Thursday, January 13, 2011

WAJAH MEREKA YANG SERUPA..


Hari-hari yang berlalu makin menggembirakanku...mungkin,kerana kerjaya guru ini memang sebati dengan diriku..kena pada jiwa dan hatiku..satu kepuasan..bilamana aku bisa bertemu dan mengajar anak muridku hari-hari..

Alhamdulillah..dengan izin DIA jua..aku kini bergelar seorang guru..guru di SMK SERI ALAM 2,MASAI,JOHOR..sekalipun perlu mengajar subjek yang bukan opsyen namun hatiku puas..bagiku..apa yang paling penting..ialah aku bisa menyampaikan ilmu..bisa mendidik pelajar-pelajarku..buat anak murid cikgu..1RK2,1B,1D dan PERALIHAN A..insyaallah,cikgu akan cuba untuk jadi cikgu terbaik buat kamu..

Melihat wajah pelajar-pelajar di sekolah ini..sesekali hatiku tersenyum sendirian..”ehh..samelah..”apa yang sama??wajah mereka...wajah mereka yang sama..ada iras-iras dengan anak –anak muridku sewaktu praktikal di SMK KHIR JOHARI, Bagan Datuh dulu dan sewaktu aku menjadi guru ganti di SMK PONTIAN JAYA,di Rompin,Pahang..

SERUPAKAH MEREKA?

YA..WAJAH MEREKA SERUPA..MASIH WAJAH INSAN YANG PERLU KUAJAR..YANG PERLU KUDIDIK..

Buat teman-teman..yang juga bergelar seorang guru..ayuh!ikhlaskan hati..semangatkan diri..perbetulkan niat..untuk kita menjadi seorang guru..semata-mata kerana mencari lkeredhoan-Nya..

-Bantu aku ya Allah..untuk aku menjadi seorang guru keranaMu..kerna ia bukan sekadar kerjayaku..tapi,ia bukti kehambaanku..ia tempat aku mendekatkan diriku padaMu..kerana bekerja itu satu ibadah..kerna menyampaikan ilmu itu satu tuntutan..

LUV TO BE A TEACHER..

-Cikgu Umira Bt Mohamad-

Wednesday, December 15, 2010

MENGUNGKAP SAYANG




Usah malu melafaz kasih..
Usah segan mengungkap sayang..
Usah simpan bicara rindu..

Kerna sampai tikanya..tika kita sudah tidak sempat melafazkannya krn kelewatan kita yang hanya seminit cuma..ia pergi..tanpa tahu bahawa kita menyayanginya..


Ungkapkan kasih..lafazkan sayang..bicarakan rindu..agar dia tahu..kita menyayanginya..kita merinduinya..

...............................................................................................................................................

Aslamkm hai cikgu ape kabar?cgu chat ke?cgu ngah wat pe tu,cgu indu kita tak bab kita kat sini indu kat cgu..cgu dah mkn,mkn apa sdap tak cgu mkn,nnti ting 2 cgu dtg kat asrama k jo lgi..

Dah hbs bsuh baju ke?Bla nak kawin.Dah lma kta tak dgr suara cgu?cgu still kecil ke bsr.hehehe.saja jer gurau ngan cgu.hrp cgu tak terasa apa yg saya ckp.i lov u 4 eve n eve muah.

................................................................................................................................................

Sewaktu ana menerima mesej ini..ana tersenyum..tersenyum buat kali pertama..melihat nama yang tertera pada inbox handphone..Syarifah NurFatin..si kecil yang tak asing bagi ana..senyuman kedua terukir apabila membaca mesej dari si kecil ini..dengan p’gunaan bahasanya yang pastinya buat kita tersenyum sendirian..

