Thursday, September 10, 2009

TERAMPUNKAH DOSAKU..


“Akak..saya nak tanya akak boleh?? ”
“Ye dik..tanyalah..”
“Akak..Allah akan ampunkan kite ke akak kalau kita buat dosa??”
“ye sayang..Allah akan ampunkan kita..”
“Tak kisah dosa apa pun ke kak??”
“ye dik..tak kisah dosa apapun melainkan dosa jika kita syirik padanya..”

firman Allah di dalam Surah An-Nisa’ ayat 48 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah itu tidak mengampuni dosa jika Dia dipersekutukan tetapi diampunNya selain dari itu bagi siapa yang disukaiNya. Siapa yang mempersekutukan Allah, sesungguhnya dia telah membuat dosa yang besar..

“akak..saya banyak dosa..Allah akan ampunkan saya ke kak..”
“Dik..Allah Taala tu Maha Pengampun..Dia Maha Penyayang..Dia pasti ampunkan kita..kita ni manusia yang lemah dik..tak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan..krn kita ada syaitan yang menghasut..juga nafsu yang menguasai diri jika kita tak berjaya mengwalnya..apa yang penting..bila kita buat dosa…kita bertaubat dengan sebenar2 taubat..dan kemudian..anggaplah diri kita suci..”
“Tapi kak..saya takut Allah tak ampunkan saya…”
“Dik..adik ingat tak kisah seorang pemuda yang membunuh seramai 99orang..yang akhirnya mencukupkan sebanyak 100orang ...waktu tu dia dah putus asa dengan rahmat Allah..dia takut Allah tak ampunkan dosanya kerana dia sudah melakukan dosa besar dengan membunuh nyawa yang terpelihara..tapi,kemudiannya dengan panduan seorang ulama, dia memohon taubat pada Allah..dan Allah mengampunkan dosanya..”

“ye..saya ingat kak.. tapi kak.. kadang2..saya tak tahu kenapa saya macam teringat dosa yang pernah saya buat…”

“dik..bersyukurlah kerana hati adik masih hidup..hanya orang yang hidup hatinya..akan rasa menyesal dan bersalah dengan dosa yang pernah dilakukannya..adalah perkara biase untuk kita teringat dosa dan kesilapan yang kita lakukan..tapi,seperti yang akak cakap tadi..jika kita berdosa kepada Allah..maka pohonlah ampun padanya..bertaubat dan kemudian anggaplah diri kita sudah suci..usah diingat2 yang lalu..kerana mungkin ingatan itu adalah dari syaitan laknatullah yang ingin menghasut dan memperdaya diri kita supaya kita berbuat keburukan, dosa dan maksiat kembali krn merasakan diri kita tidak diampunkan Allah..sedangkan sebenarnya..Allah Taala itu Maha Pengampun..

kita selalu berprasangka pada Allah dik..sedangkan sebenarnya pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita..jika ingatan itu datang..maka zikirlah..ingatlah Allah..krn sesungguhnya yang mengembalikan ingatan itu adalah Dia..dan yang bisa melupakan juga adalah Dia..

“terima kasih kak..”
“sama-sama kasih..dah..adik jangan fikirkan sangat..banyakkan buat solat taubat ye..”
“baik kak..”

………………………………………………………………………………………………………………………

Dialog diatas hanyalah rentetan dialog kecil dengan seorang adik..bukanlah niat membuka cerita tapi sekadar set induksi untuk kita sama-sama memahami akan apa yang ana ingin sampaikan sebentar lagi..krn mungkin kita juga pernah merasa yang sama..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah..

Manusia adalah satu makhluk yang seringkali lalai dan leka..dalam keadaan lalai dan leka itulah kita mudah terjerumus ke dalam lembah dosa dan kemaksiatan..hingga kadang2 tanpa kita sedar kita melakukan sesuatu yang dimurkai Allah..atau mungkin keadaan sekeliling mendesak kita melakukan sesuatu yang di luar jangkaan..maka jadilah kita hamba Allah yang hina..yang mencela dirinya sendiri..

mungkin ada dikalangan kita yang tidak sedar apa yang dilakukan itu adalah dosa..maka disini ana berikan satu analogi yang cukup mudah sbgi perbandingan tentang apa itu dosa iaitu bilamana hati kita merasa takut dan malu orang mengetahui apa yang kita lakukan..maka itulah dosa..namun, sebagai hamba Allah..malu itu haruslah lebih kepada DIA daripada manusia krn DIA Maha Mengetahui apa yang kita lakukan sama ada yang terang mahupun tersembunyi dan DIAlah juga yang Maha Mengetahui apa yang ada dlm hati kita..

Namun saudara-saudaraku, Allah Taala itu Maha Pengampun..diampunkan dosa hambanya yang bertaubat kepadanya dan DIA menyukai akan hamba-hamba yang bertaubat pada-Nya cuma kita yang kadangkala prasangka dan putus dengan rahmat Allah..

Fimran Allah di dalam surah An-Nashr:110:3 ada menyebut:

Maka tasbihlah memuji Tuhan engkau dan memohon ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia sangat suka menerima taubat (memberikan rahmat).

