Monday, August 11, 2014

Monolog Dalaman

Betapa cepat masa berlalu..
Tidak terkejar olehku..
Membiar blog ini menjadi lesu..
Tanpa bicara dari kalbu..

Entri terakhir berkaitan anak pertamaku..
Tidak bergerak-gerak selepas itu..
Mungkinkah ada yang menunggu-nunggu..
Atau mungkin hati terasa rindu..
Kembali menulis seperti dulu..

Kini penulis beranak dua..
Si puteri kecil anugerah dari-Nya..
Bersyukur aku kpd yang ESa..
Benar..sabar itu ada hikmahnya..
Tuhan memberi tak perlu dipaksa..
Dia mengatur terbaik kpd hamba-nya..
Terima kasih ya ALLAH atas nikmat segala..

Tersenyum sendiri membaca janji kpd diri..
Kononnya nak update blog pelbagai entry..
Sudahnya setahun lebih tidak terisi..
Sibuk sungguh empunya diri..

Besar sungguh harapan dihati..
Bicara hati wanita aktif kembali..
Tuhan..berikan aku waktu tersendiri..
Berkongsi sesuatu di laman ini..
Ku menulis bukanlah untuk dipuji..
sekadar untuk diriku sendiri dan mereka y sudi..
Berkongsi pengalaman hidup dan sedikit ilmu pengingat diri..
Kerna kumenulis dari hati..

Ini bicara seorang wanita..
Y juga sorng isteri buat suami tercinta..
Sorng ibu kpd dua anknye..
Sorng ank kpd ibu n bapanya serta mertua..
Seorng kakak dan adik dlm keluarga..
Sorng y bergelar guru penuh dgn cita..
Mendidik ank bangsa menjadi insan y berguna..
Moga termakbullah hasrat dijiwa..

Insyaallah..


Monday, December 10, 2012

AMANAH DARI ALLAH



Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi Maha Mengasihani..
segala puji hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam..
Kerana DIA aku hidup..dan kerana DIA juga aku mati..

Assalammualaikum w.b.t..lafaz salam yang mulia buat semua pembaca blog BICARA HATI WANITA

Lama sungguh rasanya, ana tidak melakar sesuatu di sini..kesibukan dengan kerja..ditambah dengan diri yang mengandung waktu itu..menegah diri untuk berlama-lama di hadapan laptop walaupun hakikatnya terlalu banyak yang ingin dikongsikan bersama..

Alhamdulillah..segala pujian hanya bagi Allah..4hb11 yang lalu,hari Ahad tepat pukul 5.55petang,ana selamat melahirkan seorang anak lelaki..Subhanaallah..Maha Suci Allah..pengalaman melahirkan buah hati ana dan suami..Muhammad Zuhdi Wafi ini..merupakan satu pengalaman yang menakjubkan..selesai bersalin secara normal di Hospital Mersing..satu yang terlintas di  fikiran..ya Allah,bagaimanalah agaknya ibuku bisa melahirkan kami 10orang setiap tahun..benarlah..lahirnya seorang anak itu..gugur sekali dosa-dosa siibu..nikmat kesakitan saat melahirkan..pengorbanan siibu bertaruh nyawa melahirkan anak..itu yang harus kita hargai dan kita renungkan..namun,,segala kesakitan it terus hilang saat melihat wajah mulus si kecil..subhanaallah..Maha Suci Engkau ya Allah..terima kasih atas nikmat ini..

Maaf..penulis tak bisa berlama-lama ..insyaallah..perkembangan ana menjaga amanah Allah akan cube dikongsikan dengan kalian..
                             Muhammad Zuhdi Wafi Bin Muhammad Akib

TAHUN 2012 YANG MEMBAHAGIAKAN..TAHUN INI KU BERGELAR ISTERI KEPADA SUAMI TERCINTA MUHAMMAD AKIB..DAN TAHUN INI JUGA KUBERGELAR SEORANG IBU KEPADA ANAKKU MUHAMMAD ZUHDI WAFI..


TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS NIKMATMU INI..




Sunday, June 24, 2012

HATI YANG BUKAN PADA SUAMI...


Satu malam..aku menerima mesej dari seorang sahabat dan teman sekerja..


Sahabat : Umi dah makan?
Umira     : Belum..baru lepas memasak..Anak dalam perut nak makan izzaidah..umi usahakan juga untuk memasak..Insyaallah,umi nak makan lepas solat isyak..
Sahabat  : Umi kalau tak larat beritahu tau..
Umira     : Insyaallah..terima kasih izzaidah..umi tak ape-ape..cume umi perlu kuat..

Minggu ini,kesihatanku jadi tidak menentu..kadang-kadang terasa malu kerana ada aje yang menegur dan mengatakan aku  nampak lemah dan tak bermaya..memang kuakui ,tubuh badanku lemah..kepala terasa pening..kadang-kadang terasa seolah-olah berjalan tidak jejak kaki..keadaan tekanan darah yang rendah..kesukaran untuk bernafas bila berbaring.. ditambah dengan keadaan diri yang sukar tidur cukup mempengaruhi keadaan diriku yang sedang mengandung lima bulan lebih..Namun,sebenarnya aku tak suka diriku jadi lemah begini..aku tak ajar diriku menjadi orang yang lemah..tapi,begitulah keadaan diri ketika ini..Cuma aku bersyukur walau dalam keadaan begini..sewaktu mengajar..aku masih bisa bersemangat untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridku..insyaallah..semuanya atas gerak Allah..semoga Allah menguatkan aku..
...................................................................................................................................
Tiap-tiap hari ibuku dari kampung menelefon..mak risau kerana aku tinggal seorang di rumah..bila berbual dengan mak..tak pernah sekali aku menunjukkan nada sedih atau tidak larat..mahupun menceritakan apa-apa yang boleh menyebabkan mak risau..aku tahu ibuku bagaimana..dia akan lebih risau dari aku..sebagai anak..tanggungjawab aku untuk tidak membuat dia risau..

”Angah tak apa-apa mak..angah ok...”

Itulah yang selalu kuucapkan pada mak jika dia bertanya khabar ku..aku tak mahu mak risau..Insyaallah,aku kuat untuk berjauhan dengan suami seketika ini..

UJIAN BERJAUHAN DENGAN SUAMI??