Mesti kalian tertanye-tanya..sapelah agaknya si kecil ni..si kecil yang mesej dgn ana ini namanya syarifah nur fatin..salah seorang pelajar tempat ana praktikal dulu..di smk khir johari,bagan datuh..baru tingktn1..ana tak mengajar dia..tapi,oleh kerana dia tinggal di asrama dan ana pun duduk di rumah warden menyebabkan ana jadi rapat dengan pelajar2 asrama termasuk si kecil ini..menerima mesej darinya membuatkan ana terfikir untuk membicarakan tentang tajuk yang ana tuliskan di atas..” MENGUNGKAP SAYANG”

MENGUNGKAP SAYANG SESAMA MANUSIA

Bila kita cakap tentang mengungkap sayang,rindu,cinta atau yang seumpama dengannya..ia lebih sinonim dengan kaum Hawa..masakan tidak..bukankah Allah jadikan kaum Hawa itu punya 9nafsu..kaum yang begitu gemar bermain dengan hati dan persaan berbanding lelaki yang mungkin agar sukar untuk kita dengar mereka mengungkap kata-kata sayang tersebut..tapi,tak bermakna mereka tidak tahu mengungkap sayang..cuma cara mereka mengungkapnya yang berbeza..

Berbicara tentang mengungkap sayang ana berminat untuk berkongsi dengan kalian..kisah yang berlaku di zaman Rasulallah SAW..

Tersebut alkisah dimana pernah satu ketika seorang sahabat memberitahu kepada Rasulallah SAW akan rasa sayangnya kepada sahabatnya yang lain..Rasulallah SAW pun bertanya semula apakah dia telah memberitahu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya..sahabat itu menjawab bahawa dia belum berbuat demikian..Lantas Rasulallah pun berkata..”Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya”

Saudara-saudaraku,

Kisah di atas ana kira sudah cukup untuk kalian memahami akan perlunya untuk kita mengungkap sayang pada orang yang kita sayangi..Tapi ingat saudara-saudaraku..kata-kata sayang yang dimaksudkan ini bukanlah kata-kata sayang antara pria dan gadis yang hangat bercinta..tetapi kata-kata sayang yang halal untuk diungkapkan..antara sahbat dengan sahbat...iaitu lelaki dengan lelaki..atau perempuan dengan perempuan..kata-kata2 sayang kepada mak atau ayah mahupun ahli keluarga..atau kata-kata sayang dan cinta antara suami isteri..

Setiap orang punya caranya yang tersendiri dalam mengungkap sayang...ada yang mengungkapkannya menggunakan lidah..dengan kata-kata yang indah..ada yang menzahirkanya dengan tindak tanduk atau tingkah laku..dan ada juga yang mengungkapkan sayang melalui doa yang tidak putus..tanpa pengetahuan orang yang dia doakan..cukup hanya Allah yang tahu..demikianlah antara cara manusia mengungkap sayang..

.....................................................................................................................

1)Kasih sayang antara ibu bapa atau anak-anak

Berbicara soal mengungkap sayang..dalam kondisi kita sebagai anak..ana percaya.. masih ada anak-anak yang segan atau malu untuk mengungkap sayang pada mak dan ayah..Bagi ana sendiri sebagai anak..ana bisa menzahirkan rasa sayang ana pada mak ana..dengan menciumnya sebelum tidur..mengurutnya..membantunya membuat kerja-kerja rumah..tetapi,ana tak reti untuk menzahirkan rasa sayang ana pada ayah..nak urut ayah..ana takut ana menangis..kerana ana tak sanggup untuk melihat lutut ayah yang terbelah tempurung lututnya krn terlibat dalam kemalangan satu masa dulu..sayangnya ana pada ayah..lebih kepada mendoakan ayah agar Allah murahkan rezeki ayah..Allah sihatkan ayah..atau sesekali hati ini terasa seakan hendak menangis bila melihat ayah yang kelihatan penat apabila pulang dari kerja..atau hati yang terasa sayu melihat kedai ayah yang dibanjiri air..memikirkan ada atau tidak pelanggan yang datang dalam keadaan kedai yang begitu..hanya kata hati yang terlintas..”Kalau angah ada duit..angah nak buat kedai baru untuk ayah..”