Bilamana kita perbuat dosa dan kemaksiatan, pasti akan timbul rasa menyesal atau berdosa dan bersalah dengan apa yang dilakukan..tapi,apakah daya..
”nasi sudah menjadi bubur..”..
”terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya..”
“sesal dulu pendapatan..sesal kemudian tiada gunanya..”

begitulah juga dalam kita menyedari kesilapan yang kita lakukan..orang yang masih hidup hatinya akan mudah merasa kesal terhadap dosa yang dilakukan melainkan orang-orang yang sudah tertutup pintu hatinya atau hatinya gelap kerana dipenuhi bintik-bintik hitam dimana orang-orang ini tidak merasa berdosa dengan dosa dan maksiat yang dilakukan sebaliknya berasa bangga dgn dosa yang dilakukannya..tika itu akalnya seakan sudah tidak bisa berfungsi kerana kini diterajui oleh nafsu..dosa dan pahala..halal dan haram..sudah tidak dapat dibezakan lagi dan jadilah dia orang-orang yang rugi..

Tanpa adanya rasa kesal dan berdosa itulah wujudnya satu golongan manusia yang mengatakan..taubat itu hanyalah apabila sudah tua..ataupun orang yang sengaja menangguh-nangguhkan taubat kerana fikirnya umurnya masih panjang..
”alah…tua nanti..aku bertaubatlah..”..
”iskh..aku tahulah..nanti aku bertaubatlah..”
...........................................................................................................

Saudara-saudaraku..

Sedarkah kita bahawa ajal tidak menunggu kita..ajal tidak mengira tua atau muda..tidak kira malam atau siang..pagi atau petang..tapi,bilamana sudah sampai ajal kita..maka pergilah kita mungkin dalam keadaan diri yang tidak sempat bertaubat.. maka amalkanlah untuk sentiasa memohon taubat setiap kali solat sebagai kerendahan diri kita sebagai hamba yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa dan maksiat sekalipun hanya dosa kecil..Bertaubatlah selagimana pintu taubat masih terbuka..janganlah kita menangguh2kan taubat atau menunggu untuk bertaubat tika roh sudah berada di halkum krn andai kita tidak sempat untuk bertaubat tika itu..maka jadilah kita hamba yang rugi..

Apa yang paling penting, jangan terlalu mudah berputus asa dengan rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah Taala itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang dan DIA Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita..ikhlaslah dalam melakukan sesuatu krn Allah..dan sentiasa berprasangka baik kepada Allah..
Firman ALLAH di dalam Surah Az-Zumar :39:53-54

Katakanlah:”Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas mencelakakan dirinya sendiri!!Janganlah kamu putus harapan dari rahmat Allah!!Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Penyayang.
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan tunduklah menyerahkan diri kepada-Nya sebelum siksaan datang kepada kamu, ketika itu kamu tidak akan mendapat pertolongan.


Jika kita berdosa kepada Allah, kita seharusnya memohon ampun pada-Nya manakalah sekiranya kita berdosa dengan manusia maka hendaklah kita memohon maaf kepada manusia itu tidak kira sama ada kepada ibu bapa kita sendiri, adik-beradik mahupun sahabat, teman dan taulan..ikhlaslah dlm melafaz maaf dan semoga dia sudi memafkan kita..sesungguhnya Allah SWT sangat suka dengan orang yang meminta maaf dan sedia memafkan orang lain..dan baginda Rasulallah SAW juga adalah seorang yang pemaaf..maka contohilah peribadi baginda ini..
......................................................................................

Saudara-saudara seislamku sekalian,

Sebagai akhirnya, bersama-samalah kita memohon ampun kepada Allah SWT ats segala dosa dan maksiat yang pernah kita lakukan..sesungguhnya Allah Taala sangat cemburu iaitu cemburu apabila hambanya melakukan kemaksiatan padaNya..ambillah peluang di 10malam terakhir ini untuk kita mendekatkan diri kepada Allah dan bersamalah kita berusaha mencari malam lailatul qadar..Andai diizinkan Allah kita bertemu dengan malam itu..maka pohonlah ampun pada Allah dengan sebenar2 taubat semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu..perbanyakkanlah beristighfar dan berzikir kpd Allah dan semoga Allah melindungi diri kita dari berbuat kemungkaran pada-Nya..

sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Sekian sahaja untuk kali ini..semoga kita mendapat sesuatu dari penulisan yang tidak seberapa ini..sebelum ana mengundur diri ampun dan maaf ana pohon untuk sekalian teman..maafkanlah diri ana yang hina ini.. dan tegurlah ana disaat ana lalai dan leka..semoga kalian sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..aaminnn…

Monday, September 7, 2009

Dialah Hempedu..Dialah Penawar..









"Siapa nama Muhammad Hazim Izzafran angkat tangan?
cepat-cepat sibuah hatiku Hazim mengangkat tangan..

"Hazim..tepuk tangan sayang.."

pok amai-amai..belalang kupu-kupu..
tepuk biar pandai malam karang upah susu..

Si kecil itu pantas menepuk tangan sambil senyuman terukir diwajah..

Salam mak ngah hazim..aku menghulur tangan..lantas tanganku disambut dan dicium..
aduhai...buah hati mak ngah dah pandai salam ye sayang..

Hazim dah pandai apa lagi along??