Rata-rata wanita hari ini..menjadi wanita yang berdikari..ana mungkin sedikit beruntung berjauhan dengan suami hanya bila suami outsation..berbanding dengan sahabat2 lain yang sememangnya berjauhan dgn suami ..walaupun kadang2 hati turut terasa rindu dan ada air mata turut gugur pada malam hari..tambahan dalam keadaan diri yang mengandung..tapi..insyaaallah..semoga Allah memberi kekuatan kepada diri..untuk tidak terlalu menurut perasaan..dan sabar melalui ujian berjauhan dengan suami..

Teringat kata-kata ayah ana,sewaktu pulang ke kampung cuti lalu,

”ISTERI WAJIB TAAT PADA SUAMI..TAPI,HATI..BUKAN PADA SUAMI..HATI PADA ALLAH..”

YA!Hati kita milik Allah..Andai kita meletakkan hati kita pada makhluk sama ada pada suami..isteri atau anak-anak..kita akan mudah kecewa saat diuji..sama ada diuji dengan kehilangan mahupun kejauhan..

Melihat pada diri sendiri yang juga masih lemah..Bila kadang-kadang hamba Allah ini menangis kerana teringat, rindu atau risaukan suami..hanya ucapan doa yang tak lepas dari mulut agar Allah melindungi dan mempermudah urusan suami..dan bila kadang kala terasa sedih dan sunyi kerana sendirian di rumah..ana mengingatkan pula diri ana.."nanti..dalam kubur..aku akan sorang-sorang..jadi tak boleh sedih..aku ada Allah kan.."ayat itu kuulang berkali-kali..memberi semangat dan kekuatan pada diri..

........................................................................................................................

Beralih kita kepada soal rumah tangga..

Perkahwinan adalah satu ibadah..malahan ia adalah sunnah Rasulallah..apa yang indah dalam sebuah perkahwinan..bila kita mampu membawa rumah tangga yang dibina ke jalan Allah..mengikut syariat Islam..dan membawa kesempurnaan dalam beragama..Seorang isteri wajib taat pada suami selagimana suami tidak menyuruh untuk melakukan sesuatu yang melanggar syariat..dan menjadi tanggungjawab suami pula,untuk menghormati dan memenuhi hak-hak seorang isteri..

Bila diuji Allah, dengan suami isteri perlu berjauhan..maka akan ada tuntutan-tuntutan hak yang tidak tertunai dan tidak bisa dijalankan..maka disinilah letaknya kesefahaman dalam berumah tangga...dan apa yang lebih penting ialah keyakinan dan pengharapan kepada Allah sebagai tempat bergantung..

Firman Allah di dalam Surah Sl-Ankabut ayat 2-3 yang bermaksud:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan"Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?" dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta..

Semoga hamba Allah yang masih belum sampai setahun jagung melayari alam rumah tangga dan sahabat2 lain yang diuji Allah dengan ujian berjauhan dengan suami tetap sabar..dan yakin dengan takdir Allah..Allah menguji kita..kerana Allah tahu kita mampu menerima ujian ini dengan hati yang redho..kita kuat untuk berjauh dengan suami..walau sesekali air mata wanita kita tumpah jua..namun, ana percaya..air mata itu bukanlah tanda kelemahan kita semata-mata..tapi,kerana fitrah hati seorang wanita yang cukup lembut dan penuh dengan rasa kasih dan sayang..

Indahkan menjadi seorang wanita??
Indah lagi menjadi seorang isteri...
dan bertambah indah saat kita menjadi ibu...

Insyaallah..bicara ini atas izin Allah..sebagai pemberi semangat untuk diri sendiri dan mereka-mereka yang sudi membaca...




Tuesday, June 12, 2012

KHABARAN BERITA


gambar ini sekadar perhiasan..

Assalammualaikum w.b.t

Sudah lama benar blog 'BICARA HATI WANITA' ini sepi tanpa suara dari pena..mungkinkah ada yang ternanti-nanti..atau tercari-cari?maaf dari penulis..membiarkan blog ini sunyi tanpa berpenghuni..

Hari ini..13Jun 2012..sedar tidak sedar..sudah hampir lima bulan penulis bergelar seorang isteri..tiada cerita cinta atau perkenalan sebelum nikah yang ingin dikongsi...cukuplah untuk kumengatakan gerak dan tutur kata antara aku dan suami sebelum menuju ke alam perkahwinan..maka yang menggerakkannya adalah Allah..tanpa mengenali..tanpa perlu berbicara dari telefon..tanpa berjumpa bersama..Allah mengaturnya dengan cukup mudah..maha suci Engkau ya Allah..dan ya!CINTA HALAL dan CINTA SETELAH NIKAH itu cukup indah bagiku..sangat indah bila kadang-kala kami perlu berjauhan kerana suamiku out station dan aku merindui suamiku.

"bantu aku menjalankan kewajipanku sebagai seorang isteri ya Allah..kerana aku ingin menjadi isteri untuk suamiku di dunia dan di akhirat..dan ketua bidadari di syurga untuk suamiku.."

Meniti detik hari yang berlalu, aku suka berkata-kata dgn anak dalam kandunganku..terasa kebesaran Tuhan saat ia bergerak-gerak dalam rahimku..tiada apa yang mampu dilafaz..melainkan berdoa agar Allah melindunginya dan menjadikan ia hamba yang beriman dan bertaqwa..

Pembaca yang dirahmati Allah,

Nikmat manakah yang harus kita dustakan??

Allah mengatur yang terbaik untuk kita..melimpah pelbagai niikmat untuk kita rasai..cuma kita yang kadangkala leka dan alpa dari melafaz rasa syukur..

Sekalipun,kadangkala Allah menguji kita dgn pelbagai percubaan..tapi,yakinlah..andai hati kita sentiasa ingat Allah..andai kita sabar dan ikhlas..maka kesabaran dan keikhlasan itu akan membuah kebahagiaan atas kurniaan-Nya jua..Isbir..Isbir..Isbir..


Akhir kata dari penulis..Insyaallah, saya akan cuba untuk tidak membiarkan blog ini sepi tanpa suara..untuk kali ini..cukuplah setakat ini sebagai KHABARAN BERITA dari penulis..semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindungan ALLAH..

p/s:bersamalah kita berdoa untuk saudara-saudara se-Islam kita di seluruh dunia..