Terinagt sewaktu membuat program motivasi di asrama..satu soalan yang ana tanya..siapa yang selalu cium mak n ayah dia?siapa yang salam dengan mak n ayah dia sebelum pegi sekolah?ada yang mengangkat tangan..ada juga yang tidak..

Satu luahan hati seorang pelajar yang masih ana simpan..seorang peljar yang ibu dan bapanya bercerai dan dalam tahun ini juga ayahnya telah kembali kerahmatullah..fahami gelodak jiwanya..

........................................................................................................

“saya syg kat ma dan abah tpi sy xpnh yakin yang diorang syg kat saya.saya benci dgn ma dan abah..lau diaorang syg sy diorang xkn bagi sya kat orang lain..dri kecik sya xpnah dpt kasih syg ma n abah sy..klau sy tgok member sy diorang happy je dgn family tpi sy..sy sllu biase keseorngan xtahu siapa yg leh sy luahkan prasaan ni..saya rindu kat abah dan mama tapi sy yakin diaorang xpnah pun rindu kat sya..klau ar ma sy xde sy lgi suke..biar semua orang tinggalkan sy..sy rase nak bunuh diri je..sy jdi camni pun mungkin ma sy suke..yg paling pting sy xnak jadi anak yang baik.. lau ar dri dulu ma n pa sya baik je xmungkin sy jd cam ni..lau abah msih hidup sy xkan jadi cam ni!!!

..............................................................................................................

Apakah perasaan kalian sewaktu membaca warkah ini..anak ini baru tingkatan2..seorang perempuan..di dalam kelas..dia seorang pelajar yang agak kasar..tapi,ana pernah menyelami hatinya..ana tahu betapa dia memang seorang anak yang begitu dahagakan kasih dan sayang..sebab itu..waktu ana mengajarnya..ana memberi perhatian lebih padanya..

Dalam sesebuah keluarga..adalah amat penting bagi seorang ibu atau bapa itu menzahirkan rasa sayangnya pada anak-anak agar anak-anak tahu bahawa ibu bapa mereka menyayangi mereka...anak-anak yang mendapat kasih sayang dari ibu dan ayahnya..insyaallah,mereka akan tahu mengungkap sayang itu semula kepada mak n ayah mereka..berbeza dengan mereka yang kekurangan kasih sayang cenderung untuk terlibat kepada sesuatu yang negatif..dan mereka juga tidak tahu mempamer rasa kasih mereka..krn bagi mereka mak dan ayah mereka tidak mengasihi mereka..inikan pula bagi mereka yang ibu bapanya telah bercerai..dan sudah bercerai..masing2 tidak endah pada perasaan anak2..disitulah kadang kala menjadi punca anak2 skrg banyak y rosak..

Itu bagi hubungan sesama keluarga..bagaimana pula sesama sahabat??di dalam al-quran dan hadith terlalu banyak ayat2 Allah yang menganjurkan kita untuk saling kasih mengasihi antara satu sama lain..ukhwah yang terjalin krn Allah..takkan pernah pudar dan luntur sekalipun berjauhan.bak kata orang..jauh dimata..dekat dihati..

Banyak cara untuk mengungkap rasa sayang sesama sahabat..ada yang sanggup berjalan jauh semata-mata untuk bertemu sahabat yang dikasihi..ada yang menunjukkan rasa kasih dengan memberi hadiah..ada yang menelefon untuk bertanya khabar atau paling kurang menghantar mesej2 tanda ingatan..

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya:”Seorang laki2 pergi mengunjungi saudaranya yang bermukim di negeri asing(jauh dari tempatnya bermukim)Maka Allah Ta’ala mengirim seorang malaikat untuk menemaninya dalam perjalnan.Setelah malaikat bertemu dengan orang itu maka bertanyalah malaikat”Hendak kemana anda?”Jawab orang itu,”Aku hendak mengunjungi saudaraku di negara anu.”Tanya malaikat,”Apakah anda berkunjung ini kerana anda berhutang budi kepadanya?”Jwab orang itu,”Tidak!!” Aku mencintanya hanya semata-mata kerana Allah Ta’ala.Kata malaikat,”Sesungguhnya aku(malaikat)diutus Allah Ta’ala menemani anda sebab anda mencintai saudaramu kerana Allah semata-mata..”