"Banyak angah..bile die dengar azan kat tv..die senyap je..tekun dia mendengar..
kalau kita berzikir lailahaillah..pandai betul dia menggoyang-goyangkan badannya seolah-olah berzikir..Bile kita beri die buku..dia sudah pandai menyelak..dan sudah pandai cakap"dah..dah.."lalu ditarik buku lain..

aku tersenyum mendengar cerita along..ya Allah..cepat betul masa berlalu..Sedar tak sedar kini buah hatiku muhammad hazim izzafran iaitu anak alongku kini sudah berumur 11bulan..rasanya baru semalam kami mendapat berita yang along sudah selamat bersalin..dan kini buah hatiku itu sudah pandai berdiri pun..

Sekembalinya aku ke kampung bersma along memberi peluang untuk aku bersama buah hatiku itu..orang yang paling gembira sekali..siapa lagi kalau bukan opahnya..iaitu ibuku..sampai sahaja hazim dirumah kami..terus disuruh tidur bersmaanya dibilik..

Itulah buah hati kami sekeluarga..cucu sulung katakan..menjadi kemanjaan semua..

Sesekali melihat along dan abang long menjaga anak mereka..mengajar aku sesuatu iaitu pentingnya untuk suami dan isteri itu mempunyai sikap sabar di dalam diri..benar..sabar itu sebahagian daripada iman..tanpa kesabaran mana mungkin si ibu atau ayah mampu bertahan mendengar tangisan anak yang kuat dan mungkin sekali menggangu tidur yang lena..tanpa kesabaran mana mungkin si ayah dan si ibu bisa bersabar dengan kerenah anak yang sudah pandai menyepahkan barang-barang dirumah..tanpa kesabaran tak mustahil anak yang belum mengerti apa-apa dipukul kerana melepas rasa marah..

anak-anak adalah amanah Allah..maka adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap ibu dan bapa menjaga amanah Tuhan ini sebaiknya..ingat!!bilamana kamu sudah bersedia membicarakan tentang perkahwinan dan m'persiapkan diri menjadi suami atau isteri maka persiapkanlah juga diri untuk menjadi seorang ibu atau bapa..

"TATATATATA.."
Buah hatiku mengeluarkan suara..

"Hazim cakap apa sayang??"aku memandang buah hatiku itu..
hmm..apalah agaknya yang dituturkan oleh buah hatiku ini..kalau mak ngah faham..mesti mak ngah dah balas balik sayang.."aku tersenyum sendirian..

"Hazim..mak ngah nangis ni..huhuhu.." aku berpura-pura nangis sambil menutup mukaku..tak lama kemudian..aku mendengar perlahan suara buah hatiku.."uuuuuu..sambil ditutup mukanya dengan tangan..

ya Allah..dia mengajuk aku menangis..hmm..cerdik betul buah hati mak ngah ni ye..aku terus mendokong buah hatiku itu..

Bahagiaku melihat senyuman diwajah buah hatiku itu..itulah anak2 teman2ku..saat dia menangis..kitalah yang resah..saat dia gembira..kitalah juga orang yang paling gembira..dialah penawar..dialah hempedu..semoga satu hari nanti..aku bisa memiliki zuriatku sendiri..











Wednesday, August 26, 2009

MENGENAL TINGKAT NAFSU YANG 7..


Assalamualaikum buat sekalian pembaca..semoga sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..Insyaallah,hari ini ana berminat untuk membwa kalian menjelajah ke pembelajaran tasawwuf..Dalam kita mempelajari ilmu tasawwuf, bermakna kita sedang merungkai bagaimanakah cara untuk menyucikan hati..

ya!menyucikan hati adalah teramat sukar..tapi,apa yang paling penting kita hendaklah sentiasa berusaha untuk menyucikan hati..Dalam berusaha menyucikan hati kita seharusnya tahu dimanakah tahap-tahap atau peringkat nafsu kita agar kita bisa melwan nafsu tersebut dengan memperbanyakkan zikir..insyaallah..

jika sebelum ini ana ada menerangkan tentang 3peringkat nafsu yang biasa kita dengar dan kita pelajari di sekolah tetapi hari ini ana akan merungkai 7 peringkat nafsu dari apa yang ana belajar dan dari pembacaan..

Menurut kebanyakkan ahli sufi sebenarnya peringkat nafsu itu boleh kita bahagikan kepada 7 peringkat iaitu
1. Nafsu Amarah
2. Nafsu Lawwamah
3. Nafsu Mulhimah
4. Nafsu Muthmainnah
5. Nafsu Radhiyah
6. Nafsu Mardhiyah
7. Nafsu Kamaliyyah

Nafsu Amarah
Nafsu ammarah merupakan nafsu yang paling rendah tingkatnya dimana nafsu ini yang mengakibatkan diri selalu diselubungi keburukan dan maksiat..Orang yang berada di dalam nafsu ini akan merasa megah dengan dosa yang dilakukannya dan mereka tidak merasa terkilan terhadap dosa dan maksiat yang dilakukan..nauzubillahiminzalik..

Firman Allah di dalam surah Yusuf :53
Dan aku tidak membela diriku(dari kesalahan),kerana sesungguhnya nafsu itu suka menyuruh kepada yang buruk kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku, sesungguhnya Tuhanku Pengampun dan Penyayang
..

Nafsu Lawwamah

Nafsu Lawwamah pula meningkat sedikit tahapnya daripada nafsu amarah. Andai pada nafsu amarah tadi ia berasa bangga dengan dosa dan kesilapan yang dilakukan sebaliknya nafsu pada tahap ini pula akan merasa terkilan dan kesal dengan keterlanjuran dosa dan maksiat yang dilakukan serta kekurangannya menunaikan kewajipan..