Friday, December 16, 2011

MALU


Petang itu ana pergi mencari barang-barang dapur dan keperluan harian..Melihat aku dan adik lelakiku menaiki van..tokku menyapa untuk ikut sekali..mungkin tok sengaja mahu mencari angin luar..ank jiranku turut menumpang..sampai di kedai..aku membeli barang2 yang siap ditulis oleh mak..hampir RM200 semuanya..tapi,aku tak pelik..barang2 sekrang sememangnya sudah semakin mahal..seterusnya..kami pergi pula ke TenTen..anak jiranku yang mengikut tadi mahu mencari baju..aku dan tok sekadar menunggu di dalam van..

“Sikit je motor..kereta yang banyak..”Tokku memulakan perbualan..

Aku memandang ke arah jalan..ya!memang kereta yang banyak..

“Kalau dulu..orang jalan kaki..lepas tu naik basikal..kemudian naik motor..sekarang sume dah pakai kereta pulak..”tokku menambah..

“Haah tok..”

“Dunia makin indah..manusia makin kurang iman..”spontan kata-kata ini keluar dari mulut tok..

Hmm..betul tu..

“kenapa kurang iman?sebab manusia sekarang sudah semakin hilang rasa malu..”tokku menyambung

Aku diam..memikirkan kata-kata tok..ya!memang benar apa yang tokku katakan..memang ramai manusia yang tak tahu erti malu skrg..

Benarlah seperti sabda Rasulahhah SAW:-

"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini,sebab itu mintalah dengan Allah untuk keduanya."(Bukhari)


........................................................

Berbicara soal malu..tahukah kita.. malu termasuk dalam cabang iman..rasa malu pada Allah, pada sesama manusia mahupun pada diri sendiri..

Hadis Abu Hurairah r.a:

Diriwayatkan daripada Nabi SAW baginda bersabda:Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman.

Kerana ada rasa malu..seorang wanita itu menutup auratnya dengan sempurna kerana khuatir dilihat orang..kerana rasa malu dengan tudung labuh atau songkok yang dipakai..mereka yang berpakaian begini malu untuk buat sstu yang tidak baik..kerana rasa malu pada Allah..seseorang itu menjadi takut untuk membuat maksiat atau dosa sekalipun waktu itu tiada manusia melihatnya..tetapi krn rasa malu pada Allah..maka dia berusha melawan nafsu..

Hadis Imran Bin Husaini r.a

Nabi SAW telah bersabda :Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.

Ya!Sifat malu bisa mendatangkan kebaikan..Namun, apa yang menakutkan sekarang..manusia sudah tidak ada rasa malu..sama ada lelaki..mahupun perempuan..sama sahaja..kerana tiada rasa malu dalam diri..ada yang tidak kisah memakai pakaian yang menjolok mata..kerana tiada rasa malu, ramai yang tidak kisah memaparkan gambar yang tidak menutup aurat pada umum..mahupun meletak gambar dengan reaksi wajah yang entah apa-apa dan mengaibkan di dalam facebook.. kerana tiada rasa malu..manusia tidak kisah berpeluk-pelukan..berpegangan tangan..melakukan adegan tidak sepatutnya di depan khalayak umum.. kerana tiada rasa malu manusia tidak kisah meletak gambar dengan bukan muhrim yang terang-terangan satu dosa.. ya!kita menyebarkan aib kita sendiri..kita yang membuka aib kita kepada umum..apakah kita termasuk dalam golongan yang tak tahu malu??

Dalam satu hadis yang diriwayatkanoleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah saw bersabda:

"Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang."(Baihaqi)

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)

Subhanallah, betapa pentingnya untuk sifat malu itu ada dalam diri kita.. namun..sayang bilamana sifat malu itu kian hilang dalam diri hamba..

hadis riwayat Aisyah ada menyebut ,

"Semoga Allah memberi rahmat kepada wanita muhajirin. Apabila ayat hijab turun 'dan ayat diperintahkan melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian dada mereka dibacakan, mereka mencarik kain daripada pakaian yang mereka ada dan menutupi kepala mereka".(Abu Dawod)

Tidakkah al-kisah wanita muhajirin ini bisa kita jadikan contoh??setelah turun ayat hijab maka segera mereka melabuhkan tudung mereka..mencarik kain untuk menutup kepala? kerana apa??ya!sudah tentu kerana ia adalah perintah Allah dan kerana adanya rasa malu dalam diri mereka.

Tapi,fenomena ummah Islam yang kita lihat sekarang..betapa ramai yang tahu tentang aurat..tapi,masih megah membukanya..menayangnya kepada umum..tidak segan berpakian ketat..risau dengan liuk tubuh yang mungkin diperhati..tambah dahsyat bilamana suami sendiri tidak pernah tahu untuk menegur isteri yang tidak menutup aurat dengan betul?ditambahkan pula dengan ibu bapa yang juga tidak kisah dengan gaya pakian dan aurat anak-anak ...

Allahuakhbar.. siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini? Aku sendiri hanya mampu menegur yang kadangkala teguran itu berlalu dibawa angin..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah..

Hidup kita di dunia sementara Cuma..sampai masa yang ditakdirkan..kita akan pergi mengadap Ilahi..dan bila sampai waktu itu..kita takkan bisa lari...takkan bisa berganjak walau seminit..kematian itu tidak mengira tua atau muda..dalam keadaan sakit atau tidak sakit...sampai masa ia datang..maka pergilah kita menghadap-Nya..perbanykkanlah mengingati Allah..bila kita ingat Allah..kita akan rasa dekat dengan Allah..kita akan rasa takut dengan Allah..rasa takut itulah yang melindung kita dari berbuat maksiat dan dosa sesuka hati..dari melanggar perintah Allah..yang membuat kita rasa malu pada Allah..

Peringatan ini..aku dahulukan untuk diriku..untuk ahli keluargaku..dan seterusnya untuk saudara-saudara seislamku..jika benar kamu mengaku kamu ORANG ISLAM..semoga MALU itu ada dalam diri kamu..

Rasulullah saw bersabda:
"Setiap cara hidup ada karektornya. Dan malu itu adalah karektor Islam

WAALAHUALAM..SETIAP KATA-KATA ADALAH DENGAN IZIN ALLAH..

Monday, December 5, 2011

BERTUAHNYA WANITA MENGANDUNG

Assalamualaikum semua..bagaimana dengan iman kalian hari ini?semoga semakin bertambah iman dalam melayari hidup hari demi hari..

