau bagi si suami melafaz ‘sayang’ sebagai panggilan manja buat si isteri.. keindahan tika kali pertama suami mengucup dahi kalian dan ia adalah sentuhan pertama..yang halal dan suci..dan andai ia dilakukan kerana Allah, ia menjadi satu ibadah dan mendapat ganjaran pahala..keindahan tika kali pertama kau melafaz rasa cintamu untuk isteri atau suamimu..tidakkah kalian mahu merasainya??

Kenape?
Kenapa kalian mahu menuturnya tika kalian belum bergelar suami isteri??kenapa kalian mahu menyentuh lelaki dan wanita yang bukan muhrim kalian??

Kenapa duhai kaum Hawa?kenapa kau izinkan lelaki menyentuh tanganmu…memeluk tubuhmu??apakah kalian merasakan cinta itu dengan peluk-peluk??sayang itu dengan ciuman??
Kenapa duhai kaum Adam?kenapa kau perlakukan begitu kepada wanita yang ingin kau nikahi??tidakkah engkau belajar untuk menghormati diri seorang perempuan?? atau kau sekadar mempermainkan hatinya??

Tahukah kalian..andai cinta itu dibina dengan nafsu..sampai masanya kalian akan merasa jemu..jemu kerana sudah terlalu banyak kata cinta, sayang dan rindu yang kalian ungkapkan..jemu kerana sudah tidak terasa indah dan kebahagiaan..

Kalian belum bergelar suami isteri yang sah saudaraku..

Tidakkah terfikir dibenak fikiran kalian..bagaimana kalian mahu melahirkan anak-anak yang punya akhlak yang mulia..soleh dan solehah..sedang kalian sebagai bakal ibu atau bapa juga turut hancur??berpelukan..berpegangan tangan..dating..

Duhai saudara-saudaraku,

Cinta itu suci..cinta itu fitrah..cinta itu anugerah dari Allah.. perasaan yang Allah hadirkan dalam hati kita..mengapa kau kotori rasa cinta itu dengan maksiat dan dosa??
umi khuatir, perasaan cinta yang kalian bina dengan cara yang tidak halal..dengan diiring dosa dan kemaksiatan akan bersifat sementara cuma..kerana cinta itu sentiasa perlu dipupuk dengan baja luahan kasih sayang kepada yang tidak halal..dibaja dengan bergayutan di telefon sekian lamanya..dibaja dengan keluar berdating..dibaja dengan zina..zina hati,mata, telinga dan tangan..lebih dahsyat hingga ada yang sanggup melakukan zina kemaluan…astaghfirullahalazim…

cukuplah..

bertaubatlah duhai sauadaraku..

pintu taubat masih terbuka..

malu..malulah pada Allah..malulah atas dosa yang terlalu banyak kalian lakukan..


KENDALIKAN NAFSU DENGAN KEIMANAN DAN KETAQWAAN..SERTA AKAL YANG WARAS..

JANGAN..JANGAN BIARKAN NAFSU MENERAJUI AKAL..

JANGAN BENARKAN SYAITAN MEMERANGKAP KALIAN..

Jika benar, kamu dah tak bisa menahan nafsu dan kamu rasa kamu sudah berkemampuan..nikahlah..andai kamu belum mampu..berpuasalah..berjihadlah melawan hawa nafsu..berdoalah pada Allah agar Allah melindungi hati kalian dan bakal suami/isteri...jangan kamu dibutakan oleh cinta..jangan terlalu mudah terperangkap kepada jerat syaitan..

Allah sudah menganugerahkan kita akal untuk berfikir..kita bukan budak-budak lagi..kita dah besar..kita dah matang..apakah cinta yang kalian bina benar-benar diiringi dengan kematangan kalian dalam berfikir??apakah kalian fikir kalian sudah cukup matang untuk bercinta andai kalian sendiri terlalu mudah terperangkap dengan cinta nafsu..hingga tak bias membezakan anatra dosa dan pahala?halal dan haram??

Umi tahu..jodoh perlu dicari..jodoh takkan datang bergolek..ia perlu hadir dengan usaha dan doa..umi tahu perasaan orang yang bercinta..Cuma umi mahu kalian menjadi pasangan yang lebih matang dalam mengendalikan cinta..cinta harus dikendali dengan keimanan dan ketaqwaan kita kpd Allah..cinta harus hadir dengan rasa malu pada Allah..selagi tidak ada ikatan yang sah..jagalah dirimu..jagalah bakal isteri atau suamimu..jangan biarkan perasaan yang Allah anugerahkn itu diselubungi dengan dosa,maksiat dan nafsu syahwat..salinglah ingat-mengingati tentang dosa dan pahala..agar nanti, tika kalian sudah menjadi suami isteri..kalian bisa melahirkan zuriat yang soleh dan solehah..