Di dalam dirinya terasa seperti ada sesuatu yang mencelanya.Tetapi dengan adanya suara celaan dari dalam diri itu menunjukkan ia masih hidup. Ringkasnya bolehlah kita analogikan orang yang mempnuyai nafsu lawwamah ini ialah orang yang mempunyai penyakit dalam hatinya tetapi masih belum parah..

Firman Allah di dalam surah Al-Qiamah :2
Dan aku bersumpah dengan nafsu yang mencela(nafsu lawwamah
)

Nafsu Mulhimah

Bagi tingkat nafsu mulhimah pula sesetengah ulama tidak memasukkan tahap ini dalam peringkat nafsu yang dilalui dalam diri manusia. Tetapi ramai juga dari kalangan ulama terutama ahli sufi yang memasukkan peringkat ini seperti yang disyariatkann di dalam al-Quran,yang bermaksud

“Maka diilhamkan kepadanya jalan yang membawa kepada kejahatan dan ketaqwaan

Surah As-Syams:8

Nas diatas pada ammya menjelaskan manusia boleh menerima suatu saranan di dalam dirinya sama ada berunsur kejahatan atau kebaikan. Ini juga menunjukkan diri seseorang sentiasa diilhamkan dua unsur iaitu kejahatan dan kebaikan.

Berdasarkan nas dan sejarah hidup manusia sepanjang zaman membuktikan di dalam diri manusia ada satu daripada dua unsur itu seperti suatu alat yang dapat mengesan suara dari alam ghoib. Fenomena ini adalah reality yang diakui tetapi diragui. Dalam bidang ilmu, fenomena ini diejaki oleh ahli psikologi.
Pelbagai pendapat dan istilah dikemukakan, namun semua kajian meyakini fenomena terbabit sekalipun berbeza dari segi penaksiranyya.

Nafsu Muthmainnah

Nafsu ditahap ini adalah lebih sempurna dimana ia merupakan suatu usaha menyucikan (tazkiyah) dan melakukan jihad(mujahadah) terhadap nafsunya. Hasil dari jihad nafsu yang tabiatnya sentiasa bergelora dan membara tanpa ada batas kepuasan, berpandukan syariat Allah dan jauh daripada maksiat zahir dan batin akhirnya menjadikan diri mencapai ketenangan..

Peringkat ini tidak dapat dirasakan melainkan selepas diri merasakan damai terhadap hokum Allah dan manhajnya, ketentuan qada’ dan qadar, mengingati Allah dan khusyuk dalam ibadah..Malah diri tenang menghadapi konsep kehambaan diri kepada Allah sentiasa kembali kepada Allah dan hatinya pula sejahtera daripada sebarang penyakit.
Selain itu diri dalam peringkat ini juga akan mudah terasa dengan kesalahan dan dosa manakala ukuran dan timbangan terhdap sesuatu amal kebajikan semakin cermat. Kedamaiannya dinikmati oleh diri dan orang disekelilingnya bahkan kadangkala menjadi penaung kepaa mereka yang diburu kerisuan dan keresahan hiup. Diri di peringkat inilah yang mendapat panggilan Ilahi sebagai hamba-Ku dan tentunya akan mendapat ganjaran syurga Allah.

Firman Allah dalam Surah Al-Fajr : 27-30

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dgn engkau berpuas hati(dgn nikmat yang diberi) lagi diredhoi!Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurga.


Nafsu Rhodiyah

Nafsu rhodiyah ini nafsu dalam diri orang yang dapat mendiamkan syaitan dari dalam dirinya. Allah menurunkan ketenangan ke dalam hatinya. Diri akan menghayati sifat redho dan menjadi maqamnya namun diri masih bimbang dan berasa belum diterima Allah.

Nafsu Mardiyah

Bagi mereka yang mempunyai tahap nafsu mardhiyah orang ini kini berada di tahap dirinya diredhoi Allah. Diri ditahap ini dapat merasakan maqamnya diterima Allah. Tetapi rasaan ini bukanlah dibuat-buat dan sekadar satu dakwaan sedangkan sebenarnya tidak ada pada dirinya.Rasaan ini adalah pemberian Allah sebagai busyra(khabar gembira) dari Allah kepada hambanya yang diredhoi hidupnya ketika di dunia.

Nafsu Kamaliyah

Nafsu kamaliyah merupakan tingkat nafsu yang terakhir dan tertinggi. Nafsu ini digelar nafsu kamaliyah yang membawa maksud nafsu yang sempurna..Tak banyak yang dapat ana huraikan tentang nafsu kamaliyah tapi cukuplah untuk kita tahu bahawa untuk mencapai tahap nafsu kamaliyah ini maka kita harus bisa menempuh enam yang sebelumnya.