Tak sedap rasanya hati penulis bila lama tak menulis..membiarkan ‘BICARA HATI WANITA’ ini sepi tanpa suara dari pena..mungkin memang kerana penulis sendiri suka menulis dan teringin untuk menjadi seorang penulis..kalian doakan ya..

Hati teringat pada dua orang kakak yang sedang mengandung tujuh bulan sewaktu sama-sama mengikuti kursus intervensi tambah opsyen di UM..cekal betul mereka berdua..belajar dalam keadaan diri yang masing-masing sedang sarat..namun,diri masih bisa petah membentang di hadapan..kadang-kadang hati turut terasa sayu melihat mereka seakan letih bila berjalan jauh..dan melihat kerut di wajah..mungkin kerana menahan rasa sakit..

Suka betul penulis bila berpeluang memegang perut akak berdua ni..memberi salam kepada anak yang dalam kandungan dan merasa pergerakan..

“Assalamualaikm baby..jangan nakal-nakal ye..nanti, tolong umi waktu lahir..biar mudah bersalin..”

Emmm...Bertuah betul ibu-ibu yang mengandung ni kan..kenapa bertuah?Insyaallah..penulis berminat untuk berkongsi dengan kalian..kenapa bertuahnya ibu yang mengandung..

1.Apabila seorang wanita itu mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

Subhanaallah..besar sungguh pahalanya bukan?spt orang yang berjihad..sekalipun mungkin seorang wanita itu tak bisa menghunus pedang..atau keluar untuk menegakkan agama Allah..namun, dengan melahirkan zuriat suami..umat Muhammad..maka ia mendapat pahala seperti berjihad pada jalan Allah..

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. Bertuah betul ibu yang mengandung bukan?ada Malaikat yang memohon ampun untuk mereka..

3. Tahukah kita..rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Ya Allah..bertuah betul wanita mengandung. Untuk wanita-wanita yang sedang hamil sekarang dan insyaallah untuk yang bakal hamil..jadikan ini sebagai kekuatan untuk kita melaksanakan perintah Allah dalam mengerjakan solat..jangan kerana keadaan atau rasa sakit maka kita terus meninggalkannya..fikirkan,bertuahnya anak dalam kandungan andai punya ibu yang sabar dalam melaksanakan perintah Allah dalam keadaan diri yang hamil dan sedang sarat..

4. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

5. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari

6. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

7.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji

8. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

....................................................................................

Bertuah!memang bertuah ibu-ibu yang mengandung. Tidak hairanlah sewaktu mereka ingin melahirkan..sakit mereka sebegitu dan dikatakan orang, nyawa orang yang hendak bersalin seperti di hujung tanduk..kerana saat mereka melahirkan itu..gugur bersama dosa-dosa mereka..dan kerana Allah ingin memberi pahala berlipat ganda kepada mereka..

Teringat pada mak penulis yang kini berumur 49tahun..yang telah selamat melahirkan 10orang anak..6putera dan 4puteri..10 orang anak bermakna 10 ragam bersalin..Penulis masih ingat bila mak menceritakan pengalamannya yang pernah lekat uri sewaktu mengandung anak ke-8..hampir dibedah sewaktu nak melahirkan anak ke-9..menelan telur ayam kampung sewaktu mengandung anak ke-6 kerana anak keluar masuk..keluar masuk..tinggal di wad berhari-hari kerana anak tak nak keluar..macam-macam cerita..macam-macam pengalaman..tapi,mungkin itu kerana Allah nak beri pahala kepada mereka yang mengandung..

p/s: Kepada mereka-mereka yang mengandung terutamanya yang penulis kenal..sahabat-sahabat..dan rakan sekerja terutamanya..penulis doakan semoga kalian sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah..sabar dan tabah melalui dugaan orang mengandung..dan jaga diri kalian baik-baik..^_^..

UNTUK SAMA-SAMA KITA BERFIKIR..

Bagaimana pula dengan orang yang mengandung kerana berzina yek?Yang seterusnya membuang dan mencampak anak tak kira di mana-mana?Apakah mereka mendapat pahala dan dosa-dosa mereka juga gugur seperti mereka yang mengandung secara halal??

Emm..mungkin..itulah sebabnya mereka tak kisah untuk membuang darah daging mereka sendiri..mungkin juga kerana itu..kebiasaanya golongan ini kita rasakan mudah bersalin..boleh memotong tali pusat sendiri?boleh mengeluarkan uri sendiri?mereka tak bisa merasakan nikmat sebenar melahirkan anak hingga mereka sanggup membuang anak yang tidak bersalah kerana cara mereka mendapatkan anak itu juga dengan cara yang berdosa..Nauzibillahiminzalik..

Bagaimana cara untuk menangani masalah sosial ini??

Tiada lain melainkan dengan melaksanakan hukum Allah..

Sekian dari penulis..

“Semoga akhirnya Islam benar-benar tertegak di negaraku..”

Friday, November 11, 2011

SYMP??


Masa yang berlalu terasa begitu cepat..siang dan malam yang bertukar silih berganti bagai tidak terasa..inilah percaturan Tuhan..dijadikan siang itu untuk manusia bekerja..mencari nafkah..dan waktu malam itu untuk berehat..dan ada juga diperuntukkan sebahagian malam itu untuk beribadah pada-Nya..Maha Suci Allah yang mengatur segala yang dilangit dan di bumi..kerana DIA kita hidup dan kerana DIA juga kita mati..

Sedar tidak sedar cuma tinggal satu minggu sahaja lagi ana dan peserta-peserta PITO yang lain berada di UM..taklimat ringkas yang disampaikan oleh wakil BPG semalam mencetus idea penulis untuk berbicara soal ini...SYMP..

SYMP??

Apa itu SYMP?

Ana juga baru semalam mendengarnya..

SYMP ialah singkatan dari ayat SAYA YANG MENURUT PERINTAH..

Ana percaya..kalian pasti biasa mendengar kalimat ini..biasa dituturkan di mana-mana terutamanya dari mulut mereka-mereka yang bergelar pekerja..

Ayat 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'..menunjukkan nilai ketaatan..boleh jadi ketaatan seorang pekerja kepada majikannya..atau boleh juga menggambarkan ketaatan anak kepada ibu bapanya..