Dari Abu Hurairah r.a lagi katanya Rasulallah SAW bersabda:”Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak,”Mana orang-orang yang saling mencinta kerana keagungan-Ku?Hari ini Kunaungi mereka dimana tidak ada naungan yang lain selain naungan-Ku"

Demikian kisah-kisah yang kita boleh jadikan teladan dalam membicarakan soal kasih sayang sesama insan..sama ada dengan melafazkan kata-kata..dengan perbuatan atau tingkah laku..atau dalam doa yang tidak putus..

........................................................................................

MENGUNGKAP SAYANG KEPADA KEKASIH ALLAH

Bagaimanakah cara untuk mengungkapkan rasa cinta pada Rasuallah??Bukankah baginda sudah wafat??

Ya!Baginda telah lama wafat..tapi,belum wafat dalam hati orang-orang yang beriman..perjuangan baginda dan para sahabat masih dirasai hingga ke hari ini..ya!nikmat Islam yang dirasai hampir kebanyakan penduduk dunia..krn ketabahan baginda dan para sahabat dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam inilah kita bisa merasai nikmatnya kini..nikmat menjadi seorang muslim..

Tanpa melihat wajah..mungkinkah sayang atau cinta itu ada??Mungkinkah ada rindu??

Ya!rindu itu ada bagi mereka yang punya iman dalam hatinya..sekalipun baginda telah wafat..tetapi banyak cara yang boleh kita lakukan dalam mengungkapkan rasa sayang dan cinta kepada baginda iaitu dengan memperbanyakkan selawat kepada baginda mahupun dengan mengikuti sunnahnya..

Dari Anas bin Malik r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:”Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku,melebihi cintanya kepada anaknya,kepada bapanya dan kepada manusia semuanya

.................................................................................................................................

Di dalam syarah An-Nawawi,I :219 ada menerangkan bahawa cinta atau kasih sayang(mahabbah) itu boleh dikategorikan kepada 3macam iaitu

1- Cinta kerana hormat dan mengagungkan seperti cinta anak kepada ibu bapanya

2- Cinta kerana kasih sayang seperti cinta ibu bapa kepada anak-anaknya

3- Cinta kerana kesedaran bahawa cinta itu sesuatu yang baik(istihsan)

Maka cinta kepada Nabi SAW meliputi ketiga-tiganya bahkan lebih mendalam darinya....

........................................................................................................

Demikianlah yang dapat ana kongsi dalam membicarakan soal’MENGUNGKAP SAYANG’..

Sebagai penutupnya,janganlah kita menjadi seseorang yang terlalu kedekut dalam mengungkap sayang..dan janganlah pula kita mentafsir ungkapan sayang itu hanya sekadar dengan kata-kata..kerna sayang itu juga bisa diungkap dengan tingkah laku..dan sayang itu tetap sayang sekalipun tidak diungkapkan..

Tuesday, November 16, 2010

AKHLAK ITU BUNGA DIRI


Ina : Salam umi

Umira : Wa’alaikumussalam..nape ni ina?

Ina : Ina sedih.

Umira : Sedih nape plak ni?

Ina : Ina ada kawan belajar kt mesir,tapi tak macam orang blaja agama

Umira : Manusia ni macam2 perangainya ina..doakan saja Allah bagi hidayah pada dia..

Ina : Dia kawan ina dari sek rendah..Ina kenal sangat dengan dia.Tak sangka umi.Dia bawak imej Islam.Kalau orang yang belajar agama dan faham agama lalai,yang macam ina ni dan orang yang kat luar sane lagi teruk.