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,

Kita adalah manusia yang bersifat lemah..selalu resah dan gelisah..kadang-kadang tanpa kita tidak sedar atau dalam keadaan sedar sekalipun kita sering melakukan dosa dan kesilapan. Walaubagaimanapun, sesuatu yang harus kita ingat bahawa Allah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian..Allah telah menganugerahkan akal untuk kita berfikir..juga Al-Quran sebagai panduan hidup..sebagai hamba, kita harus sentiasa berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik..setiap apa yang kita lakukan sekalipun sekecil-kecil perkara berbaliklah kepada Allah kerana itulah hakikat diri kita..tidak punya apa-apa..melainkan segala apa yang kita miliki adalah miliknya dan bergeraknya kita jua adalah dengan kuasa-Nya

Bilamana hati kamu tenang..maka dengarlah suara hatimu..andai kamu orang beriman..Insyaallah..firasat kamu selalu benar..kata-kata kamu dipandu ALLAH..ilmu kamu kurnia dari-Nya..

semoga kita semua mendapat sesuatu dari pengisian kali ini..sebelum ana berundur, dibawah ini ana ceritakan sedikit perihal nafsu yang degil..semoga kita mendpat sesuatu dari kisah ini..insyaallah..

Kisah Nafsu Yang Degil Pada Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T memerintahkan malaikat untuk memasukkan nafsu ke dalam neraka jahim selama 100 tahun. Setelah 100tahun nafsu dikeluarkan..

Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau”

Mendengar jawapan nafsu itu lalu nafsu dimasukkan pula ke dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah 100tahun, nafsu dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" . Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau”

Mendengar jawapan nafsu yang terus berdegil itu lalu Allah memerintahkan malaikat supaya jangan diberi makan dan minum kepada nafsu..Mendengar perintah Allah itu, akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Kerana dengan tidak makan dan minum itu bisa menundukkan nafsu..

Sahabat-sahabtku,

Demikianlah betapa degilnya nafsu. Oleh itu, sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal oleh Allah,pergunakanlah akal ini untuk kita memandu nafsu dan jangan sesekali membiarkan nafsu itu yang memandu kita..

sekian buat kali ini,
bicara hati wanita mengundur diri

Friday, August 21, 2009

Ramadhan yang dinanti..


Ramadhan..
Hadirmu yang kunanti..
kini telah kunjung tiba..
Begitu hangat kurasakan..
bahang rindu yang terubat ..
Rindu untuk mendekatkan diri kepada yang menganugerahkan hadirMu..
Sinar bulan yang penuh barakah..
Menyentuh hati-hati hamba yang menantimu selama ini..
Semoga aku hamba..benar bisa tulus pada penciptaku..

Malam ini bermulalah sudah solat tarawikh..masjid-masjid dan surau-surau yang dulunya tampak sunyi kerana sedikitnya orang yang hadir kini meriah bagaikan ada jamuan kenduri..Mungkin inilah kebiasaan yang selalu berlaku bila hadirnya bulan Ramadhan..keberkatan Ramadhan yang terasa bahangnya dihati hamba-hamba yang begitu merindu untuk mendekatkan diri kepada Allah..tapi,entah kenapa..kebiasaanya juga bilangan jemaah kian kurang dan berkurang dipenamat bulannya..Semoga puasa kali ini tidaklah begitu jadinya..aaminnn..

”jadilah kamu seperti Ashobul Abid iaitu hamba yang menyambut Ramadhan kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah..”

masih terngiang-ngiang kata-kata ustaz Zawawi di dalam ceramah ‘Ambang Ramadhan’ malam semalam..semestinya kita mendamba untuk menjadi hamba yang begitu..kehadiran Ramadhan disambut bukanlah kerana ingin mengutip ganjaran pahala semata-mata mahupun kerana ia adalah sudah menjadi adat atau kebiasaan kebanyakkan orang tapi disambut dengan penuh kesyukuran kpd Allah..disambut dengan keinginan dan iltizam dlm hati untuk mengambdikan diri kepada Allah..maka haruslah untuk benar-benar difahami akan apa yang dikatakan’BULAN RAMADHAN BULAN KEBERKATAN..’

Bilamana kita berbicara soal berpuasa ramai diantara kita yang memahami apa yang dikatakan berpuasa itu ialah tidak makan dan tidak minum..tapi,ramai yang tidak mengetahui bahawa yang dikatakan berpuasa itu bukanlah sekdar menahan diri dari lapar dan dahaga tetapi juga melindungi diri dari perkara-perkara yang tidak baik..termasuklah dalam menjaga anggota yang tujuh..mata yang melihat, telinga yang mendengar, lidah yang berkata, tangan yang memegang,kaki yang melangkah mahupun kemaluan yang menginginkan..inilah yang dikatakan ‘ BULAN RAMADHAN BULAN PENTARBIYYAHAN’

Sedar atau tidak sedar, terlalu banyak modul-modul pentarbiyyahan yang Allah sediakan kepada kita dengan menjalani ibadah berpuasa. Berpuasa tidak cukup sekadar memenuhi rukun-rukunnya tetapi juga dilengkapkan dengan perkara-perkara sunat yang menyumbang kutipan pahala dan perkara-perkara makhruh yang boleh mendidik jiwa supaya tidak melakukannya..semata-mata untuk memperoleh ibadah puasa yang benar sempurna..

“ayah..ayah..kalau adik puasa penuh..ayah bagi rm30 ye??”
“ye..kalau adik puasa penuh..ayah berilah rm30..”

Mungkin ini antara seloroh si ibu atau ayah kepada anak-anak yang mahu diajar atau dilatih untuk berpuasa..