Berbicara soal ketaatan kepada makhluk sama da soal tugas,arahan atau perintah terhadap sesuatu..maka apa yang harus kita ketahui ialah perintah itu semestinya tidak melanggar perintah yang lebih utama iaitu perintah Allah SWT..

Sekalipun di dalam Al-Quran banyak diterangkan soal ketaatan kepada ibu bapa tetapi bilamana perintah itu bersalahan dari segi syarak maka arahan itu boleh untuk tidak diikut..dan dipatuhi..contohnya,sekiranya terdapat ibu atau bapa yang melarang anak dari memakai tudung maka adalah menjadi tanggungjawab si anak untuk mematuhi perintah Allah dan tidak menuruti perintah ibu bapanya yang terang2 bersalahan dari segi Islam..demikianlah bagaimana Islam mengatur kehidupan manusia..

Teringat kisah seorang hamba Allah yang memeluk Islam tetapi tidak disukai oleh ibunya..Bermati-matian si ibu memujuk si anak agar keluar dari Islam namun si anak tetap berkeras dan berusaha mempertahankan aqidahnya..demikianlah iman para sahabat satu masa dulu..

Namun,melihat pada dunia realiti kini..betapa ramai manusia yang kuat dalam mempertahankan aqidah?betapa ramai umat yang sanggup bermatian-matian kerana ingin menuruti perintah Allah dan menjaga hak-Nya?Manusia hari ini lebih ramai yang menjadi hamba kepada hamba..menjadi hamba kepada wang dan nafsu..kerana bertuankan kepada semua inilah..maka perintah Allah dilupakan serta-merta..kerana ingin menjaga hati client,ada yang sanggup meneguk arak kerana khuatir kehilangan pelanggan..kerana ingin mendapat wang lebih, ada yang sanggup menerima rasuah,memberi makan anak isteri dengan wang haram..kerana khuatir kehilangan pekerjaan,ada yang sanggup menanggalkan tudung,meninggalkan perintah Allah agar menutup aurat..dimana nilai ketaatan yang sewajarnya kita pegang???

YA!Ketaatan itu perlu..ketaatan rakyat kepada pemimpin..ketaatan pekerja kepada majikannya..ketaatan si anak kepada ibu bapanya..tapi,ingatlah..tiada ketaatan yang lebih utama dari ketaatan kita kepada Allah..taatlah kepada mereka-mereka yang berkenaan selagimana mereka tidak menyuruh kita melakukan sesuatu yang bersalahan dan melanggar syariat Islam..tapi,bilamana apa yang diperintahkan itu melanggar perintah Allah..maka kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah dan turuti apa yang Tuhanmu telah perintahkan..Sesungguhnya sesiapa yang menjaga hak Allah..maka Allah akan menjaga haknya..insyaallah..

waallahualam..




Tuesday, October 18, 2011

MENGAJAR TANPA ILMU??


Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog 'BICARA HATI WANITA'..Semoga kalian sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera..semoga dengan nikmat sihat itu maka kita bisa beribadah pada-Nya..

Alhamdulillah...sedar tidak sedar sudah masuk minggu ke-2 ana berada di Universiti Malaya bagi mengikuti Kursus Intervensi Tambah Opsyen(PITO) dengan menambah opsyen Bahasa Melayu..Program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Guru yang merupakan salah satu projek dibawah NKRA dalam meningkatkan kualiti guru ini, ternyata tidak sia-sia..program ini telah dibuka kepada guru-guru yang mengambil kos sains dan matematik sewaktu di IPT yang tidak dapat mengajar bidang sendiri untuk menambah opsyen lain sebagai opsyen tambahan sama ada Sejarah, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup atau Pendidikan Seni dan Geografi..

Sebagai perintis program ini, pandangan penulis sendiri.. peserta-peserta PITO cukup bersemangat untuk mengikuti kursus selama 3bulan ini..sekalipun,ada dikalangan peserta dalam keadaan mengandung dan terpaksa berjauhan dengan suami,isteri dan anak-anak..namun,semangat yang terpapar di wajah mereka..jelas menggambarkan mereka sanggup berkorban demi mendapatkan ilmu..

Mengapa agaknya guru-guru ini cukup bersemangat demi mendapatkan ilmu??

Ya!Kerana ilmu adalah pelita hidup..Betapa banyak firman-firman Allah yang membicarakan soal ilmu..darjat atau perbezaan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu dan pelbagai lagi berkaitan ilmu..semua ini sudah cukup untuk menjadi bukti pentingnya kita menuntut ilmu..

Berbicara soal ilmu..kita pasti pernah mendengar pepatah ini..

’ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TANPA BUAH’..

namun,hari ini ana tidak akan membicarakan soal ini..tetapi..ana berminat untuk mengupas tajuk

’MENGAJAR TANPA ILMU’..

Melihat pada diri sendiri..sebagai seorang guru yang masih setahun jagung..mengambil kos sains major biologi di upsi dan diberi tanggungjawab mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 1 ..terasa kekurangan pada diri bila mengajar pelajar..mungkin pandangan masyarakat mengajar Bahasa Melayu itu mudah..tapi,bagi ana..mengajar dalam keadaan kita bukan orang yang benar-benar pakar atau punya ilmu dalam bidang tersebut ..maka ia adalah suatu kekurangan yang harus ditampung kembali kekurangan itu..dan kadang-kadang timbul rasa sedih pada diri bilamana tidak mampu menjawab soalan pelajar dengan ilmu atau mungkin kita sendiri kekurangan pengetahuan dalam teknik mengajar Bahasa Melayu yang terbaik..

Alhamdulillah..segala pujian hanya bagi Allah..walaupun pada awalnya,agak terkejut bila dikehendaki mengisi borang PITO kerana ada urusan peribadi yang hendak diselesaikan..khuatir dapat terlalu jauh..namun,tidaklah pula ana berdoa agar ana tidak dapat PITO ini..ana hanya berdoa Allah menentukan yang terbaik..alhamdulillah..ini pilihan yang terbaik Allah beri pada ana..berpeluang menambah opsyen Bahasa Melayu dan Allah tempatkan di UM..yang ana rasa tidaklah terlalu jauh..terima kasih atas percaturan-Mu ya Allah..

Berbalik soal mengajar tanpa ilmu..sememangnya tersangat pelik bilamana kita mengajar orang lain apa yang kita sendiri tidak tahu atau kurang arif..Ilmu itu bukan boleh direka-direka..ia sesuatu yang harus dituntut..harus punya guru..