Umira : Ina..orang yang belajar agamalah lagi berat ujian Allah beri untuk dia..sebab tu bila kita dengar ada ajaran sesat contohnya..Orang yang mengasaskan ajaran sesatkebanyakkannya tahu agama tapi..kenapa mereka selewengkan??sebab Allah menguji mereka dan syaitan sentiasa berusaha untuk menjatuhkan mereka..Cuma mereka yang benar2 menghayati dan memahami ilmu agama serta mempraktikkan dalam kehidupan mampu melaluinya..jadi,tak perlulah kita pelik dengan apa yang berlaku pada sahabat ina itu..

Ina : Oh..betul-betul..macam ustaz kat UPSI cakap..lagi tinggi ilmu lagi tinggi pangkat syaitan. Habis,macam mane nak nasihat?

Umira : Pertama,mulakan dengan mendoakan sahabat ina itu..umi tahu ina ikhlaskan nak tolongdia??ingat ina..doa seorang muslim kepada saudara muslimnya yang lain diluarpengetahuan orang itu..tiada hijab..sewaktu doa..sebut nama penuhnya..doa padaAllah..agar Allah beri hidayah pada sahabat ina itu dan lembut hati dia untuk menerimanasihat ina..kemudian,mulakan dengan bertanya khabar dia seperti biasa..jangan terus bercakap soal kesalahan dia..nanti dia lari..manusia ni ada egonya sendiri dan tak ramaiorang yang cukup kuat untuk menerima kritikan..cuba selam sedikt demi sedikit hati dia..cuba tanya apa masalah dia..faham apa yang dia sampaikan dan waktu tu kita boleh beri nasihat sedikit demi sedikit…pada pandangan umi..dia ada masalah..tapi,tak tahulah kalau umi yang silap..

Ina : Insyaallah umi..ina cuba..umi doakan ina ye..

Umira : Ye..umi doakan..

……………………………………………………………………………………………………

Sidang pembaca yang dikasihi,

hari ini bukanlah cara-cara menasihat yang ingin dibincangkan tetapi soal akhlak.. Akhlak ialah perilaku..yang mana ia adalah sifat semulajadi seseorang..Akhlak yang baik melambangkan kualiti iman dan taqwa seseorang..keruntuhan akhlak dalam diri seseorang muslim terutamnya menyebabkan kita menjadi fitnah kepada agama kita sendiri..tambahan andai orang itu orang yang faham atau belajar agama..tetapi hakikat sebenarnya..bukanlah hanya orang yang belajar agama sahaja perlu elok akhlaknya..tetapi,andai kita mengaku kita adalah seorang muslim..maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menonjolkan akhlak yang baik..dan andai sebelum ini akhlak kita kurang elok sekalipun kita harus mencuba dan berusaha untuk membaiki dan memperelokkan akhlak kita..fahami nafsu yang mendiam dalam diri dan fahami jua perihal syaitan yang sentiasa menghasut manusia kearah kejahatan..

Sabda Rasulallah SAW yang bermaksud

”Tiada suatu amalan seorang hamba yang paling berat timbangannya pada hari kiamat melebihi akhlak yang baik”(Hadith riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Tegas baginda lagi

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”

(Hadith riwayat Abu Daud,At-Tirmidzi dan Imam Ahmad)

Ana berminat untuk berkongsi dengan kalian..al kisah Umar Abdul Aziz..

Umar Abdul Aziz merupakan cicit kepada Saidina Umar Al-Khattab..

Dikatakan pada suatu malam seperti biasanya Umar keluar untuk mengetahui keadaan rakyatnya dengan ditemani oleh seorang pengawal .Ini adalah atur cara harian Umar sejak dilantik menjadi khalifah.Ketika memasuki masjid, beliau melewati seorang yang sedang tidur sehingga Umar tersadung olehnya.Suasana pada waktu itu gelap.Lelaki itupun mengangkat kepalanya sambil berkata..”Gilakah engkau??””Tidak” jawab Umar…Kemudian melihat keadaan itu pengawal Umar cuba hendak memukul lelaki itu,namun Umar berkata ,”Jangan,ia hanya bertanya kepadaku apakah aku gila?Akupun jawab saja,tidak”..