Berpaut di dahan cinta
Ingatkah lagi kalian dengan ceramah di KHAR yang lalu yang bertajuk 'BERPAUT DI DAHAN CINTA' ?? apakah kalian masih ingat kata-kata ustaz Hasrizal atau Abu Saif??
cinta seperti kita berusaha mencapai cita-cita..
untuk mencapai cita-cita sebagai contoh cita-cita umi dulu untuk menjadi seorang pensyarah..maka untuk capai cita-cita umi..umi perlu berusaha..umi perlu cemerlang dalm UPSR,PMR, SPM, umi masuk matrik..umi dapat ijazah di UPSI dan seterusnya umi perlu ambil master..umi perlu berusaha..umi perlu belajar betul2..buat assignment..cemerlang dlm final..
begitu juga dengan cinta..cinta perlu ada matlamat yang jelas iaini perkahwinan..dan umi percaya..insyaallah, di dalam usia 20-an dan ke atas..kalian sudah matang dalam meletakkan matlamt yang jelas dalam percintaan iaitu untuk berkawin cuma bagaimanakah pula cara untuk kalian menuju matlamat itu??
contohnya, kalian perlu belajar betul2 di universiti agar kalian dapat ijazah..dan kemudian..dapat keje..nanti dah ada duit..kalian akan pinang dia..dan ambil dia sebagai isteri contohnya..selain dari itu, bakal suami juga perlulah melengkapkan diri dengan ilmu agama agar nanti bila dah kawin..boleh bimbing isteri dan anak2..untuk bakal isteri pula...belajar memasak..untuk tawan hati suami..bakal suami/isteri berusaha melengkapkan diri dengan ilmu dalam berumahtangga dan bagaimana menjadi suami yang soleh dan isteri yang solehah..bagaimana membina keluaraga yang mendapat keredhoan Allah..selain itu,kenal keluarga..doa pada Allah agar Allah permudahkan segalanya dan kalian dapat bersatu sebagai suami isteri..
Tapi,bagaimana pula kalau cinta itu disulam oleh nafsu??
kalian lalai dengan dunia yang kalian bina..tiap-tiap malam kalian berdating?tambahan pulak bila sedang-sedang berduaan..kalian ditangkap khalwat..lagi teruk bila ada yang sudah terlanjur..nauzubillahiminzalik..alamat tak tercapailah matlamat di atas..maruah tercemar..pelajaran terabai..lalai..dapat dosa..dan akhirnya..cinta terputus ditengah jalan..renung-renungkanlah..

Duhai bakal-bakal suami..

Duhai bakal-bakal isteri..
Rasailah keindahan segala rasa cinta setelah kalian sudah berkawin..

JANGAN MENGHARAP KASIH PADA MANUSIA..MENGHARAPLAH HANYA PADA ALLAH..

Percayalah, andai kamu menjadi manusia yang terlalu mengharap kasih manusia..sampai masanya tika kamu ditinggalkan..kamu akan kecewa..sandarkanlah harapanmu kepada Allah..Allah yang memegang hati-hati manusia..yakinlah akan setiapa doa yang kamu lafazkan..insyaallah,andai dia benar untumu Allah akan mempermudahkannya untukmu..yang panting kamu perlu saling mendoakan antara satu sama lain..

Duhai saudaraku-saudaraku..

Dengarlah nasihat umi ini..umi takda apa-apa untuk bantu kalian..umi tak tahu bagaimna untuk umi bawa kalian kembali kepada fitrah diri kalian sendiri..umi hanya tahu memberi nasihat..umi hanya tahu mendegar luahan hati dan mendoakan kalian..umi hanya bisa memberi semanagt untuk kalian berubah..tapi kalian yang perlu berusaha untuk mengubah diri kalian sendiri..

Duhai saudara-saudraku..

AJAL TIDAK MENUNGGU KITA..DAN KITA TAKKAN TAHU BILA AJAL MENJEMPUT KITA..

Sampai masanya ia datang, maka keluarlah roh dari jasad..

andai ditaqdirkan Allah..umi meninggal dunia hari ini..tika umi menulis blog ini..

maka umi jua akan pergi..

begitu juga dgn kalian..andai ditaqdirkan Allah, esok sampai ajal kalian maka kalian akan pergi..

MAHUKAH KALIAN PERGI DENGAN DIRI YANG SEDANG KOTOR?BERGELUMUNG DENGAN DOSA DAN NAFSU? TIKA HATI LALAI MENGINGATI SANG KEKASIH??

APAKAH KALIAN MAHU MENINGGALKAN DUNIA INI TIKA KALIAN BELUM SEMPAT BERTAUBAT ??

Andaikan, tika kalian sedang memegang tangan pasangan kalian atau sedang melakukan zina..tika itu, malaikat Izrail datang mencabut nyawa kalian..apakah masih sempat untuk kalian bertaubat???

Duhai saudara-saudraku..

BERTAUBATLAH SELAGI ADA MASA..

INGATLAH ALLAH MAHA MELIHAT..

DIA MAHA MENDENGAR..

DIA JUA MAHA TAHU APA YANG ADA DALAM HATIMU..


Aku menyeru untuk diriku yang lemah dan hina jua untuk saudara-saudra seislamku..

umi menulis ini dengan rasa kasih umi pada kalian..kalian saudara seislam umi..

umi menulis ini kerana rasa cinta umi pada Islam..

Ya Allah, ya Tuhanku..Yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa..aku mohon padaMu ya Allah, kurniakanlah hidayat serta petunjuk kepada sekalian saudara-saudara seislamku..bantu mereka agar mereka bisa menahan nafsu dan keinginan mereka..kembalikan mereka ke jalanMu ya Allah..kasihani mereka..kasihani jua hambaMU yang lemah dan hina ini..dan kuatkanlah jua aku dalam menghadapi setiap ujianMu..terima taubat kami ya Allah..lindungi kesucian agamaku ya Allah..lindungi kesucian Islam..