ILMU TANPA AMAL SIA-SIA..AMAL TANPA ILMU ITU GILA ATAU SESAT..

Analoginya di sini cukup mudah..andaikan ada seorang hamba Allah yang mahu mengerjakan solat..tetapi dia tidak tahu bahwa hendak solat itu harus berwuduk..maka hamba Allah itu pun solatlah tanpa berwuduk..maka apakah hukum solat tersebut??

Jawapannya:tidak sah..

Contoh kedua..andaikan ada seorang lagi hamba Allah mengerjakan solat..dia telah bergerak lebih dari tiga kali..hamba Allah tersebut tidak tahu bahu gerak tiga kali itu boleh membatalkan solat..maka tanpa dia sedar solatnya sebenarnya telah terbatal..

Walaubagaimanapun..bilamana kita bercakap soal agama..ada kemaafan bagi mereka yang jahil..namun kita dituntut untuk mendalami dan mencari ilmu..berbeza bilamana kita mengajar atau menyampaikan ilmu berkaitan pengajaran kepada pelajar..

Andai seorang guru itu tidak punya ilmu untuk mengajar..tetapi dia tetap mengajar..dan ternyata dia telah tersalah dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar..maka terlalu besarlah kesannya kepada pelajar..

Benar..mengajar itu satu amanah..dan ana percaya..sekalipun guru-guru perlu mengajar bidang yang bukan bidang kepakaran sendiri..tapi kerana ada rasa tanggungjawab..guru-guru ini sendiri yang akan membuat rujukan..kajian..bertanya kepada yang pakar dan belajar sendiri apa yang diajar agar tidak mengajar ilmu yang salah kepada pelajar..Benar bukan??Kerana apa??

KERANA TIDAK MUNGKIN KITA BISA MENGAJAR ANDAI TANPA ILMU..

DAN MEREKA YANG BERILMU..AKAN SENTIASA INGIN UNTUK MENAMBAH ILMU..

Sebagai akhirnya..

Peringatan kepada diri sendiri dan guru-guru diluar sana yang perlu mengajar bidang yang bukan opsyen..ayuhlah kita sama-sama mendalami bidang yang kurang kita mahir itu..semoga dengan keikhlasan hati kita menerima tanggungjawab dan amanah ini maka ada ganjarannya di sana..insyaallah...

LOVE BEING A TEACHER..

Friday, September 23, 2011

USTAZAH PILIHAN??


Kehidupan sebagai guru..berjalan seperti biase..ramai betul guru-guru SMKSA2 yang memakai baju berwarna ungu hari ini termasuklah aku..seorang kakak tiba-tiba menghampiri aku dari belakang..memegang bahuku..dia juga berbaju ungu pada hari itu..

"Kenapa Umira dan Syahida taknak masuk program ustazah pilihan??"tiba-tiba akak terfikir kenapa tak korang berdua masuk program tu.."akak itu meneruskan bicaranya..

Aku sekadar tersenyum..tiada apa yang hendak kukatakan..

Menyertai program"Ustazah Pilihan"??

Tidak pernah terlintas di hatiku untuk menyertainya..aku tahu tentang program itu..tetapi sewaktu melihat iklannya di dalam tv..tidaklah pula terlintas di dalam hati untuk menyertai program tersebut..malahan, waktu itu aku terfikir..apakah ada yang ingin menyertai program ini??apakah ada ustazah-ustazah di luar sana yang mahu menyertainya??dari satu aspek..jika kita lihat secara positif..ya!program ini mungkin mampu untuk mengalih pemikiran remaja di luar sana untuk menjadikan ustazah-ustazah ini sebagai ikon..secara tidak langsung mungkin melalui program ini kita dapat memupuk dan mendidik anak-anak remaja dengan unsur-unsur agama yang diterapkan di dalam program ini..sepertimana berjayanya program'Imam Muda' yang kini telah berlalu dengan siri ke2..

Aku menyokong andai ada yang berani untuk ke hadapan..tapi,pandangan peribadiku..aku tidak akan menyertai pertandingan ini..selain merasakan diri tidak layak..aku punya pandangan lain berkaitan hal ini..bagi seorang lelaki..untuk menonjolkan diri ke hadapan itu mungkin tiada masalah..tapi,berbeza bagi seorang perempuan yang dianugerahkan dengan rasa malu..Bagiku..ustazah pilihan mahupun seorang muslimah itu takkan ke hadapan menonjolkan diri..takkan suka untuk diperhati..takkan teringin untuk dikenali..sikap malunya pasti mengatasi segala-galanya..rasa malu pada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri..pada masyarakat mahupun pada diri sendiri..selain khuatir menjadi fitnah kepada lelaki..Bukankah di dalam hadis ada menyebut tentang ini..

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Teringat tazkirah ustaz pagi tadi..sedangkan dengan memandang sudah dikira fitnah..inikah pula jika wajah kita ditatapi..gerak kita diperhati..suara kita didengari..benar..wanita itu aurat..padanya ada sesuatu..syaitan sentiasa siap sedia mengaburi mata lelaki yang memandang raut wajah seorang wanita..moga Allah melindungi diriku dari menjadi panah-panah syaitan..

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah,

Bicaraku hari ini..hanya sekadar pandangan peribadiku..andai aku diberi pilihan untuk menyertai program ini..maka aku memilih untuk tidak menyertai kerana rasa maluku sendiri..berkaitan program ini..aku tidak punya hak untuk menilainya..kerana bagiku..Allah tidak lihat kita dari luaran kita...tapi dari hati kita..apa yang kita niatkan..andai niat penganjur itu baik..niat para peserta juga baik..maka Allah sendiri yang akan menjaga program ini dari fitnah yang mungkin hadir..dan kebaikanlah yang akan kita peroleh..tapi,andai niatnya tidak benar..maka yang tidak benar..dan tidak baik itu juga yang akan dirasai..waallahualam..

-Hanya kepada Allah aku memohon keampunan atas kata-kataku yang salah..-

Monday, September 12, 2011

Dekatkan Aku Dengan-Mu ya Allah..