Subhanaallah..lihatlah saudara-saudaraku betapa indahnya akhlak yang dipaparkan oleh Umar bin Abdul Aziz.Betapa tenangnya Umar walaupun seorang khalifah dan mampu untuk menghukum lelaki yang bercakap kasar terhadapnya namun masih mampu bersabar malah melarang pengawalnya daripada mengambil tindakan.Kalaulah keadaan sebegini berlaku kepada kita..entah bagaimana agaknya tindakan kita??mungkin lelaki itu kita maki-maki sepuas hati..atau terus dimasuk penjara kerana bercakap kasar ..Tapi,orang yang ada iman dalam hatinya..orang yang menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah pegangannya..maka Allah akan menjaga akhlak dan peribadinya..indah bukan??

MUHASABAH DIRI

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah..

Kadang-kadang, tanpa kita sedar.. kita melakukan dosa..mata yang memandang..telinga yang mendengar..lidah yang berkata..kaki yang melangkah..tangan yang memegang..sukar betul untuk menjaga nikmat –nikmat Allah ini..kerana itu..kita perlu sentiasa bermuhasabah diri akan dosa dan kesilapan kita..ambillah sedikit waktu..sebelum mata terlelap..untuk kita muhasabah diri kita semula..apakah dosa yang kita lakukan hari itu..dan berazamlah agar kita tidak mengulangi dosa itu lagi..setidak2nya andai malaikat maut mengambil nyawa kita tika itu..kita pergi dlm keadaan diri yang sempat menyesali dosa yang kita lakukan..bukankah kita biasa mendengar… mereka yang menangis kerana takutkan Allah..diharamkan dirinya masuk ke dalam neraka..

tapi,apa yang menyedihkan..air mata kita kadang kala lebih banyak menangisi hal dunia dari hal akhirat…apakah pernah kita meluang waktu menghitung dosa?banyak dari kita...lebih sibuk melihat dan mencari kesalahan orang lain dari memandang kesilapan diri..banyak dari kita hari ini begitu sibuk menghitung harta dan kekayaan dunia..dari menghitung dosa yang kita lakukan dalam sehari..dan lebih buruk dari itu.. bilamana kita tidak pernah ada rasa kesal terhadap dosa yang dilakukan..maka termasuklah kita dalam golongan yang rugi..

AKHLAK YANG BAIK BERMULA DARI HATI YANG BERSIH

Di dalam Hadith Sahih Muslim ada menyebut yang bermaksud

“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras kamu…Allah juga tidak melihat tubuh badan kamu..tetapi sesungguhnya Allah melihat pada hati kamu dan amalan kamu..”

Saudara-saudaraku,

Pernahkah kita terfikir kenapa di dalam hadis ini Allah menyebut tentang hati kemudian baru amalan..Hal ini kerana dari hati yang suci bersih maka akan terpancarlah akhlak yang baik..

KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

Islam begitu mementingkan soal akhlak..malahan sewaktu awal penyebaran Islam..banyak antara mereka memeluk Islam kerana terpesona dengan akhlak yang ditonjolkan oleh baginda Rasulallah SAW..Di dalam al-quran dan hadis terlalu banyak akhlak-akhlak baik yang dipaparkan yang seharusnya dicontohi oleh kita semua antaranya ialah..sifat sabar..menahan marah..menepati janji..berprsangka baik..kasih mengasihi..tolong menolong..memberi salam..adab pergaulan sesama manusia ..dan banyak lagi perihal akhlak yang diterangkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith..ana ada membuat sedikit kajian tentang akhlak ini..insyaallah,ana akan huraikan tentangnya di lain waktu..untuk mukadimahnya..cukup sampai sini dulu..insyaallah,semoga dari perkongsian sedikit ini…kita semua mendapat sesuatu..