Semangatlah si kecil ini kerana berharap dapat ganjaran diakhir Ramadhan..inilah antara peneguhan positif yang boleh digunakan oleh para ibu dan bapa yang ingin melatih anak-anak berpuasa..Si kecil mungkin kurang memahami akan apakah tujuan sebenar mereka berpuasa tetapi setidak-tidaknya mereka faham bahawa bila bulan berpuasa itu tidak boleh makan dan juga minum..meningkatnya usia anak-anak dan bertambahnya ilmu akan menjadikan si kecil dengan sendiri bisa memahami akan apa yang dikatakan dengan berpuasa sebenarnya...

apapun,kepada ibu-ibu atau bapa-bapa yang ingin melatih anak-anak berpuasa..sebaik-baiknya terapkan dan sampaikanlah juga pada anak-anak supaya mereka bisa memahami sedikit demi sedikit tujuan berpuasa yang sebenar..insyaallah..ana percaya anak-anak yang suci tanpa dosa ini akan memahami juga akhirnya..

Itu perihal anak-anak kecil..bagaimana pula kita yang sudah dewasa..yang mungkin sudah layak digelar isteri atau suami orang?mahupun ibu atau bapa??apakah kita benar-benar faham akan apa tujuan sebenar kita berpuasa??apakah ia cukup sekadar tidak makan dan minum atau bagaimna??

Andai kita fikir-fikirkan kembali, banyak dikalangan masyarakat Islam hari ini yang menganggap Ramadhan itu hanya dilihat pada solat tarawikhnya..pada kurmanya..atau pada meriahnya bazaar Ramadhan..tapi,kurang yang benar-benar memahami bahawa bulan Ramadhan inilah bulan yang terbaik yang dianugerahkan oleh Allah untuk kita menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah atas segala nikmat yang diberi oleh-Nya..tanda kesyukuran itu dibuktikan pula dengan amal ibadah yang dilakukan krn Allah semata-mata..tidak hairanlah jika kita ke Mesir, mereka akan bercuti di bulan puasa untuk membolehkan rakyatnya mempertingkatkan amal ibadah di bulan puasa..demikianlah begitu bermaknanya bulan Ramadhan ini bagi mereka-mereka yang benar-benar memahami..

Oleh sebab itu, perkara utama yang seharusnya difahami oleh setiap ummat Islam yang berpuasa ialah tujuan kita berpuasa iaitu kerana Allah semata-mata..untuk mendapatkan redhonya..kerna melaksanakan perintah-Nya..inilah tanda kita hamba yang bersyukur..

Kewajipan menjalani ibadah puasa ini telah diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran yang bermaksud:

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kamu untuk berpuasa,sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang terlebih dahulu dari kamu,supaya kamu terpelihara(dari kejahatan)

Firman Allah lagi di dalam surah yang sama ayat 184 yang bermaksud:
Iaitu beberapa hari yang sudah ditentukan .Tetapi siapa diantara kamu yang sakit atau dalam perjalanan maka puasakanlah bilangan yang tidak dipuasakan itu pada hari yang lain. Dan untuk orang-orang yang sangat berat baginya mengerjakan puasa itu hendaklah membayar fidyah, memberikan makanan kepada orang miskin dan siapa yang suka mengerjakan kebaikan atas kemahuan sendiri , itu amat baik baginya dan berpuasa itu lebih baik bagimu kalau kamu mengetahui.

Puasa adalah satu satu pokok dari Umat Islam..Ia merupakan rukun Islam yang ke-2 yang harus dilaksanakan bagi setiap orang Islam. Tujuan berpuasa ini bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi juga sebagai satu proses pentarbiyahan dari Allah untuk mendidik diri kita sendiri dan memelihara diri dari melakukan kejahatan. Sekalipun, berpuasa ini adalah satu kewajipan namun Allah Taala juga telah memberikan kelonggran kepada mereka-mereka yang tidak bisa melaksanakannya sebgaimana firman Allah di atas..tetapi,sekiranya orang-orang yang keberatan itu tetap ingin berpuasa maka ia bukanlah menjadi satu permasalhan sebaliknya Allah mengatakan bahawa berpuasa itu adalah lebih baik jika kita mengetahui..

Menurut pendapat sesetengah ahli tafsir..yang dikatakan orang-orang yang keberatan mengerjakan puasa di dalam ayat diatas ialah ialah merujuk kepada orang-orang yang sudah tua dan lemah, perempuan-perempuan yang mengandung atau yang menyusukan anak dan orang-orang yang mempunyai pekerjaan yang sangat berat untuk penghidupannya sehari-hari maka orang-orang ini dibolehkan membayar fidyah..

Saudara-saudaraku..
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia. Di dalam bulan Ramadhan inilah turunnya kitab suci Al-Quran yang menjadi panduan sekalian manusia..

Frman Allah di dalam surah Al-Baqarah : 185 yang bermaksud
Dalam bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran,pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran itu dan yang memperbedakan antara kebenaran itu dan yang memperbedakan antara kebenaran dan kesalahan.Siapa yang menyaksikan bulan Ramadhan,hendaklah berpuasa dan siapa yang sakit atau dalam perjalanan maka puasakanlah itu pada hari yang lain. Allah mahu memberikan kelapangan kepada kamu dan tidak hendak memberikan kesulitan dan supaya kamu dapat mencukupkan bilangan bulan itu, dan membesarkan Allah kerana pimpinan yang telah diberikannya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.