Lame rasenye hamba Allah ini tidak menulis..bukan tiada ape2 yang hendak diperkatakan..tapi,kadang2 tertangguh2 untuk berbicara tentang sesuatu..perasaan tika ini..mahu semakin dekat dengan Allah..persaan tika ini..merasa takut andai jauh dengan Allah..ya Allah..aku mahu semakin dengan Engkau..maka dekatlah aku dengan-Mu ya Allah..sesungguhnya tiada tempat untuk aku meluah rasa..mengadu segala..memohon semuanya..melainkan hanya pada-Mu kerana hanya Engkau yang kudamba..

aku perlukan Engkau dalam hidupku ya Allah..aku perlukan nikmat iman dan Islam ini dalam aku meneruskan hidupku di dunia yang tidak kekal ini..untuk akhirat yang abadi..aku perlukan solat dan mengerjakan ibadah lain untuk kekuatanku..benar!Allah tidak akan rugi..tidak akan terkesan bilamana kita lalai pdanya..bilamana kita engkar melaksanakan perintahnya..tapi,kitalah yang rugi..dan kita jugalah yang merasa kekurangan..

Anugerahkan aku hati yang sentiasa berzikir mengingatimu ya Allah..hati yang ingat pada Mu setiap denyut nafasku..

zikir itu akan tetap ade..dan akan sebati dalam hati..geraknya pada hujung lidah sebelah kanan..saat itu..telinga,mata dan semuanya takkan hanya melihat dan mendengar yang luar..tetapi juga yang di dalam..Subhanaallah..walhamdulillah..walaailahaillallah..allahuakhbar..

Wednesday, August 24, 2011

Berbicara soal mereka..

Setiap kali melihat wajah pelajar-pelajar..aku melihat mereka seperti anak-anakku sendiri..atau paling kurang seperti adikku..ya!Majoriri pelajar-pelajarku..pelajar Tingkatan 1..aku mengajar mereka Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam..mereka sebaya dengan adik lelakiku..musmualim yang kini belajar di SBPI Pekan..dah lame sangat aku tak melihat adikkku itu..rindu rasenye hati ni..semoga dia masih begitu..sesuai dengan namanya..musmualim..

..................................................................................................................

Kehidupan sebagai seorang guru..memang banyak ranjaunya..tapi,benar..bila kita minat akan sesuatu..walau kadang kala kite perlu berhempas pulas..bersusah payah..semua itu bagai tidak terasa kerana kita tahu ia adalah amanah dan tanggungjawab kita..dan seharusnya kita ikhlas melakukannya..tanpa sebarang rungutan..(ya Allah..jadikan aku guru yang begitu..)

Setiap kali masuk ke kelas..aku suka membuka minda pelajar-pelajarku..masakan tidak..anak-anak muridku baru 13tahun..sifat kebudak-budakkan mereka sangat terserlah..suka bercakap..berlari-lari..berkejar-kejar..bergurau-gurau dan tak kurang juga yang suka bergaduh..pantang dicuit..cepat betul mereka melenting..masing-masing nak tunjuk belang masing-masing..ya!mereka masih belum matang..mungkin itu ayat yang paling sesuai untuk aku melembutkan hatiku..yang akhirnya..buat aku tersenyum kembali..dan aku tak jadi nak marah..

............................................................................................................

"Kelas..cuba kamu jadi matang sikit.."

hmm..nilah ayat yang paling suke kusebut..nak suruh anak-anak muridku supaya matang..tidak keanak-anakkan..

"Kamu tahu tak..Orang yang matang..tindakan dia..kata-kata dia..semua menunjukkan dia matang..hmm...ada seorang anak murid cikgu yang cikgu rase dia agak matang berbanding yang lain.."

"Faizal kan cikgu?"beberapa orang pelajar tingkatan 1D menjawab..

"hmmm..Mohd Faizal Bin Hassan..

"Bagi cikgu..dia agak matang berbanding pelajar-pelajar lain.."

"Siapa Mohd Faizal Bin Hassan??

Dia ni ketua kelas Tingkatan 1rk2..dan aku pula guru kelasnya..seorang pelajar yang tak banyak bercakap..sangat-sangat pemalu untuk ke depan..antara pelajar yang cerdik di dalam kelas..sukakan agama...dan ada sifat ketegasan dan keberanian dalam diri dia yang kulihat..walaupun dari segi kepimpinan kelas mungkin ada kelemahan..tak menagapa..dia masih belajar..

..................................................................................................................

Kuingin berkongsi cerita tentang sorang lagi anak muridku..Khairul namanya..Tingkatan 1D..dia pelajar yang cepat dapat bagiku..walaupun dalam kelas..dia selalu main-main..hari tu..bila aku puji dia dalam kelas dia tersipu-sipu malu..tapi,ada satu sifat dia yang harus kita fahami..iaitu panas baran..ya!dia seorang yang panas baran..dari kisah yang kudengar..waktu sek rendah dulu..dia pernah baling kerusi bila mengamuk..tapi hatinya baik..kwn2 sekelas dia sume cakap dia baik..cuma tulah..kita kena faham perangai dia..2hari yang lalu..dia bergaduh dengan seorang lagi pelajar..walaupun keudanya duduk berjauhan..tapi masing-masing kita boleh lihat dengan jelas sedang manahan rasa marah..untuk meredakan perasaan mereka..aku menyuruh pelajar yang seorang lagi senyum..pelajar tersebut senyum..kemudian..aku suruh pula anak muridku khairul ini senyum..tahukah kamu jawapan dia.."Isk..suruh senyum pulak dia ni.."(dengan nada marah..)"takpelah..khairul tak nak senyum takpe.."aku menjawab dengan nada lembut..aku cukup faham dengan fiilnya yang panas baran dan akan bad mood itu..keesokan harinya..dia ok semula denganku..hmm..mmg mereka masih budak2..

................................................................................................................

Menjadi seorang guru..memerlukan aku untuk melayan pelbagai kerenah pelajar..hingga kadang kala..tak terlayan oleh kita..apapun, insyaallah..aku suka dengan suasana begini..kehidupan dengan pelajar-pelajarku..kalau tidak kerana adanya pelajar..masakan ada guru??

Insyaallah..aku sukakan kerjaya ini..dan semoga aku terus menyukainya..menjadi seorang guru dan ustazah lillahitaala..permudahkan aku ya Allah..

LOVE TO BE A TEACHER


Friday, August 19, 2011

Jangan pergi duhai Ramadhan..