Sebelum ana menutup tirai..ana ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di dunia ini..jadikan sirah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai satu ibrah untuk kita melakukan pengorbanan..pengorbanan yang dilakukan bukan kerana manusia,nama,pangkat atau kuasa..melainkan demi mencari keredhoan Allah semata-mata..Insyaallah,ada ganjarannya di sana..

Sekian dari meja penulis,

Semoga kalian sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..

Wednesday, October 27, 2010

SELOKA 'UMPAMA SEMALU'


Tersipu dia malu
Saat disentuh ia menguncup
Pemalu sungguh semalu itu..
Umpama malu sigadis melayu dulu-dulu..
Dilamar orang..dia membatu..suara membisu..
Hanya diam tanda setuju..

Tapi sayang seribu kali sayang..
Keindahan itu kian hilang..
Pepatah semalu bagai tidak disebut..
Kerna rasa malu yang kian luntur..
Dalam jiwa manusia ia terkubur..

Bila malu sudah tiada..
Banyaklah orang tak segan berbuat dosa..
Maksiat melata dimana-mana..
Disunyi sepi..sendiri-sendiri..di depan mata..
Lupa benar mereka pada yang kuasa..

Malu itu jangan dibiar hilang..
Malulah pad mata yang memandang..
Malulah kepada Tuhan Sama' dan Basar..
Larangan Dia jangan diengkar..
Hidup ini bukan sekadar di dunia..
Akhirat sana dihitung segala..

Malu itu sebahagian dari iman..
Kapada wanita umpama hiasan..
Buat manusia..menjadi benteng pertahanan..
Melindung diri berbuat maksiat sesuka hati..
Kerna rasa malu cukup tebal di dalam diri..

Tiada malu kerna tiada iman..
Kurang malu kerna kurang iman..
Hancur umat..tiada malu..
Akhlak punah..bangsa tidak maju..

Wahai Bani Adam Ummat Muhammad..
Jadilah hamba punya rasa malu..
Malu dia umpama semalu..
Malu insan sesama insan..
Malu hamba kepada Tuhan..

'MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN DAN MALU JUGA ADALAH PERHIASAN BAGI SEORANG WANITA'


Tuesday, October 19, 2010

Terima Kasih Ya Allah..



Alhamdulillah..segala pujian hanya bagiMu ya Tuhanku..kerana dengan izinMu jua tamatlah sudah selama 4tahun aku menimba ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris..dan alhamdulillah..pada 16hb yang lalu juga aku telah selesai konvo dan kini bergelar graduan UPSI ..Sarjana Muda Pendidikan Sains Major Biologi..semua ini berlaku atas izinMu ya Allah..sesuatu yang telah Engkau taqdirkan untukku..terima kasih ya Allah..terima kasih ya Tuhanku..

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat mak dan ayah..terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan mak dan ayah..dan didikan yang telah diberikan pada anamu ini..juga dalam membesarkan anak2 10 orang..

Buat along sekeluarga..dan adik2..yang sentiasa menyokong dari belakang..terima kasih semua..

Seterusnya..buat teman2 seperjuangan..teman2 sekuliah..sekelas..selab..kalianlah sahabat umi dunia akhirat..terima kasih atas segala tunjuk ajar kalian..

Penghargaan teristimewa buat para pendidik yang mendidik diriku dari tadika sehingga di alam kampus..buat guru-guru dan para pensyarah yang menyampaikan ilmu..terima kasih cikgu..terima kasih dr..terima kasih puan..terima kasih prof..hanya Allah yang bisa membalas segalanya..

Tidak dilupakan kepada semua yang mengenali hamba Allah ini..terima kasih.. kerana bertemu dengan kalian mematangkan diriku..menjadi diriku..adalah diriku..umira mohamad..kerana aku tak bisa menjadi orang lain..kerana inilah diriku..dan aku bersyukur menjadi diriku sendiri..punya kelemahan dan juga punya kelebihan tertentu..tapi,itulah kurniaan Allah padaku..maka hanya kepada Dialah kusandarkan hidup dan matiku..