Di dalam firman Allah diatas, menjadi bukti turunnya Al-Quran pada bulan Ramadhan dan sekali lagi Allah menjelaskan tentang kelonggaran bagi orang-orang yang sakit atau dalam perjalanan dimana mereka dibolehkan berbuka dalam bulan Ramadhan tetapi mereka diwajibkan untuk menggantikannya sebanyak mana mereka berbuka itu di dalam bulan yang lain.Begitu juga bagi perempuan2 yang datang haid dan tidak boleh berpuasa juga wajib menggantikannya.

Firman Allah ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allah Taala memerintahkan kita untuk berpuasa bukanlah untuk membebankan diri kita sebaliknya adanya hikmah disebalik kewajipan tersebut yang mungkin tidak kita ketahui. Disebalik kewajipan tersebut, Allah taala turut memberi kelonggaran kepada yang tidak mampu melaksanakannya..betapa Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang..

Bulan Ramadhan bukan sahaja merupakan bulan turunnya Al-Quran malahan di dalam bulan ini juga Allah telah menganugerahkan satu malam kepada kita yang dipanggil’malam lailatulqadar. Pada malam inilah juga dikatakan turunnya Al-Quran..

Firman Allah di dalam Surah Ad-Dhukan: 3
Sesungguhnya Al-Quran itu Kami turunkan di malam yang diberkati. Sesungguhnya Kami pernah memberikan peringatan.


Malam yang diberkati di dalam ayat ini merujuk pada malam lailatul qadar pada bulan Ramadhan.tanggal yang ganjil pada 10malam terakhir.Malam penurunan Al-Quran itu sesungguhnya memberikan keberkatan dan kemuliaan bagi dunia seluruhnya kerana di tengah dunia penuh kegelapan itu memancar cahaya kebenaran Ilahiyang disinarkan oleh kitab suci Al-Quran.

Firman Allah di dalam Surah Al-Qadr :1-5
Sesungguhnya Al-Quran itu Kami turunkan di malam kemuliaan
Tahukah engkau apa malam kemuliaan itu?
Malam kemuliaan itu lebih baiik dari seribu bulan
Di malam itu turun malaikat-malaikat dan Ruh dengan izin Tuhan-Nya untuk setiap urusan
Selamat!itu sampai terbit fajar


Malam lailatulqadar itu tidak diketahui bila masa dan tarikhnya dan kita hanya diberitahu bahawa hadirnya adalah pada 10 malam yang terakhir dan jatuh di malam ganjil..kerana itu kita amat-amat digalakkan untuk lebih mempertingkatkan amal pada 10 malam yang terakhir ini..semoga kita dapat bertemu dengan malam lailatulqadar..insyaallah..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,
Di bulan puasa yang mulia ini, bersama-samalah kita memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada Allah..tidak dilupa, pohonlah juga kemaafan kepada sahabat dan teman-teman..semoga hati kita akan lebih tenang dalam menjalani ibadah ini..

Akhir kata, sebelum ana mengundur diri..ana ingin mengambil ksempatan ini untuk memohon maaf atas segala kesilapan ana pada kalian jika ada..bersama-samalah kita mendekatkan diri kepada Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini..dengan penuh keikhlasan sebagai hamba..dan semoga amal ibadah ini tidak hanya dilaksanakan di bulan Ramadhan tetapi teruskanlah juga pada bulan-bulan yang lain..insyaallah..

Monday, August 17, 2009

AJAL YANG MENANTI..

Bila izrael datang memanggil
Jasad terkujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Seluruh badan kan kedinginan

TIAP-TIAP DIRI (MANUSIA) PASTI MERASAI MATI KEMUDIAN KEPADA KAMI,KAMU DIKEMBALIKAN
Surah Al-Ankabut : 57

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kematian Ustaz Asri yang merupakan ketua kumpulan nasyid Rabbani..salah satu kumpulan nasyid yang terkenal di tanah air kita..pemergian beliau secara tiba-tiba tanpa sebarang petanda bahawa beliau sakit benar-benar mengejutkan banyak pihak..Cuma beliau disahkan meninggal kerana serangan jantung..tapilah,itulah yang dikatakan dengan ajal saudara-saudaraku..kerna bila sudah sampai ajal kita..maka waktunya tidak akan bisa dianjak walau sesaat..

Mendengar berita kematian ustaz Asri mengingatkan ana pada kematian bapa saudara ana pada tahun lepas..kematian yang benar-benar mengejutkan..juga tanpa sebarang penyakit..diwaktu dia hendak menunaikan solat zohor..tiba-tiba dia terkena strok dan akhirnya bapa saudara ana disahkan meninggal..kehilangannya benar-benar terasa..semoga Allah merahmati roh bapa saudaraku..

Sekarang ini juga,negara kita digemparkan pula dengan berita-berita kematian yang disabitkan dengan H1N1..saat hari ini, angka kematian di Malaysia sudah mencapai 64orang..siapa sangka saudara-saudaraku..adanya yang meninggal dunia disabitkan dengan H1N1??Tapi,itulah yang dikatakan dengan ajal..bersama-samalah kita mensedekahkah bacaan Al-Fatihah kepada semua umat Islam yang sudah kembali kerahmatullah..semoga Allah merahmati roh mereka..AL-Fatihah..