Ketika jari laju menaip saat ini..tak tahu kenapa..ada rasa sayu dalam hatiku..ya Allah..hari ini sudah 19Ramadhan..betapa cepatnya masa berlalu...rasanya baru semalam aku bangun sahur buat kali pertama..tapi,kini Ramadhan sudah melangkah ke 10malam yang terakhir..malam yang dikatakan di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qadar...


Ya Allah..hati tertanya-tanya pada diri akan amalanku sehingga 19hari ini..puasa ini..apakah aku benar-benar berpuasa..tingkat manakah amal puasaku??Teringat kata-kata imam Al-Ghazali..dimana menurut beliau tingkat orang yang berpuasa itu boleh dibahagikan kepada 3..yang pertama..puasa umum..iaitu puasa kebanyakan orang..orang yang berpuasa dalam erti kata tidak makan dan tidak minum dan berpuasa dari melakukan persetubuhan..tingkat yang ke-2 iaitu tingkat puasa khusus iaitu puasa bagi orang yang menjaga makan dan minum..dari bersetubuh dan yang menjaga anggota badannya..matanya..lidahnya..telinganya dari melakukan maksiat dan dosa..dan yang tertinggi iaitu tingkat puasa khusus al-khusus iaitu puasa bagi mereka yang tidak makan dan tidak minum..tidak bersetubuh di siang hari..menjaga anggota badan dan pancaindera dari melakukan yang haram serta orang yang menjaga kesucian zahir dan batin..inilah puasa rasul-rasul dan nabi-nabi dan ahli ibadah..

Maha suci Engkau ya Allah..entah dimana agaknya tingkat puasaku..apakah aku meletakkan Allah yang teratas dalam setiap tutur kata,tingkah laku mahupun apa yang terterbit dalam hati..sungguh..ada rasa malu yang tidak terungkap dalam diri ini..rasa malu jika ada tingkah yang atau bicara yang tidak terjaga dalam sedar..ampuni aku atas setiap khilafku ya Allah..aku hambamu yang lemah lagi hina..

......................................................

Slot pembangunan insan hari ini cukup mengusik hatiku..roomate tersayang membicarakan soal rahmat Allah..ya!rahmat Allah itu ialah belas kasihan dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya..sedarkah kita betapa banyaknya rahmat Allah kepada kita?Sungguh...Allah itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Teringat kata-kata ustaz..rahmat Allah itu banyak tetapi ada manusia yang rahmat Allah itu terhalang dari sampai kepadanya iaitu mereka yang melakukan maksiat dan dosa dan anak yang derhaka kepada ibu bapa..nauzubillahiminzalik..ya Allah lindungi kami dan janganlah jauhkan kami dari mendapat rahmatmu ya Allah..

benar kata roomateku yang tersayang..andai tidak kerana rahmat Allah kita takkan mampu untuk menjadi wanita yang menutup aurat..andai tidak kerana rahmat Allah..hati takkan terusik saat diri melakukan sesuatu yang salah..hanya dengan rahmat Allah..kita bisa merasa nikmat iman dan islam..kita bisa beribadah..segala-galanya adalah atas rahmat Allah..

Subhanaallah..walhamdulillah..walailahailaaallah..allahuakhbar..Maha Suci Engkau ya Allah..terima kasih ya Allah atau segala yang Engkau kurniakan padaku..hanya kepada Engkaulah aku serahkan hidup dan matiku...

................................................................................................................

Tika ini..lagu-lagu raya sudah mula berkumandang..lidah kadang kala mengikut rentak..tapi,hakikatnya hatiku tidak rela untuk Ramadhan itu pergi..ada rasa sayu yang tidak terungkap..mungkin begitulah juga perasaaan saudara-saudara kita yang di dalam kubur..saat Ramadhan berada di penghujung kerna itu bermakna diri harus akur untuk melalui azab kubur kembali..Lindungi saudara-saudaraku yang sudah meninggal juga ya Allah..tempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman..ampuni aku..kami yang hidup..dan juga saudara2 kami yang sudah meninggal dunia..

Firman Allah di dalam Surah Al-Qadr menerangkan dengan jelas tentang malam lailatul qadar..
Firman Allah yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan (lailatul qadar)

Tahukah kamu apa itu malam kemuliaan?(malam lailatul qadar)

Malam kemuliaan(lailatul qadar) itu lebih baik dari 1000bulan.

Pada malam itu telah turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhan-Nya untuk mengatur segala urusan..

Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar..

....................................................................................................................

Saudara-saudaraku, malam lailatul qadar ini tidak ada pada bulan-bulan yang lain..malam lailatul qadar ini hanya ada pada bulan Ramadhan..sesetengah pendapat dan jumhur ulama mengatakan malam lailatulqadar ini berlaku antara 10malam yang terakhir..dan Rasulallah SAW ada mengatakan malam lailatul qadar itu berlaku pada malam ganjil..ya!kita tidak tahu masa yang tepat bila tibanya malam lailatul qadar itu..tapi insyaallah saudara-saudaraku..ayuh kita bersama-sama meningkatkan amal pada 10malam terakhir ini..ayuh!kita bersama -sama berusaha mencari malam lailatul qadar..semoga ada rezeki kita bertemu dengan-nya..insyaallah..

ya Allah..limpahkan rahmatmu pada kami..agar kami bisa semakin dekat denganmu terutamanya diakhir-akhir Ramadhan ini ya Allah..izinkan kami bertemu dengan malam lailatul qadar...

Duhai Ramadhan..janganlah terlalu cepat kau berlalu..izinkan kami menikmati hari-harimu dengan penuh kekhusyukkan untuk kami semakin dekat dengan Tuhan kami..ALLAH..



Wednesday, August 10, 2011

BUAH HATIKU YANG KE-2




Assalamualaikum semua..tiada apa yang nak kucoretkan..sekadar berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan hati menatap wajah buah hatiku yang ke-2 iaitu Muhammad Nafis Ihsan..adik kepada Muhammad Hazim Izzafran yang selamat lahir pada 2jun yang lalu..Alhamdulillah..kini aku sudah memiliki dua orang anak saudara..terima kasih ya Allah ats kurniaan ini..dan tahniah juga buat along dan abang long..inilah buat hati umi yang ke-2..comelkan??semoga anak sedara mak ngah Nafis..menjadi hamba Allah yang taat..yang bernilai serupa makna namanya..dan menjadi anak yang soleh..insyaallah..aaminn...