MATI..
Mati adalah satu kepastian..Bilamana sudah sampai ajal , maka terpisahlah roh dari jasad..mata yang bisa melihat,sudah tidak lagi bisa melihat..telinga yang dulunya bisa mendengar seakan pekak tidak bisa mendengar..lidah kelu tidak bisa berkata..tangan..kaki..segalanya-galanya kaku saat roh sudah tidak lagi menghuni jasad..

Mendengar berita-berita kematian,sudah pasti membuatkan diri kita menggigil ketakutan..pasti terdetik di dalam hati..
"ya Allah...entah bagaimna pula agaknya aku mati nanti..cukupkah amalku ya Allah.."
Saudara-saudaraku,
kita juga akan menempuhi mati..cuma saat ketikanya tidak kita ketahui..kerana itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan mengingati mati agar dengan mengingati kematian itu melahirkan rasa takut dalam diri..dan membuatkan diri kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan amal soleh..menjadikan kita takut untuk melakukan maksiat mahupun dosa..kita ini hamba Allah yang lemah dan hina..sentiasalah berzikir mengingatinya setiap waktu dan saat..setiap masa dan keadaan..sesungguhnya Malaikat Izrael tidak akan memberikan petanda datangnya ia..tapi,datangnya ia tanpa diundang..tanpa kita sangka..

Ajal maut seseorang sudah ditentukan oleh Allah dan dimana dan bagaimana kita mati hanya DIA Maha Mengetahui..ia termasuk di dalam 5perkara ghaib yang tidak ada yang mengetahui melainkan Allah..Setiap dari kita pasti akan merasai mati..ajal sentiasa menanti kita..maka tidak hairanlah ada yang kita dengar ,seseorang hamba Allah itu yang ditarik nyawanya sewaktu sedang tidur..tampak tenang..tetapi ada juga yang diambil nyawanya dalam keadaan yang sangat dahsyat sama ada mati kerana dibunuh, kemalangan atau sebagainya..semua hanya sabit /penyebab untuk membuktikan kematian tetapi hakikatnya..bilamana sudah sampai ajal kita..maka pergilah kita mengadap-Nya..PERGI TAK KEMBALI

Sebagai umat Islam,kita juga amat digalakkan untuk menziarah kubur..semoga ia bisa mengingatkan kita pada kematian..teringat ana sewaktu belajar di pondok pasir tumbuh iaini kita mempelajari soal adab sewaktu menziarah ke kubur..antaranya kita hendaklah memberi salam kepada ahli-ahli kubur..dan katakanlah kepada mereka..bahawa kita juga akan menemani mereka satu hari nanti..semoga ia menjadi pendorong untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah..krn yakinnya kita bahawa kematian itu pasti menjemput kita jua satu hari nanti..
Saudara-saudaraku..
Kita takkan bisa merasai atau menggambarkan bagaimana sakitnya mati itu melainkan kita sendiri yang merasainya..sekalipun, kita tidak tahu bagaimana atau bila kita mati..tapi,kita tidak boleh mendoakan atau meminta mati..walau sesakit manapun kita..atau apapun bentuk kesusahan yang kita hadapi janganlah kita meminta untuk mati kerana Islam tidak mengajar kita untuk menjadi seorang yang mudah berputus asa..kerana itu kita disarankan untuk ikhtiar dlm sesuatu..berdoa dan selebihnya kita bertawakal..melainkan sememangnya sudah sampai ajal kita..

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulallah SAW bersabda :
“sekali-kali janganlah kamu meminta-minta mati kerana apabila kamu telah mati maka berhentilah kamu beramal..Sesungguhnya, bertambah panjang umur seorang mukmin bertambahlah pula kebaikan yang dapat diperbuatnya..

Dari Allah kita datang..daripadanya jua kita kembali..
Dunia ini cukup sekadar perhiasan..perkampungan akhirat itulah yang kekal abadi..dalam gelak tawa kita..dalam kesibukan bekerja mahupun belajar..dalam keasyikan mengejar dunia..maka janganlah sesekali kita lupa pada AJAL YANG MENANTI..banyakkanlah berzikir dan bermuhasabah diri..bersamalah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesilapan lalu..sesungguhnya DIA MAHA PENGAMPUN dan ingatlah pada kematian..sesungguhnya KEMATIAN ITU PASTI..sentiasalah berdoa kepada Allah agar matinya kita mati dalam keadaan kita bisa menyebut kalimah Laailahailaallah..kerana kalimah inilah sebagai bukti kita masih berpegang pada janji kita pada Allah sewaktu kita di alam roh dulu..
Dari Usman r.a katanya Rasulallah SAW bersabda:
Barangsiapa mati dalam keadaan dia yakin bahawa tidak ada Tuhan selain Allah,maka dia masuk syurga..
YA ALLAH YA TUHAN KAMI..ANDAI SAMPAI AJAL KAMI..MAKA MATIKANLAH KAMI DALAM KEADAAN BERIMAN KEPADAMU YA ALLAH..MATIKANLAH KAMI DALAM KEADAAN KAMI BISA MENGUCAP KALIMAH LAAAILAHAILLALLAHH..MUHAMMADURRASULALLAH..PERMUDAHKANLAH KAMI DALAM MENGHADAPI SAKARATULMAUTMU YA TUHANKU..
SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU..